Sabtu, 31 Mac 2012

Now I'm 33

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 1:16 PG
Reactions: 
0 comments Links to this post

Jumaat, 30 Mac 2012

Simfoni Seni NRE 2012

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 9:42 PG
Reactions: 
3 comments Links to this post
28 Mac 2012 - Dewan Baiduri, NRE

PESISTAR bersama tenaga pengajar
Kalau baca tajuk tu macam best jer dengor kan... Tapi memang best pun... Alkisahnya bila NRE dah mula buat event ala-ala Istana Budaya... boleh jugak staff kerajaan ni hilangkan tension dari mengadap kerja jer.  Event ni merupakan idea KSU NRE untuk cungkil bakat terendam di kalangan warga NRE, jabatan dan agensi dibawahnya untuk mengadakan persembahan bebas tak kira la.. menari, menyanyi, lakonan,  main alat muzik dan macam-macam lagi ler tapi menggunakan tema sumber asli dan alam sekitar.  So, aku pun tak melepaskan peluang la untuk menyibuk sama join event ni.  Memandangkan jabatan aku terlalu kecil untuk menghantar group untuk buat persembahan, maka aku dan Ridzuan mewakili JBK untuk menumpang kasih wat persembahan dengan group NRE. 
Nak jugak berposing kat banner Simfoni Seni NRE 2012... hikhikhik..
Mula-mula yang aku tau Simfoni Seni ni nak buat sebagai persembahan semata-mata tapi at last dijadikan pertandingan bagi mengelakkan peserta dari Jabatan dan Agensi buat sambil  lewa.  So jadilah menda ni pertandingan... huhuhu... sabo jer laaa...

Group NRE mengadakan persembahan Dikir Barat.  Kami menggunakan khidmat cikgu dari group PESIBAN.   Best juga sekali-sekala ubah hala join dikir barat... asik koir jer... busan tau!!!  Anyway.. bukan senang nak mengumpul orang-orang ni untuk berlatih.  Susah tau!!  Jangan cakap orang... aku sendirik pun.. nak keluar gi training macam seksa jer.... kalu boss takder oklah... kalau boss ada tu... hadoiyaaiii..... pening mak... memanglah dia bagi... tapi dalam hati tuhan je tau. 

