Sabtu, 30 Jun 2012

Kursus Smart Intergriti

Posted by Emmymazli at 4:52 PTG 2 comments
20-22 Jun 2012- Seri Menanti Resort

Hmmm... bile jer citer pasal kursus ni je aku jadi lemau... hehehhe... ngadakan... bukan apa... kursus yang aku hadiri ni bukan atas permintaan aku.  Even pegawai yang incharge ni pun.. skit tak tanya samada aku ni available ke tidak untuk hadir.  Bukan diorang tak tau yang aku ni susah nak berkursus diluar memandangkan menjadi tugas aku untuk jadi driver kepada anak-anak aku ni lagi-lagi pulak kalau hubby aku takder... huhuh... tapi apa pun disebabkan SYMP la katakan... aku hadir la juga...

So... dengan berat hatinya aku terpaksa jugalah hadir kursus ni.  Pagi sebelum hubby hantar ke NRE untuk menaiki bas ke hotel tu barulah aku mengemas-ngemas baju untuk dibawa ke kursus tu nanti.  Nampak benau aku ni malas nak pergi la kan.... 

Kursus ni diadakan di Seri Menanti Resort, Negeri Sembilan... Hmmm!! Apa yang boleh aku kata.. memang tempat ni jauh terperosok dari bandar la jawabnya... tapi masa kami sampai.. rasa terharu giler bila ada orang sambut kitorang macam ala-ala vip gitu siap bunga rampai bagai... hahahha... terharu tau!!!
Suasana di Seri Menanti Resort

 Penyambut tetamu yang menyambut kami ala-ala vip gitu
Hmmm... apa sangat yang aku nak citer pasal kursus ni ekk...??? Biasa laa.. nama pun "Smart Intergriti"... dah tentu berunsur keagamaan.  Alhamdulillah... walaupun berunsur keagamaan... tapi aku agak enjoy juga hadir kursus ni.  Semasa kat sana... kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.  So aku ni pun dapatlah group yang agak ok juga.  Syukran... Antaranya... kapten volleyball aku sendiri si Ayied, room mate aku si Fizun dari Nahrim,  Ustad Zamri, Khaty, Shahril, Rosedi dan Zamrul.  Bila dah ada kumpulan  mestilah ada nama kumpulan kan... hikhikhik... nama kumpulan kami Imtiyaz... ni si ustad tu la bagi nama setelah faham pengertian dia.... 
So far... segala aktiviti kumpulan yang kami buat memang rasa best sangat... yang kelakarnya.. dari segi aktiviti yang dibuat... kumpulan aku memang dah leading tetapi disebabkan ada 1 aktiviti hiasan ni... terus kami pun drop.. hahahah... what ever pun... yang penting kita enjoy....
Lupa nak bagitau.  Tempat kursus ni bersebelahan jer dengan Istana Lama Seri Menanti.  Wallaweehhh... sepanjang aku ada kat sanakan... rasa teruja giler nak pergi masuk ke Istana tu.  Macam jakun pun yer... heheheheh.  At last.. hari kedua berada di sana tu.. merasa la aku masuk ke Istana tu.  Hmm... nak kata seram pun yer... nak kata biase pun yer... terpulanglah penerimaan masing-masing.... Yang pasti... aku dapat la menikmati suasana duduk dalam istama macam orang dolu-dolu yang dalam filem melayu tu.  Yang bestnye... penjaga istana lama ni... memang best dan peramah giler... ko tanya la apa pun pasal istana tu.. insyaallah dia jawab dengan penuh semangat dan mesra...Thanks pakcik lain kami-kami ni lebih-lebih aku ni yang banyak soalan.  Hihihih!!!
Apa pun.... apa yang dapat aku rumuskan tentang kursus ni.... Kursus ini sedikit sebanyak dapat memberi impak yang baik terhadap tugas seharian kita selain dari aktiviti dia yang menyeronokkan juga walaupun dari segi keagamaan dan integriti.  Selain itu.. tempat penginapan pun selesa... damai... makanan kat resort tu pun sedap dan panas-panas.  Suka sangat!! Dan yang paling penting.... Dapat buat lawatan free... hahahaah!!!

Oklah... Chow!!

