Isnin, 21 Januari 2013

Karnival Pelancaran Kempen Promosi Visit Malaysia Year 2014

Posted by Emmymazli at 11:03 PG
19 Jan 2013
Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil

Salam semua....

Today punya entri aku nak story pasal penglibatan aku dalam majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.  Sebenarnya.... aku di arahkan bersama 4 orang lagi dari Jabatan Biokeselamatan aku untuk menghadiri dan memeriahkan Karnival Pelancaran Kempen Promosi Visit Malaysia Year 2014.... Warghhh... tak sangka tahun 2014 merupakan Tahun Melawat Malaysia.  Seronoklah gini...
Anyway.... bila dah melilbatkan aktiviti untuk promosi Visit Malaysia Year 2014 dan Kementerian Pelancongan sendiri ni... sudah semestinya pelbagai aktiviti dan produk pelancongan yang diperkenalkan. Secara tak langsung.... segala promosi untuk hotel, tempat-tempat menarik dan pelancongan akan dijual dengan harga yang berpatutan.... Masa ni lah nak grab segala mak nenek diskaun yang diberikan.  Kalau beli biasa-biasa memang terasa agak mahal untuk orang macam aku yang berpendapatan sederhana.  Huhuhu....

Sebenarnya... event tu start malam jam 8.30 malam.  Tapi bila aku tengok surat arahan.... bukan main awal lagi bas yang disediakan oleh kementerian akan bertolak ke Bukit Jalil iaitu jam 3.30 petang.  Huaaarghhh... mau lemau kat Bukit Jalil tu kalau dari awal dah ada kat sana sampai jam 10.30 malam.  Setelah decide dengan penyelaras JBK untuk majlis ini, so aku pergi dengan kenderaan sendiri jer la.  Jadi aku bolehlah bawa family ke sana.  Dalam fikiran aku sudah pasti banyak booth yang dibuka untuk mempromosi pakej-pakej percutian di Malaysia... ada baiknya aku bawa hubby.... heheheh... boleh ngendeng nak beli apa-apakan... Kikikikik!!! ^_^

Bila dah naik kenderaan sendiri... jam 6.00 petang baru aku bertolak dari rumah.  Kalau ikutkan boleh jer nak gerak lambat skit.... tapi bimbang takder parking pula nanti.  Alhamdulillah.... setelah planning perjalanan kami berpandukan pengalaman lepas.... kitorang parking di kawasan parking Tren LRT Star Bukit Jalil dan dapat tempat untuk letak kereta pon tak jauh dari tempat majlis tu dengan mudah... Tak lah penat nak jalan kaki ke tempat tu.  Sampai-sampai sana tengok tempat tu dah crowded.... dah macam ada game bola pon  yer... heheheh...
Mula-mula masa aku dan family masuk kat situ.... tak tau mana kami nak tuju.  Main redah jer.... sekali terjumpa pula kawan dari Jabatan Taman Laut dan penyelaras kontijen dari NRE yang bertugas di booth NRE kat situ... so diorang bagi lah tunjuk arah ke mana yang boleh dipergi.  Then kitorang decide untuk jalan-jalan dekat booth yang menawarkan pakej pelancongan.  Perghh.... rambang mata kitorang.... antara tempat yang kitorang planning nak pergi sebenarnya adalah negeri Sabah.  So kebetulan... kat sana banyak pakej untuk melancong di Sabah... kitorang ambil jer la brosur-brosur yang ada dan juga menempel untuk aktiviti-aktiviti yang boleh dijoin kat situ.... Brosur-brosur lain pon kitorang ambil jer... tapi lom sure nak pergi ke tak... hahahahha..... Mana nak cekau duit wehhh nak beli pakej-pakej time belom gaji pulak tu.  Hehhehe... so tengok jer la mampu.  Tapi aku nak ucapkan terima kasih kepada team booth Melaka River Cruise yang berikan aku diskaun voucher untuk naik boat river cruise tu sebanyak 11 keping.  Target aku nak tanya mengenai harga untuk naik cruise vip jer sebenarnya sebab aku memang nak promote perkara-perkara yang menarik kepada kengkawan kalau datang ke Melaka.  Tapi tak sangka pula bagi diberikan voucher diskaun untuk Melaka River Cruise.  Thanks yer orang Melaka.  Cayalah!!