Oklah.. back to story tentang group aku.  Nama kumpulan kami PESISTAR atau nama panjangnya (Penggiat Seni Sumber Asli dan Alam Sekitar).  Nama group adalah hasil perbincangan kumpulan kami.  Aku yang bagi cadangan nama tu setelah tau maksud nama group cikgu kitorang tu... heheheh.. sebenarnya nama tu cadangan jer tau... tapi tak sangka ahli lain yang ada dalam meeting tu setuju walaupun in the end ahli yang tak hadir meeting tu rasa tak sesuai... macam aku cakap... aku bagi cadangan jer... bukan terus buat keputusan.  Then diorang yang vote... hikhikhik... 
PESISTAR - Ahli lelaki
PESISTAR - Ahli perempuan
PESISTAR bersama Datin Junaidah
PESISTAR terdiri dari lebih kurang 30 orang.  Ramaikan....? Ahli-ahli dia pun datang dan pergi... kejap ada kejap takder.. huhuhu.. nak wat camner.... masing-masing ada komitmen yang lebih penting... Tapi yang penting semangat!!!  Sepanjang masa kami berlatih kami rasa taklah seronok sangat tapi semasa hari berlangsung... kami mengadakan persembahan yang  bagi aku amat luar  biasa.  Semangat dia lain laa... maybe betul kata Cikgu Mie sehari sebelum hari pertandingan.... "kalau  kita dah pakai baju dikir tu siap-siap sumer... semangat kita nak berdikir pun lain... ".  kalau tak... macam bateri week jer... Dalam dikir tu ada 4 lagu.... lagu pertama dan kedua suara masing-masing tu ok.. masuk lagu ketiga dan keempat jadi slow pula masing-masing.  Macam bateri low lah senang cakap!! Hahahahah....  Tapi pagi tu.. dah la persembahan pertama tu group kitorang... tapi aku rasa semangat aku masa tu memang lain bebenor la.  Tak sangka pula kengkawan lain pun gitu.  Bila masing dah start tepuk bertabur dan buka mulut.... perghhh.. aura dia memang tak hengat punya laa... ditambah pula bila dapat supporters NRE yang memang best lagilah group kami bersemangat.  Hehehehhe!!!
Untuk Simfoni Seni ni.... ada lagi 2 group dikir barat yang memang hebat belaka dari JTLM dan JPS. Otai-otai la katakan.  Dan tak dinafikan juga... group-group lain pun hebat-hebat belaka.  So, pada group aku... apa yang penting ialah enjoy jer....  buat yang terbaik sudah.... kalau ada rezeki adalah.... yang penting kita dah buat ikut tema  yang diberi... insyaallah. 
Kumpulan Dikir Barat Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM)
Kumpulan Dikir Barat Jabatan  Pengairan dan Saliran (JPS)
Anyway... alhamdulillah rezeki memihak kepada kami.... PESISTAR dapat tempat kedua.  Walaupun ada yang kurang senang dengan keputusan itu, juri semua ada reason tersendiri.  Heheheheheh.... Sebenarnya... kami dah redho apa pun keputusannya nanti... bila masa MC umumkan keputusan yang FRIM dapat tempat ketiga.... geng-geng aku dah sibuk hasut.."jom balik!! dah takder harapan la tu!!!"  Bila kami sedang sibuk-sibuk menceceh di belakang dan tak menghiraukan keputusan MC.. kami boleh buat muka seposen dalam beberapa saat pula bila tiba-tiba keputusan tempat kedua tu jatuh kepada NRE.... kemudian tu baru  masing-masing jerit-jerit kegembiraan.  Nampak sangat tak espect high... hahahahaha!!  Tak sangka menang la tu.  Juara Simfoni Seni NRE 2012 ialah INSTUN.  Tahniah korang!!
Tanda kemenangan kami.  Macam trofi Oscar
Haritu... menang tu taklah seberapa... tapi masa kami makan tengahari tu... makanan yang kami makan tu rasa manis jer... rasa nak sengih jer... hehehehe.... gediksss!!!  Dan yang paling penting.. tetiba aku rasa sayang pulak kat geng-deng dikir barat ni walaupun ada yang aku baru kenal pun.  Heheheh.. rindu lak nak berdikir ni... hikhikhik....  Lastly... CONGRATS PESISTAR!!!!!  Love u all!!!
Nak jugak merasa pegang trofi ala-ala Oscar nih... hikhikhik...
Bagi yang tak sempat tengok group kami berdikir barat... boleh tengok di video ni.. tapi sorrylah.. kualiti gambar tak berapa baik... hehehhe
Nota Emmy :  Aku tau ada yang tak puas hati kalau NRE menang tak kira la dalam pertandingan koir ke... nasyid ke... dan ada yang berbunyi... group kami tak buka mulut lagi pun dah tau nombor  berapa dah.... itu bagi aku amat tidak adil... kami berusaha sehabis baik.... apa pun keputusan kami redho... pada yang tak menang tu... cuba muhasabah diri balik... cuba cari kelemahan dan sebab kenapa kita kalah... adakah kita mengikut tema  yang ditetapkan?? adakah kita mampu mencuit hati juri?? adakah apa yang kita cakapkan dan yang kita sampaikan tu bertepatan dengan tema dan juga orang yang mendengar itu faham dengan apa yang kita cakap dan sampaikan walaupun semua orang tahu anda memang HEBAT SANGAT???!!!!! So... renung-renungkan dan selamat beramal!!!!

Isnin, 26 Mac 2012

Mertua Aku Accident

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 11:02 PG
Reactions: 
0 comments Links to this post
23 Mac 2012 - Lebuh AMJ, Melaka

Salam semua.... pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kengkawan dan sedara mara yang datang melawat mertua aku di hospital dan juga ucapan selamat yang diberikan di dalam facebook.  Terima kasih semua....

