Selasa, 30 April 2013

Seminar Aspirasi Setiausaha 2013

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:22 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
29 April 2013
Hotel Marriott Putrajaya
Anjuran Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd


Salam semua....


Setelah hampir 4 bulan berlalu.... nampaknya baru ini kalilah aku dapat memenuhi tuntutan kursus 7 hari setahun untuk kakitangan kerajaan tu.  Bukan senang nak dapat green light dari boss nih.... tau jer la boss aku tu... sumer nak bersyarat... nyampah!!! Ni dapat sehari pon dah kira ok lah ni.

Seminar anjuran Utusan Publications ni memang tiap-tiap tahun ada penaja yang akan berikan sponsor diorang kepada  peserta.  Kami dapatlah goodies bag dari diorang ni... macam-macam ado... tapi barangan tu untuk orang perempuan ajer la yer... heheheh

Kali ni yang jadi pengacara ialah Shamsul Ghau-Ghau.  Talk yang mampat dari penceramah seperti Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, Aziah Jasmin Azizul, Airol Irwan Limin dan juga dari penyanyi jemputan Mawi dan Intan Suraya dah cukup memuaskan hati para setiausaha yang hadir ke seminar ni.  Pada aku, tak sia-sia pergi seminar ni kalini.

Tapi yang sedihnya... seperti tahun-tahun lepas... kalau bab cabutan bertuah memang selalunya aku tak bertuah walau hadiah yang kecik.  Sedihnya.... hmmm....

Oklah.. just sharing the picture jer laaa... takmo citer bebanyak...


Jumaat, 26 April 2013

Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim (Timbalan Ketua Pengarah Kastam) Meninggal Dunia Kerana 3 Das Tembakan di Putrajaya!

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 3:02 PTG
Reactions: 
1 comments Links to this post
kredit: STAFF BERITA SEMASA
on APRIL 26, 2013




Semakin banyak pula kes tembak-menembak sejak akhir-akhir ini. Dengan kes ragutnya, rompakannya sehinggalah membawa kepada pembunuhan. Berita terkini yang baru sahaja Berita Semasa terima. Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Hj. Shaharudin telah pun meninggal dunia. Sebabnya? 

Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim telah ditembak tiga das tembakan yang mana salah satu darinya terkena dikepala. Sebelum ini keadaannya cukup kritikal dan akhirnya Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim telah kembali kerahmatullah sebentar tadi berdasarkan maklumat yang Berita Semasa terima dari pihak HQ.

  • Kejadian ketika Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, 8 pagi ini
  • Kena tembak di lampu isyarat Presint 8
  • Penembak menaiki kereta
  • Tiga das tembakan dilepaskan terkena di bahagian leher dan juga dikepala di dalam kereta Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim
  • Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dikejarkan Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya
  • Sekarang ini post mortem sedang dilakukan di Hospital Putrajaya.
  • Besar kemungkinan selepas ini jenazah akan dibawa balik ke Negeri Sembilan
Dato’ Shaharuddin Bin Haji Ibrahim (Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) cukup terdedah dengan risiko besar dan menggalas tugas yang cukup mencabar….Arwah menjaga cdn import eksport pertek.

Apa bidang tugas bahagian cukai dalam negeri dan perkastaman buat?
  • pertama mana-mana perniagaan yang layak dilesenkan dan dikenakan cukai dibawah akta cukai perkhidmatan, cukai jualan. (cukai dalam negeri).
  • keduanya, pengawalan barang-barang bercukai keluar/ masuk ke negara kita. Pelabuhan-pelabuhan dan juga mana lapangan terbang yang mempunyai kargo udara. (perkastaman) termasuk barang-barang yang dibawa masuk melalui pejabat pos.
Jadi…lubuk besar mana yang terancam jika cara kerja arwah ini betul-betul dilaksanakan mengikut lunas undang-undang?

Ada kaitannya?
Kastam rampas dadah RM14 juta2013/03/18 – 19:19:37 PM
Nilai: Kastam Diraja Malaysia merampas 73 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM14 juta yang cuba diseludup ke negara ini melalui kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari India.

