Rabu, 31 Julai 2013

Iftar Bersama Sir Muhin & Student Taekwondo Koryo Sepang & Sambut Birthday Hubby

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:05 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
30 Julai 2013 - Rahimah Kitchen, Bandar Bukit Puchong

Alhamdulillah... walau baru nak masuk 2 bulan anak-anak aku join Koryo Sepang ni, banyak perkara menarik yang dah  berlaku untuk kami semua baik anak-anak dan ibu bapa sepakat dalam banyak hal.  

Baru-baru ni team Koryo Sepang buat aktiviti Iftar Bersama Sir Muhin & Student Taekwondo Koryo Sepang.  Walaupun simple menunya tetapi tetap meriah buat anak-anak.  Suka la diorang dapat berkumpul beramai-ramai... macam aku yang masih baru ni, dapatlah berkenal-kenalan dengan yang lain....

Sambil tu, aku ambil kesempatan untuk celebrated birthday hubby yang kebetulan majlis iftar tu jatuh pada harijadi hubby. Thanks kepada Kak Nani yang berusaha carikan kek walau last minit punya plan.  Masa nak potong kek tu... ramai pula menyanyikan lagu birthday untuk hubby... sampai malu-malu cat la orang tu sebab yang nyanyi tu semuanya kanak-kanak riang dan kuat-kuat pulak tu... hahahha....

Apa pon.... thanks kepada insan yang menjayakan majlis iftar ni yang tak lain tak bukan Kak Nani & Kak Selina.  Tq my dear yer.... i lap u!!! 

antara student lelaki
Thanks to Kak Nani & Selina yang menjayakan majlis iftar ni
Antara student gegirl
Sambut birthday hubby



Rabu, 24 Julai 2013

Bermula Musim Pasang Pelita & Main Bunga Api

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:12 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Salam Ramadhan….

Apa sangat yang dapat dikongsi…. Cuma melayan keseronokan anak-anak bermain bunga api di bulan Ramadhan…  Projek pasang pelita pon dah mula…. Seronoklah anak-anak aku.  Anyway… moga mendapat ramadhan yang berkat kali ini…. Aminnnn….


Selasa, 23 Julai 2013

Resepi Seafood & Beef Spaghetti Aglio E Olio

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 1:00 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Seafood & Beef Spaghetti Aglio E Olio
Alkisah semalam dok loghat tengok resepi dari NZ Cakes & Pasta yang aku dah share kat blog semalam walaupun aku lom try buat… Heheheh…. So balik kerja semalam terus aku cari bahan masak yang takder kat rumah tu di Cyberjaya.  Teruja giler nak buat petang semalam jugak sebab bila ingat dan tengok jer gambar spaghetti tu aku jadi ngences (kecur air liur)…. Mau sepanjang hari sampai esok paginya aku leh ngences teringat spaghetti tu lak kang kalau tak masak.  Huhuhu….  So akhirnya… aku berjaya masak spaghetti ni untuk juadah berbuka semalam…. Siap boleh bagi jiran-jiran lagi sorang sedikit sebab kalau masak banyak gini kang yang makannya aku, Hanum dan Kimie jer… Hubby aku tetap mau nasi bila berbuka.  Ngade… heheheh… Tapi tak sangka… laku la pulak spaghetti aku ni semalam…. Heheheh…. Alhamdulillah…

As usual… aku ni kalau bab masak memang suka try and error dan juga tokok tambah cara aku.  Tapi sebenarnya lagi syiok ooo…. Sama jer dengan resepi semalam tapi aku tambah skit-skit bahan…. So sesiapa yang nak try resepi tokok tambah aku ni…. Korang sangat dipersilakan…. 