So harini aku nak ceritakan hal sebenarnya yang terjadi pada mertua aku untuk dikongsikan rakan-rakan blogger aku ni.   
Keadaan kereta kancil lama aku yang digunakan mertua aku ranap.
Anyway... sebenarnya sebelum kemalangan itu  berlaku, pada hari Jumaat malam Sabtu yang lepas tu mertua aku teringin nak makan sup di kedai makan AMJ Corner di Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka-Johor).  So, selepas diorang makan dan mahu pulang dalam pukul 12.10 malam.  Semasa on the way nak balik ke Telok Mas semula tak jauh dari kedai makan tu... ibu mertua aku terus melabuhkan badan di kerusi dalam keadaan baring dan bapa mertua aku yang memandu dengan keadaan kelajuan kenderaan  yang agak slow telah memastikan tiada kenderaan dilihat melintas sebelum melintaskan kereta ke tengah jalan dan membuat pusingan u turn.  Jalan di Lebuh AMJ  memang gelap.  Tanpa disedari semasa nak buat pusingan u turn tu... tiba-tiba tak semena-mena sebuah kenderaan Waja dengan keadaan laju telah melanggar belakang kereta kancil mertua aku tu di sebelah kiri dan telah membuatkan kereta mertua aku berpusing 4 kali dan berada di divider tengah jalan dan membuatkan beberapa pokok di tengah jalan tu tumbang.  Disebabkan keadaan kereta yang agak teruk tu adalah sebelah kiri... ibu mertua aku telah cedera agak teruk juga.  Bapa mertua aku kata.... dia tak boleh buka pintu kereta tapi disebabkan nak selamatkan mak mertua aku yang dah berlumuran darah dan mengerang tu... dia gagahkan diri untuk tendang pintu kereta untuk keluarkan ibu mertua aku.  Orang ramai yang lalu di situ memberhentikan kenderaan dan ada juga yang datang dari kedai makan AMJ Corner tu telah cuba memberhentikan kenderaan-kenderaan yang lalu agak laju di situ.  Dari yang bapa mertua aku cerita juga ada 2 lagi kenderaan yang accident berdekatan dengan tempat mertua aku accident tu disebabkan hendak mengelak berlanggar dengan kereta mertua aku yang melibatkan lori dan kereta iswara.  Tapi itu cerita lain....  Apa-apa kena selamatkan ibu mertua aku dulu.  Nak tunggu ambulan lambat sangat.... mertua aku cerita someone dari kedai makan AMJ Corner tu telah bawa kedua-dua mertua aku ke hospital.  So kereta kancil mertua aku tu ditinggalkan begitu sahaja.

Setelah dikejarkan ke hospital, bapa mertua aku telah mendapat rawatan biasa kerana cedera ringan sahaja manakala ibu mertua aku mendapat jahitan yang agak panjang di kepala, di atas mata sebelah kiri, belakang cuping telinga dan patah tangan kiri.  Lebam di badan pun boleh tahan jugalah.  Dalam masa 2 harini dikhabarkan tangan yang patah tu akan dilakukan pembedahan untuk dimasukkan besi.
Keadaan ibu mertua aku dihospital
Dari yang dikhabarkan oleh orang yang menarik kereta di kawasan kemalangan mertua aku tu, pemandu kereta waja tu berbangsa cina yang mabuk dari arah Merlimau telah mati ditempat kejadian.  Tapi setelah report polis dibuat, bapa mertua aku diberitahu oleh pihak polis yang pemandu kereta waja tu ok jer dan telah membuat laporan polis.  Polis yang menerima report tu memaklumkan pemandu kereta waja tu hendak lari (kes langgar lari) tapi keretanya mengalami kerosakan tak jauh dari situ.  Padan muka!!! Kurang asam kan???

