Rabu, 29 Jun 2011

Celebrate Birthday Mak Mertua

Posted by Emmymazli at 1:56 PTG 0 comments
27 Jun 2011 - Sg. Merab, Kajang

Orang tua-tua kata... anggaplah ibu mertua kita seperti ibu kita juga.  Layanlah sama rata sepertimana kita melayan ibu kita.   Heheheh... Opening yang menarik tu... Kikikikik!!

Sebenarnya nak story pasal kitorang celebrate birthday mak mertua aku pada 27 Jun 2011 yang lepas.  Nanti korang ingat aku ni dok story pasal family belah aku jer... takder pula citer pasal family belah hubby aku.  Heheheh... So, inilah masa aku nak citer. 


Anyway, mak mertua aku sebenarnya sampai umah aku a day before birthday dia... tujuan dia datang tu nak lepaskan rindu kat cucu jer... pastu dah loghat nak balik Melaka... Puas hubby aku tahan punya tahan mak mertua aku nak balik Melaka, sebab selalunya mak mertua aku ni tahan duduk sehari jer kat rumah aku pastu dah loghat nak balik Melaka.  Tapi bila hubby aku ugut mak mertua aku, barulah dia tak balik.  Heheheh... kena ugut baru tak loghat tau... 

Petang 27hb tu... balik kerja terus aku ke kedai kek beli birthday cake kat Bakers Cottage kat Presint 8 Putrajaya tu.  As usual... fav kek bapa dan mak mertua aku yang dia suka aku beli ialah Tiramisu.  Tapi cake dia simple giler.... mahal nak mampus tapi kek takde hiasan.  Pemutusnya sampai rumah aku keluarkan icing dan bunga marzipan aku tu dalam peti ais... terus aku hias bagi nampak cantik... Barulah berseri skit aku tengok.  Kalau tak kek ni kosong jer..


Lepas maghrib aku sefamily terus keluar dan makan kat area Sg. Merab.  Targetnya lepas nak potong kek sambil makan malam la... Akhirnya dapat juga menunaikan hajat hubby aku. 

Yang penting mak mertua aku happy dan semua orang pun happy.. Happy Birthday Mak...  Korang layan la gambo birthday mak mertua aku ni ekk....



Isnin, 27 Jun 2011

Mengo Green Hunt

Posted by Emmymazli at 5:29 PTG 0 comments
25 Jun 2011 (Sabtu) -  The Weld, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur


Today nak story pasal aktiviti aku bertreasure hunt.  Last bertreasure hunt pada bulan Mei dalam story aku kat sini All Ladies Treasure Hunt -Part 1 dan All Ladies Treasure Hunt -Part 2.  Setelah hampir sebulan berehat baru aku joint semua treasure hunt.

Anyway, aku dapat tahu yang ada treasure hunt ni bila rakan seopis aku yang juga Setiausaha Agung Kelab Alam NRE ni publish kat FB Group Kelab Alam pasal Mengo Green Hunt yang mana banyak juga mendapat kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.  Kebetulan pula Kelab Alam sanggup menyeponsor 50% dari yuran penyertaan untuk 5 kumpulan yang mana setiap kumpulan memerlukan 3 orang ahli.  Maka aku dengan lajunya mencari rakan sepasukan.  Heheheheh.  At last.. Kelab Alam menerima hanya 4 group yang nak turut serta treasure hunt ni.

Kali ni aku joint treasure hunt bersama rakan pasukan yang lain dari team sebelumnya.  Nama group aku ialah ZRE Go Green yang terdiri daripada Zamri, Rihaida dan aku Emmy.  Kalau dulu aku pernah joint treasure hunt yang menggunakan LRT, jalan kaki keliling pusat bandar KL, dan paling best treasure hunt berkereta, kali ni treasure hunt under badan NGO Mengo Green menggunakan kenderaan awam seperti bas dan train.  Naik teksi tak boleh sama sekali. No.. No.. No....No...!!!

Seawal jam 6.30 pagi aku dah terpacak kat Putrajaya Sentral... sebab katanya nak naik ERL bersama-sama la kan untuk ke KL  di The Weld, Jalan Raja Chulan tu untuk berkumpul... akhirnya pukul 6.45 pagi Azman baru sampai dan beritahu suruh naik kereta dia pula.  Aku ni ha... puku 4.30 pagi dah bangun nak siapkan sarapan untuk family kat umah time aku takder dan yang paling penting nak wat sarapan untuk aku makan time treasure hunt... sebab memang dah tau tak sempat nak membeli makanan pun time tu.  Lagi pulak aku tegar bangun pepagi sebab dah terbaca kat program yang makanan yang disediakan adalah makanan vegetarian... huhuhu... maka aku gagahkan diri jugak nak masak.  Boleh jugak kengkawan lain makan sekali kan...   Tapi... punya la ngantuk mata aku ni haritu.. tuhan jer tau... huhuhu..