Pihak kastam menyerbu sebuah premis kediaman di Taman Sri Merdeka, Ampang pada Jumaat lalu dan menemui dadah itu disembunyikan dalam 17 kotak daripada 50 kotak yang diikrarkan sebagai ‘Fresh Cut Roses’.
Sumber : Sinar Harian

Dan,  sebagai Umat Islam, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah semoga arwah Dato’ Hj. Shaharudin ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang beriman. Ketika berita ini dilaporkan Berita Semasa, ramai sudah sahabat handai pergi ziarahi di hospital tadi. Al-Fathah, Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Nota Emmymazli:  Kalau aku tak salah ini merupakan kejadian pertama seumpama ini di Putrajaya.... naik takut dengan dunia sekarang ni...huhuhu

Rabu, 24 April 2013

Kes Kecurian di Taman Pinggiran Cyber

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:49 PTG
Reactions: 
2 comments Links to this post

Salam semua…

Harini rasa amat terpanggil nak story kisah kecurian yang berlaku di taman rumah aku ni.  Memandangkan berlaku beberapa rentetan kecurian di taman aku ni…. Aku jadi seram lak nak stay rumah sengsorang dengan anak-anak bila hubby aku takder…
Bermulanya kecurian yang berlaku sebelah jer dengan rumah aku… rumah sewa yang didiami student pada penghujung Januari lepas… kemudiannya selang beberapa hari pula…. Ada juga rumah sewa student lagi yang dipecah masuk dan juga cubaan masuk rumah penghuni lain.  Tak lama lepas itu dalam bulan Februari… cubaan mencuri lagi di rumah kawan seopis aku di NRE… nasib baik rumah dia pakai pintu selak dalam… kalau tak sia-sia jer.  Dah la dia berdua jer dengan adik dia tanpa suami masa tu. 

Bulan lepas berlaku lagi beberapa kes pecah masuk… mostly rumah student dan rumah-rumah yang kawasan hadapannya menghadap tanah lapang…… itu blom lagi rumah yang penghuninya macam jarang-jarang ada….. memang seolah-olah ada orang yang meronda dan mentarget rumah di taman perumahan aku nih.  Huhuhu… Banyak benau suspeknya aku dengar.

Bulan ni pula…. Minggu lepas ada lagi cubaan pecah masuk di rumah penduduk taman ini yang menghadap tanah lapang tu….. Then hari Ahad lepas baru lagi aku dengar 2 kecurian berlaku serentak…. Rumah tu pula sederet dengan rumah aku lagi…. Hmmm…. Apa la nak jadi….

Maka disebabkan kekerapan kecurian dan cubaan mencuri kerap  berlaku walaupun rondaan polis selalu diadakan… hari Isnin lepas….  1 meeting taman telah diadakan bersama penduduk taman… mesyuarat telah memutuskan supaya rondaan dilakukan secara bergilir oleh penduduk taman (orang lelaki la kan…).  So malam tu bermula la syif pertama hingga la malam tadi. 
 
Nak dijadikan cerita… tiba-tiba pagi tadi aku dikejutkan dengan berita kecurian lagi di rumah student di taman perumahan aku tu…. Heiiii… apa la nak jadi.  Naik ngeri pon ada…. Risau terkena batang idung sendiri…. Gerak hati merasakan orang yang mencuri tu macam orang dalam jer…. Hissshhhh….

Apa pon kengkawan… perlbagai langkah berhati-hati aku telah ambil terutamanya bila hubby aku takder.  Korang diluar sana doakan kesejahteraan dan keselamatan aku sekeluarga yer dari ancaman jahat manusia.  Aku bimbang juga….. Amin….

Seronok Bertemu Keluarga Abdul Hadi

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:37 PTG
Reactions: 
2 comments Links to this post
Salam semua….

Hmmmm…. Rasa cam lama lak tak update story ni sejak-sejak kat ofis ni blogger pon kena block… adehhh… tension mak…. Kalau time takder kerja maka aku pon melangut laa…. Nak bukak fb pon tak bleh… nak tengok-tengok  instagram pon tak boleh…. Camno tu…. Huhuh…. Tensi aku…

Oklah… story harini…. Hmmmm….. pikir jap…. Sebenarnya nak share pasal kehappyan aku bersama abah dan mama aku serta adik aku Angah bila dapat berkumpul dengan sepupu sepapat dan pak & mak sedara last weekend masa wedding cousin aku yang tak pernah bertegur sapa selama 34 tahun umur aku nih…. Huhuhu… cam sadis jer…  kalau tak pernah tegur tu takut aku salah cakap laa pulak… tapi senang cakap jarang sekali jumpa dan bertegur saper selama ni…. Andai kata jumpa kat luar pon lom tentu kenal yang diorang ni family or sepupu aku.  Sepupu kuat lak tu belah abah aku…. Adusss…. Bukan aku yer yang menjarakkan jurang kekeluargaan dengan mereka… tapi…… hmmm… takmo cakap lebih-lebih laaa….