Hmmm... syukur takder apa yang serius berlaku.  Nasib baik semasa kemalangan tu berlaku, ibu mertua aku berada dalam keadaan baring.  Kalaulah pada ketika itu ibu mertua aku dalam keadaan duduk, mungkin kecederaan dia lebih serius di kepala.  Dan mertua aku juga sangat bernasib baik sebab kereta kancil tu tidak terbalik dalam keadaan menegak tetapi dalam keadaan melintang.  Kalaulah terjadi gitu, silap-silap boleh terkeluar orang tua tu dari kereta . Hadoiii.... lagi bahaya... Moga ibu mertua aku cepat sembuh.  Lupa pulak nak bagi tau.... kereta kancil yang mertua aku pandu tu sebenarnya kereta lama aku dan masih atas nama aku... rasa agak frust juga bila terjadi macam ni.  Terus total lost tu.  Tapi nak buat macam mana.  Benda nak jadi.  Kalau kita tak langgar orang... orang yang akan langgar kita walaupun kita bawa kereta slow sekali pun atau dalam keadaan berhenti.  Hmmm.....Banyak jugalah perkara yang kena aku settlekan di KL pasal kereta kancil ni sebab tu aku terpaksa balik awal bagi memastikan kereta kancil tu tiada masalah bagi membuat tuntutan.

Pada pandangan aku.. ada hikmah bila perkara-perkara ni terjadi.  Apa-apa pun, aku harapkan kengkawan semua doakan yang terbaik untuk kami yer..... 



Khamis, 22 Mac 2012

Petua Menangani Suami Panas Baran

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 9:45 PTG
Reactions: 
1 comments Links to this post

1. Jangan berdebat atau kemukakan pandangan anda di saat suami sedang marah atau emosi. Tindakan anda mungkin sia-sia sahaja malah boleh mengundang padah apabila si suami semakin marah kerana rasa ditentang atau dicabar oleh isteri sendiri. Akibatnya, si isteri boleh terikut-ikut menjadi ‘panas’ sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika berlarutan, si isteri boleh terganggu dan rumahtangga juga akan terancam. Sebaiknya dalam situasi ini, anda perlu sedikit mengalah atau mengambil sikap tidak mempedulikannya dulu.

2. Ajak dia berbicara untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Tetapi tunggu sehingga kemarahannya sudah reda. Gunakan gaya bicara yang halus agar emosinya tidak ‘naik’ lagi. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja ataupun ketika menonton bersama. Yang pasti pilih masa dan mood yang baik dan tepat.

3. Suami panas baran ataupun pemarah suka berterus-terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Cara mereka mengungkapkan lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya.

4. Apabila suami memberi pandangan yang agak keras, anda perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk anda. Seterusnya ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemahan diri anda. Tidak guna terlalu emosi dengan kata-kata suami terhadap anda. Walau mengalir air mata sekalipun si suami panas baran biasanya sukar mengubah pendapatnya dan lebih buruk lagi, mereka tidak akan berasa bersalah sedikitpun. Itu kenyataan.

5. Cuba fahami latar belakang suami anda. Orang yang memiliki sifat ‘temperamental’ biasanya mudah terpancing kemarahannya oleh situasi atau keadaan di luar keinginananya. Hanya kerana tersilap kata ataupun nada suara yang salah sahaja sudah boleh mengundang pertengkaran. Sifat pemarah ataupun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh pola asuhan dalam keluarga juga mempunyai kaitan kepada sifat pemarah individu berkenaan.
6. Pastikan keadaan rumah tangga anda berdua berada dalam keadaan menyenangkan agar suami anda berasa nyaman dan tidak mudah marah-marah seperti berada dalam keluarganya dulu. Cuba dapatkan lebih banyak maklumat mengenai apa yang boleh membuatkannya gembira dan tenang, berbanding sebaliknya, yang membuatnya kesal dan marah.

