Selasa, 30 Disember 2014

Jom Support Hotel Jeonsa / Jeonsa Centre!!!

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 3:42 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Assalamualaikum semua....

Today... mak nak promote skit usaha salah seorang guru Koryo Taekwondo Club berjiwa besar yang telah mula menjalankan bisness perhotelan disamping mahu memartabatkan sukan taekwondo di Malaysia.  

Nama guru taekwondo tersebut ialah Sir Shafiq Aidruss Al-Jufri.  Hotel yang diasaskan oleh beliau bersama beberapa ahli team beliau (aku sendiri tak pasti siapa... maybe ahli keluarga) bernama Hotel Jeonsa/Jeonsa Centre. Menurut beliau, matlamat utama Hotel Jeonsa/Jeonsa Centre ditubuhkan adalah untuk menaikan Taekwondo di Malaysia khasnya. Insyaallah, dalam masa beberapa bulan lagi, Hotel Jeonsa/Jeonsa Centre ini akan menjadi pusat utama taekwondo di negara kita sama seperti di Muju Park, Korea. Yang penting... mereka-mereka yang menopoli sukan dan bisness ini adalah dikalangan anak  bangsa Melayu.  Bangga weh!!!

Eh lupa mak nak bagitau.  Hotel Jeonsa/Jeonsa Centre ni terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.  Lokasinya di area pintu belakang Hospital Kuala Lumpur katanya.  Nanti aku akan update alamat dan lokasi yer...

Okay... dari keterangan dalam brochure yang Sir Shafiq bagi ni.... Hotel Jeonsa/Jeonsa Centre mempunyai bilik hotel yang terdiri daripada Deluxe Queen (Single Room), Deluxe Twin (Twin Sharing Room) dan juga Sports Dorm (Eight Single Bed).  

Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah: 
  • 9 court badminton, 
  • Sports Cafe yang menyediakan masakan barat dan asia serta siaran sukan dunia, 
  • Studio untuk zumba/aerobic beserta audio system 
  • Bilik seminar/mesyuarat mengikut berapa ramai perserta yang boleh dimuatkan. 
Haaaa.. kelas koooo.... Untuk permulaan oklah sangat.  Memang tempat ini sesuai untuk para atlit menginap tak kisahlah atlit taekwondo atau yang lain-lain tu.  

Difahamkan... Hotel ini akan mula beroperasi pada 1 Januari 2015.  Cuma untuk Official Grand Opening masih belum dapat tarikh yang bersesuaian kerana tunggu jadual VIP yang diinginkan free. Insyaallah... perkara baik mesti dipermudahkan dengan baik....

Apa pon... aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Sir Shafiq yang telah menjemput parents Koryo Taekwondo Club untuk buat lawatan ke Hotel Jeonsa ni.... Insyaallah... kalau berkelapangan aku dan anak-anak akan sampai untuk bagi support.... Insyaallah...



Nota Emmymazli:  Takut niat baik kita disangka lain.  Ya Allah... permudahkanlah.  Amin.

Isnin, 29 Disember 2014

Sesi Persekolah 2015 Ditangguhkan

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:34 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Tiba-tiba dapat berita serta whatssapp sebentar tadi yang Menteri Pendidikan Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa sesi persekolahan bagi seluruh negara di tangguhkan akibat masalah banjir yang melanda sekarang ini...

So... Sesi persekolah bagi negeri-negeri Kelantan,Pahang,Kedah,Trengganu dan Johor akan bermula pada 11 Januari 2015 dan manakala negeri-negeri yang lain bermula pada 12Januari 2015...

Untuk tahu lebih lanjut boleh didapati dari  BH Online di sini

Semoga mangsa-mangsa banjir semua tabah dalam menghadapi dugaan dan bencana yang Allah turunk ini.  Moga Allah akan memberikan sebanyak-banyak hikmah atas apa yang berlaku.... Insyaallah!


Nota Emmymazli:  Baru bagitau anak-anak akan hal ini... bukan main suka lagi diorang dengar cuti bersambung... hamboiiiii!!!

Picnic 5 Family SMVPD79ERS

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 11:06 PG
Reactions: 
0 comments Links to this post


28 Disember 2014 - Pantai Bagan Lalang, Sepang Gold Coast
Finally... semalam aku dan 4 lagi family kawan-kawan sekolah ‪#‎SMVPD79ERS‬ iaitu Lala, Hajar, Liza dan Jep dapat berpicnic sekali. For sure kalau 4 wanita jelita dan teddy bear besar ini kalau dah berjumpa... boleh haru tempat tu.... happening giler.... pening kepala mak si Hajar yang ikut sekali....Sesi kami ni tak lain tak bukan... makan dan makan serta borak tak ingat dunia... Anak-anak jangan cakap laa... happy sangat dapat mandi laut dan main pasir pantai... kebetulan aku yang bawa anak buah aku juga si Alya pon kemain suka dia bila dah beramai-ramai mandi manda.  