Hakikatnya…. Tanggal tarikh 20 April 2013…. Selama 34 tahun umur aku nih…. Barulah hari itu kami sepupu sepapat belah abah dapat  bergambar keluarga terutamanya dengan family  yang buat wedding ni.  Allah jer tahu betapa happynyer aku…. Biarlah diorang nak kata aku ni kepochi  ke apa dalam FB masa minta cousin-cousin belah abah yang biase ngan aku ni datang wedding anak bapa saudara aku, Datuk Abdul Kadir bin Abdul Hadi.  Macam pakse pon ada… hehehhehe…. Bukan apa…. Niat aku nak eratkan sillaturrahim yang ada…. Sampai bilakan nak buat hal masing-masing…  Bahkan ada yang tak kenal sepupu masing-masing… huhuh…. Kesiannyee…. Termasuklah aku sendiri.  Hihihih…. Yang bestnye…. Bila dah jumpa…. Abang-abang sepupu yang rapat ngan aku cakap.. “Eh.. lawo-lawo dan kurus-kurus sepupu kita ni… apsal kita tak tau… heheheh”  Hahahha… baru taw ekk…  yang penting… sepupu  yang ni pon lawo ekk walau hakak gevu… sekian!!!

Oklah…. Aku just nak ucapkan ‘Selamat Pengantin Baru’ kepada cousin aku Dr. Izzati bersama pasangannya…. Aku doakan ada lagi sepupu sepapat yang nak kawen lagi… bleh jumpa diorang lagi… kalini kalau berkumpul aku nak cari idea baekkk punya….

Aku nak share moment kami di majlis perkahwaninan tu…. Semoga tali persaudaraan antara kami terus terjalin erat…  Amin….
Pengantin dan mak ayah pengantin perempuan
Inilah gambar bersama keluarga belah abah yang berharga buat aku walau tak semua ada dan dapat join
Adik beradik belah abah bersama pengantin yang hadir haritu.... 
Family Pak Ngah
Us!!



Rabu, 17 April 2013

Cerita Sensasi Penulisan Aku Dalam Blog Jadi Isu Di Surat Khabar

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:24 PTG
Reactions: 
1 comments Links to this post
Alkisahnya... bila isu entry dalam blog aku ni mengenai Kayuhan Patriotik 1 Malaysia Putrajaya Bersama PM (aku terpaksa delete entry aku tu atas nasihat teman-teman) menjadi isu besar mengenai basikal 'free' semasa event itu dijalankan.  Panasss ok!!! Dalam aku cuti minggu lepas berbakti untuk orang tua... tiba-tiba aku di maklumkan yang aku sekarang glemer bila muka aku kuar dalam akhbar  berbahasa inggeris Malay Mail.  Pelik tiba-tiba bila ada teman yang menyatakan begitu.  Kalau lah glemer perkara yang baik takper la jugakkan.... ni perkara tak baik. Aku jadi suspen la kan.... Lepas tu kawan aku suruh tengok dekat papan kenyataan KBS mengenai keratan akhbar yang ada print screen blog aku tu.... Terperanjat aku bila tengok keratan akhbar yang dimaksudkan tu pada Ahad lepas. 

Menurut artikel wartawan Haresh Doel dari akhbar Malay Mail bertarikh 12 April 2013 yang mengskodeng dan mencuri gambar dan memprint screenkan gambar serta penulisan dalam blog aku tu tanpa kebenaran tu... ramai yang mengaku membawa pulang basikal 'free' yang sepatutnya dipinjamkan untuk program itu.  So untuk membuktikan artikel dia ni betul.... dia telah menjadikan blog aku sebagai tempat di mana bukti  artikel dia yang aku telah dapat basikal 'free' tu dari pegawai KBS sendiri.  So ibarat macam menuding jari sesama sendiri la kan....   

Yang aku bengang tu.... terang-terangan kot dalam entry aku yang diprint screen oleh Haresh Doel tu aku bagi tau aku minta dengan cara baik... bukan mencuri kat kontena or kat tempat diorang landingkan basikal kat kbs tu... bukan main ambil dekat tempat mendaftar pasar tani tu.... or alasan aku tak tau mana nak pulangkan setelah gunakan basikal..... terang-terangan aku  bagi tau aku minta dengan cari baik itu pun setelah basikal  pertama  yang kami gunakan telah dipulangkan..... nak jadi citer... basikal yang kami guna untuk program yang telah dipulang tu pun bila skali lagi kami pandang dah  hilang.... so... nak salahkan siapa?? aku.... atau ramai lagi manusia yang mencopek basikal tu...  bukan aku sorang tapi saksi beberapa orang kot.  Tapi disebabkan aku berlaku jujur dalam blog.... maka adalah beberapa hamba Allah ni dengan tanpa usul periksa telah menuduh aku 'pencuri'. Wow!!! Memang terbaik la korang!!!  

