Isnin, 31 Oktober 2011

Akhirnya Dapat Beli Toys dan Kelengkapan Lain Untuk Cockatiel Dan Budgie Aku

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:36 PTG
Reactions: 
1 comments Links to this post
Yeay.... Akhirnya impian aku nak uruskan sangkar burung-burung aku secara proper terlaksana sudah.  Nak tunggu sangkar cantek lambat la lagi... tunggu la yang sedia ada ni dulu.

Akhirnya... setelah tercari-cari , aku  berjaya juga sampai ke kedai World Of Pets  kat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi Jumaat lepas bersama kawan ofis aku si Lin.  Bukan apa... teringin sangat nak tengok burung-burung yang ada kat situ dan juga beli peralatan untuk burung aku seperti makanan, ubat, vitamin, shampoo mandian, serbuk  kayu untuk nestbox,  toys dan sangkar untuk burung aku yang sedang menunggu untuk dihantar bila-bila masa saja nih.  Tetapi masa aku datang tu... banyak barang untuk burung yang dah takder stok.. huhuhu.. sedih.  Tapi tokey kedai tu janji akan bagitau kalau stok barang untuk burung tu sampai... yeay!!!
At last haritu aku sempat beli toys untuk burung aku yang menjadi idaman kalbu.  Huhuhu... tak sabar nak letak kat cage burung aku. 

So hari Sabtu lepas... hubby aku tolong lah pasangkan toys, cermin dan nestbox serta food feeder untuk burung cockatiel aku punya cage.  Tak lupa juga pasang toys kat sangkar budgie aku.  Huwaaa.... suka sangat!!! Yang kelakar tu... cockatiel aku asyik la dok menempel kat cermin tu tengok diri sendiri... kadang tu siap patuk cermin tu balik!! Hahahah.....  Haishhh... perasan cantik la tu.   Bab mainan tu they all baik cockatiel or budgie aku still sombong lagik... tunggu la beberapa hari sok.   Tak lupa juga bersihkan dan pasang nestbox dan letak serbuk kayu untuk burung-burung aku boleh bertelur kat sangkar tu...  Huhuhu... mengharap betul nih dapat anak angkat lagik!!!

Satu lagik perangai buruk cockatiel yang aku baru aku perasan bila dia makan bukan dari lubang belah bawah food feeder yang sepatutnya dia makan tu tapi melalui lubang atas food feeder yang tempat kita nak tambah makanan dia.  Sabo jer laa... dah jadi kebiasaan pula.  Food feeder tu aku beli dari member burung juga di FB.  Memang bagus idea dia ni.  Tapi burung aku lak tak paham bahasa.  Heheheheh!!!  What ever laa... janji korang bahagia.... Love all my birds!!!

Hopefully bird aku happy dengan segala kelengkapan yang aku dah siapkan... Muachhh!!!!


 
 
 
 

Tambah Bugie Lagik!!!

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:00 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Salam u alls....

Today aku nak story pasal cerita basi aku minggu lepas tentang burung budgie aku lagik.... Heheheh.. tak habis-habis pasal burungkan... eiiii... suka sangat la... sebab they all comel bangat!!!
Play time!!!
Sebenornya... aku baru menambah koleksi budgie aku pada Isnin minggu lepas.  Yerlaa... haritu dari 5 ekor aku bawak dari Melaka.... tinggal dah 3 ekor bila 1 dah arwah dan 1 lagi hilang.  So takkan nak biarkan yang seekor tu keseorangan bila yang partner 2 ekor tu berkasih sayang... yer tak?? Hahahhaahh.  So, cari punya cari.... ada seorang kawan dari Putrajaya ni nak jual.  So.... kali ni aku ambil 2 pair yang berwarna kuning dan hijau dan 1 ekor tu singgle mom untuk temankan budgie jantan aku yang keseorangan tu....  Hahah... boleh gitu??
Cer kira.... cukup tak 8 ekor..?? heheheh
Masa aku baru memula ambil tu.... sampai jer rumah.. Mak aiihhh.. !!! Kerumun anak aku tengok burung tu macam orang jakun.  Dan macam-macam persoalan la yang diorang tanya sampai aku pulak naik tension.  Huhuhu.  

