Isnin, 26 Oktober 2015

Wow Run Malaysia 2015 By Nashata

Posted by Emmymazli at 5:13 PTG 0 comments
25 Oktober 2015 - MDEC Malaysia, Cyberjaya
Assalamualaikum semua....

Heee... sebenarnya aku teruja nak citer pasal running event kalini.  Bukanlah sebab larian yang aku dan kawan-kawan kisahkan.  Tak lari pun sebenarnya kerana masalah dari jerebu yang melanda negara kita ni.   Tapi disebabkan larian ini mementingkan sisterhood dan juga ada aktiviti kesihatan untuk wanita-wanita di luar sana... bagi kami... ia aktiviti menarik!!

Firstly... tak dinafikan... masa nak join larian ni berfikir berpuluh kali nak masuk atau tak.  Pada aku yuran larian memang agak tinggi... RM60 tu pada aku golongan pertengahan yang minat sukan seperti aku memang terasa mahalnya.... almaklumlaa... selalunya.. mana-mana run aku pergi bertiga.... so situ jer dah berapa...  ni kalau anak dara aku masuk, 2 orang dah jadi RM120 la kan... macam bertiga punya run dah... huhuhu... 

Tapi apa pon... tak menyesal la bayar RM60 tu... dah la dapat baju running  muslimah, goodie bag pon best wooo.... ada shampoo, ada minuman kolagen, ada baucer Curves, ada jus oren Tamek, ada biskut oat... heheheee... masa hari larian akan dapat air minuman Hijrah, medal larian yang cantik... tak ok lagi ke...? So bersyukurlah....
Seperti aku beritahu di atas tadi... Wow Run 2015 ni terpaksa dibatalkan kerana jerebu masih tidak berkurangan.  Namun, walau larian tidak diteruskan... aktiviti zumba, fitness challange dan sesi dialog masih diteruskan.  

Seawal 7.20 pagi kami dah berada di bangunan MDEC.  Datang segerombolan mak-mak dan anak-anak dari Koryo Taekwondo Club Sepang.  Masuk-masuk jer dah bajet macam model of the day bila ada photographer snap gambar kitorang tengah  berjalan masuk bangunan MDEC.  Heheheh... rasa cam glamor lak...  ..
Masuk jer bangunan.. adik-adik pengikat bunga ballon kat tangan dah menunggu... heheheh... memang cute la... good idea... cer tengok tangan kitorang pakai bunga ballon tu... comey ke idakkk???
Dah puas possing... kami terus di ajak masuk ke dewan menari untuk Zumba yang diterajui Aida Mohd,  Alhamdulillah... walau tak dapat berlari... kami berzumba sakan la gamaknya... rasanya dekat sejam jugalah... berpeluh tak hengat kitorang ni....
Selesai zumba.... kita possing dulu dengan zumba instructor yang muka sebiji dengan kawan seangkatan kami juga Kak Norlia... cuma Cik Aida Mohd tu muda... Kak Norlia tu dah veteran... kalau bergaya macam Cik Aida dengan pakai celak bagai... mau lagi sama.... hehehhe...
Seterusnya... program diteruskan dengan Fitness Challenges... yang ini kena bagi orang-orang muda... veteran cam kita dengan lutut problem ni baik duduk diam-diam... hehehahe... Aku bagi can kat anak dara aku si Hanum dan anak dara Kak Emma si Liyana untuk join salah satu acara... paling senang dan selalu dilakukan oleh budak-budak ni masa training taekwondo pon... Apa lagi... Buat push up jer laa... tapi seeloknya women push up... budak-budak ni slalu buat push up yang biasa... cepat lenguh... huhhu... sian... Tapi memang rezeki Hanum... tak sangka dalam sakit pergelangan tangan akibat tertendang masa training taekwondo Jumaat lepas... boleh juga  menang acara ni...  
Ingatkan selesai Fitness Challenge ni terus dapat hadiah... tapi nampaknya kena tunggu la penyampaian hadiah oleh Datin Paduka Marina Mahathir selepas habis sesi dialog.  Huhuhu.. kecewa juga... ingat bleh rehat lepas settle event... almaklumlaa... budak-budak ni petangnya jam 3 kena training taekwondo lagi sampai jam 6.30 petang... so perlukan rehat yang cukup juga... tapi sebab anak punya pasal... aku tunggu juga... 