Paling aku kesalkan..... orang ramai yang berpusu-pusu menahan kontena sambil mengambil basikal yang masih dalam kotak malah bukan 1 tapi untuk seluruh ahli keluarga mereka walaupun tak sertai program ni.... takde pula orang dok tuding jari ke apa kan.... itu aku tak cakap lagi 1 penghuni bas KKR membawa balik balik basikal 'free' penuh dalam bas.... malah abang-abang polis yang bertugas pon ambil basikal 'free'... camner tuh??  Aku just tak dapat bukti jer bila ada kawan aku cakap ada basikal 1 Malaysia di tapak pasar tani semasa sesi mendaftar tu ada tertulis signboard 'tak perlu dipulangkan'.  Itu namanya apa ekk??? Sebab tu orang dok ingat basikal yang tak dipinjamkan.  Nasib la aku takde bukti... kalau ada bukti.... perghhhh!!! Memang best la camner Haresh Doel dah malukan aku dalam surat khabar. 

Dalam kes aku ni.... aku memang tak terlibat pon dalam kes curi... kes mengambil... kes tak pulangkan dan sebagainyalahkan..... aku pergi minta dengan cari baik dekat KBS pula tu....  Pada pendapat aku dan kengkawan aku pada ketika itu... mungkin ada peruntukan untuk peserta pada ketika itu.  Cuma mungkin kalau diwar-warkan nanti semua orang serang.  And one thing... jika diberi kat KBS ramai yang tak tau... kalau kat pasar tani sana ramai buaya langap yang mengambilnya.... Kalau betul dari awal aku tau takkanlah aku dah pulangkan basikal pertama tu dulu.... Dan kalau  benar tak bolehhh nak bagi dan basikal tu hanya untuk event.... kenapa bila kami minta orang tu bagi?  Dan paling aku hangin kalau nak siasat la bagaikan setiap pegawai kbs dan orang yang mengambil basikal tu.... setau aku la dari sumber kengkawan aku di sini.... ada 2 lori basikal yang dibawa masuk ke basement bangunan KBS.... then  basikal tu diagihkan kepada staff KBS keesokan harinya.... warghhhh... kalau gitu best la kan warga KBS.... asik dapat menda 'free' jer.... aku yang minta elok-elok ni dikatakan mencuri... orang KBS sendiri dapat basikal nak kata apa ekk??? Kata basikal tu hanya untuk event jer..... bukan untuk sesiapa kan walau staff kbs yang tak join event.... best arr gitu... or memang kalau jadi warga kbs dapat banyak kelebihan ekkk... hmmm entah laaa....    

Dalam hal ni... aku memang kesian dengan pegawai KBS yang menguruskan... tak pasal-pasal kena siasat la bagaikan..... walaupun niat baik.... tak pasal-pasal kena lak dek perlakuan orang yang benar-benar MENCURI DAN MENGAMBIL BASIKAL tu.  Memang aku tak nafikan.... keadaan ketika itu tak boleh dikawal.  Tapi dalam kes aku dan kengkawan lain ni camno.... ??  Aku  memang persalahkan wartawan Haresh Doel ni sebab menggunakan blog aku untuk menyenangkan kerja dia dan juga memalukan aku di khalayak ramai sebab artikel dia.  Kenapa perlu print screen blog aku...??? Orang lain yang cerita-cerita tak pon... sebab aku jujur sangat???   

The thing is.... ada pula membidas kat shoutbox aku kata aku mencuri/pencuri or what ever laa..... huhuhu... korang yang cakap lebey ni baca ke tak print screen tu??? Ke nak aku ajar mengeja dan tatabahasa.  Kalau disebabkan sebiji basikal ni nama dan maruah aku tercemar dek wartawan dan manusia main lepas cakap ni.... aku rela pulangkan balik basikal ni.... tapi dengan syarat....  
1.  Aku takmo jumpa setakat kakitangan KBS yang bawahan.... sebab aku tau ada agenda korang nak memunya basikal tu akhirnya kan.... biar buruk basikal jangan hati buruk!!  Hati aku pon tak sakit!! 
2. Wartawan Haresh Doel kena minta maaf terang-terangan dengan aku sebagaimana dia dah malukan aku dalam surat khabar walau tak mention nama blogger tersebut. 
3.  Kalau setakat aku sorang yang pulang basikal.... camner dengan berapa ribu basikal yang orang lain dah ambil tu termasuk yang dah dibagi kepada staff KBS sendiri??? aku nak juga orang lain pulangkan basikal terutamanya yang dah mencopek tu...siasat la selagi boleh siasat?? boleh?? sedangkan aku minta cara baik pon orang kata aku mencuri.... so macam mana dengan yang lain?? adil ke?? 
4.  Dalam hal ni.... aku tak nak mana-mana pegawai kbs dipersalahkan.... sebab aku tau niat pegawai tu baik.  Tapi disebabkan orang yang berhati busuk... cemburu... mula la kan..... hmmmm... manusia-manusia.... dunia-dunia....   