Apa pun... yang penting.... budgie aku ada 8 ekor sudah!!!  Seronok bila diorang wat bising pepagi.  Bila la nak bertelur nih?? Tunggu nanti bila dah pindah rumah hubby kata nak buatkan sangkar baru yang besar skit dan cantik.... Hehhehehe.... Kan best kalau bleh pegang.... aku ni penakut skit kalau nak pegang.  Bukan apa, takut kena geget!! Hehehhe... tapi ada hati nak main ngan burung.  Camner tuh???

Jumaat, 28 Oktober 2011

Festival Lagu-lagu Dakwah NRE 2011 - Peringkat Saringan

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 12:05 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
19 Oktober 2011 - Dewan Baiduri NRE

Hai u oulss!!!  Today nak sambung story pasal menyanyi lagi.  Tapi bukan koir tau.  Kali ni nasyid pula.  Heheheh... kerja aku ni menyanyi jer le.  Dah minat... nak buat camner kan....  Tapi... penatnya pada kali ini  memang tak hengatlah.  Mana taknya, tarikh pertandingan koir dan nasyid memang dekat-dekat waktunya dan aku sendiri dan beberapa rakan lain yang juga menjalani latihan koir dan nasyid  boleh dikatakan terkejar-kejar dan tak menang tangan untuk pergi training. 
 
Oklah... last week... Group aku yang bernama Soutun Najah yang terdiri daripada aku dan 6 lagi kengkawan yang lain iaitu Ila, Zaza, Azman, Mizi, Ja'a dan Wan telah join Festival Lagu-Lagu Dakwah NRE 2011 mewakili NRE bersama 11 jabatan lain di bawah NRE.  Persiapan untuk kali ini... kami sekali lagi belajar menyanyi atas bimbingan Cikgu Ahmad Fadzli Bakar iaitu salah seorang penyanyi dari kumpulan nasyid Far-East.  Korang kenal tak..?? Tak kenal meh aku kenalkan.. Ada kat dalam gambo yang aku tempelkan kat sini nanti. 
Cikgu Fadzli di belakang belah kanan
Untuk pengetahuan korang.... format pertandingan pada kali ini sama seperti tahun lepas di mana setiap kumpulan akan membawa 2 lagu.  Lagu yang kami bawa pada kali ini adalah lagu pilihan yang disenaraikan oleh NRE iaitu lagu  Damai Yang Hilang dari kumpulan Nowseeheart dan lagu yang kedua adalah ciptaan cikgu kami sendiri iaitu sebuah lagu baru  bertajuk Gapai Impi.

Bab practise... perghh... dari awal sebelum bulan puasa kami dah mula latihan cuma tidaklah kerap.  Tapi bila ada peluang menjalani latihan aku dan kengkawan lain akan practise sebaik mungkin. 

Masa hari pertandingan... ntah kenapa aku rasa nervous giler....sebelum ni pun nervous tapi kali ni lagi nervous.. macam orang tak pernah naik pentas jer aku nih.  Maybe bila aku dah lihat ada group yang bagus-bagus.. aku rasa amat tercabar dan membuatkan aku rasa nervous tak hengat!!!

Alhamdulillah sekali lagi.... team NRE berjaya memasuki final bersama kumpulan dari JPSM, FRIM, JKPTG, JPS, NAHRIM dan PERHILITAN.  Tahun ini penyertaan ke final dibanyakkan dari 5 group kepada 7 group untuk memberi peluang kepada setiap team untuk menunjukkan bakat yang terendam selama ni... hehhehe!!!