Antara brosur dan gift-gift yang dicollect

Aktiviti-aktiviti yang sempat kami nyibuk di sana...  heheheh
Jalan punya jalan.... tersinggahlah la booth Puteri Habour Family Theme Park yang menawarkan pakej untuk masuk ke Sanrio Hello Kitty Town, The Little Big Club dan Kid Zania.  Adehhh..... Kid Zania tu dah 1 hal sebab memang anak-anak aku lama dah minta.... memandangkan pakej yang ditawarkan agak menarik so terpaksa la juga belikan.... Tiket valid 3 bulan... insyaallahlah dalam 3 bulan ni akan ke sana.  Yang buat aku dan Hanum tak tahan tu bila tengok ada Hello Kitty Town tu.  Heheheh..... buat muka kesian aku dan Hanum kat hubby.... heheheh... teringin wehhh nak jalan dan ambil gambar dengan Hello Kitty ni... mana boleh tahan!!  Bila dilihat pada harga pakej bersekali  Sanrio Hello Kitty Town & The Little Big Club (watak-watak cartoon Disney Junior seperti Thomas & Friends, Bob The Builder, Barney & Friends, Pingu dan Angelina Ballerina) pon boleh tahan murah berbanding kalau kita beli secara online atau beli terus tiket di kaunter.  Bincang punya bincang dengan sales person... so kitorag beli juga pakej tersebut dengan membuat bayaran 2 kali untuk tidak melepaskan pakej yag ditawarkan.  Kitorang letak deposit RM100 dan balancenya bila gaji nanti.  Pakej ni valid untuk 6 bulan dari tarikh.... Hehehehe.... Nampaknya... duit bantuan khas persekolahan untuk anak-anak tu... ini yang dapat kami berikan kepada anak-anak.  Bermain sambil belajar.  Huhuhuh...  

Ticket/Voucher yang dibeli murah
Yang geramnya… bila kitorang jalan ke depan skit bersebelahan dengan booth Sanrio Hello Kitty Town, The Little Big Club dan Kid Zania tadi… ada pula booth Legoland yang menawarkan harga memang murah sangat-sangat dari harga di kaunter tiket or secara online.  Perghhh… sakit ati.  Lom gaji lagi ni wehhhh…. So kitorang hanya boleh memandang jer la.  Kena sedar diri skitkan….  Berbelanja ikut kemampuan kan….

Bila kitorang keluar-keluar jer dari booth yang mempromosi percutian di Malaysia tu… di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil telah dibanjiri manusia dan di pentas acara  yang langsungkan oleh pihak MOTOUR baru saja bermula.  Hos pada haritu ialah Mahadzir Lokman dan pelbagai persembahan sedang dijalankan ketika itu.  Untuk orang macam aku yang bawa family memang tak kuase dah nak stay lelama kat situ nak tengok konsert bagai…. Lagipun jauh bebenor rasanya nak tengok orang buat persembahan.  Kebetulan terjumpa la kengkawan yang sama kementerian dan juga dari kementerian lain kat sana tu….. kitorang jadi pemerhati dan membawa haluan sendiri.  Maka aku dan family pon melayan ke booth aktiviti yang lain untuk mengisi keboringan malam tu.

Persembahan di Pentas 

Bergambar dengan rakan-rakan sekementerian dan luar kementerian yang sempat jumpa
Apa lagi ekkk yang menarik kat sana….?? Takder apa sangat la pada aku…. just enjoy gift-gift yang diberikan selain join apa-apa aktiviti  yang disediakan dan membeli barang-barang yang ditawarkan dengan harga murah giler di booth-booth yang disediakan.  Yang aku perasan banyak ada kat situ ialah pameran  motor dan kereta yang menjadi kegilaan lelaki terutamanya…. Kitorang ni hanya mampu bergambar di sisi jer laaa…. Hehehehehe…

Antara aktiviti dan pameran yang sempat kami join....
Malam tu… ada la bunga api bagai… memang enjoy la tengok bunga api ni… tapi dalam orang dok syok-syok tengok bunga api tu… di bukit yang bunga api dipancut kat atas sign Kompleks Sukan Negara dan Visit Malaysia 2014 tu terjadi pula kebakaran.  Habis kot anak-anak pokok hiasan kat situ….. dari api kecik hingga merebak besar…. Aku tengok ada juga orang yang sedang cuba memadam api tapi macam tak berjaya jer…. Hmmm… memang kena jawablah hendaknya pihak MOTOUR dengan MSN.  No komenlah….
Sedar tak sedar… jalan punya jalan…. Jam dah menunjukkan pukul 10.10 malam.  Perghhh…!!! Kaki pon dah sakit meround… So aku dan hubby bincang terus nak balik jer laa…. Letih dah wehhh….  Hmmm… walaupun tak bersaing keluar dengan orang yang tengok persembahan di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil tu… tapi jalan nak keluar dari parking dan ke highway dah sesak.   Hmmm…. Bercinta nak balik!!  Sabo jer laaa….

Apa pon…  malam tu… dah tentulah anak-anak aku yang berpuas hati kerana kehendak mereka hampir tertunai untuk pergi ke Kid Zania  & Sanrio Hello Kitty Town + The Little Big Club.  Syukur….

Oklah…. Jumpa di next entri…. Bye

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...