 Bila dah jadi gini.... 1 perkara jer yang jelas sekarang..... SIAPA SALAH SEKARANG NI??? JANJI?? PERANGAI CAM HAPRAK!!  Cukup setakat itu kata-kata aku.... aku takmo cakap lebih-lebih sebab aku masih menjaga tatasusila aku sebagai pegawai kerajaaan. Sendiri mau fikir la beb!!  Terima kasihlah wartawan Haresh Doel!! Kalau aku saman patut tak sebab mengggunakan hak aku seperti yang aku nyatakan dalam bawah blog aku tu??? Siapa bagi keizinan ko ek??? Kurang ajar lah ko nih!!!
Artikel  Haresh Doel yang aku maksudkan dalam Malay Mail 12.4.2013

Dari artikel yang sama but aku ambil dari internet

Isnin, 15 April 2013

Menguruskan Mertua dan Nenek Tersayang

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 1:58 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Salam semua....

Lama juga aku menyepi dari menulis... lama pon tak lama laa... ada la seminggu lebeyyy.... heheheh.... aku tak ke mana pon.  Aku berada di Melaka sengsorang sebab hubby aku outstation di Langkawi maka aku menguruskan mertua aku yang telah di admit ke hospital untuk menjalani operation mata dan menyambil meneman nenek aku yang uzur keseorangan di kampung tu.
Mertua aku bersama hubby dan Nenek aku
Sebenarnya.... mak mertua aku ni sepatutnya menjalani pembedahan kanta mata yang telah kabur pada hari Selasa lepas lagi dan dia sebenarnya dah masuk wad lebih awal pada Ahad tu.  Tetapi memandangkan paras diabetes mak mertua aku ni mendadak dan surut pon tak memenuhi kehendak doktor walaupun telah disuntik insulin dan mendapat perhatian doktor setiap jam, jadi operation tu terpaksa ditangguhkan dari hari ke hari.  Sepatutnya, hari pembedahan yang dijalankan tu pada hari setiap Selasa, Rabu dan Khamis minggu tu.... tapi sepanjang tu la paras diabetes mertua aku tak surut-surut.  Bila surut pula dah hari Jumaat dan Sabtu.  Maka terpaksa la dia stay kat hospital sehingga hari Selasa, Rabu dan Khamis minggu berikutnya dan pembedahan  hanya boleh dijalakan jika paras diebetes dia stabil.  Maka aku la ni menjadi peneman setia dia setiap kali waktu melawat selama 5 hari aku di Melaka sehingga la aku nak balik ke Cyberjaya Sabtu malam yang lepas sebab dah terlalu lama aku pontengkan anak-anak aku sekolah.  Huhuhu.
Semasa hari pertama di wad... insulin sentiasa dimasukkan ke dalam untuk mengawal paras diabetes
Kebetulan juga.... aku meneman nenek aku di rumah induk tu yang keseorangan sebab parents aku yang duduk sebelah rumah jer dari rumah nenek aku yang menjaga makan minum dia selama ni ke Hospital Johor pula meneman adik aku yang lelaki si Boy menjalani pembedahan potong kelenjar peluh di tangan.  Hmmm.... 5 hari juga la dia takder... dan selama aku di Melaka tu la aku meneman nenek aku sambil siapkan makan minum dia.  Nenek aku ni dah 85 tahun kot... kaki pon dah tak kuat... kesian lak bila biar dia diri lama-lama kalau nak masak or basuh pinggan... so terpaksa laa aku membantu mana yang patut dan meneman dia tidur di rumah sorang-sorang tu.  
Adik aku Boy  yang baru balik dari Johor pada Sabtu lepas.  Dia tunjuk kesan pembedahan kelenjar di tepi ketiak.
Dalam kata penat terkejar sana sini uruskan mertua dan nenek aku tu sengsorang.... aku perati tak kurus-kurus jugak aku nih... huhuh!!! Sabo jer laaa... moga aku dikurniakan kesihatan yang baik hendaknya... selagi aku boleh berbakti untuk mereka aku akan usaha.... insyaallah!!  Doakan juga kesihatan mertua dan nenek aku agar baik semuanya yer kengkawan.... thank you.

Khamis, 4 April 2013

Dapat Cheese Tart Yang Diidamkan....