Pagi-pagi tu agak kelam kabut skit bila ketua group aku ni si Zamri kami call tak dapat-dapat.  Sabor jer laa... rupanya lelap sampai tak bleh bangun... Hahahhaha... sib baik dia sampai tepat pada masanya kat The Weld tempat peserta semua berkumpul.  Dengarnya kelajuan kereta yang dia bawa dah boleh mengalahkan jaguh F1 la.  10 minit dah sampai dari Putrajaya ke KL.  Giler babas!!!  Kalau Zamri takder, terpaksalah aku gerak berdua jer la ngan Rihaida.  Masa on the way dalam kereta Azman tu... kami semua sempat dok membaham nasi goreng yang aku bawak.... lapau lee...

Sampai-sampai jer kat The Weld, perkara pertama ialah bergambo.. hahahah... lihatlah muka suci dipagi hari tu nanti... Pastu daftar peserta terus diorang sediakan breakfast.  Ada kopi dan Burger Subway.  Burger pun vege. Heheheh...  Aku melihat jer lee.... Kikiki.

Masa baru sampai The Weld kat eskulator.  Wajah suci di pagi hari.
Ngadap breakfast.  Muka Ady Hazman rileks jer makan... padahal dah baham nasi goreng aku dalam kereta Azman
Tepat jam 7.45, peserta dilepaskan setelah soalan diberi. Maka kami pun mula bergerak keluar the The Weld tu jalan kaki untuk mulakan pencarian.  Macam aku cakap mula-mula tadi.. Kelab Alam hantar 4 group... tapi yang nak gerak bersama-sama tu group aku dan group Azman jerlaaa... Lagi 2 group lain tu buat haluan mereka sendiri... takmo share jawapan katanya... bluekkk!!  Tempat treasure hunt untuk pusingan pertama ni jawapannya di area Bukit Bintang, Jalan Tun Sambanthan dan Chow Kit.  Untuk pusingan pertama ni, jawapan mesti di hantar sebelum jam 11.30 pagi bersama barang treasure.   Tapi nak dijadikan cerita, masa kitorang nak balik semua ke The Weld, boleh pula Monorail stuck... adehh.. nak naik apa??? Teksi tak boleh.  Actually 2 group dari NRE dah mengelat naik teksi.  Kalau urusetia tau tu dah kena penalti tu.  Ntah macam mana masa group aku berfikir-fikir nak naik ke tak teksi tu.. ternampak bas Intrakota yang nak ke Jalan Raja Chulan betul-betul kat trafik light... maka bertempiaran la kami berenam ni lari ala-ala marathon dan manje tu nak kejar bas yang tengah tunggu lampu hijau tu... Dalam lari sempat tanya kat driver bas tu incase bas tu lalu The Weld.  Nasib baik lalu.  Yang kelakarnya... dalam kelam kabut nak naik bas tu.. aku bleh plak tersadung kat tangga bas tu masa nak sentuh kad touch n go tu... hampir plak terpeluk driver bas... Hahahahaha... Malu giler beb...  Bukan main sakan geng-geng aku gelak... ambooiiiii!!!

Menunggu nak naik monorail
Possing comel dalam monorail
Possing dalam bas intrakota.  Ahli kumpulan aku, ZRE Go Green - Zamri, Rihaida dan Emmy
Sampai kat The Weld lebih kurang dalam pukul 11.05 pagi dan terus serahkan jawapan dan treasure.  Selamat!!! Kalau lambat silap-silap boleh tersingkir.  Maka terus dapat soalan pusingan kedua.  Jawapan untuk yang ini kena cari kat area The Weld jer.   Maka kami pun meronda dan duduk sambil mencari jawapan.  Masa ni.. siap ada aksi-aksi meniarap semua kat koridor The Weld tu..sabo jer la.  Kiranya... 2 group kitorang ni kira cepat juga lah siap mencari jawapan.  Jam 12.30 dah melonge tak tau nak buat apa dah.  Nasib juga boleh terus lunch.. tapi... vegetarian food la.  Hahahahah

Mencari jawapan untuk soalan disekitar The Weld
Selesai hantar jawapan pusingan kedua.
Bersama dengan semua team NRE
Bergambar selepas yang lain kekenyangan
Dalam nak menunggu keputusan dan hadiah dalam pukul 3 petang,  pihak pengajur telah menyiapkan kuiz untuk hilangkan boring kitorang yang menunggu ni.  Siap pakai romote untuk beri jawapan.  Impresive!!  Yang pastinya... kitorang dapat ranking ke 3 dari 30 lebih group.  Kalau ada hadiah untuk kuiz.. sure best!! Tapi takder!!!  Kedekut!!

