Untuk segmen ni... aku berbesar hati nak tag PIQA
Puas aku belek gambar mana yang amat bermakna buat aku dalam tahun 2012 untuk aku dapat join contest #TheMostMemorable2012Moments ni. Ada beberapa gambar sebenarnya tapi setelah aku belek-belek dan fikirkan apakah makna tersirat dalam gambar-gambar tersebut.... so, gambar ini yang aku pilih.
Klik pada gambar untuk full picture.... ^_^ |
Citer disebalik gambar ni.... Hmmm... macam mana nak mulakan ekk?? Ok.... kengkawan nampak tak muka kami ni happy giler seolah-seolah meraih kemenangan??? Hehehehe.... Banyak perkara yang membuatkan kami gembira tak terhingga seperti dalam gambar ni. Bukan sahaja gembira malah perasaan puas hati yang menebal dalam diri masing-masing. Oklah.... biar Emmy terus terang maksud tersirat disebalik gambar ini. Gambar ini dirakam sebaik sahaja kami menang dalam pertandingan 25th MNRE-MEWR Annual Friendly Games 2012 dalam acara bola tampar... Setelah lama aku fikir apa kelebihan pada gambar ini... banyak perkara yang melibatkan No.1 (PERTAMA) yang terkandung dalam gambar ini. ok... biar aku describe ekkk...
- PERTAMA kali buat semua player di kalangan staff jabatan dan agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia (NRE) ni terlibat dalam MNRE-MEWR Annual Friendly Games mewakili acara bola tampar berlawan dengan musuh dwi tahunan dari Kementerian Alam Sekitar dan Air Singapura (MEWR). Sebelum ni tak pernah... heheheh. Sebenarnya kami rasa ragu-ragu dengan kemampuan kami.... almaklumlaa... nak atasi pemain yang majoriti dikalangan orang berbangsa cina yang kita akui mereka hebat-hebat belaka dalam sukan bola tampar di Malaysia ni. So redah jer la kan....
- Most of us... PERTAMA kali bertemu demi kerana sukan bola tampar ni. Dan alhamdulillah.... pertemuan PERTAMA juga mengeratkan sillaturrahim kami....
- Sukan bola tampar ni merupakan sukan priority PERTAMA kami. Kira nak cakap yang dalam diri kami ni sukan yang paling hebat kami main ni bola tampar laa...hahaha... perasan giler!!!
- Setelah bertahun-tahun acara bola tampar wanita ini dimansuhkan dalam MNRE-MEWR Annual Friendly Games ni dan kebetulan payah sangat nak menangnya....dengan bangganya kami adalah pemenang tempat PERTAMA untuk acara ini pada tahun 2012.... Bangga giler wehhh... hahhahaha!!!
- PERTAMA kali jugalah kami sebagai peserta bola tampar dapat mewakili NRE ni dapat menyumbangkan mata kemenangan buat NRE. Rasa bangga... hinsss... hinsss... hinsss... (kembang idung laaa)
- PERTAMA kali jugalahkan kami sebagai peserta bola tampar dapat membawa balik trofi Bola Tampar Wanita untuk NRE simpan dalam almari trofi NRE tu. Bangga giler KSU kami pada kami.. hahaha (perasan lagik!!)
- 12 acara yang dipertandingkan pada haritu. Disebabkan sumbangan 1 mata kemenangan PERTAMA kami ni jugalah.... NRE mendapat tempat PERTAMA pada tahun 2012 mengalahkan MEWR Singapura. Alhamdulillah!!!
- Personally bagi aku..... PERTAMA kali juga rasa amat berpuas hati dalam sejarah aku bermain bola tampar sejak kecil sampai ke besar. Mau aku tak puas hati beb!! Kiranya aku mewakili Malaysia la untuk bersukan... Taraf international la kan?? Heheheh.... sebelum ni setakat main bola tampar peringkat sekolah, politeknik, daerah dan paling tinggi pon peringkat negeri tu pon masa sekolah menengah.... hahahha.... Tapi ini bukanlah game international yang orang kata hebat giler tu.... ni kira international 3rd level... hahahhaha!! Boleh gitu. Apa pon... aku bangga jadi anak Malaysia!!!
Aku menetap di CYBERJAYA, SELANGOR
Ok kengkawan..... sesiapa yang belom join #TheMostMemorable2012Moments boleh la join sama... Rezeki ada di mana-mana... Insyaallah!!
3 comments:
Thanks for joining and support kak! Hihi. All the best okay? :)
sama-sama.... hopefully menanglah gamaknya yer.. hahahha... macam pakse je...
Salam perkenalan :)
Singgah dari contest yang sama ;)
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!