Apa pon lepaskan amik medal run yang lawa dulu.... cer tengok medal kami... cantikkan...
Nak tak nak... untuk mengelakkan membuang masa di sekitar situ... aku dan Kak Ina yang datang bersekali 1 kereta dengan aku turun juga dengar sesi dialog.  Tapi sebelum tu.... kami semua possing sakan kat luar dengan semua keluarga Koryo Sepang yang ada... mereka yang lain-lain tak mahu tunggu lama... alasan mereka sama seperti  yang aku bagitau di atas tadi... perlukan rehat untuk anak-anak training petangnya nanti...  
Okay... sangat tak sangka... bila dah dengar sesi dialog.. menarik pula isunya... cuma untuk Kak Ina and anak-anak kami... memang boring tahap maksima la kan.... rasa cam rugi plak tak dengar dari mula. Kak Ina tu bukan boring sebab dialog tu... kalau dialog tu in Malay aku rasa Kak Ina berminat nak dengar... ni in English... haruslahhhh... anak aku pon sampai tertidur la....  heheheheh..  Sehinggalah at last tiba juga time untuk dia terima hadiah... Merasala Hanum bergambar dengan Datin Paduka Marina Mahathir.  
 
Nak tau apa Hanum dapat dalam pertandingan Fitness Challenge ni?  Alhamdulillah... Hanum dapat free 1 month membership di Curves worth RM547.00... tapi nampaknya... kena bagi kat sape yang ada masa jer la nampaknya ni... Hanum sendiri sibuk dengan exam dan training taekwondo bulan ni... huhuhuu... rezeki untuk orang lain gamaknya....
Oklah... berjela pula entry aku kalini... heheheh.. dah macam warta berita.... heheheh... Apa pon... kami semua enjoy event kalini... Tahniah kepada Nashata yang berjaya menganjurkan program ini.  

Sayonaraaa...

Jumaat, 23 Oktober 2015

Baby Daiyan Mulakan Rawatan Kaki

Posted by Emmymazli at 2:15 PTG 0 comments
23 Oktober 2015 - Melaka

Alhamdulillah... ingat tak aku aku pasal anak buah aku Daiyan yang kakinya mengalami Clubfoot semenjak lahir? (klik sini untuk baca story lama) 

Harini aku dimaklumkan dari adik ipar aku si Adda yang Daiyan dah mulakan rawatan kaki dia dengan menggunakan kasut khas.  Syukur sangat dah mulakan rawatan agak cepat.  Kalau  boleh tak mau tunggu-tunggu.  Nanti kalau tulang dah keras lagi lambat nak tegak kakinya... Aku nak tengok Daiyan ceria dan lasak macam baby lain. 
Kawan-kawan... doakan anak buah saya yer....

**Maklong rindu adik Daiyan taw...


Isnin, 19 Oktober 2015

Anak Buah Baru

Posted by Emmymazli at 1:59 PTG 0 comments
Salam semua....

Harini nak kongsi keseronokan aku dan keluarga aku yang menerima ahli keluarga baru.  Adik bongsu aku si Boy yang nikah pada Febuari lepas telah pon isterinya Adda melahirkan baby boy.   Heeee.... mana tak seronoknya.... dalam 5 cucu Nek Idah & Tok Mat sebelum ni... hanya sorang jer cucu lelaki si dak Kimie.  Yang lain semua perempuan.... Rezeki cucu yang keenam ni pula baru dapat cucu lelaki lagi... semua tumpang happy la... 
Nama baby baru tu... Muhammad Daiyan Rafiq bin Mohd Nazirul Asyraf... Nama manja Daiyan... Lahir pada Awal Muharram lepas 14 Oktober 2015 dengan berat 2.6 kg di Hospital Besar Melaka.
Adda melahirkan baby tak cukup bulan... usia kandungan dalam 7 bulan lebih.  Nasib baik baby sihat.  Alhamdulillah... Tapi ada berita sedih skit aku nak bagi tau... sebab tu lambat aku post entry ni.  Anak buah aku ni kakinya mengalami Clubfoot.  Boleh rujuk pada gambar yang aku share di bawah.  Aku tak naklah share gambar kaki anak buah aku nih... Tentu Boy and Adda lagi sedih.  Sekarang diorang sedang tertekan... tapi aku sekeluarga takkan putus mendoakan dan beri rangsangan supaya adik-adik aku ni sabar dan tabah mengharungi dugaan yang Allah bagi.  