Habis jer kuiz.. penganjur memberikan jawapan untuk soalan treasure hunt tu.  Perghhhh!!!! Berapa jer yang betul... Banyak salah dari yang betul.  Bukan nak kata la... memang soalan dan jawapan dia 'keling' habis!!! Kitorang semua tak sangka jawapan untuk soalan boleh jadi gitu.   Memang soalan dia susah bangat!!

Sebelum sesi kuiz...
So keputusannya... memang tiada rezeki kami lagi.  Nasib baik ada juga dapat hadiah cabutan bertuah tapi dapat buku, sticker dan ubat apa ntah beserta pokok kenit jer laa... Kakakakak..  Pokok pula macam pokok  taugeh yang dah tumbuh daun tu.  Hahahah.  Pastu bahagi 3 plak tu.  Haishhh!! Kedekut auk betul!!   Goodies yang diberikan pada hari sebelum tu pun ntah apa-apa.  Bukan la tak bersyukur atau nak mengata.  Tapi apa yang penganjur buat memang membuatkan kita rasa tak berbaloi sangat masuk treasure hunt ni dengan jumlah penyertaan yang bernilai RM200 setiap kumpulan.  Betul-betul penganjur buat duit.  Sabo jer la kan.  

Sebelum kitorang balik,  kebetulan penganjur memanggil peserta dari NRE untuk bergambar bersama.  Nak ambil hati la tu... hahahaha...

Bergambar dengan penganjur dan Team dari NRE
But apa-apa pun aku happy sebab ada 2 group yang bersama-sama aku ni, amat-amat memberi kerjasama antara 1 sama lain tak mengira pangkat dan umur.  I like it that way.  Anyway... thanks Azman, Ila, Zamri, Rihaida dan Ady Hazman yang sama-sama berganding bahu mencari jawapan untuk tresure hunt ni..  Korang memang terbaekk la!!!

Sekian cerita pasal Mengo Green Hunt ni!! Tataaaaa!!

Bowling Suke-Suke SMVPD 79ers

Posted by Emmymazli at 3:51 PTG 0 comments
26 Jun 2011 - The Mines

Lama juga geng-geng SMVPD 79ers tak gathering.  Rasanya last event bersama diorang pada awal bulan Januari lepas. 

Atas permintaan ramai, maka terjadi jugalah program bowling suke-suke dengan kengkawan lama ni.  Aku memang tak menjangka kali ini akan ada lebih ramai yang hadir dari dulu sebab responnya taklah sebaik mana.  Tetapi atas ketelusan kengkawan, akhirnya menjadi juga program ni walaupun pada saat akhir masing-masing ada program tersendiri dan tak lupa juga yang sememangnya mereka ada tugas yang perlu disettlekan tetap dapat juga bersama-sama memeriahkan majlis. 

Antara kengkawan yang hadir pada hari itu ialah Jafrul, Jefry, Harris Singh, Shahril MRT & isteri, Giant, Yazied, Wak & isteri, Hafis, Yumie, Jefly, Rynda, Hajar & suami, Ecah PPU dan anak-anak dan hubby aku jugak....
Kesemua yang ada bersama suami dah isteri memasing
Sambil berbowling sebagai agenda utama... dapat juga bergurau senda seperti dulu ngan kengkawan.  Yang bestnya, baik suami atau isteri memasing, semuanya sporting.  Dalam ramai-ramai haritu, Rynda la yang amat menjadi perhatian cik abang cik abang semua.   Almaklumla... pramugari, single dan comel pula tu.  Hehehehhe.  Paling sakan bila hubby si Hajar pun sakan mengusik si Rynda.   Pecah perut kengkawan yang mendengarnya.  Hahahahha!!

Selesai bowling, maka sesi makan dan meeting lah buat kami di kedai mamak sebelah The Mines tu jer.    Selain nak berjumpa, tujuan bowling diadakan adalah untuk berbincang dengan kengkawan yang lain untuk up coming reunion yang dijangkakan pada bulan Oktober.  Alhamdulillah, semua kengkawan yang hadir dapat memberi respon yang baik dalam meeting tersebut.  Syukur sangat.   Di harap semuanya berjalan dengan lancar la hendaknya.