So u guys... look and see lah nanti keputusan di peringkat final Festival Lagu-lagu Dakwah NRE 2011 pada 3 November 2011.  Tak berani nak cakap lebih-lebih pasal pertandingan ni.  Kontraversi pula nanti.  Hehehehhe... Semoga kami diberi rahmat olehmu ya Allah untuk mendapat tempat yang baik-baik dalam pertandingan ini nanti...AMINNNNNN

Lets check pic group aku yer.... ngeeeee (^_^)
Bersama kengkawan dari JUPEM yang memberi sokongan
Menunggu turn kami
Azxman, Mizi dan Ja'a... Cover hensem la tu.. heheheh
Sewaktu persembahan NRE
Part aku menyanyi solo
Part Ja'a menyanyi solo bersama Mizi dan Azman
Bergambar kenangan bersama kak Murni
Bergambar sebelum naik pertas.
Heheheh... muka orang-orang nervous... senyum pun tak berapa nak ikhlas... terutamanya aku la tu!!


Pertandingan Koir NRE 2011 (Final) - Koir NRE In 2nd Place

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 12:01 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
17 November 2011 - Dewan Baiduri NRE

Today nak story pasal final pertandingan koir kat NRE ni.... Sorryla... lambat masukkan entry ni... mak sibuk pasal rumah la.. pasal training nasyid lagi la.. opis la.... ditambah pula mood pun takder.  Maka tak kuasa nak buat apa-apa pun.  Kalau buleh nak tido jer.  Heheheh....
Team Koir NRE bersama tenaga pengajar dan SUB BPKN dan TKSU 2
Seperti yang korang baca pada entry aku yang lepas di http://emmymazli-emmymazli.blogspot.com/2011/10/pertandingan-koir-peringkat-saringan.html (itu pun kalau korang baca la...) team NRE adalah salah satu team yang masuk ke Final Pertandingan Koir NRE 2011 bersama team 4 team yang lain iaitu JPSM, FRIM, JUPEM dan JAS.  So.... team aku telah berusaha sebaik mungkin dalam masa seminggu lebih bagi mendapat tempat yang terbaik dalam pertandingan ini.  

Bukan senang nak menang... almaklumlah.. team aku kebanyakkannya adalah adik-adik yang baru berkecimpung dalam koir ni.  Yang tua ganyut kat situ aku dan Ila sahaja la.  Yang lain semua muda belia.  Hehehehe.... tapi atas dasar minat..... aku dan Ila masih bertahan hingga kini sementara suara ni masih boleh dipakai.  
Aku dan Ila yang kertu.. hehehehe
Pada hari pertandingan tu... aku nampak semua team yang dapat ke final lebih bersedia dari masa ketika pertandingan saringan haritu.  Baju diorang pun gempak-gempak woo!!!  Team NRE pun tak ketinggalan.  Merasa pakai baju baru tapi baju yang sama kami pakai masa pertandingan saringan haritu la cuma ditambah beberapa aksesori pada baju kami yang bersesuaian untuk lagu yang kami nyanyikan pada haritu.  Lagu yang kami bawa tetap sama dengan yang pertandingan saringan haritu cuma Cikgu Ina olah skit pergerakan agar lebih mudah, kemas dan mantap dalam penyampaian suara nanti.

Memang tak dinafikan.... ketika pertandingan berlangsung.... team-team yang berjaya ke final berjaya menunjukkan persembahan yang lebih mantap dan bersedia..... Naik takut pun ada kalau kami kalah... hehehehhe.... tapi rezeki tu Allah yang tentukan.  Akhirnya team NRE berjaya mendapat tempat kedua.  Itu lah rezeki kami..... Team yang mendapat gelaran Juara ialah juara bertahan tahun lepas... JPSM dan tempat ketiga ialah FRIM.  Walaupun NRE mendapat tempat kedua....sekurang-kurangnya kami telah menaikkan  ranking dari pencapaian tahun lepas.  Kalau tahun lepas dapat tempat ketiga..... tahun kami dapat tempat kedua pula.  Syukur sangat!!!  Yeayyy!!!!!  Hadiah yang kami terima nanti ialah RM2000 wooo bersama trofi tetapi penyampaian hadiah tu nanti akan disampaikan semasa Hari Inovasi 2011 yang akan diadakan pada pertengahan bulan November.