Bahan-Bahan (Untuk 8-10 org makan):
1 pek Spaghetti 500 gm (aku prefer jenama San Remo)
1-2 biji capsicum/ lada bengala dihiris panjang2 (kalau tak suka takmo letak pon takper tapi kalau ada rasa dia lagi best)
15-20 ekor udang - lebih pon ok… baru syiokkkk
5-6 ekor sotong - ikut korang punya citarasa
200gm daging kisar (aku prefer jenama Ramly.  Kalau dalam bungkusan tu ada 2 keping seberat 400gm… so korang pakai 1 keping jer yer.  Kalau nak pakai lebih terpulang pada korang)
½ cawan Extra Virgin Olive Oil (cawan tau…bukan pakai gelas)
5 sudu besar butter/mentega (takmo pakai majerin…. Tak best)
8 ulas bawang putih - dicincang halus
1 ½ sudu besar chilli flake (serbuk cili yang kasar, jika nak pedas lagi tambah lagi ½ hingga 1 sudu lagi)
2 sudu besar dry parsley (jika takde boleh pakai daun sup segar yang dipotong halus... but dry parsley adalah yang terbaik)
½ sudu besar lada hitam yang dikisar halus
¾ sudu camca pati ikan bilis (untuk rasakan seafoodnya dari letak ajinomoto)
½ sudu camca teh pati ayam (untuk rasakan manis dagingnya dari letak ajinomoto)
Garam secukup rasa
Bahan-bahan memasak
Cara-Caranya:
1. Siang dan bersihkan udang dan sotong. Udang tu dibuang kulit dan kepala yer supaya senang nak makan.  
2. Daging kisar hendaklah dileraikan supaya tak terbuku semasa dimasak. 
3. Didihkan seperiuk air yang telah diletakkan 3 sudu besar garam. Apabila air mendidih masukkan Spaghetti dan biarkan ia masak mengikut arahan pada pek Spaghetti. (kalau jenama San Remo kena masak selama 13 minit) 
4. Apabila Spaghetti sudah masak, toskan air dan gaulkan Spaghetti dengan 2 sudu butter supaya ia tidak melekat. 
5. Dalam periuk/kuali yang lain...panaskan Extra Virgin Olive Oil dan baki 3 sudu butter. Apabila butter dah cair, masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau dan sedikit kekuningan. 
6. Masukkan udang dan sotong yang dah dibersihkan tadi beserta daging kisar. Masak sehingga sotong mula mengeluarkan air. 
7. Masukkan serbuk cili kasar, dry parsley @ daun sup, lada hitam dan kacau rata. 
8. Jangan lupa masukkan pati ikan bilis dan ayam serta garam secukup rasa...  time bulan pose ni korang boleh la mintak siapa-siapa yang uzur tu rasakan garam...hihihihihi ....
9. Kemudian masukkan spaghetti yang dah dimasak & tos tadi...gaul rata dan masak sehingga air dlm kuali kering sedikit. 
10. Akhir sekali, masukkan capsicum. Gaul rata dan masak dalam 2 minit supaya capsicum tadi tak jadi lembik dan masih rangup. 
11. Siap untuk dihidangkan…. Taraaaa…. Simple jerkan…. Bak kata mama aku… masak main campak-campak jer… tapi hasilnya marveless ok…. Heheheh 


Oklah… selamat mencuba kengkawan….

Nota Emmymazli:  jangan lupa komen di ruang bawah ni kalau korang dah berjaya masak resepi ubahsuai aku ni yer….. (^__^)Y

Isnin, 22 Julai 2013

Seafood Spaghetti Aglio E Olio

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:33 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Arini Emmy nak kongsi resepi Seafood Spaghetti Aglio E Olio yang Emmy ambil dari FB kawan NZ Cakes & Pasta. Kalau kengkawan nak tau Spaghetti Aglio E Olio tu maksudnya spaghetti with garlic and oil dalam bahasa Itali..hehehe...so jom kite mule memasak (^_^).  Sebenarnya... aku tak buat lagi masa aku share resepi ni... tapi aku pasti mesti sedap... huhuhu... asal tengok gambar jer rasa nak ngencess... hahaha

Bahan-Bahan (Untuk 8-10 org makan):
1 pek Spagetti 500gm (prefer jename San Remo sbb die kenyal, tak lembik dan tak mudah putus)
1-2 biji capsicum/ lada bengala dihiris panjang2 (jika tak suka tak nak letak pun takpe :)
15-20 ekor udang - ikut kesukaan masing2 :)
5-6 ekor sotong - ikut kesukaan masing2 :)
1/2 cawan Extra Virgin Olive Oil (cawan yerr..bukan gelas...hihihi)
5 sudu besar butter/mentega (magerine tak sedap..!)
7 ulas bawang putih - dicincang halus
1 sudu besar chilli flake (serbuk cili yg kasar, jika nak pedas lagi tmbah lagi 1/2 hingga 1 sudu lagi :)
1 sudu besar dry parsley (jika takde boleh pkai daun sup segar yg dipotong halus... tp dry parsley adalah yg terbaik :)
1/2 sudu besar lada hitam yang dikisar halus
Garam secukup rasa