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:21 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Happynyeeeee...... akhirnya dapat jugak aku makan mini cheese tart seperti yang diidamkan... huhuhu..... sebenarnya last week lagi aku teringin nau nak makan mini cheese tart ni.... tetapi tak tau mana nak cari dah.... pemutusnya... aku mintak tolong sahabat aku si Nurul kot-kot la dapat cari untuk dijadikan menu masa party besday aku dengan Ina Tisha last week tu tapi tak jumpa.  Sedeyy la kan... huhuhu... macam orang  ngidam lakkan... kuikuikui.....

Ntah macam mana dalam teringin tu... semalam tak sangka pula Nurul dan anak-anak singgah rumah aku.... ingatkan kenapa la kan... rupanya dia nak bagi aku cheese tart ni... huhuh... okeyyyy... rasa terharu sangat sebab ada orang yang concern keinginan aku!!!  Tapi memang sedap cheese tart ni... rasa dia simple dan ngam ngam soi jer orang cakap... dan kebetulan memang baru lepas masak petang tu... itu yang best tu.... tak sedar aku makan dah banyak pastu sampai lupa nak pelawa si Nurul... kakakakakakak..... sedap nau aku rasa.... masa ambil gambar ni pon dah tinggal ni jer la... yang lain aku dah ngappp... so pandai-pandaila aku susun cheese tart ni bagi nampak cam banyak... heheheh....

Thank you my BFF yang sanggup menghantar cheese tart yang diorder dari Ampang... jauh ko import ekkk... hehehhe.... love uuuuu!!!


Selasa, 2 April 2013

Lebih Confident Berhijab

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:36 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Salam semua....

Sejak umur mula nak menginjak ke 34 tahun ni... banyak perkara yang aku cuba untuk perbaiki dalam hidup aku.  Huhuhu... walau aku tahu aku ni tak la sebaik mana.... tapi aku tetap mahu cuba memperbaiki diri untuk jalan yang lebih diredhai Allah.  Moga Allah terus bagi peluang untuk merubahkan diri aku.  

Lately ni... ada beberapa kawan dah mula menegur perubahan aku yang tak berapa ketara ni... Kalau kawan dan sedara terapat maybe perasan kot.  Huhuhu..... malas la nak selindung-selindung.  Sebenarnya aku dah mula bertudung bila keluar kemana-mana berbanding sebelum ni aku hanya bertudung di ofis sahaja.  Huhuh.... Sedikit demi sedikit perubahan yang cuba aku bawa walau aku tau menutup aurat itu wajib tapi sebelum ini aku telah abaikannya.  Moga Allah terus kuatkan semangat aku untuk berhijab dan permudahkan segalanya.  Walaupun aku perasan  yang aku sering juga la migrain lately ni bila terlalu lama bertudung dan panas.... hopefully Allah permudahkan niat aku ni yer.... Insyaallah.  Korang di luar sana doakan aku yer!!

Gucci Nak Jadi Mama

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:24 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Salam....

Happy nau aku rasa kali ni... akhirnya... kucing betina pemberian rakan aku Farizth si Gucci yang telah aku kenenkan dengan Cimong aku akhirnya pregnant.  Yeay... yeay..... Seronoknya bila dapat tau Gucci pregnant.  Aku tau pon dari kedai pet tempat aku boarding kucing tu weekend haritu disebab aku nak balik kampung.  Masa aku nak ambik diorang balik... tuan kedai yang  bernama Fakhrul tu sikat-sikat la bulu kucing aku tu.... sekali bila tengok Gucci dah ada puting susu... bila check keadaan puting dan perut Gucci, kandungan Gucci dalam 4-5 weeks.  Huuhuhu..... happy nyer.... tak lama lagi adalah anak kucing ngiau-ngiau lagi laaa kat rumah aku ni.....!!! Happy nyeeeee!!!!!! Congrats Gucci!!!
GUCCI

Dah Dapat Hadiah Bobby...

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 2:42 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Salam semua... ingat lagi tak dengan Contest dari Zul & Azizi Boarding Pets yang aku masukkan pic Bobby untuk dapatkan like tertinggi akan dapat hadiah name tag percuma untuk tempat ketiga tu .... so.... inilah hadiahnya yang aku terima dari pakcik pos laju tenghari last week tu... hehehhe....

Tq la banyak-banyak yer Zul & Azizi Boarding Pets.  Nanti emmy pakai kan pada Bobby.....

Syukur alhamdulillah.....

