Isnin, 30 Januari 2012

Congrats To My BFF!!

Posted by Emmymazli at 1:13 PTG 2 comments
Yuhuuu.... lama aku tak menulis ni... hehehhe.... sejak kat rumah baru ni takder streamyx ni.. tahap kemalasan aku untuk berblog dan berstory ni tinggi le sesangat.  Huhuh.... apa pun.. aku akan story juga di next entry yer...

Anyway... for today aku nak bagitau yang aku baru dapat perkhabaran gembira semalam yang BFF aku iaitu Nurul Mashitah Roslan akan melangsungkan perkahwinannya dengan Abang Hamdan pada 25 Feb 2012 ni. Congratulations beb!!!  Dan congrats sangat-sangat juga kerana berjaya mengharungi onak dan duri 2 perkahwinan terdahulu dan tak pernah jemu untuk membina dan mencari kebahagian berumah tangga demi ko dan anak-anak.  Biar la apa orang nak kata... biarlah apa orang nak cemuh... anyway.. ko yang menjalani kehidupan ko sendiri... Apa yang terbaik untuk ko.... ko buatlah dengan sebaiknya. 

Aku doakan yang terbaik buat sahabat aku nih.  Memang tak sangkalah bila aku dapat kad jemputan ni semalam.  Lagi-lagi pulak bila dapat tau aku sahabat yang pertama tau pasal perkahwinan dia ni.  Puas minah ni cover dari aku walaupun aku memang dah tau dia berkawan dengan Abang Hamdan sebelum nih.  Heheheh.... Apa pun pilihan Nurul kalini... aku ok sangat!!!!  Semoga perkahwinan kalini akan berkekalan hingga ke anak cucu... Amin!!!!!!!


Khamis, 5 Januari 2012

Hanum & Kimie Ke Sekolah Baru

Posted by Emmymazli at 10:37 PG 1 comments
Salam semua....

Persekolahan bagi tahun 2012 baru jer bermula semalam.  Anak-anak aku juga tidak ketinggalan dalam hal ini.  Menariknya tahun ini... disebabkan aku baru sahaja berpindah di Taman Pinggiran Cyber, maka anak-anak aku telah berpindah ke sekolah baru di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya di Cyber 9.  Sekolah ni memang dekat skit dengan rumah aku sekarang ni.  
Sekolah baru anak-anak aku
Excited nak ke sekolah
Sehari sebelum sekolah bermula.... aku agak kelam kabut uruskan surat perpindahan anak aku ke sekolah baru dan juga urusan penghantaran surat pertukaran di sekolah lama... lotih acik!!!  Tapi anak punya pasal... apa pun aku sanggup.  

Yang kelakarnya pagi semalam.... disebabkan Hanum excited sangat nak ke sekolah baru dia ni... jam 4 pagi lagi dia dah bangun.  Siap suruh aku bangun skali tapi mata aku ni macam dah tau2 jer suh bangun pukul 6.30 jugak!!  Heheheh... pemutusnya.... bila aku bangun jer ingatkan nak buat breakfast untuk anak-anak dulu tapi Hanum dah siapkan breakfast dia untuk makan time rehat.  Punyalah excited!!!  Hahahah... rajin bebenor anak aku nih!!  So lastly aku tinggal nak buat roti sardin telur jer untuk digoreng bagi anak makan before ke sekolah pagi tu dan air nescafe.  Hmmm... bagus-bagus... ringan skit kerja mak ni.   Dah ada bibik buat... hahahah...