Cara-Caranya:
1. Siang dan bersihkan udang dan sotong.
2. Didihkan seperiuk air yang telah diletakkan 3 sudu besar garam. Apabila air mendidih masukkan Spaghetti dan biarkan ia masak mengikut arahan pada pek Spaghetti. (kalo jenama san remo kene masak selama 13 minit)
3. Apabila Spaghetti sudah masak, toskan air dan gaulkan Spaghetti dengan 2 sudu butter supaya ia tidak melekat.
4. Dalam periuk/kuali yang lain...panaskan Extra Virgin Olive Oil dan baki 3 sudu butter. Apabila butter dah cair, masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.
5. Masukkan udang dan sotong yang dah dibersihkan tadi. Masak sehingga sotong mula mengeluarkan air.
6. Masukkan serbuk cili kasar, dry parsley @ daun sup...kacau rata.
7. Jangan lupa masukkan lada hitam dan garam secukup rase...klo time bulan pose ni leh la mintak sape2 yg uzur tu rasekan garam...mhihihihihi
8. Kemudian masukkan spaghetti yang dah dimasak & tos tadi...gaul rata dan masak sehingga air dlm kuali kering sedikit.
9. Akhir sekali, masukkan capsicum. Gaul rata dan masak dlm 2 minit supaya capsicum tadi x jadi lembik dan masik rangup.
10. Siap utk dihidangkannnn..! senang je kan  (^__^)Y 
SELAMAT MENCUBA...!!!(^__^)Y

Hello Kitty Malaysia Is Finally Here Today! 

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 9:12 PG
Reactions: 
0 comments Links to this post
A Super Good News to all Hello Kitty Fans!!

I believe a lot of you girls and guys searching around
where to grab for Hello Kitty products in Malaysia for a really
long time…

And today…
Finally… Hello Kitty Malaysia is here..!

They are selling for Hello Kitty products and tickets for


Currently they’re having Hello Kitty Lucky Draw, and you can
have have a chance to win for “Hello Kitty Energy Necklace”
(Value: RM207 each).
If you don’t believe me check it out for yourself here,
while it’s still available:


This special Hello Kitty Lucky Draw is valid for a limited time
only, which it may be taken off completely. Stop reading this now,
and go to the Hello Kitty Malaysia website and get a chance to
win now:


If you’re reading this blog post too late, then you may have missed it.
Don’t leave a comment to complain because there’s nothing I can do.
I DID tell you it’s a limited offer :)


Join Lucky Draw Now

Selasa, 16 Julai 2013

Akhirnya Gucci Jadi Mommy!!

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 10:52 PG
Reactions: 
0 comments Links to this post
14 Julai 2013 - Rumah Emmymazli

Salam semua....

Happy giler aku setelah setahun lebih bela Gucci dan Cimong.... akhirnya Gucci dapat 3 ekor baby pada Ahad lepas.  Cuma aku pelik nih.... baru 1 Julai lepas aku bawa Gucci pergi vet then doktor sahkan Gucci baru 2 minggu pregnant... ni kalau masuk Ahad lepas baru 1 bulan la kan.... Bukan kucing pregnant 2 bulan ke? Huhuhu... confuse mak nih...

Masa aku balik kampung hari Sabtu sebelum tu, aku tengok Gucci ok jer... takder menunjukkan tanda-tanda nak beranak pon sebab perut dia kecik jer.... skali bila aku balik dari Melaka sampai rumah dalam jam 12.30 malam tu.... masa aku  tengah bukak pintu aku terdengar bunyi suara anak kucing.... ehhh... mana datang lak anak kucing kat umah aku ni kan... aku pon buka la lampu porch dan terus tengok kat sangkar Cimong dan Gucci... sekali... Laaa... dah beranak si Gucci kat pasir kucing... nasib baik pasir bersih masa tu... bila aku perhati anak kucing ni macam terlekat.... aku pon kejutkan Hanum dan minta tolong dia untuk set up sangkar lain untuk masukkan Gucci ni dengan anak-anak dia. Then aku pon mulakan sesi bidan kucing... hahahah..... rupanya uri dan tali pusat dah terlekat antara 1 sama lain... yang sekor tu sampai terbelit tali pusat dia kat 2 kaki belakang sampai dah hitam dan lebam kakinya.... hmmm.... aku sebenarnya tak tau nak buat camner... fikiran aku.... terpaksa la potong tali pusat dia yang dah kering dan terbelit tu untuk selamatkan baby kucing tu. Selepas aku gunting... baru la 3 ekor tu dapat bergerak... tapi dalam hati aku terfikir... yang dapat survive tu mungkin sekor jer sebab lagi 2 ekor nampak weak.