Dengar kata Datin Junaidah (SUB Kanan NRE) nak bawa team koir NRE berjalan somewhere else kat Malaysia ni kalau kami dapat Juara... tapi kami dapat tempat kedua jer... camner??? Takkan tak nak bawak kot.  Sekurang-kurangnya pandanglah pencapaian kami ni... Bukan mudah nak tewaskan juara bertahan... huhuh... Sekarang ni kami tengah berdoa supaya keajaiban berlaku... huhuhu... mengharap tak hengat!!!!  

Oklah.... sampai di sini dulu.... Chow chin chow!!
Bulu mata tu... tak hengat punya lentik...hahahhaha

Khamis, 27 Oktober 2011

Sesi Renovate Rumah Dah Bermula

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 4:00 PTG
Reactions: 
9 comments Links to this post
Salam semua... 

Penat betul harini.  Walaupun harini aku bekerja tapi aku sempat menguruskan aduan pasal rumah aku di Taman Pinggiran Cyber tu disebelah pagi.  Dan aku sebenarnya baru jer balik dari menjenguk rumah aku yang sedang direnovate oleh cousin aku Hafiz. 

Kerja-kerja untuk renovation sepatutnya dah bermula pada awal minggu ini tetapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan... akhirnya semuanya tertangguh dulu.  Aku dimaklumkan yang barang-barang renovate telah pun tiba kelmarin (hari Selasa).  Jadi, untuk sesi harini pekerja-pekerja cousin aku sedang memecahkan siling rumah untuk membuat plaster siling dan pecahkan pintu belakang/dapur untuk membesarkan dapur rumah aku tu.  Keadaan rumah aku sekarang memang tengah huru hara buat masa ni.  So far ni, bumbung courtyard aku yang nak ditutup itu pun memang belum sentuh apa-apa lagik.  

Tadi aku dan hubby sempat berjumpa dengan kawan cousin aku yang menguruskan bab wiring elektrik untuk rumah aku tu.  Sempat la nak plan pasang lampu sana sini.   Anyway... kelengkapan untuk lampu semua dah cukup bila aku dah beli lebih awal di Nilai 3.  Tinggal nak pasang jer.  So.. harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. 

Masa aku sedang memantau kerja mereka.... hati aku ni macam sakit jer bila tengok diorang pecahkan siling rumah dan dinding dapur tu tanpa belas kasihan.... macam takde perasaan jer.  Tapi diorang siap acah aku.. "Akak nak rumah cantik tak??" terus jer aku cair.  Hahahah.. bleh gitu???  Sabo jer laa. 

Jom layan gambo rumah aku yang sedang dijahanamkan untuk dicantikkan... heheheh... 

Barang-barang renovation diletakkan dihadapan rumah
Siling rumah yang telah dipecahkan untuk dibuat plaster siling
Courtyard aku yang belum disentuh apa-apa lagi untuk direnovate
Kawasan courtyard yang akan dibuat dining
Pintu dapur yang dipecahkan
Kawasan balakang rumah aku yang akan dibesarkan dapur

Sabtu, 22 Oktober 2011

Cockatiel Saya Dah Dapat Pakwe Dia ^_^

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 11:11 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Hampir sebulan juga aku tercari-cari apakah sebenarnya jantina burung Cockatiel aku tu yang aku beli dari Encik Aril pada awal bulan September yang lepas.  Anyway... dia sendiri tak tau apakah jantina burung tu.  Jadi, setelah aku risik-risik dari otai-otai yang pelihara burung jenis parrot ni... akhirnya diketahui yang burung yang aku beli tu ialah betina. 

Bila dah tau jantina burung aku ni.. barulah aku boleh carikan partner dia.  Sian dia sengsorang.  Masa aku beli tiel betina ni dulu tu harga dia agak tinggi skit.  Bila aku dah dapat penjual yang hendak menjual burung tiel jantan ni hasil dari berbaik dengan otai-otai burung-burung jenis parrot ni... aku telah dapat harga yang lebih murah dari yang dulu dan orang yang menjual tiel jantan kat aku tu baik sangat dan tak berkira....  Syukur sangat.  Terima kasih En. Rooney Alba

Setelah deal bebaik dengan En.  Rooney... at last aku pergi mengambil tiel jantan aku yang ditinggalkan kepada En.Hafidz Dzira  yang juga kenalan dan otai burung spesis parrot ni di Presint 9, Putrajaya.  Seronok giler!!!!!!! Masa mula-mula nak ambil burung tu... aku bawa sekali Baby (panggilan untuk tiel betina aku tu) bersama sangkarnya supaya mudah nanti nak dimasukkan tiel jantan tu nanti.  Tetapi..... bila masuk je tiel jantan tu dalam sangkar... dia punya menggelupur tu.. perghh mak aiii... Baby aku pun turut menggelupur sama..... rasa kesian plak.  Dah a few minit tu baru la dia ok.... baru-baru agaknya.  