Isnin, 1 April 2013

Melaksanakan Impian Kimie Walaupun Mama Dia Tak Mampu

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:51 PTG
Reactions: 
2 comments Links to this post
31 Mac 2013 - Giant Lukut, Port Dickson

Sedihnya nengok gambo anak bujang aku ni kan..... nangess beria-ia dia... merajuk nau la tu.... Hahahah.... korang tau tak pasal apa beria dia nanges?? Kisahnya.... dia dok menuntut la hadiah dia dari mak anjang (adik aku) dia jika dia nak bersunat dipenghujung tahun 2011 aritu.... mak anjang dia janji nak bagi pocket bike kalau Kimie setuju.... so kawan tu dok la sanggup pergi bersunat.  Hahaha... bila dah sunat.... mak anjang dia ada hal lain pulak so tak tertunai la nak beli hadiah anak buah lelaki yang sorang ni...  diam tak diam dah 2 tahun kot... dari orang tu darjah 2, sekarang dah darjah 4.... huhuhu... tak jemu dia menuntut dari mak anjang dia nih bila berjumpa.... hinggalah aku  balik kampung baru ni... dia tanya lagi sampai la dia nanges-nanges nak tuntut hadiah dia... budak la katakan.... pastu mak anjang dia siap cakap suruh periksa bagi dapat no.1.... Dia cakap "adik cuba pon susah. . kelas adik banyak pandai-pandai...." itu yang dia taching sangat dan beria menangis tuh... hahahhaha... nak tergelak pon ada.... kesian pon ada.... huhuh.. sempat  mak anjang dia snap gambar dia sedang menangis ni... hahahhah....
Nak dijadikan cerita... semalam balik dari kampung, aku lalu jalan pantai tu.... so lalu la Port Dickson.... lepas buat lawatan sekolah dan on the way  balik tu... ternampak la ada trek pocket bike kat tepi jalan kat Giant Lukut tu.  Kat situ ada perkhidmatan untuk menyewa untuk menunggang pocket bike tu.... Kami terus singgah untuk bagi si Kimie ni merasa feeling naik pocket bike tu.... hmmm.... takut kempunan wehhh.... Baru nampak dia ceria skit walau pun sekejap jer dapat rasa naik motor tu dalam 20 minit... hahahha.... dalam 20 minit tu merasa la 3 jenis motor.  Baru tau yang mana 1 best ngan tak best... hahhaha.... Masa Kimie mula-mula bawak motor tu rasa nak tergelak pon ada bila tengok dia rem motor tu beria... kita risau dia jatuh jer.... kaki pon tak pandai balance lagi....hahahah.... puas orang kat situ ajarkan dia... baru la lama-lama dia dah boleh balance bawak motor tu..... tu pasal boleh jadi 3 jenis motor dia try.... hahahhaha... eksen lak tu... motor tu best... motor ni tak best.... pastu siap racing dengan 2 lagi budak kat situ... poyo giler... naik motor pon mengeban lagik... ada hati nak racing.... Chehhh!!!

Bila dah merasa naik motor tu  baru nak complain... 'Tangan Kimie lenguh la naik motor yang merah dengan oren tu.... susah nak press.... Yang kuning tu best mama" komen tak hengattt!! Kuikuikui.... tengok lah harga dia berapakan.... Yang kuning tu RM1500 tau.... yang 2 lagi tu RM950 untuk 1 motor... so dah tau la mana 1 best mana 1 tak bestkan yang berdasarkan cc motor dan ketahanan body motor tu.  Huhuhu... tak mampu la den.  Kalau mampu dah lama mama belikan dik.... cian anak mama.... dapat merasa pon ok kan dik.... huhuhu... tunggu la mama kena loteri... kalau kena laaa... hahahhaha.. main loteri pon tak... kuikuikui....

Ok... layan gambo Kimie dan aksi pocket bikenya.....
Motor kuning yang Kimie kata best tu... ni motor pertama dia cuba
masa mula-mula dapat tunjuk ajar dan balancing
dah boleh balance body dan kaki....
Gaya cam terer jer kan....... hahahah
Try motor lain lak... katanya tak best....
 
Siap racing tu yang tak tahan... hahahah
Bergaya lagi dengan motor ketiga lak... pon tak best katanya....
yang ni  buat Kimi sakit tangan pulas... hahahhaha

Melawat Sekolah Lamaku - Sek. Men. Vokasional / Teknik Port Dickson

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 3:11 PTG
Reactions: 
8 comments Links to this post
31 Mac 2013 - Lukut, Port Dickson

Alkisahnya.... Hari Sabtu lepas aku balik ke kampung untuk uruskan operation mata mak mertua aku..... skali kami dapat tau tarikh yang mertua aku bagi tu bukan yang sepatutnya.... so kena la cancel cuti aku.... jadi kami telah pulang balik ke Cyberjaya lebih awal la sebab takmau cutikan anak-anak aku dari sekolah tanpa sebab.  