Seperti aku jangkakan.... keesokan harinya mati seekor. Tak tau puncanya... Subuh harini (16 Julai) mati lagi seekor yang kaki lebam tu pulak.... ingatkan boleh survive sebab bila ditengok elok jer dia menyusu ngan Gucci. Malam sebelum tu, atas nasihat kawan, kaki anak kucing yang lebam tu disuruh sapu minyak gamat dan urut perlahan. Ingatkan akan ok... rupanya esok pagi dah tiada.... sedih... maka tinggallah anak dia seekor.... Kebetulan yang mati tu pula iras Cimong habis... huhuhu... sayang sangat....

Apa pon... orang kata.... kucing persian kalau 1st time beranak memang tak semuanya hidup... yang next-next beranak baru akan ok... hopefully betul la kata diorang... And aku berharap Gucci akan dapat baby lagi. Insyaallah! !! Apa pon... Congrats Gucci dapat jadi mommy!!!

Menang Neway Berjaya Times Square Voucher

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 10:03 PG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Salam semua....

Alhamdulillah.... Aku baru jer cuba-cuba untuk berjinak-jinak dalam dunia contest in facebook ni...banyak juga dah cuba tapi ini yang pertama kali bernasib baik bila nama aku tersenarai.... syukur gak.... Contest ni dianjurkan oleh pusat karaoke di BerjayaBerjaya Time Square tau so voucher kemenangan yang diberikan ialah untuk karaoke yer.... kalau minat nak menyanyi karaoke boleh la kan...

Tapi aku baru jer dapat berita yang diorang yang buat contest ni pandai sangat.... bagi voucher RM50 dan suruh amik kat Berjaya Time Square tapi bila nak guna voucher tu suh belanjer karaoke lebih dari RM150.  Sabo jer laaa.. mana nak cekau lagi RM100 tu??? Hmmm.... teranjat hakak!!! So aku bercadang just leave it jer laaa... malas nak layan.... 

Anyway.... syukur kerana jadi yang bertuah...

Contest yang aku join pada mulanya....
Nama aku tersenarai dalam Contest ni...

Isnin, 15 Julai 2013

Berbuka Puasa With Family

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:50 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
13-14 Julai 2013-Melaka

Dalam bulan puasa tahun ni rasanya ini jerlah masa yang aku dapat peluang bersama keluarga di kampung untuk berbuka bersama... selebihnya rasa tak sempat dah kot nak berbuka puasa bersama kerana kekangan kerja.  Kalau sempat pon masa dah nak raya nanti kot.

Apa pon... happy sangat dapat luangkan masa bersama keluarga di kampung.... yang penting diorang pon happy... 

p/s: rasa teringin sangat nak berbuka puasa ngan abah... dah 20 tahun lebih kot tak dapat berbuka puasa ngan abah sebab abah sibuk berniaga pasar ramadhan.... huhuhuh... bila la nak tiba masa itu.. huhuhuh
With keluarga mertua
With keluarga aku

Selasa, 9 Julai 2013

Kimie Dapat Pingat Perak!!

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 2:24 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
6 Julai 2013 - Pusat Sukan Taman Sri Andalas, Klang

Salam semua....
Today nak share tentang aktiviti anak bujang aku.  Bangganya aku sebagai seorang mama bila anak bujang  aku si Kimie berjaya mendapatkan pingat perak dalam pertandingan Taekwondo Koryo Cuircuit pada hari Sabtu lepas.  Alhamdulillah....
Untuk pertandingan ini, Kimie yang mewakili Koryo Sepang kena mengharungi 4 perlawanan untuk mahu masuk ke final.  Sebenarnya... aku tak mengharapkan sangat Kimie berjaya hingga ke final sebab Kimie baru sangat berkecimpung dalam arena sukan ni.  Tapi alhamdulillah... berkat usaha dan semangat dia.... dari saringan pergi ke quarter final... seterusnya semi final... then akhirnya berjaya ke final.... syukur sangat!!  Walau pon tak bergelar juara... untuk kanak-kanak yang baru sebulan berlatih merangkul pingat perak atau naib juara bagi aku dah besar maknanya.  Bangga aku dengan Kimie.... tapi macam-macam ragamlah aku kena tempuh untuk melayan anak sorang ni.... kadang macam patah semangat pon ader si Kimie ni tapi nak buat camner... Layankan jer laa.... 