Tapi aku happy giler!!! Akhirnya.... Baby aku dah dapat pakwe dia.  Tak la dia keseorangan.  Tiel jantan tu aku bagi nama Bibo!! Baby dan Bibo!! Best-best!!! Heheheheh!!!!  Tunggu beberapa bulan lagik Baby dan Bibo matang... insyaallah aku akan dapat anak angkat baru la nanti... hehehheehh.... Yeayyyy!!!!!  Tungguuuu!!!!!!!!! 

Bibo (yang kat depan dan badan dia bercorak) - Cockatiel jantan yang baru aku beli
Makan sama-sama Baby & Bibo
Bibo comel!!!!

Jumaat, 21 Oktober 2011

Hilang Budgie Aku!!!

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 8:00 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Baru jer kesedihan kematian burung budgie aku hari Jumaat yang lepas... boleh pula burung budgie aku yang betina bewarna hijau kuning pula hilang!!!  Aku dapat tau pun masa baru jer sampai rumah lepas balik dari bercuti dengan family Waknang di Port Dickson.  Hampeh betul!!!  

Secara logiknya... tak mungkin la burung aku tu boleh lepaskan diri sebab sangkar aku tu memang berkunci.  Event pintu yang aku guna untuk meletakkan makanan pun pakai spring yang kuat walaupun tak berkunci dan tak mungkin budgie aku uang kecik tu boleh melepaskan diri.  So... memang ada la manusia yang kurang asam yang mencuri atau sengaja melepaskan burung aku tu.  Dengki ke haper aku pun tak tau la. 

Aku tak faham betul la.  Aku tak kacau pun hidung orang.. apatah lagi nak ambil harta orang kat taman tu tapi kenapa ada jer manusia  yang dengki dan sakit hati ngan aku.  Nak tuduh sembarangan tak boleh.... maka diam sudah!!!.  Memang kena sumpah seranah jer la walaupun aku tak tau saper yang buat.  Yang sakit hati tu... dulu hilang anak kucing... ni hilang burung plak!!! Mangkuk betul siapa yang curi or lepaskan burung aku tu!!  Lepas ni hilang apa pun aku tak tau la!!

Maka tinggallah 3 ekor budgie aku kat rumah tu.  Paling kesian bila tengok budgie betina aku yang warna hijau tu la.... yang warna biru tu dah sure ngan partner dia... tinggallah yang hijau tu sekor bersendirian.  Huuhuhu...  Nanti aku cari partner dan kawan baru ko ekkk!!!

Dari 5 ekor... tinggallah 3 ekor.

Tinggallah tiga ekor burung yang ada pada aku seperti dalam gambar ni.... yang warna kuning kiri sekali tu lah yang mati.

Tumpang Dengan Family Waknang Berholiday At PD

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 6:08 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post

15-16 Oktober 2011 - Permaisuri Resort Port Dickson
Salam u oulss!!!  Kali ni nak story pasal aku dan family pergi holiday di Port Dickson pada Sabtu   lepas.  Mesti kengkawan yang mengikuti or ambil tahu pasal aku tertanya....Port Dickson again????  Or... Banyak sangat duit kau Emmy asyik pergi holiday???? Haaa... aku tau!!!  Ada yang mengumpat belakang aku tu!!!  Aku malas jer nak citer details pasal kehidupan aku baik yang tersirat mahupun tersirat.  Aku hanya akan tulis apa yang penting buat aku.  Hal-hal dalaman takkan aku nak cerita kat blog atau citer kat korang jugakkan???  Apa-apa pun.... hanya orang yang mengenali aku tahu  sebenarnya apa yang berlaku dalam hidup aku.