Nak dijadikan cerita.... disebabkan  bimbang la balik ikut highway nanti jam sebab tengah musim nak naik dari cuti sekolah kan.... so kami sekeluarga balik Cyberjaya ikut jalan pantai dari Melaka.  Layan jugak sekali sekala lalu jalan pantai tapi punyalah lembab masanya... huhuhhu... Dah alang-alang lalu Port Dickson, aku minta hubby singgah kat sekolah lama aku untuk saja-saja melawat kawasan... Masa mula-mula nak masuk simpang tu... aku risau gak kot la salah jalan sebab nama sekolah dah takder dah tapi yang tertera Kolej Vokasional Port Dickson..... tapi aku redah jer.... Sekali rupanya dah tukar nama daa... Huhuhu... Bangga wehh sekolah aku dah jadi kolej!!

Sampai jer depan pintu sekolah aku terus posse depan nama sekolah ni.... hehehehhe.... ni yang penting wehhh.... then terus masuk pagar sekolah dan kebetulan masa tu ramai student situ baru nak masuk asrama balik.... macam aku dulu-dulu gakkan.... Aku pon borak-borak ngan pakcik dan adik guard kat pondok guard and mention aku ex student situ... kami borak-borak pasal cikgu-cikgu yang ada kat situ.... dia kata ramai dah pencen... huhuhu.... then uncle guard tu bagi aku masuk sukahati aku ronda-ronda dalam sekolah untuk melawat kawasan... bagi flashback memori katanya... hehehhe... thank you uncle.... suker giler aku!!! Tu yang sakan aku  amik gambar keliling sekolah..... Sempat lagi berborak dengan penyelia Aspuri (asrama puteri).
Tidak dinafikan... bukan setakat nama sekolah dah bertukar... suasana dan keadaan dalam sekolah dan asrama pon banyak yang berubah..... tapi... dalam banyak-banyak perkara... 1 perkara paling aku terperanjat ialah suasana kelas aku 5 Pengurusan Pejabat tu.... huhuhu... Kalau dulu kami selalu atau senang cakap setiap bulan la kami dapat kelas tercantik dan dihadiahkan dengan makan KFC tiap kali kelas kami menang.... sekarang ni dah jadi kelas yang buruk gilersss okeyyy!!! Apa pon tak boleh.... takleh terima kenyataan aku taw bila tengok kelas kitorang!!!
suasana dalam kelas kami sekarang... buruks giler....
pandangan dari belakang kelas....
Apa pon... happy  giler dapat tengok balik sekolah lama aku.... huhuh.... rindu zaman sekolah... rindu asrama dan dorm serta katil aku.... rindu masa prep dan meja prep aku... rindu masa pergi  beriadah petang-petang.... rindu beratur kat dewan makan... rindu cuci longkang asrama.... rindu taman kecik yang aku tanam pokok-pokok hiasan aku kat belakang asrama tu.... rindu kelas 5 Pengurusan Pejabat... rindu kawan-kawan.... rindu cikgu-cikgu (yang best-best jer)....  rindu taman pengawas aku yang jadi apa ntah.... hahahha... rindu everything laaa and especially moment bersama teman-teman rapat.... huhuhu...

Hmmm.... citer banyak pon tak guna.... layan jer laaa gambo-gambo yang sempat aku snap dan sedikit info tentang student batch aku ni....

We are former SMVPD batch 95-96. What are so special about this batch? Batch 95-96 is the batch that involved in the revolution era of SMVPD to SMTPD. This batch, holds the best achivement record for SPM results in SMVPD history. This batch, are the one that used 2 school badges and sang two school songs. But most importantly is, this is the last batch for Sekolah Menengah Vokasional Port Dickson. So guys, please, BE PROUD OF OUR GENERATIONS...
Kawasan sekolah dari pondok guard
Jalan nak masuk ke asrama
Dewan sekolah tempat kami amik SPMV dulu
Padang kawat geng pengakap dan tempat aku training volleyball
Pejabat sekolah dan bilik guru... dulu laaa
Blok kelas aku dulu
Padang hoki
Taman mini depan kelas aku... dulu ada pondok... mana ntah pondoknya
sederet kelas Elektrik, Pengurusan Pejabat dan Pengurusan Perniagaan
Dewan makan sekolah dan kawasan masuk ke asrama
padang bola.... sekarang ni keliling dah ada laluan berteduh untuk pelajar sekolah... dulu takder taw... untong laaaa
Surau dan Aspura
Kuarters rumah guru
Aspuri
Asrama dan bilik prep kami dahulu... bangunan asal yang ada
Asrama tambahan.... 
blok asrama aku... atas skali tu dorm aku... Dorm maju... hehehhe
saje possing kat sini... teringat zaman berkumpul pagi-pagi sebelum gi skolah dan  berkumpul hari minggu untuk pembahagian tugas bersihkan asrama... huhuhu
P/S: Really miss my school  badly... huhuhu
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...