Tak di nafikan... Kimie sedih sebab tak dapat pingat emas... untuk kanak-kanak darjah 5 yang baru berkecimpung dalam arena pertandingan ni... dia tak faham lagi erti pingat ke apa... dia cuma tau dia kalah jer... hahahah... bila kita explain... nanti dia tanya lagi.. hahahha.... yang nak buat gelak tu... masa first game... dia tak tau dia menang sebenarnya... sebab keluar-keluar gelanggang dia dah kena marah dan rotan dengan sir sebab banyak buang peluang walaupun dia dah menang.  Sampai menangis la budak tu.... tapi bila aku bagitau sebenarnya Kimie menang dan explain kat dia yang sir dia marah tu sebab Kimie tak buat seperti yang dia suruh.. barulah dia berhenti menangis.  Barulah semangat balik....  hehehe.... Terima kasih jugaklah bila ibu bapa di kalangan kanak-kanak Koryo Sepang pon bagi semangat kat Kimie ni.... Happy dapat join diorang....
Alhamdulillah... bila Kimie dah menunjukan hasil dari usahanya... nampak gayanya si kakak Hanum pun dah setuju nak join kelas sparring untuk pertandingan ni.  Kalau tak payah nau aku nak ajak dia walaupun dah pujuk beberapa kali.  Macam-macam alasan dia bagi.  Sekarang ni dah mula training ngan adik kat rumah.  Nampak dia bersemangat.  
Apa pon... syukur sangat bila Kimie berjaya... semoga Kimie akan terus berjaya di masa akan datang.... Amin....


Selasa, 2 Julai 2013

Bawa Anak-Anak Bulus For Free Vaccine

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 3:49 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
1 Julai 2013 - Klinik Haiwan Taman Equine, Seri Kembangan

Salam semua...

Alhamdulillah..Seronok aku bila dapat uruskan anak-anak bulus aku dengan pemberian vaksin percuma yang di edarkan oleh Klinik Haiwan Taman Equine @ Tanya Sama Vet (TSV).  Terima kasih tak terhingga kepada TSV dan doktor-doktornya serta misi gojes yang baik hati melayan kerenah tuan punya kucing dan kucing-kucing yang banyak ragam... heheheh....
Difahamkan yang TSV ni buat 2 hari pemberian vaksin percuma.... khabarnya hari pertama tu punya lah ramai.... perghhh... tak sanggup aku nak nunggu wehhh.... maka aku pun pergi hari kedua yang kebetulan jatuh pada hari bekerja dan klinik buka pada jam 2 petang maka masa itulah aku sampai... hehehe.... alhamdulillah... agak cepat la dapat turn aku... sebab limit hanya 3 ekor kucing... so aku bawa Jimmy, Cimong dan Gucci aku.  Tapi  yang boleh divaksinkan hanya si Jimmy dan Cimong jer.  Si Gucci tak boleh divaksin kan kerana dikenalpasti pregnant plak... heheheh.... apa pon... syukur...
Tuan punya kucing yang menunggu anak-anak bulus mereka divaksinkan....
Target aku... kalau dah cukup vaksin dan kucing aku sihat... aku nak masukkan kucing aku ni dalam pertandingan kucing di masa akan datang... saja mencuba nasib... mana tau ada rezeki yer tak?? heheheh.... Doakan lah yer... Aminnn
Semasa menunggu giliran
Dah dapat vaksin sepatutnya... Tq misi dan doktor TSV

Misi Pembersihan Surau Sementara TPC

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 8:27 PG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Salam semua....

Alhamdulillah... niat mewujudkan surau sementara untuk warga TPC menunaikan solat tarawih dan aktiviti bulan ramadhan tahun ni akhirnya terlaksana dengan bantuan dan kerajinan ajk dan penduduk TPC bergotong royong membersihkan tapak rumah kosong di sini. Syukur alhamdulillah....

Terima kasih di atas kerja sukarela kalian dan jasa baik tuan rumah yang membenarkan rumah beliau digunakan untuk surau sementara.  Hanya Allah yang mampu membalasnya....lagi besar pahala korang bila ada insan yang mengerjakan ibadat di situ nanti. Amin....
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...