Jumaat, 29 Jun 2012

Jalan-Jalan Separuh Malaysia

Posted by Emmymazli at 5:03 PTG 0 comments
Salam semua... rindu giler aku kat blog ni... bukan sebab malas ye nak menaip kat sini tapi disebabkan aku sibuk perkara lain.... aku ingatkan selama ni.. blog aku ni just tempat aku membebel sendiri.... tapi ada juga kengkawan yang beri perhatian terhadap blog aku dan bertanyakan citer-citer terbaru... hihiihih.... terharu sungguh...!!! (mood perasan habis)

Kali ni nak story aktiviti keluarga aku bercuti separuh Malaysia semasa cuti sekolah pada awal bulan Jun lepas.... dah berzaman  baru nak tulis kan... hahahah... ngek!!! target aku sebenarnya... nak pergi lebih awal dalam cuti semester sekolah tu tapi disebabkan fulus dapat lambat maka tertangguhlaaaa projek aku nih.  Hikhikhik.... Pemutusnya... aku mulakan perjalanan pada hari rabu malam bersamaan lagi 4 hari cuti nak berakhir.... so kesian.... Kalau tak mengenangkan anak-anak tak berjalan kemana sejak cuti akhir tahun lepas... malas juga aku  nak pergi.... tapi kesian la budak-budak ni.  Merungut jer.... Aku sendiri pun dah naik tepu kepala otak... diri sendiri pun perlukan masa untuk bercuti....

Menceceh jer kan.... oklah... back to the story... aku gerak pada Rabu malam on 6hb Jun 2012... destinasi pertama nak ke Perak.... malam tu, saja gerak lambat-lambat dari rumah... so tak payah le nak stay hotel.  Tapi dalam perjalanan tu mata ni dah berat nau... jangan kata aku yang tak drive ni.. hubby aku yang drive tu pun naik kesian aku tengok melayan mata.... At last... kami masuk ke R&R Tapah dan melelapkan mata hingga lah ke 6.30 pagi baru sedar... huhuh.... dengan tak cuci muka la apa.... hubby aku terus drive hinggalah ke tol Gopeng untuk melaksanakan impian aku nak ke Gua Tempurung... Sampai jer tol baru lah hubby aku stop untuk bagi chance kami anak-beranak mandi dan sebagainya....
Muka baru bangun tido...

Selesai semua... kami terus ke Gua Tempurung.... tepat jam 8.00 pagi kami dah terpacak kat pintu masuk Gua Tempurung tu... huhuhu... suasana sunyi ok.... dengan orang tak meniaga lagi... dengan kaunter bayaran nak masuk gua pun tak buka lagi... katanya pukul 10.00 pagi baru  buka... hahahhaha... mati kutu jap... apa nak buat ni...???  Hubby aku cakap... ko tengok gua jer laa... bukan ada apa pun... perghh.. menyirap!!!  Kalau tunggu... banyak perkara lagi boleh aku  buat haritu.... so.. nak sedapkan hati.... kami bergambarlah kat hadapan gua tempurung tu... tapi aku still tak puas hati... aku selamba jer masuk sampai la kat pintu gua tempurung tu dengan anak-anak aku...  hubby aku takmo ikut.  Dapat amik gambo pun jadilah.... huhuhuhu.... tapi macam seram pun ada... hahhaha.... so dapat bergambar jer laa kat situ... sedih....!!
Pintu masuk Gua Tempurung
Setakat ini jer sempat aku masuk dalam gua tu...huhuhu
Next trip selepas Gua Tempurung... kami ke Batu Gajah Perak untuk melawat Kellie's Castle.  Aku yang beria nak pergi sebenarnya.... bila lagi nak merasa melawat tempat orang.   Betul tak??  For info.. kami adalah pelawat pertama pagi tu... heheheh... Bayaran masuk tu.. RM4 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak... oklah... dari takder... Ok... kenapa aku nak tengok tempat ni.... aku ada terbaca kisah Binaan ‘Cinta Kasih Sayang’ kepada isteri seorang peladang Scotland bernama William Kellie Smith pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah Istana Moghul di India. Buruh binaan juga di bawa khas dari India, Mempunyai 14 bilik,sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia yang dilengkapi dengan lif iaitu yang pertama di Tanah Melayu. Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal dalam tahun 1926.
 