Bayi clubfoot ni yang aku diberitahu oleh kawan-kawan yang pernah mengalami situasi anak yang sama... so far semuanya kaki menjadi normal semula selepas bayi  berumur 4 bulan hingga setahun bergantung kepada rawatan yang pihak hospital bantu.  Bukan apa... tulang bayi masih lagi lembut dan mudah dibentuk.  Tapi kenalah ikut saranan yang doktor berikan.  Insyaallah... aku percaya anak buah aku ni akan normal kakinya nanti.  Silap-silap jadi football player negara... mana kita tau kan.

So kengkawan yang baca entry aku ni... please doakan anak buah aku ni... Dalam gembira dengan kehadiran Daiyan... kami juga sedih kerana kerana dengar berita ni... Moga Boy dan Adda tabah dan cekal dihari mendatang demi anak yang tersayang.

Love u Baby Daiyan Maklong cayang!!!

Rabu, 14 Oktober 2015

JKPTG Volleyball Team @ Sukan NRE 2015

Posted by Emmymazli at 3:11 PTG 0 comments
9-11 Oktober 2015 - INSTUN & UPSI, Tanjung Malim, Perak

Assalamualaikum semua
Akhirnya berjaya juga aku gagahkan diri untuk update kisah Sukan NRE setelah 2 hari berlalu... letih hakak yer dikkk.... dah rehat 1 hari pon still tak puas rehat lagi rasanya... huhuhu.... bukan takmo guna 2 hari cuti ganti yang diberi... tapi aku nak spent time dengan family  menggunakan cuti yang diberikan kemudian.  Boleh rancang-rancang cuti malaysia ke ngan anak-anak lepas anak-anak habis exam nanti...

Apa saja aku nak kongsikan pasal Sukan NRE ni yer... hanya pasal team volleyball aku boleh la.... heheheh... dah tentu aku duduk dekat area volleyball court tu and tak ke mana....

Anyway, aku sampai Tanjung Malim pada hari Jumaat petang. Aku terpaksa gerak lambat skit sebab hantar anak aku timbang berat untuk Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan pada 10-11 Oktober 2015.  Apalah nasib aku dan anak-anak bertanding pada hari yang sama... tapi demi minat masing-masing.. kami terpaksa give and take... okay... bab tu cerita kendian yer.... tapi takper.... sebenor-benornya perlawanan volleyball berlangsung pada hari Sabtu... so takde masalah untuk kami player volleyball ni lambat skit sampai... kami menetap di Apartment Taman Bahtera.. di situ sebenarnya rumah sewa untuk student UPSI... tapi tak sure lak aku macam mana urusetia arrange untuk stay kat situ... sesuai  pula untuk dijadikan tempat penginapan semua atlet jabatan. Apartment yang kami menginap tu boleh memuatkan 8 orang.... ada 4 bilik dan setiap satu  bilik ada 2 katil.  senang skit aku mengumpulkan team aku dalam 1 bilik walau tak semua... malam tu kena rehat awal untuk esoknya... takmo stress-stress.  Nak body fresh!!


Sabtu - Hari Pertandingan

Alhamdulillah.... akhirnya pada haritu berjaya mengumpulkan semua player JKPTG termasuk dari negeri yang jauh-jauh seperti Perlis, Pahang, Sarawak dan lain-lain.... baru rasa lengkap team lelaki dan wanita.  Masing-masing bersemangat nak fight... As usual... sebelum fight... kita possing-possing dulu... bagi menang bergambar dulu... hehehehe...
\