PETUA ISLAM
Cubalah membaca ruqyah (sejenis doa atau ‘jampi’ syar’ie) dengan ayat 69 dalam Surah al-Anbiyaa’ ini semasa barannya muncul:
“Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya! ” (21:69)).
Mudah-mudahan Allah menyejukkan barannya seperti mana api yang membakar Nabi Ibrahim disejukkan dengan izin Allah. Amin.

Apabila berhadapan dengan sikap keras hati suami:
Bolehlah mencuba bacaan ruqyah dari Surah al-Naml, ayat 30:
“Sesungguhnya (perutusan itu) dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ” (27:30).
Ia bersempena kisah Nabi Sulaiman yang mengajak Ratu Saba’ yang bernama Balqis agar memeluk Islam. Akhirnya, hati baginda menjadi lembut untuk memeluk Islam setelah membaca kepala surat perutusan daripada Nabi Sulaiman di atas. Mudah-mudahan bacaan ruqyah walaupun dalam diam akan melembutkan hati suami yang panas baran untuk kembali bertanggungjawab kepada keluarga dan bersedia untuk berbincang elok-elok dengan isteri dengan izin Allah s.w.t.
  • Isteri perlu juga melakukan muhasabah diri. Contohnya, mengkaji sama ada waktu isteri mengajukan cadangan untuk berbincang. Orang lelaki biasanya ada anginnya yang tersendiri terutamanya tidak mahu diganggu ketika sedang sibuk dengan sesuatu, dan biasanya apabila si isteri bertanyakan sesuatu ketika dia lapar, mengantuk, bersedih, penat atau tertekan akan membangkitkan kemarahannya.
  • Isteri juga digalakkan memperbanyakkan istighfar kerana dalam Surah Hud, ayat 3 Allah menjanjikan kebahagiaan dan kesenangan bagi orang-orang yang memohon keampunan dari-Nya dan bertaubat (pulang menyerah diri untuk taat kepada-Nya)
  • Berdoa adalah sinonim dengan kehidupan seseorang Muslim, maka solat itu pun maksud asalnya doa. Amalan berdoa menjadi simbol penyerahan diri kita kepada Allah dan betapa kita sentiasa memerlukan Allah al-Samad – tempat bergantung. Si siteri boleh bermunajat kepada-Nya, pohonlah apa jua permintaan dalam bahasa Melayu sekalipun di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Serulah dari 99 Nama-nama ALLAH yang Indah (Asma’ Allah al-Husna) dalam doa anda, seperti Ya Razzaq Ya Fattah agar Allah melimpahkan rezeki keluarga anda dan seumpamanya, semoga ia segera dimakbulkan.
  • Sebagai satu alternatif, isteri juga boleh mencuba bacaan ruqyah dari ayat 200, Surah Ali Imraan yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (dalam menghadapi segala kesukaran), kentalkanlah daya kesabaranmu, sabarkanlah di antara kamu, perkukuhkanlah ikatan sesama kamu dan bertakwalah kepada Allah. Semoga Allah Menentukan kamu akan Berjaya (akhirnya).” (3:200)).
  • Satu lagi amalan baik untuk perlindungan keluarga ialah membaca“Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi shay’un fil ardhi wa la fissama’ wa huwassami’ul alim.”
Maksudnya:
“Dengan nama Allah yang terpelihara segala sesuatu dengan nama-Nya daripada apa-apa yang memudaratkan sama ada di bumi atau di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.) ”
Menurut baginda, sesiapa yang membacanya 3 kali pada waktu pagi maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu petang; begitu jugalah apabila ia dibaca 3 kali pada waktu petang, maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu pagi. [Sumber: Sunan Abu Daud, juzu' 3, hal. 132, bil. 5088].

Sharing artikel dari http://www.epetua.com/

Suami yang Memenuhi Kewajipan

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 9:34 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post

A.             Suami Teladan ialah:

·                Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan laranganNya.  Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan,ia akan menyatakan kepada isterinya.

·                Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak disenangi isterinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan bersopan santun. 

·                Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya, berbincang-bincang, menghargai pandangan isterinya dan sebagainya.