Aksi aku berposing kat sini
Sedikit fakta tentang istana ini:-

· William Kellie Smith mula menetap di Tanah Melayu pada tahun 1890 semasa berumur 20 tahun

· Sebelum beliau berjaya memiliki istana itu, beliau telah bertemu dengan pemilik estate iaitu Alma Baker yang telah diberi hak oleh kerajaan untuk menguruskan hutan seluas 360 hektar di Perak.

· Perkongsian bersama Alma Baker dalam perniagaan meneroka hutan mendatangkan hasil yang membolehkan beliau menceburkan diri dalam industri perlombongan dan menjadi pemilik Kinta Kellas Estate dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

· Kembali ke Scottland dan berkahwin dengan Agnes. Selepas berkahwin, beliau kembali ke Tanah Melayu bersama isteri pada tahun 1903. Hasil perkahwinan mereka telah dianugerahkan 2 orang anak iaitu anak pertama perempuan yang diberi nama Helen dan anak kedua lelaki yang diberi nama Anthony.

· Kelahiran anak kedua membawa tuah yang lebih baik kepada Smith dan beliau mula mengubahsuai rumah dan memperbesarkan menjadi sebuah istana yang dinamakan Kellas House sempena nama kampung halaman beliau di Scottland.

· Pembinaan istana ini menyerupai ciri-ciri seni bina di India. Pekerjanya juga diupah dari India dan mengambil masa selama 10 tahun. Pada Awal 1920-an berlaku epidamik ‘Spanish Flu’ menyebabkan ramai pekerja mati lantaran itu kerja-kerja pembinaan terhenti.

· Kejadian itu menyebabkan Kellie Smith berlayar ke Portugal dan meninggal dunia di sana pada Disember 1926 akibat  pneumonia.

· Kematian Kellie Smith, menyebabkan isterinya membuat keputusan untuk balik ke Scottland dan menjual ladang dan Istana itu kepada British Company iaitu Harrisons and Crosfield.

· Istana ini pernah dijadikan lokasi penggambaran filem Anna and The King yang dilakonkan oleh pelakon terkenal iaitu Chow Yuen Fatt dalam tahun 1999.


Haaa... detail tak... copy paste je ok.. tapi aku suke... hikhikhik.... Yang penting aku dah sampai kat sana dan melihat sendiri tempat ni dan dapat bergambar kat situ..  heheheh....
 
 
  
 Gambar-gambar kami possing kat Kellie's  Castle

Perjalan seterusnya.... kami terus ke Penang.  Target aku nak ke Bukit Bendera.  Aku nak bagi peluang pada anak-anak aku merasa pergi tempat sebegini dan kebetulan... kali terakhir masa aku pergi ke Bukit Bendera ni dulu... usia aku adalah sebaya Kimie.... haaa.... kini.. setelah anak aku berumur 9 tahun pula baru aku sampai kesini balik.... lama tu.... Hmmmm....
Tepat jam 12.30 tgh gitu.. kami dah sampai ke sana.... terus catch up train untuk naik Bukit Bendera.   2 kelainan yang aku rasa... First, dulu nak naik train sampai ke puncak Bukit Bendera tu... punyalah bercinta sebab train tu lembap nak mampus naik ke puncak... sekarang.... 5 minit dah sampai atas... dalam perjalanan tu... nampaklah train lama yang aku pernah naik tu... perbezaan 2 generasi la katakan.. heheheh....  Secondly... Dulu kalau pergi suasana kat situ pada aku biase jer.... walaupun masa dulu aku pergi berumur 9 tahun... tapi aku still ingat. Tapi sekarang.... memang cun la kat atas tu.. dan paling penting... kita nampak 1 Penang dari puncak Bukit Bendera.... beshhh!!!





