Me Emmy!!


Hai Semua!!!!

Nama sebenar aku yang mama & abah aku letak kat surat  beranak ialah Emmy Farhany binti Ahmad. Kengkawan dan sedara mara panggil  Emmy, Hanny atau Along.

Aku berkahwin dengan my Mr. Popeye a.k.a.  Mazli bin Mahat pada 16 November 2001 dengan dikurniakan 2 orang cahayamata yang comel dan naughty bernama Nur Farhaty Hanum dan Muhammad Firhad Hakimi.

Seperti yang aku beritahu tadi... sedara mara panggil aku ALONG sebab aku merupakan puteri sulong daripada 4 adik-beradik atas ikatan kasih sayang abah aku iaitu Pak Mat Tempe Kecephor a.k.a En. Ahmad bin Abd. Hadi dengan mama aku Pah Bedah a.k.a Pn. Ubaidah binti Sahri. Heheheheheh!!!!

Aku bekerja di Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar yang kini sudah hampir 11 tahun dalam servis sebagai Setiausaha Pejabat Gred N27 yang dahulunya nama jawatan aku ialah Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17.  Sekarang ni, aku merupakan PA/Setiausaha kepada En. Letchumanan Ramatha, Ketua Pengarah Jabatan Biokeselamatan. 

Sejarah aku bekerja...sebelum ni, aku pernah berkhidmat dengan pelbagai boss yang best (kalu tak best pun kata best la... heheheh).  Antaranya, dengan Peguam Kanan Persekutuan dan Setiausaha Politik YB Menteri Datuk Kasitah Gaddam semasa aku di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi... sebelum menjadi PA kepada Setiausaha Politik, aku selalu juga menggantikan tempat PA kepada Ketua Setiausaha bila dia pergi menunaikan umrah dan Haji atau bercuti panjang... bila kementerian aku tukar nama kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.... aku mula berkhidmat dengan Bahagian Pentadbiran sebagai PA Pool sebab menteri dan setiausaha-setiausahanya juga bertukar.... so, busan la aku buat kerja admin!!! Tak lama lepas tu baru berkhidmat sebagai PA semula dgn Setiausaha Bahagian Mineral dan Geosains dan Timbalan Ketua Setiausaha 2.  Bila Timbalan Ketua Setiausaha 2 pencen... aku kena duduk Bahagian Pentadbiran dan Kewangan semula hampir 1 tahun.... masa ni la aku selalu menggantikan PA kepada Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha 1 & 2 di samping tugas aku yang seperti kerani.  Selepas itu baru la aku di attachkan di bawah Ketua Pasukan Teras Biokeselamatan dan seterusnya sekarang ni jawatannya sekarang adalah Ketua Pengarah Jabatan Biokeselamatan iaitu  boss eden ni haaaa. Heheheh... mcm baca sejarah la pulak!!!


Sejarah pendidikan aku.... masa aku di alam persekolahan dari sekolah rendah ke menengah... keluarga aku menetap di Segamat, Johor.  Ketika aku di darjah 1 dan 2, mama aku sekolahkan aku kat skolah kampung iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa.  Tapi bila mama & abah aku tengok aku belajar bahasa inggeris lembab sangat, so parents aku pun masukkan aku di Sekolah Rendah Kebangsaan Canossian Convent dari Darjah 3-6.  Kata mama... kalau sekolah Convent... nanti pandai cakap omputih... hahhahahah... kat sini aku merasa la belajar dengan pelbagai jenis kaum... macam-macam pesen dan perangai la... Di samping aku bersekolah pada sebelah pagi.. pada sebelah petangnya mama n abah aku hantar ke Sekolah Agama Kampung Jawa hingga aku di tingkatan 2 (dulu konsep sekolah agama di Johor  lain... tak semestinya ikut sekolah kebangsaan...). Mama cakap lagi... ilmu di dunia kita kena ambil tetapi ilmu diakhirat kita kena cari... haaa.... faham-faham sendiri la ekk!!  Bila peringkat sekolah menengah pula... aku still continue ke Sekolah Menengah Canossian Convent hingga ke tingkatan 3.  Di samping menjalani rutin pelajar, aku juga melanjutkan pelajaran di Sekolah Agama Khas setiap Sabtu semasa di Tingkatan 3 ni... kalau lulus... leh jadi ustazah... tp aku mmg lulus pun... cuma tak jadi ustazah je.... hahahhaha.... Then, bila aku di tingkatan 4 dan 5, aku berpeluang belajar di Sekolah Menengah Vokasional Port Dickson, Negeri Sembilan dalam kursus Pengurusan Pejabat (PPJ). Kebetulan, semasa aku ditingkatan 5 la keluarga aku pun berpindah balik ke Melaka iaitu tempat asal mama dan abah aku.... Selepas mendapat result SPMV, aku dapat melanjutkan pelajaran dalam jurusan Diploma Sains Kesetiausahaan di Politeknik Port Dickson dan lulus dengan jayanya... heheheheh

So... kalau tengok sejarah pendidikan aku ni... tak hairan la aku mempunyai ramai kawan dari pelbagai kaum dan negeri sebab banyak sekolah yang aku masuk... hehehhehe

Hobi aku adalah mengumpul setem, menyanyi, mengambil gambar, dekorasi kek dan macam-macam lagik... Tetapi hobi mengumpul setem adalah hobi aku sejak kecil dan merupakan hobi yang termurah penah aku buat... heheheheh

Itulah aku sebenarnya... ^_^

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...