Isnin, 29 September 2014

Demostrasi Team Koryo Sepang Taekwondo Club (Video & Gambar)

Posted by Emmymazli at 11:57 PG 0 comments
Salam semua....

Saje nak share aktiviti anak lagi.  Kalini anak-anak aku terlibat dengan aktiviti demostrasi taekwondo dari Team Koryo Sepang yang di ketuai oleh Sir Muhin dan Sir Arvind untuk Program Silang Budaya Antara Kanak-kanak Pelbagai Kaum "Prestasi Hebat Tanpa Jenayah & Dadah anjuran IKRAM di Sek. Keb. Taman Putra Perdana, Puchong.  Tapi anak aku yang demostrasinya ialah si Kimie dan si kakak Hanum join the program untuk mewakili taekwondo team walau dari sekolah lain.  So layankan jer la ekkk gambo dan video....... heheheheh...

Selasa, 23 September 2014

Grand Final SPORTEXCEL-NSC-MILO-TM ( WTF ) National Taekwondo Circuit 2014

Posted by Emmymazli at 5:38 PTG 0 comments
20-21 September 2014 - Stadium Badminton Cheras

Salam semua....
Kalini nak update aktiviti anak-anak dari Koryo Club dan Koryo Sepang khasnya dalam last circuit taekwondo di bawah Persatuan Taekwondo Malaysia.  Nampak gayanya... circuit terakhir ni Hanum hanya mampu grab pingat gangsa sahaja untuk kategori bantam.  Syukur dari tak bawa pulang apa-apa.  
Koryo Sepang athelete
Secara keseluruhannya... Koryo Taekwondo Club telah memenangi keseluruhan amnya dengan 13 pingat emas, 11 pingat perak dan 8 pingat gangsa.  Syukur sangat.... untuk pengetahuan korang di luar sana... perlawanan dalam pertandingan taekwondo ini menggunakan format liga (round robin) untuk beri peluang kepada peserta membuktikan kemampuan walau mereka telah kalah di pusingan pertama.
Peserta-peserta Koryo Taekwondo Club
Koryo Taekwondo Club memenangi acara keseluruhan
Keputusan perlawanan mengikut kategori...

Dibawah 11 Tahun: 
1 Koryo (4 gold, 2 silver, 2 bronze) 2 BTFC (2 gold, 1 silver) 3 Selangor (1 gold, 2 silver)

Di bawah 14 tahun
1 Koryo (6 gold, 5 silver, 3 bronze) 2 Perak (3 gold) 3 KL (2 gold, 3 silver, 2 bronze)
Di bawah 17 tahun: 
1 Selangor (4 gold, 2 silver, 2 bronze) 2 Koryo (2 gold, 4 silver, 3 bronze) 3 Dynamic (2 gold)

Kategori Terbuka: 
1 Pelapis (2 gold) 2 KL (1 gold, 1 silver) 3 Koryo, ATM and Win Long (1 gold each).
Oklah... layan gambar-gambar sekitar circuit ini yer....
Sir Taufiq (ketua jurulatih) memberikan taklimat kepada peserta
Sir KM Rajendran memberikan ucapan kepada peserta
Hanum dan pemenang-pemenang kategorinya...

Khamis, 18 September 2014

Giant Kids Run 2014

Posted by Emmymazli at 5:54 PTG 0 comments
16 September 2014 - Stadium Shah Alam

Salam semua...

Nak update aktiviti anak-anak lari-lari lagi... hehehhehe
Sempena Hari Malaysia ni... dari duk rumah saje-sajer di hari cuti umum... aku telah daftarkan anak-anak aku untuk masuk larian ajuran Giant.  Untuk menyertai larian ini, kita kena beli barang dari produk penaja dengan minimum RM20.  So aku pun ikutkan jer laaa....
Masa hari berlangsung.... seawal pagi aku dah bangun untuk hantar anak-anak menyertai program ni.  Huwaaaa... memang mengantuk dan penat... malam sebelum tu dah layankan anak-anak berlari untuk program Run 4 Un1ty di Putrajaya.  Diorang confirmlah lagi penat.  Tapi layankan jer.  Bukan apa... lumayan juga kalau join lari ni... kalau menang tu 1 hal la kan dapat duit riban-riban.... kalau tak menang pon still dapat bawa balik medal, certificate dan goodie bag yang sangat mewah dan menarik (sorry tak sempat nak amik gambo goodie bagnye).  

