Salam semua….
Harini aku rasa amat terpanggil untuk menulis kisah
ini. Itu pun setelah semalaman aku
berfikir kesudahan untuk aku meneruskan atau tidak sesuatu perkara yang aku minat. Hmmm… macam mana nak mulakan ekkk…. Tetiba masa
nak taip ni hati pula rasa sebak… (+_+)
Oklah gini…. Seperti yang korang tahu for those yang maybe
pernah baca blog aku ni… aku sering meletakkan entry yang aku berkecimpung
dalam bidang koir dan nyanyian di pejabat aku ni. Selalu jugalahkan aku join mana-mana
pertandingan mewakili kementerian dan Jabatan aku. Tapi ada 1 kejadian bulan lepas membuatkan aku
kecewa yang teramat sangat hingga membuatkan aku rasa dah tiba masa untuk aku undur
diri dalam bidang koir. Umur aku pon
bukan muda belia lagi… dah masuk 34 tahun dah tahun ni…. So ada baiknya bagi
peluang kepada orang baru dan muda-muda join untuk menggantikan yang lama.
Dah lama sangat rasanya aku sertai kumpulan koir ni sejak aku mula
servis di kerajaan di tahun 2000 hingga la sekarang tahun 2013. Pukul rata hampir 12 tahun aku
menyanyi di setiap bulan yang ada perhimpunan bulanan kat kementerian ni, majlis-majlis
rasmi dan macam-macam lagilah. Itu belum
pertandingan lagi…. Boleh dikatakan saban tahun aku tak pernah miss sejak ada Pertandingan
Inovasi NRE dan Festival Lagu-lagu Dakwah NRE dan pertandingan nasyid dan koir di
luar dari NRE. Sampai aku pregnantkan
Hakimi 8 bulan dengan perut buncit pon aku menyanyi tau…. Itu tanda aku
betul-betul minat menyanyi dan pada aku tiada halanganlah untuk aku menyanyi
selagi aku tak sakit. Bukan nak kata apa
la… niat memang nak jadi penyanyi tapi tak berani… so ini saja medium yang
boleh aku lontarkan bakat dan minat aku…. Tapi…. ada saja halangan baik dari
pihak boss aku sendiri malah lebih teruk pihak atasan yang menguruskan
pentadbiran koir ni….
Ceritanya kali ni yang membuatkan aku rasa kecewa sangat dengan
pengurusan koir kalini bila kisah cuti gantian kami ditarik balik. Kalau aku citer kat tengah-tengah kang…..
korang tak paham pulak kan…. Gini…. Aku dan kengkawan diberi arahan untuk
mengadakan latihan pada cuti hari minggu
sebab masa latihan pada hari biasa agak susah untuk mengumpulkan semua ahli
atas faktor bebanan tugas. Pempahan jer le kerja.... mana boleh tangguh-tangguh. Tugas kena didahulukan.... koir ni tugas sampingan.... Cikgu yang ngajar pon ada kadang ada kuliah pada hari kerja… kadang ada show… so susah juga nak datang pada hari
kerja… just hari minggu jer kita lebih focus untuk latihan. Kami tak minta banyak perkara untuk kumpulan
koir ni… memandangkan kami pon join koir kerana minat dan sukarela dan tiada
bayaran yang kami terima…. Jadi… hanya kebajikan yang kami mahu….. makan dan
minum tu biasa la dan pakaian yang bersesuaian untuk persembahan dan pertandingan untuk jaga imej kementerian. Tapi masa yang kami luangkan dan korbankan tu langsung tak dipandang selama ni…..
kalau kami balik lewat untuk buat latihan atau datang pada hari minggu… takkan
kami nak claim kerja lebih masa (OT) dengan bahagian kami sendiri
sedangkan kami koir untuk urusan pentadbiran….. jadi hanya claim cuti gantian jer
kami minta untuk menggantikan OT yang tidak boleh di claim. Dengan cara ini juga boss-boss kami pon tak
lah nak pertikaikan tentang kerja lebih masa kami….. Bila pihak pentadbiran dah
buat surat kepada KSU untuk cuti gantian dan KSU pon dah meluluskan….. lain pula
jadinya…. Ada pula salah seorang boss di NRE pertikaikan pula mengenai cuti
gantian kami ni tidak layak dituntut sebab tidak ada dalam perintah am yang
meluluskan cuti gantian kerana koir.