Bagi team wanita JKPTG.... inilah jadual perlawanan dan result kami... Nak citer panjang-panjang pon tak guna... buat lenguh jari  menaip jer... hehehehe
Walau perlawanan yang diadakan di panas terik... team aku berlawan bermati-matian... kami nak menang... andai kalah biar bermaruah!!! As Kapten... bersyukur aku kerana dapat adik-adik  yang sporting, bersemangat dan paling best... diorang ni semua happy go lucky... Sayang korang ketat-ketat yer adik-adik.    
Terima kasih kepada penyokong JKPTG yang bersorak memberikan semangat kepada kami semasa bertanding. Memang havoc la korang semua.... Tak lupa juga kepada Ketua Pengarah JKPTG, YBhg. Dato' Dr. Salehuddin Ishak yang turun padang memberikan kata-kata semangat buat kami semasa perlawanan.  Siap tunggu kitorang lagi ketika rehat sebelum pergi final... dah macam pengawas pulak... heheheh.... kebetulan... nak tunggu final game kami memang lapar giler tapi Dato' tak kasi makan... nanti lemah untuk next game katenyeeee... disuruhnya kami makan power gel untuk tambah tenaga... walau tak sedap.. ku telan jua asalkan berguna untuk diri sendiri.  Tapi memang berhasillah....
Apa pon.. kalau korang perhati result di bawah, team aku berjaya mendapat tempat ketiga... syukur alhamdulillah... berjaya aku capai target aku dari mula.  Memang kalau  boleh nak aim johan dan naib johan... tapi kita kena sedar tahap kita di mana... so... as kapten...cukup buat kali ini yang aku kata team JKPTG mesti menang... dapat tempat ketiga pon jadi lah.... and Allah itu maha pemurah... dikotakan doa aku dan adik-adik aku.  Of course... semua yang ada ketika perlawanan akhir kami tu bersorak gembira di atas kemenangan kami.... thanks semua.... 

Of course!!! Kami happy tak terhingga.... so far ketika itu... setelah seharian pelbagai jenis perlawanan sukan yang berlangsung.... khabarnya baru team aku sahaja yang bawa pulang medal atau ada placing untuk JKPTG.  Selebihnya... kena tunggu esoknyalah baru tau full result.  As kapten... dah tentu aku bangga tak terhingga.  Terima kasih kepada Pengurus kami Abg Anwar yang tahan benar dengan kerenah kami ni.... huhuhu.... this is for you to Abg Anwar... 
Honestly.... walau tersangatlah letih pada haritu... tapi disebabkan manisnya rasa kemenangan kami tu... langsung hilang rasa penat... malam tu... kami siap boleh pergi tengok team lain lawan badminton, karom dan dart kat kompleks sukan proton dan juga Instun.  Dah puas layan diorang.. kami pergi pergi ngeteh dengan cafe instun jer.... senang... boleh juga post mortem pasal tournament siang tadi tu... 


Ahad - Penutup

Seharian kami yang tinggal pada hari Ahad tu melayan diri masing-masing sendiri dengan menonton perlawanan volleyball final untuk team lelaki sementara nak tunggu majlis penutup petang tu... hmmm... nak buat camne... team lelaki JKPTG tak berjaya... takpe... kita cuba lagi tahun depan yer...

Sebelum majlis penutup tu.... sempat juga tengok perlawanan akhir bola sepak diantara JUPEM dan JPS.. as usual as game penutup...

Heee... tak sabo nak terima medal... tapi lagi segan nak naik pentas.. hehehhe.... ingat nak suruh pengurus jer amik medal... tapi bila AJK KEKASS suh aku  naik... hmmm... redho jer la....
Paling membanggakan... walau hanya dapat tempat ketiga... memangnya team volleyball wanita jer la yang satu-satunya acara yang JKPTG dapat tempat.  Huhuhu... yang lain semua takde rezeki... itu pon team congkak dapat juga sumbangkan mata dengan kedudukan ke empat.  Ok... Ya Allah... bangga giler... jadilah dari takde... dari sunyi sepi JKPTG ni kan...
Of course... aku percaya... masing-masing yang ada petang tu tumpang gembira dengan kejayaan kami.... 1JKPTG katenyer.... kenalah  bergambar sakan... heheheh...
Thanks Dato' KP dan lain-lain yang nak bergambar dengan medal yang kami terima... on behalf player yang tak dapat turut serta.... hehehe.. bangga ok....
Oklah... tak tau nak citer apa lagi... keputusan penuh Sukan NRE bleh tengok kat bawah ni..... bye!!
Dedicated to all players... thanks kerana bagi kerjasama to our team.  Walau ada yang akak tak dapat nak turunkan main semasa pertandingan... semua yang akak lakukan bersebab.  Anyway... kehadiran korang semasa training, team building dan kejohanan ini sendiri pon dah sangat-sangat membantu dan menunjukkan korang juga sebenarnya pemangkin kejayaan semua player yang turun padang.  Jangan kecil hati dengan akak yer... seperti akak cakap... akak nak kita menang... so this is it!! Kita dah menang walau 3rd place... bukan kerana yang turun padang jer... tapi kerana kita semua yer... Jangan serik untuk join next time... insyaallah... kita jumpa lagi 2 tahun.  Insyaallah... love u all!!!
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...