Sebenarnya... planning nak berpicnic ni adalah secara tertutup sahaja... tak la beria nak ajak ramai-ramai ala reunion. Ni picnic geng sekolah yang kaki betah punya.... heheheh... plan ala kadar tau-tau jadi... kalau plan beria kang kecewa lak... ada jer hal nye last minit.... 

Oklah... for my side.... aku dapat lunaskan permintaan anak dara aku si Hanum tu yang nak sangat mandi laut since mula-mula cuti sekolah.... so... permintaan settle! Tq semua... ♡♡♡
Pemandangan dari tempat kami duduk
Bila anak-anak mandi laut
Sakan dengan main pasirnya
Sempat bagi posse cantik
Jejaka bbq
Bila geng jahanam 4+1 SMVPD79ERS dah bergambo
Dah penat mandi dan main pasir... tahu pula lapor yer... tapi sangat tak senonoh cikgu lala ajor bagi minum pakai centong... hahahahah
Muka anak-anak yang puas hati...
Kami juga puas hati... yeayyyy

Sabtu, 27 Disember 2014

Ice Skating @ Icescape, IOI City Mall Putrajaya

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:24 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
26 Disember 2014 - Icescape, IOI City Mall Putrajaya

Salam semua.... just nak update aktiviti anak-anak kalini..... Finally aku dapat melunaskan hasrat anak-anak yang beria nak berice skating kat Icescape IOI City Mall Putrajaya setelah 3 kali datang. 

First time datang macam aku citer dalam Jalan-jalan IOI City Mall Putrajaya baru ni.... memang tak ready la nak pergi dengan duit takdenye... dengan masa singkatnya pula.   

Kali kedua kami datang ke Icescape, IOI City Mall Putrajaya ni masa 25hb Disember 2014... Pempaham lerr... cuti raya Krismas.... jangan kata nak masuk Icescape tu... nak masuk IOI CIti Mall Putrajaya ni punyalah seksa... berdedai orang masuk... banyak kereta sampai parking di luar-luar bangunan.  Padahal mall tu punyalah besar dan banyak tempat parking.  Nak cari parking sekian kalinya.... seksa.... nak pergi ke 1st floor naik lif pon punyalah seksa... dengan lif slownya... terpaksa naik tangga... dari parking kat P3 nak ke aras 1.  5 tingkat nak naik... perghhh... tercabut lutut mak.... tak kuase.... dengan kebanjiran manusia kat mall tu... sampai tahap lemas nau aku rase kami pon ke Icescape... punyalah ramai orang kat area tu.... tengok kat kaunter tak ramai orang... tapi bila aku dan hubby ke kaunter jer.... aku disapa oleh sorang mamat ni.. "kak... akak nak masuk ke? nak bagitau dulu ni.. kalau nak masuk.... untuk size kasut anak-anak akak dan mungkin akak dan abang juga dah takde.... habis semuanya digunakan... yang ada cuma kasut size 12... kalau boleh pakai la..." Haaa... size 12?? memang tak laa... kaki aku ngan hubby serta anak-anak comel jer kot... so terpaksalaaaa cancel program haritu .  Maka panjang la muncung anak-anak aku ni lagi....

Datang kali ketiga ni paling mencabar bila tengok ramai yang beratur panjang nak berice skating walau haritu Jumaat tu adalah hari kerja biasa.  Pada mulanya Kimie paling excited la sampai menonong tinggalkan kami nak ke Icescape tu... biasalah budak-budakkan... tapi bila tengok jer orang yang beratur panjang terus dia patah balik kepada aku dan hubby yang masih terhegeh-hegeh nak sampai ni dan ajak balik... Mula-mula aku terpinga-pinga juga.... tapi bila dah sampai situ terus sengih jap... nak tak nak kalau nak masuk kena juga beratur tapi Kimie macam dah tawar hati sampai tahap nangis menghentak-hentak... Bunyi macam merajuk benar dan tak habis-habis ajak balik.... katanya tak guna juga kalau beratur beli tiket kalau size kasut nanti takder... hehehehe... jauh benar pemikiran dia.... 

Hubby aku buat survey di area kaunter... kot la boleh selit-selit.... Hubby aku pergi pada aku semula yang sedang beratur panjang ni dan bagitau ada 1 family akak ni dia dengan anak-anak dia... mungkin boleh minta tolong selit beli tiket sahaja sebab kalau dari segi preparation nak masuk tu... kami dah ada stokin dan sarung tangan yang dibawa siap-siap dari rumah.  Aku pon terpaksa la buat muka toya jumpa akak tu.... setelah aku slow talk ngan dia yang beratur agak depan and dah nak sampai turn dia pula tu... akhirnya dapat juga anak-anak aku merasa bergumbira.... yang tak tahan tu.... masa panggil Kimie dan Hanum untuk join ngan family akak tu... boleh pula Kimie tak habis lagi merah mata dengan muka merajuk serta ajak aku balik... sambil aku terangkan pada Kimie, family akak tu ketawa tengok gelagat Kimie yang merajuk tu.... Dahlah family akak tu banyak anak dara... buat malu company jer... hahahahha....