Huh!! Tak cukup ker KSU tu dah
meluluskan atas dasar terima kasih/penghargaan?? Bukan ke KSU boleh meluluskan sesuatu yang bersesuaian dengan apa yang diperlukan.... Habis KSU tu jadi apa ek??? Apa peranan dia kalau boss tu pula
pertikaikan kerja big big boss dia…. Kitorang bukan la minta cuti ganti sebab
pergi pertandingan ke apa atau suka-suka….. kami minta cuti ganti kerana kami nak
tuntut masa yang telah kami habiskan di
pejabat untuk datang latihan koir untuk pertandingan demi NRE sehingga ada yang
meninggalkan anak-anak dan suami di rumah….ada juga yang datang berangkut anak
kecik dan besar serta suami hanya kerana nak berikan komitment yang tinggi demi
kementerian…. Yang sedihnya…. 2 pertandingan yang kami join tu….. 1
pertandingan anjuran NRE sendiri kami
menjadi juara… 1 lagi pertandingan yang diadakan di Melaka baru-baru ini kami dalam ranking
ke 6 dari 22 kumpulan yang bertanding….. tak cukup ke komitmen yang kami
berikan untuk membanggakan kementerian…. ??? Huarrhhgghhhh….. rasa tak dihargai
langsung….. !!! Kami buat ni sumer demi NRE tapi pertikaian.... tomahan.... pandangan buruk staff lain yang kami dapat.
Paling sedih bila boss aku pula dok pertikaikan macam-macam
tentang penglibatan aku dalam koir dan sukan. Aku semakin stress!! Sehinggakan aku pergi ke pertandingan di Melaka baru-baru ini pon aku terpaksa mengambil cuti demi mengelakkan dari boss aku berdebat dengan aku tentang penglibatan aku dalam koir.... Aku sedar aku PA... tapi bukankah surat arahan telah diberikan... selalunya... boss yang minitkan supaya hadir latihan... tapi boss aku ni macam luar lain dalam lain.... dia minitkan untuk makluman tapi dia espect aku paham apa dia nak..... hisshhh tak faham aku... then tiap kali bila aku pergi latihan... penggantikan tempat aku mesti ada dan aku hanya tiada di tempat hanya 1 jam setengah jer. Bukan aku lari tugas begitu jer. Tugas aku tetap lakukan seperti biasa. Tapi aku tetap disalah ertikan.... sering diperli... Hmmmm... entah laaa.....