·                Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Tidak mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya.

·                Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumahtangga. Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu :-

1.              Tubuh badan yang sempurna sanggup melaksanakan  tanggupjawabnya dengan kesempurnaan anggotanya. Ini bermaksud selagi mampu memenuhi keperluan zahir dan batin.
2.              Akal fikiran yang sempurna
- berfikiran positif.
3.              Pengetahuan agama yang sempurna
- untuk membimbing ahli keluarganya mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup.
4.              Membelanjakan sebahagian harta
- mencari nafkah untuk menyara hidup ahli keluarganya

B.         Keperibadian Suami Yang Menjadi Impian Isteri

1.              Penuh kerinduan dan kasih saying
2.              Mencintai
3.              Gagah dan berakhlak mulia
4.              Kaya dan bijaksana
5.              Memberikan cahaya kehidupan
6.              Menegakkan kebenaran
7.              Mulia di sisi Allah

C.         Ciri-ciri Suami Teladan

·                Suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah
·                Suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintah Allah
·                Suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahan isterinya.

1.       Ciri-ciri suami yang soleh ialah:

a.              Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.
b.              Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT
c.               Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya
d.              Menjaga hati dan perasaan isteri
e.               Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang diluar kemampuan isteri
f.               Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan
g.               Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri
h.              Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka
i.                Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin
j.                Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan.
k.              Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa.
l.                Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya.
m.            Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.
n.              Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan  kebahagiaan bersama.

2.       Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keredhaan Allah SWT iaitu:
a.              Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai.
b.              Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan.
c.               Rumahtangga sentiasa bersih dan selesa.
d.              Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara-perkara haram dan syubhat.
e.               Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah.
f.               Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang berlebih-lebihan ketika bersolek.
g.               Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai-nilai keperibadian muslim.
h.              Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga.
i.                Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam.
j.                Rumahtangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan dan kebajikan.
k.              Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga.

D.            Suami yang penuh sentuhan kasih

Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri :-

1.                   Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri.
Betapa pun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi, memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajat nya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab.

Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.

1.                   Memberi pujian terhadap isteri.
Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri.

Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya, "Adakah engkau cinta padaku? ". Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.

3.             Menentukan batas tanggungjawab, Islam telah mengatur.
tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suami berkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak.  Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan malah semua tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat. 

4.             Menghindari kritikan terhadap isteri
Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri.

Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan
kesan negatif terhadap isterinya iaitu:


a.                   Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah
b.                   Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan kecewa dan tekanan batin.
c.                    Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama.
d.                   Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri.
e.                    Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak.
f.                    Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.

5.                   Memperhatikan sesuatu yang romantik.
Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulangtahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita, hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yang mempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita.  Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.

6.             Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami.
Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkank kasih sayang.


7.             Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri.
Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.

8.                   Memahami gelora jiwa isteri.
Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya, maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai orang yang dapat membimbing hidupnya.

9. Membina kerjasama yang baik.
Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu mengujudkan keluarga bahagia.

10. Memenuhi keperluan peribadi.
Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.

E.            Kewajipan Suami Dalam Rumahtangga

1.              Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna

2.              Memberi nafkah kepada isteri

3.              Menggaulinya dengan baik
a.              Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan
b.              Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal
c.               Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepadanya, menghiburkan isteri supaya hatinya sentiasa gembira.
d.              Memaafkan lkeslaahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudi pekerti mulia.
e.               Di hadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan dan kebaikan kerana isterinya juga menyenangi apa yg disenangi oleh suaminya.
f.               Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama apabila isteri sakit atau sibuk dengan pekerjaannya.
g.               Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya dihadapan umum.
h.              Melindungi isteri dari api neraka.

4.              Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan
Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan perkataan atau perasaan.  Secara umum,

Lelaki bersifat :
·                     berani dan gagah perkasa
·                     ingin menolong yang lemah
·                     ingin berkuasa
·                     kasar dan tamak
Manakala wanita bersifat :
·                     lemah lembut
·                     pemalu
·                     mempunyai perasaan yang halus
·                     bersopan santun
·                     penyabar
Sifat-sifat ini adalah bersesuaian dengan kewajipan dan tanggungjawab masing-masing. 

