Selasa, 28 Mei 2013

Berniaga di Festival Belia Putrajaya 2013

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 6:10 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
23-26 Mei 2013
Wisma Sumber Asli, Putrajaya

Alhamdulilahhh... dalam sibuk menyusun kerja dan juga kesibukan Festival Belia Putrajaya 2013... dapat juga aku menyelit mencari rezeki dengan membuka gerai jual air anjuran Kelab Alam, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar... walau setelah difikirkan taklah untung mana pon disebabkan modal besar dan juga sewa yang agak boleh tahan tapi aku gagahkan jua untuk mencari rezeki... kira ini cubaan pertama aku untuk masuk dalam festival nih.

Jual air tapi syukur alhamdulillah... laku sangat... tapi asik terkena juga... heheheh... apakan daya.  Yang penting pengalaman mengajar aku.  Yang best tu... tempat ni dekat ngan stage... so rezeki tak putus orang kata... syukur sangat.

Mana tau akan datang dapat  buat lagi.... moga ada rezeki di mana-mana.  Aminnnnn
 

Selasa, 14 Mei 2013

Celebrated Mothers Day ♥

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 1:20 PTG
Reactions: 
6 comments Links to this post
Selamat Hari Ibu...
Sempatlah aku meluangkan masa menyambut hari ibu bersama mama aku dan mertua aku masa balik kampung hari minggu yang lepas walaupun sibuk menghadiri wedding supupu hubby.  Syukur... aku masih ada ibu dan ibu mertua untuk bergantung kasih.... Love u both!!

Rabu, 8 Mei 2013

Aku Distributor Vitagen!!!

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 1:57 PTG
Reactions: 
19 comments Links to this post
Salam kengkawan semua.

Hmm…. Nampaknya… untuk bulan Mei 2013… ini merupakan entry aku yang pertama…. Huhuhu… pemalas bebenor gamaknya aku nih.  Hisshhh….

Oklah… saja jer nak bagitau kat kengkawan di sini.  Dengan ini, pada 7 Mei 2013 aku dengan rasminya telah menjadi Distributor Vitagen untuk Home Delivery Service area Cyberjaya/Putrajaya.  Huhuhu…. Best-best.  Sebelum ni… aku just beli vitagen banyak-banyak untuk diri sendiri and family dari shopping mall dan kawan-kawan yang menjadi agent …. Sekarang ni… boleh la beli untuk diri sendiri dan juga jual pada jiran-jiran area taman aku.  Yeay… Menda baik mestilah dikongsikan… betul tak…?

Al kisahnya aku terjebak dengan Vitagen ni… aku ni sebenarnya memang pembeli tegar vitagen bila tiap kali shopping barang rumah.  Bukan skit-skit slalunya… mau pergi 3-6 pack okay untuk seminggu!!  Kengkadang tu.. naik geram pula bila aku beli jer then bila nak minum tengok dalam freezer dah tinggal 1-2 botol jer…. Hadoooiii… biase lee.. kerja anak aku ngan ayahnyakan… aku ni selalu dapat yang last-last….  Selalunya tukang beli dan yang mengeluarkan duitnya ialah hubby aku la kan sebab tu boleh beli banyak-banyak.  Tapi bila selalu dapat yang last-last ni… sakit pulak hati aku…. Maka aku pon mula la membeli dengan kawan aku Ila yang merupakan agent ni.  Bukan nak sombong tak mau beli dari Ila awal lagi… tapi sebab ada yang mengeluarkan duit… aku senyap jer la kan… hehehe.  Pastu bila aku dah mula beli… ada pula kengkawan opis tanya beli dari mana…. murah laa… baru dari kilang la…. and so on…. mula lah sesi mengirim…. Pastu… terfikir pula aku… bila dah ramai tanya…. Takkan takder pulangankan jual vitagen ni… so aku pun mula la menggodek internet.  Rupanya… memang ada service jual vitagen ni. 

Kalau setakat mencari duit part time macam gini memang aku suka sangat walaupun takkan boleh kayakan…  at least boleh aku menampung sedikit sebanyak tabungan aku.  Aku pun mula contact la sana sini untuk menjadi pengadar vitagen ni dengan bantuan Ila… akhirnya aku berjaya untuk mendapatkan interview  untuk menjadi distributor vitagen tu semalam di pejabat Cotra Enterprises Sdn. Bhd. yang bersebelahan jer ngan kilang Vitagen di Petaling Jaya dan you know what…. aku berjaya dalam interview tu!!  Alhamdulillah!!!
So… mulai Jumaat ini… aku akan mulakan dengan first order aku direct dengan kilang.  Yeay!!! Happy giler. 

So kengkawan yang stay area Cyberjaya & Putrajaya…. Boleh pm aku untuk order....



Oklah.... Bye bye….

Isnin, 6 Mei 2013

BBQ Dengan Family & Celebrate Mothers Day

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 6:01 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
5 May 2013
Kampung Paya Meranti, Tiang Dua, Melaka

Salam semua....

Today nak story pasal kami sekeluarga buat makan-makan sambil sambut mothers day in advanced bersama  adik beradik dan makcik di kampung.... takder apa yang aku nak story sangat kat sini cuma nak share kehappyan kitorang bila dapat berkumpul.  Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai sekeluarga cenggini.... kadang balik kampung lom dapat kumpulkan semua.... so bila dapat berkumpul camni rasa happy sangat.... Nenek aku a.k.a. Makwek pon ceria jer bila anak, cucu cicit balik buat meriah kat kampung tu....  

Masak bbq pon secara ad hoc tetapi alhamdulillah... segalanya berjalan dengan lancar walaupun makan agak lewat skit.  Heheheh... tapi puas hati sebab dapat makan ikut tekak sendiri.  Hmmm... bulatlah aku nampaknya....  

Thanks kepada family yang membuat pot luck untuk bbq ni.... love u all.  Just share the pictures with korang lah yer....
 
 
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...