Ramai giler rupanya yang menyertainya masa di Stadium Shah Alam tu.  Huhuhu.... entah berapa trip la kan... yang pastinya anak-anak aku lari dekat tengahari jugak la... aiyooooo.... penat wooo.... sampai terlelap la aku kat stadium tu... dengan panasnya lagi.... sabo jer laaa....
Kebetulan pula... masa kat sana boleh tersaing dengan anak dan kawan kami dari Koryo Sepang yang join juga aktiviti larian ni... So kami lepak sama jer la kan...
In the end... habis program.. kami tak tunggu lama... terus jer balik... penat nau rasanya... apa pon... happy dapat luangkan masa bersama keluarga....Thanks Giant!!

Rabu, 17 September 2014

Fun Run 4 Un1ty @ Putrajaya

Posted by Emmymazli at 4:28 PTG 0 comments
15 September 2014 - Perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya

Salam semua.... today just nak sharing aktiviti anak-anak.  Untuk pertama kalinya anak-anak dapat menyertai larian yang berdaftar di luar dari anjuran sekolah. Kalini aku bagi can kat anak-anak untuk try fitkan badan diorang dengan cara menyertai larian-larian ini.  Tak rugi apa ponkan. Fitness dapat.... for sure for diorang punya taekwondo.... dapat lagi race kit yang terdiri dari tshirt dan macam-macam lagi termasuk goodie bag. Ada certain run tu siap dapat medal... At least ada la semangat budak-budak nak lari... so ini first step diorang... Diorang join Fun Run 4 Un1ty yang berlari 5km as a first step. Walau tak dapat medal... tapi dapat pengalaman tu yang penting. Goodie bag dapat juga tapi biasa-biasa jer... boleh laaa... hehehe... yang paling penting...... that the only way Hanum untuk turun weight dia before Grand Final SPORTEXCEL-NSC-MILO-TM (WTF) National Taekwondo Circuit yang akan berlangsung pada 20-21 September 2014. Tak berapa hari jer lagikan Hanum kena turunkan berat dia ke 37 kg dari yg sekarang 39.5 kg. Hehehehe.... masakkkkkk.... biorkan dia.. But good improvement bila kami timbang malam tu lepas habis lari berat hanum dah jadi 38 kg++... 1kg lebih juga turun. Oklah kan...  Oklah... ready for tomorrow punya run pula.... 'Giant Kids Run 2014'

Selasa, 16 September 2014

Gathering Koryo Sepang @ Rumah Emmymazli

Posted by Emmymazli at 6:03 PTG 0 comments
15 September 2014 - Rumah Emmy

Salam semua.... just nak sharing aktiviti aku dan family Koryo Sepang yang berkesempatan.   Ini bukan jamuan raya yer.... bukan juga birthday party or majlis rumah terbuka deepavali... hahahahah... ni hanya majlis gathering family koryo yang kebetulan jatuh pada turn aku untuk menjemput kawan-kawan datang rumah sambil makan-makan.  Takde niat lain der.... 

Alhamdulillah... walau simple... terlangsai niat aku nak jemput kawan-kawan datang rumah sambil makan masakan aku yang simple-simple... nak menu ikan bakar katanya.... aku pun buatlah... merasa la air tangan mak ni haaa.... kemain berebut aku tengok anak-anak makan sambil cekau ikan tu beramai-ramai... selera tengok diorang makan.  Yang mak ayah pon aku tengok selera pon baik jer.... heheheheh.... yang penting tidak berlaku pembaziran dan mereka suka dengan makanan yang aku sediakan.

Terima kasih pada yang datang..... yang bawa buah tangan buat tambah-tambah makanan pada malam tu.  Terima kasih tak terhingga.  Diharap jangan serik la gamaknya datang ke rumah aku ni... heheheh.....

Happy bila semua happy.... 

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...