Sampai jer sekolah... perghhhh!!!  Sekolah jam!!! Punyalah jauh aku nak parking dan nak berjalan untuk hantar anak ke sekolah ni.  Almaklumlaa.... first day school... ramailah mak bapak hantar anak ke darjah 1 dan juga pra sekolah kat situ.  Pastu.. pagi tu dah la ada perhimpunan..... sesaklah lagi.  Then bila dah dapat je tau kelas mana Hanum dan Kimie kena masuk... terus aku bahagi-bahagi tugas dengan hubby... Hubby aku hantar Kimie dan aku hantar Hanum.  Rupanya... kelas Hanum kat tingkat 4 dan paling atas sekali.... perghhh.... sampai jer tingkat 4 aku rileks jap.  Menggigil lutut aku dan pendek nafas aku nih!!! Lotih acikkk!!!! Huhuh... sekali ni jer la aku naik.... terasa akak dah tua tau...!!  Hubby aku selamat la sebab Kimie punya kelas kat tingkat 2 jer.   Mengelat tau!!!  Tak aci!!
Time perhimpunan... tengoklah... tinggi tak sekolah budak-budak ni??!!
Beratur untuk sesi pembahagian kelas untuk pelajar baru
"Kimie nak kelas pandai!" Bluekkkk  ;p
Seronok dah dapat tempat duduk....
Hanum buat ala-ala jual mahal... hahahha... malu nak cari genglah tu!!
Settle jer urusan sekolah anak-anak... aku dan hubby balik rumah untuk berehat sekejap.  Tenghari tu... aku datang awal ke sekolah untuk uruskan kenderaan diorang balik sekolah dan jemput diorang balik tapi bayang Kimie yang sepatutnya balik lebih awal dari Hanum aku langsung tak nampak pula di bas stop.  Terpaksala aku menapak semula  ke sekolah tu.  Aku ke kelas Kimie dan ke kantin.  At last bila aku dah feed up sebab cari tak jumpa sambil dalam hati terfikir Kimie pergi pada kakak dia kat tingkat 4 tu balik sekali jam 1.30 tgh nanti... aku terus turun ke bas stop untuk cari van atau bas yang boleh hantar anak aku balik akan datang nanti... at last masa tengah cari driver tu...Kimie sendiri datang tegur.  Huhuhu... hangen... puas aku cari dah la cuaca panas terik!!  Rupanya masa aku cari Kimie tu... Kimie tengah beli air kat van yang jual air kat situ... sabo jer laa!!!  Lagi 1 yang buat aku hangen tu.... dalam panas terik tu aku sibuk la bertanya sana sini kat pemandu bas dan van yang dok loghat cari budak tu untuk dihantar pulang kat sekitar sekolah tu.... tapi takder 1 pun yang sudi nak hantar anak aku balik time tenghari nanti.  Alasan diorang tak lalu taman aku tu la... tak ramai orang kat situ la... pastu bila aku dah bagitau lokasi rumah aku sebenarnya dekat saja dengan sekolah then diorang bagi alasan lain pula... "Dah penuh van saya ni kak!!"  Chettt!!!  Terpaksalah aku ambil alternatif untuk bawa dan ambil anak aku balik sekolah tiap hari. buat masa ni.  Hishhhh!!! Letih tau!!!  Sebenarnya.... diorang tu tak tau lagi lokasi perumahan aku tu.... so diorang buat-buat tahu but malas la nak fikir-fikir sangat nak hantar budak kat tempat aku tu.... pada hal diorang  boeh jer lalu taman rumah aku tu kalau bas tu dari Puchong dan Taman Putra Perdana tu.  Saje je malas!!! Nyampah!!!

Hmmm.... so terpaksalah berkorban buat masa ni.  Takkan aku nak suruh hubby aku dari KL berulang ambil anak balik sekolah pulakan... haishhh.....!!!

1 perkara yang aku perasan.... Kimie balik sekolah oklah lagi... boleh main-main dan tengok tv.  Tapi si Hanum tu... agaknya penat sangat kot naik turun tingkat 4 nak ke kelas dia tu.... so sampai jer rumah... tak sempat makan dan minum... terus dia buka baju dan tidur.   Mula-mula aku tak perasan pun dia dah tidur.  Aku panggil-panggil nak ajak makan dia tak sahut.  Rupanya dah selamat lelap siap berselimut dalam bilik!!  Heheheh... baru tau.  Sebelum ni sekolah 2 tingkat jer.... sekarang 4 tingkat!! Nak-nak dia pula yang kat tingkat 4 tu... Hahahahah.... paham-paham sendiri sudah!!!!  Heheheheh

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...