Turun dari Bukit Bendera... kebulur tak hengat ler.... so jalan-jalan cari makan punya projek.. bukan jalan-jalan cari pasal yer.... Hubby aku bawak ke Nasi Kandar Line Clear yang terkenal kat Penang tu.... Tak dinafikan..  memang sedap la nasi kandar kat sini... pelanggan dia tak putus datang.... tapi aku perasan 1 jer... agak cekik darah juga harganya.... mana tak nye.... aku makan nasi separuh+ayam goreng+1 ketul udang pengantin harganya RM21.  Terkezut beruk mak tau... beruk pun tak terkezut macam mak okehhhh!!... Kimie punya nasi... macam aku punya tapi takder udang jer pun dah RM6... maksudnya udang pengantin tu sekor RM15 ler kan... tak ke cekik darah...?? Ngeri aku nak makan mahal-mahal gitu... mau  hingga ke kepala dan kulit udang yang keras tu kalau boleh aku nak kunyah sampai habis... huhuhu... Husband aku punya plak... nasi+ayam+sayur+sotong skit=RM12.50.  Huhuhu... makan mewah giler.... tu lom masuk air lagi... sabo jer laaa... bukan la berkira.. tapi kena la bugdet.. hehehe...
Dah kenyang perut baru bleh jenjalan.... kami menghala kedai di sepanjang jalan kat kedai makan tadi.. ada la jual barang-barang macam t shirt dan souvenir.... sempatlah sambar sehelai dua tshirt dan topi untuk anak-anak.  Tak lupa juga belikan jeruk untuk bibik dan family aku.... 


Nak keluar dari Penang.... kitorang balik naik feri pulak... nak bagi anak aku merasa naik kereta dalam feri... nantik taklah jakun kan.... tapi pemutusnyaa... aku jugak yang agak jakun... mana tidaknye... last aku naik kereta dalam feri masa aku baya Kimie macam aku citer aku  naik Bukit Bendera tu... so no wonder la kan... hahahahaha!!
Next trip... menghala ke Kedah!!  On the way ke sana.. hubby ajak ke Sg. Dua nak pekena Mee Udang.  Perrgghh... kenyang tadi tak hilang lagi ajak makan lagi.  Tapi bak kata hubby aku... datang tempat orang kita kena la rasa apa makanan menarik kat tempat orang... so i follow jer laa...  Kedai Mee Udang ni walaupun di tepi jalan tetapi bersebelahan jer sawah padi.... rasa nyaman jer.. anak-anak aku eksen takmo makan dah sebab kenyang yang tadi tak habis lagi.  So order makan untuk aku dan hubby jer lee.  Untuk dapat merasa menu yang berlainan, aku order Mee Goreng Udang dan hubby aku order Mee Udang.  Sampai jer order tu kat meja makan... pergghhh... dari aku yang masih kekenyangan tadi ni... terus macam ada selera nak makan bila tengok udang-udang dia meriah kat pinggan.  Heheheh... and... wallaweehhh.... memang sedap giler....!!  Aku dah berkira-kira nak bungkus masa tu kalau tak bleh habis tapi dalam kenyang tu sepinggan mee tu walaupun bertukar rasa ngan hubby aku... habis la jugak mee goreng tu... perghhh!!! Memang terbaik laa.... So kalau korang sampai ke Penang... pergilah singgah ke sana yer...

Lepas dah senak perut makan mee udang.... kami teruskan perjalanan ke Sungai Petani.  Kunun malam tu nak bermalam umah sepupu hubby... tapi call punya call.... tak angkat pula...  Dah fikir nak tido dalam kereta jer... tapi hubby pula call kawan dia yang merupakan sales person hotel untuk berjumpa.  Dalam melepak jumpa dia... dia bagi bilik untuk stay kat D'Vista... aduhh.. malu giler... dah la tu.. siap belanja makan lagi sekali dalam kul 9 tu.... kalau tak makan kawan tu merajuk.... adehhh... bertambal montel le aku nih....

Esok pagi 7hb Jun 2012.. kami meneruskan perjalanan ke Kelantan.... nak shopping kat Rantau Panjang!!! Padahal bukan nak shopping apa sangat pun... tapi kalau aku sampai ke Kelantan memang aku ni giler jersy dan seluar tracksuit berjenama.. kat sana murah dari beli kat butik.. hehhehe.... 1 perkara yang menarik perhatian aku pada kali ni masa kat Rantau Panjang ialah Ais Krim Campur dia.  Bila dah try... Perggghhhhhh....  Ais krim tu ada ais krim vanila campur strawberry/coklat + kacang + roti + jagung + lengkong +  pulut + bebuah jeli + susu cair skit + sirap skit.  Memang sedap giler ok!! 2 kali aku  ngulang makan... hehehhehe!!!!
Ais Krim Campur
Dah shoppping... dah makan ais krim... dah makan nasi... dah penat duduk dalam kereta.. kami ke Kota Bharu nak stay kat hotel sana.  Minta bantuan kawan untuk booking bilik.  At last dapat bilik sponsor lagi.  Malunyeee... Malam tu... sebab dah tau  memang tak tau nak ke mana kalau kat Kelantan nih... aku dah arrange nak jumpa dengan ex pengarah kat tempat aku ni yang duduk sana iaitu Haji Mohamad.  Seronok betul jumpa dia....  rezeki lagi malam tu.. dapat makan mee rebus walaupun sebelum datang tu dah  makan awal-awal sebab kengkununnya takmo menyusahkan orang.  Then dapat lagi tapau buah salak.... heheheh.... Thanks bebanyak Haji Mad!!!!