Sejak aku join koir ni.... aku tak pernah rasa sekecewa ini. Kalau sebelum ni kami pernah pakai baju yang sama bertahun-tahun untuk menyanyi koir.... aku boleh tahan lagi.... kalau sebelum ni kami pernah terpaksa beli baju koir sendiri demi memastikan kumpulan koir kami nampak hebat di pentas memandangkan NRE tak boleh nak sediakan bajet untuk kumpulan koir semasa pertandingan... aku boleh tahan lagi.... kalau sebelum ni hidangan makanan yang disediakan hanya kuih saja dan air mineral sekali pon aku boleh tahan lagi.... kalau sebelum ni baju atau tudung yang tak berapa ringgit tu yang diberikan pihak admin di ambil balik seolah-olah kumpulan koir ni haprak sangat tak boleh beli tudung tu pon aku tahan lagi.... kalau sebelum ni kami ni asyik dipaksa nyanyi lagu yang sama dan kadang lagu tu ntah apa-apa tapi sebab kami penyanyi profesional kami nyanyi jugak... aku boleh tahan lagi..... kami kalah dalam pertandingan.... kami usaha saban tahun dari kami tempat ke lima, tempat ketiga... tempat kedua.... hingga kami jadi juara.... dan setiap tahun yang kami menang tu kami dijanjikan macam-macam tapi janji tak dikotakan.... aku masih lagi boleh tahan..... tapi bila cuti gantian tu dipertikaikan dan macam-macam tomahan yang diberikan..... aku rasa amat kecewa....!! Tak cukup ke kejayaan yang telah kami julangkan untuk NRE.... kami sukerela.. tiada bayaran kami terima.... hanya tertulis dalam SKT untuk ada markah tambahan.... tapi kami ni tiada siapa yang pandang.... bila nak setiap bulan.... diorang panggil.... bila silap skit kadang tu kami dituduh silap.... bila kami pergi latihan sedangkan surat arahan dah dibuat....kami dituduh lari tugas.... asik koir jer... macam koir tu kerja hakiki kami... macam mana tu ekk?????
Rasanya dah cukup lama aku sabar dan terima sahaja kerenah orang atasan.... dari kumpulan koir ramai jadi tak ramai.... kami usaha cari orang untuk meramaikan ahli..... tapi tetap ini balasan yang kami terima..... huhuhu.... sedih giler laa.... aku sayang kawan-kawan aku dalam kumpulan koir..... banyak kenangan kami bersama.... ada yang bersama aku dari aku mula menyanyi dulu.... dan ada yang dah bertahun-tahun bersama aku.... kami dah macam keluarga.... semua kerana minat menyanyi..... dari kami hanya tahu menyanyi biasa jer hingga kami dah boleh buat voicing dan berilmu dalam muzik... tapi balasan dan pertikaian kalini datang bersekali dengan masalah boss aku.... aku rasa dah tiba masa aku undur diri... aku stress hingga aku sakit lama.... dah cukup laa... aku penat!! Markah Laporan prestasi aku pon dah effect selama 2 tahun.... hingga aku nak apply mana-mana pon tak boleh... memang sampai hati la.... enough is enough.... terlalu lama aku memuaskan hati ramai orang hingga aku dah terduduk ni.... bukannya ada orang boleh bantu aku pon kan.... kalau kawan-kawan lain tak nak join aku takper.... aku faham keputusan diorang... lagi pon bukan effect markah prestasi diorang.... aku sendiri.... bukan senang nak puaskan hati semua orang.... cukuplah apa yang aku lalui.... ada yang kata aku nak boikot la bagai..... terpulang la..... kalau aku rindu nak menyanyi aku pergi karaoke jer.... aku nyanyi dalam kereta... dalam bilik air.... huhuh... rindu dan sesal hati... tapi nak buat camner... aku dah cukup sedih.... tawar hati....
NOTA BUAT RAKAN-RAKAN KOIR NRE, JAS & JKPTG DAN CIKGU INA
aku sayang korang sangat sebenarnya.... kita dah lama bersama.... pada adik-adik baru pon aku sayang walau aku ni jenis tak banyak gurau ngan korang... selalunya aku tukang gelak jer... dari kita main nyanyi ikut suka hati kita hingga kita dah pandai buat voicing part... kalau bab kreatif pon kita memang terer.... tak kisah lah kalau ada yang tak suka aku ke apa.... tapi aku tetap terima sesiapa pon seadanya... aku berat hati nak tinggalkan korang... tapi aku dah cukup merana... aku rasa korang pon tahu situasi aku.... sesiapa yang sedar apa yang berlaku pada kita.... aku harap korang faham.... aku tak salahkan korang..... masing-masing punya minat dan pendirian.... aku doakan yang terbaik untuk korang.... huhuhu.... LOVE U ALL KOIR NRE!!!! Good Luck di masa akan datang.... moga kenangan manis di atara kita akan terus abadi di hati kita.....
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!