Eh, lupa pula.  Sebagai permulaan,  Bendahari untuk SMVPD 79er telah dilantik dahulu untuk memastikan pembayaran untuk apa-apa program yang akan dijalankan.  Mesyuarat bersetuju untuk melantik En. Mohamad Jafri bin Mahmud (Automotif) sebagai Bendahari.  Good luck Jep!!

Anyway.... u olls layanlah gambar kami  yang comel-comel ni yer.... Heheheheheh... Tataaaa!!!


Masa untuk ke kedai mamak!!

Sabtu, 25 Jun 2011

Pertama Kali Buat Kenduri Di Rumah Ayer Molek

Posted by Emmymazli at 5:25 PTG 1 comments
18 Jun 2011 (Sabtu) - Ayer Molek, Melaka

Salam semua, baru jer lepas aku buat entry pasal dinner Fathers Day for my hubby bersambung pula story pasal buat kenduri ni... balik jer dari dinner tu.. patutnya aku terus ke kampung, tetapi esok paginya baru aku bertolak ke Melaka untuk membantu urusan kenduri... Anak-anak aku, awal-awal lagi aku dah pos dekat adik aku yang tinggal di Putrajaya ni untuk balik kampung dulu...hehehehhe... pandaikan.... kikikikik!!!!!!!!!

Saudara mara dan menu yang menarik.. ^_^
3 sisters in da house....
Setelah bertahun-tahun family aku duduk di Melaka, maka inilah buat pertama kalinya keluarga aku buat kenduri di rumah Ayer Molek. Sebelum ini, kalau nak buat kenduri, selalunya menumpang di rumah nenek aku atau rumah sedara yang lain. Tetapi atas usaha adik aku Syila, dia telah menjayakan majlis kenduri yang julung kali dibuat di rumah sewa family aku di Ayer Molek. Syila dapat rezeki lebih kot... hehehhe
Syila... pengusaha kenduri ni...
Kenduri ini diadakan untuk arwah datuk dan nenek aku sebelah abah. Kalau boleh, biarlah orang yang pergi tidak dilupakan terus.. kita hadiahkan dengan majlis tahlil dan bacaan al-quran untuk mereka...

Alhamdulillah, majlis yang disangkakan biasa-biasa sahaja, berlangsung dengan meriahnya. Mana taknya, keluarga belah mama aku banyak membantu dari segi memasak lauk pauk pada hari itu. Itu bab baru tolong... yang datang pun meriah dengan tetamu dari keluarga belah mama dan abah, jiran sekeliling, kawan-kawan adik aku si boy dan yang paling tak lupa, guru-guru dan pelajar tahfiz di Bukit Duyung yang menggerakkan majlis. Alhamdulillah... makan semua cukup. Risau jugak kalau makanan tak cukup. Eh lupa lak nak bagi tau menu hari itu ialah Nasi Jagung, Daging Kuzi, Ayam Masak Merah, Kuah Dalca, Bubur Kacang Hijau dan kuih muih.... alhamdulillah.. makanan sumer sold out!!

Group Sekolah Tahfiz Bukit Duyung
Semasa membacakan Al-quran dan tahlil
time makan.. seronok lak tengok macam ni...
Yang kelakarnya, Syila jadi bahan la bila majlis ni berlangsung sebab orang yang datang ingat kenduri ni untuk majlis pertunangan dia... Hahahahah.. bengang Syila.  Terus tersipu-sipu ala-ala wanita melayu yang tak berapa nak akhir tu... Kakakakak!!!!

Anyway, thanks kepada Syila yang berusaha untuk mengadakan majlis ni... semoga ko murah rezeki wahai adikku.... aku hanya boleh bantu skit2 jer... Luv u Syilot!!

Oklah... u olls layan gambo kenduri ni ekkk.. heheheh

Bergambo dengan salah seorang fav autie aku
Group orang dapur yang tak berapa nak masak.. heheheh
Besau nganga abg eddie???
Family waknang
Tetamu yang hadir
Makan pun nak cerita ke??? heheheh
Menu sampingan selain nasi....
Aku tengah memperhatikan lauk sentiasa ada
Goodies girl
Tetamu yang menunggu... tempat tak cukup pulak...
Dihadapan rumah pun penuh..
Sedang menyiapkan lauk untuk budak-budak tahfiz
Berkumpul bersam family sambil menunggu turn
Orang dapur menopup lauk
Rajin hubby aku.. heheheheh
Suasana tetamu
Sepupu-sepupu yang berjubah hitam..
Family Pak Lang - sebelah abah aku
Masa untuk mencuci periuk!!!
Turn orang dapur lak makan... lapau wehhh
Aku yang kebuluran... hahahah

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...