Anyway.... sebenarnya holiday kalini adalah anjuran family pakcik aku Waknang dan anak-anak dia.  Kebetulan, kalini diorang holiday menjemput aku sekeluarga bersama-sama untuk memeriahkan apartment diorang.  Sememangnya aku datang tangan kosonglah....  Bawak body jer.  Hehehheeh.... Malu pun ada.  Almaklumle... dah tengah-tengah bulan ni mana la ada masyuk!!!  Huhuhu... So, orang jemput kita maka kita pun mengekor jer lee.  Makan minum sumer dah ada.  Tinggal nak bersuka ria sahaja.  Heheheheh!!!
Holiday dengan family Waknang
Lupa nak story kat mana kami stay.... As usual la.... Family aku memang suka stay kat Permaisuri Resort PD.  Kalini kami dapat apartment yang best dari biase atas demand hubby aku yang selalu berurusan dengan Permaisuri Resort PD.  Family Waknang ni minta hubby aku uruskan bab booking hotel dan diorang bayar.  So... senang skit kerjanya.  
Pemandangan resort ni dari tingkat 8 apartment kami
Kalini holiday memang best... Makan free... stay pun free...  berehat jer kerjanya hari Sabtu tu....hehehhe.... ditambah seronok pula bila kami dapat merasa game air yang baru pada pagi Ahad tu.  Biase orang naik babana boat, tapi kali ni kami naik Sidekick 3 Towable Ski Boat.... perghh... punya la panjang namo ehhhh!!!  Memang best!!!  Sape nak naik Sidekick 3 Towable Ski Boat ni disarankan jangan makan or minum dulu.  Kalau tidak mau muntah nanti or mabuk sebab masa naik tu body kita terhentak dan dalam keadaan baring.  Terjerit-jerit lak tu.  Hahahahah.... Aku sendiri pun dah nak termuntah nasi goreng yang aku breakfast pagi tu.  Apa pun memang mencabar la.  Korang ada berani???
Naik Sidekick 3 Towable Ski Boat... Best!!!
Selesai main Sidekick 3 Towable Ski Boat kami naik banana boat pulak bagi nak puas hati or lepas gian.. hahahah... boleh gitu???? Nak naik jet ski takder... banana boat pun jadi laaaa!!!!  Selesai lepas gian  dan mandi laut lebih kurang baru bleh mandi kolam kat hotel pula.  Baru best!!!  
Banana boat pulak!!!
Layan mandi kolam pula setelah penat main Sidekick 3 Towable Ski Boat dan Banana Boat
Anak aku Hanum sakan mandi kolam dengan Idriana dan Fatin
Selesai mandi kolam.. kami terus siap-siap untuk check out dan aku pun berkejar nak ke ofis untuk training koir.  Bagi aku.. pergi holiday kali ini... tiada yang lebih fun selain dari spent time with family.   Terima kasih kepada keluarga Waknang yang sudi ajak keluarga aku.  Terima kasih bebanyak!!

Jom layan pic kami.... bye!!!
Layan gambar dengan Idriana.. cucu pertama Waknang
Tengah tunggu turn nak naik Sidekick 3 Towable Ski Boat
3 orang 3 stooges yang gayat.. ahahhaha
Mabuk nampak... hahahhaahah!!!
turn kami pula nak naik Sidekick 3 Towable Ski Boat
Standby sebelum boat tarik... boleh peace lagik
Muka ada senyum aaaarrr... belum tau lagik apa cerita lepas naik tu...
Lepas settle round laut... perrhhh...muka mabuk... rasa nak muntah pun ada...muka pun takder senyum lagi dah
Huhuhu... terseksa!!!
Lepas naik banana boat.. sesi mandi laut pulak!!
Budak demam Idriana ni... lupa dah demam lepas mandi kolam...

Intan & Idriana
Wak wedok jadi baby sitter baby Irsyad
Possing sebelum balik!!
Thanks Waknang & Family!!!! love u all!!!!


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...