Hari Sabtu 8hb Jun plak.... pepagi kami dah standby nak ke Terengganu pula.  Before tu... kami breakfast kat sebelah  hotel Khalifa tu ada kopitiam style dulu-dulu.  Nostalgic sungguh!! Lepas settle semua kami memulakan perjalanan.... aku contact ex classmate aku di Poly PD.. Kak Jue untuk jumpa dia sana.  Disebabkan Kak Jue kerja  hingga ke tengahari pada hari itu, so sebelum jumpa hubby ajak makan Ikan Celop Tepung kat Pulau Ketapang, Seberang Takir.  Pelik-pelik skit hubby aku ni... tapi kalau tak try tak tau.  Bila dah try.... perghhh... sedap!!!! Rasa diri ni dah macam kucing... tak yah makan nasi la tengahari tu... makan lauk jer... ikan, udang, sotong, cendawan sumer goreng celop tepung kami makan anak beranak.  Bertambah-tambah pula tu.  Perghhh....!!!


Dah settle makan tu... barulah nak jumpa Kak Jue.  Kami berjanji di Pantai Batu Buruk.  Sampai kat sana... anak aku dah loghat nak naik kereta kuda or kuda padi kat taman pantai tu bila nampak.   Adehhhh...!!!  Kebetulan tak tunggu lama, Kak Jue pun sampai... maka kami pun sempatlah naik kereta kuda pink dan bergambar sakan!! Hahhaha.... Sweett!!!
Then... Kak Jue ajak jenjalan naik kereta dia dan makan-makan... perghhh.. makan lagi... untuk tidak mengecilkan hati.. kami ikutkan jer laaa.... Ntah mana Kak Jue bawa kami makan.. ikut je laa... pastu Kak Jue bawa kami ke Pasar Payang.... target aku nak minta hubby belanja 1 pasang batik!  Dengan itu.. misi aku tercapai!!! Hahahahahha!!!!

Bila misi aku dah tercapai... terus minta diri ngan Kak Jue yang kami perlu meneruskan perjalanan  untuk ke Cherating, Pahang pula.  Kak Jue hantar aku balik ke Pantai Batu Buruk sebab kereta aku tinggal kat sana.... then kami pun bertolak ke Pahang.

Sampai Cherating pun dah malam.... kami menginap di Suria Cherating... masa untuk berehat saja laa malam tu.. tunggu esok untuk kita bermandi-manda...   esoknyaa... kengkunun pagi tu nak mandi laut dengan anak-anak lepas breakfast.  Sekali tengok.... red flag pulak kat pantai!!  Frust ok!!! Then anak-anak jer le yang mandi kat kolam renang.
So tenghari tu kami terus check out nak balik ke Cyberjaya... sebelum tu.. sempat la makan satar kat mana ntah laki aku bawak.  Tapi memang sedap!!  Kalau korang tengok hubby aku makan satar... ngeri..!!  Kus semangat... heheheheh!!!  
Masa on da way tu... hubby ingat nak makan ikan patin kat kat Temerloh... tapi masalahnye kenyang makan satar tak hilang lagi.. pastu ajak makan lagi... so takmo la makan... hehehhe.... maka kami pun terus balik ke Cyberjaya.  

Hmmm... sebenornya... aku rasa tak puas jalan sebab masa kami pergi tu singkat sangat.... Perlis pun tak sempat singgah.... tapi apakan daya.. kena tunggu lain kali punya trip la kot...!!!

Oklaahhh...tataaaa
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...