For the first... kenalah anak-anak aku join dengan family akak tu untuk urus pas masuk dan pengambilan kasut.  Aku tak masuk pon takpe... janji dapat tengok dari luar... sambil tu boleh beli kudapan sambil nak nunggu diorang tu..... anyway.... thanks to family akak tu walau pon kami kami tak dapat berkenalan panjang... nama pon tak sempat tanya... aku doakan family akak tu sejahtera sekeluarga selamanya.... aminnn... Kerana akak tu aku dapat lunaskan permintaan anak-anak aku.  Heeee.... syukur...

Apa pon... ni jer la gambar yang aku sempat snap untuk aktiviti anak aku haritu.... 
Before masuk ke ice surface
  
Dalam ring ice surface
Dah settle... muka ada senyum... tau pula lapar yer...

Isnin, 22 Disember 2014

Cyberjaya - Putrajaya Perdana Twincity Marathon 2014

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 12:34 PTG
Reactions: 
2 comments Links to this post
21 December 2014 - Persiaran Flora, Cyberjaya

Assalamualaikum semua.... 

Again and again aku akan bercerita aktiviti hujung minggu aku dan keluarga.... hope kengkawan yang baca di luar sana tak muak yer.... Allright... kalini... ada sedikit kelainan.... Aktiviti begini selain aku selalunya menemani anak-anak join larian... kalini aku sendiri terjebak sama... means... aku sendiri pon mendaftar untuk join berlari. 

So... this is my first run... untuk permulaan... 5km tu dah rasa ok sangat pada aku yang dah lama tak lari... dah lama tak bersenam dan dah lama tak meredah jalan jauh-jauh macam masa muda-muda dulu.  Percubaan yang baik buat aku.  Tak sia-sia aku training guna trademill dalam seminggu walau berlari/jogging 1km sehari semasa waktu rehat tengahari.  Bagai nak rak habiskan 1km tu bila guna trademill... setiap kali buat masa yang di ambil around 15-25 minit.  Tapi tak sangka pulak bila buat 5km ni cam rasa tak terbeban sangat... and guest what... for first timer cam aku yang masuk aktiviti gini... aku buat 50 minit untuk 5km... hmmm... pada aku sangat ok... yer leee... mananye tak ok... dah la montel... punggong besau lak tu... tak ke lotih badan acik ni haa nak berlari... hehehehhe

For anak-anak aku dan Hajar yang dah biasa run... Hanum and Kimie buat dalam 30 minit... relaksss... eksyen ngan aku der.. Bila nampak aku sampai jer, si Hanum siap berbunyi "Sampai kering peluh Hanum tunggu mama sampai... kitorang dah lama sampai" Ewahhhh... velagakkkkk!!!  Menyirapppp!!!

Anyway.... apa pon kami happy dapat lunaskan larian kalini.  Bye-bye guysss and enjoy the pics!!
Subuh sepi'ei dah ada kat Persiaran Flora nih.... 
We're ready to start run... amik gambo dulu!
At last.... tamat 5km Fun run kami.... here is our medal!
Proud! See people yang beratur panjang tu... diorang sedang beratur untuk ambil medal....
My first 5km Fun Run
Medal close up
Proud of me.  My first 5km Fun run and I'm done!

Khamis, 18 Disember 2014

Persembahan Khas Sempena Penutup Perhimpunan Korporat NRE 2014

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 1:30 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Assalamualaikum semua...

Today... just nak sharing story about me and my ad hoc kugiran.  Kenapa aku cakap ad hoc kugiran??  Yer lee.... last minit dipanggilnya suh menyanyi... Sehari sebelum majlis berlangsung... aku dapat call jam 3.30 petang yang minta aku turun ke dewan untuk menyanyi menemani pegawai yang bernama Tantie dalam persembahan khas untuk Perhimpunan Korporat NRE.  Katanya arahan dari Datin Junaidah.  Gitaris dia aku dah agak dah sape... Si Saiful dan Wan Zudy.... Masa dapat call tu aku memang tengah banyak kerja nak settle.  So aku minta turun ke dewan dalam jam 4 petang after kerja aku selesai.