5.              Membimbing isteri 
Di samping memiliki sifat-safat yang baik, wanita juga mempunyai sifat buruk yang kadangkala merupakan sifat asal ataupun dari pengaruh luaran. Diantaranya: 
a.              Mudah lupa dalam mengingati Allah, Kesibukan dengan harta kekayaan dan anak-anak kadang-kala membuat wanita lengah akan perintah Allah. Kelalaian ini akan memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya.
b.              Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia Kemilauan dunia sering membuat wanita terpedaya.
c.               Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain.
Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing dan menasihati isteri. Suami pula sepatutnya tahu bagaimana cara membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan perselisihan.

Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan mengamalkan perangai yang baik seperti :
1.              Janganlah suami dan isteri marah pada masa yang sama
2.              Jangan mengeluarkan suara yang kuat antara satu sama lain.
3.              Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, makabiarkanl ah ia menang.
4.              Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap kasih sayang.
5.              Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu.
6.              Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain daripada tidak mempunyai masa terhadap pasangan.
7.              Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan
8.              Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita sekurang-kurangnya sekali sehari.
9.              Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf.
10.           Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang dan biasanya org yang bersalah paling banyak berbicara.

6.       Membimbing anak 
Seorang suami yang adalah suami yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya antaranya:
a.                     Memberikan nama yang baik bagi anaknya
b.                     Memberi nafkah
c.                     Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagainya.


share artikel dari http://alhelmi.tripod.com/tip/terbaru/suami1.htm
 

Selasa, 20 Mac 2012

4th Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2012

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 10:49 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
17 Mac 2012 - Putrajaya

Meriah giler Putrajaya dengan datangnya sekali lagi pesta belon panas atau nama penuhnya 4th Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2012.  Aku sendiri takmo ketinggalan untuk melihat belon-belon panas yang bermacam rupa... asik tengok dari cermin tingkap opis jer... mana bleh tahankan... 
4th Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2012
Aku pergi on Saturday.. kalau tak silap aku jatuh hari ketiga pesta tu... masa aku pergi tu.. punya susahlah nak cari parking... 1 perkara yang paling aku menyampah kalau nak jalan mana-mana bila susah nak cari parking.  Nasib baik encik suami ada... walaupun kami dah bertolak awal pagi dan matahari pun dah naik tinggi juga... parking tetap penuh.  Huhuhu!!! 
Possing ngan anak-anak aku...senyum pun tak berapa nak ikhlas
Anak-anak aku bila sampai sana dah lorat sangat nak naik belon panas tu... tapi masalahnya.... kena tunggu buka kaunter pukul 3 petang dengan beratur berjela dan hanya limit tiket untuk 200 ke 300 orang jer... sabo je la kan... dah la aku sampai pukul 10 pagi kat presint 2 tu... so tak kuase la aku nak melayan...

Pastu... si Kimie pulak nak naik game yang kita duduk dalam bola tu then kita gerakkan bola tu yang terapung dalam air.  Kalau ikutkan hati.. aku pun nak join jugak tapi nak menunggu petang tu laa... adehhhh!!! Serius aku tak kuasa!!!  Dah la panas.... So pemutusnya... anak-anak buat muncung yang boleh sangkut hanger.  Hikhikhik... sian.... At last kami datang sana semata-mata layan tengok orang main helikopter mainan tu dengan jalan-jalan keliling pesta jer.  Buat letih jer kan....  nasib baik hubby nak belanja breakfast KFC kat situ... Heehehe...
Makan KFC
Nampaknye... kena tunggu tahun depan la kalau nak buat aktiviti-aktiviti kat sini.  Sorry anak-anak mama!!!  Tapi kira oklaa kan... dapat juga amik gambo kat replika belon panas tu.... daripada takder... heheheheh....

Tak dapat naik belon dapat bergambar pun oklaa kan...

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...