Turun jer dewan... terus tercongok muka Datin Jun... "Hah Emmy... u menyanyi teman Tantie.... tolong yer Emmy"  Terkebil-kebil jap... aku ok jer.... As long orang bagi kepercayaan pada aku.... insyaallah aku akan bagi yang terbaik.  "Tapi kenapa nak ada persembahan khas datin?? Bukan ni perhimpunan korporat ke?" Soal aku pada Datin Jun.  Musykil gak.... mana pernah ada persembahan khas bila perhimpunan... selalunya koir jer...  "Kita nak buat lain dari yang lain... lebih santai..." Ok... whatever..
Dari kiri.. Saiful, Wan Zudy, Aku dan Tantie
Petang tu... praktis punya praktis.... dari lagu asal nak nyanyi "Belaian Jiwa" sampai dah siap buat rehearsal... at last aku minta do something dengan arrangement lagu dengan Saiful and Wan Zudy sebab arrangement asal lagu ni adalah lagu lelaki... so aku amat tak selesa menyanyi dengan low note walau pada mereka dah ok sangat aku nyanyi lagu tu.  Tantie memang takde masalah dengan low note.  Fikir punya fikir... Saiful pun gunakanlah pengalaman dia as pemuzik untuk function di luar.... dicadangkan beberapa lagu yang kami berdua boleh bawa.... At last.... lagu yang bersesuaian ialah "Widuri" dan "Anggapanmu".  Kata Saiful.... lagu Widuri adalah kesukaan Dato' KSU dan Anggapanmu mencabar range vokal aku dan Tantie... so why not buat kelainan.... That's it.... kami cuba jer lee.. bukan pertandingan pon kan... just show biasa...
Hari persembahan.... aku dan Saiful ok jer... taklah nerves mana...maybe pengalaman mematangkan kami.  Tapi Tantie dan Wan Zudy sangat nervous.  Hmmm... jarang berhadapan dengan penonton maybe... sampai sejuk tangan masing-masing... yang merepek tu lom aku citer la kan... hahahaha.... Apa pon... pada mereka yang menyaksikan persembahan kami... maybe pada diorang rasa persembahan kami tu ok... pada aku pula... tak ok... yer lee.. ada a few perkara yang kami rancang tak berapa nak jadi sebab kenervesan masing-masing... Adoiiii... takpe laa... menda dah lepas kan....Macam aku cakap awal tadi...bukan pertandingan... just persembahan... cuma aku as penyanyi yang harapkan everything go smoothly and be perfect... rasa sangat kecewa bila tak menjadi... hahahah... macamlah kita ni artis fofularr sangattttt.... pooorahhh Emmy!!!

But... dalam sedetik perasaan kecewa tu... tiba-tiba dapat message dari Tantie... Katanya Datin Jun hantar message.... Datin Jun dimaklumkan yang Dato' Seri KSU suka sangat persembahan kami.... Hah legaaaaa.... boleh tido lena skit... heheheh....
Message dari Datin Jun kepada Tantie...
So guys.... tengok jer la video ni yer.. kalau buruksss ampunkan saya....

Widuri
video

Anggapanmu
video

Isnin, 15 Disember 2014

Jalan-jalan IOI City Mall Putrajaya

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 10:42 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Hari kerja tapi tak tau nak buat apa... malam jer boring... niat di hati nak bawa anak-anak mandi kolam... tapi hubby tak berkenan pulak... dicadangnya pergi IOI City Mall Putrajaya. Haiyoooo... malasnye nak jalan kat mall... dah la kakiku sakit... dengan tak berduit lagi nak berjalan cam malas jer kannn... 

At last pergi juga IOI City Mall Putrajaya ni... hubby cakap kita survey jer... sambil cuci mata katanya... nak makan-makan dah makan pula kat rumah... jimat belanje katanya..  hahahah... kalau makan luar kang masak aku.... entah berapa la kena... dah la Hanum tu taste tinggi...
Jalan punya jalan... tersangkut 1 menda kat situ... adoiiii... apa lagi kalau budak-budak ni dah nampak... ICE SKATING! Hmmmm puas la si Kimie merengek nak main ice skating... kalau aku bagi kang masa la singkat pulak....  buat rugik jer... terpaksa la kami pujuk yang next time janji akan bawa lepas gaji... huhuhu... so terpaksa la survey harga... nak pastikan duit cukup nak bawa diorang nanti.... ya allah... kesiannya anak-anak. 
Tapi takpelaa... aku share kat sini rate nak masuk kot ada pembaca yang berminat nak main ice skating kat IOI City Mall Putrajaya ni... bleh la prepare duit cukup-cukup... hehehe... sharing is caring...
Dah puas tawaf kat mall ni... pastu dah puas possing-possing sekeluarga... kami balik jer untuk plan what will do next time... 
To those yang nak jalan sini.... prepare duit lebih-lebih yer... almaklumlaaa... kalau mall dah standard KLCC, The Mines, Mid Valley tu.. kos beli-belian dia pon kus semangat... seram mak nak masuk kedai... heheheh... oklah... take care semua...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...