Selasa, 18 September 2012

Projek Taman Mini JBK

Posted by Emmymazli at 3:40 PTG 4 comments
Salam semua....

Oklah... today nak update pasal Taman Mini JBK.... heheheheh... 

Alkisahnya... tiap-tiap tahun kat NRE ni akan buat program Hari Inovasi dan mengambil kriteria-kriteria permarkahan  untuk setiap jabatan.  Memandangkan jabatan aku ni jabatan baru... so banyak menda la takder kat sini... So nak dijadikan cerita, salah satu kriteria tu kena ada taman mini yang bertemakan "Go Green" di setiap jabatan.  Maka person incharge aku yang handle ni pun agak pening la bila kriteria tu di JBK takder.  Kalau nak buat pun, menggunakan perbelanjaan yang besarlah juga.  So, bila dah ditimbang kati dari segi kewangan sumer.... kami pun mengambil keputusan untuk menyervey pembelian taman ni dan terus order mengikut budget yang ada.  Sebelum tu... sempatlah aku design lebih kurang sudut yang aku rasa sesuai untuk buat taman mini mengikut budget yang ada walaupun aku tak tunjuk secara roughly kepada pegawai aku... malu weii........ so gini la rupanya draf taman mini pada pemikiran aku...
Draf taman mini mengikut andaian aku pada mulanya....
So, pada  hari Khamis (6.9.2012) yang lepas... kami (aku, Jaidah, En. Zul dan Anjang) pun ke Sungai Buluh untuk sesi menyervey dan membeli mengikut budget kerajaan.  Hahhaha.... sabo jer laa... sumer cantik-cantik but mostly kedai takmo terima LO... leceh!!! Cari punya cari.... jumpa la 1 kedai ni.... dah berkenan.... tanya-tanya kata terima LO but in the end bila dah pilih kata tak boleh pulak dan macam-macam alasan dia... sabo jer laa... at last bila dah diskus ngan  bossnye....baru boleh... hadoiiii!!! Dugaan!!!
gini lah lebih kurang design yang kami pilih di kedai tu...
So... dah pilih-pilih dan bincang dengan kengkawan yang pergi menyervey skali tu.... kami pun balik la ofis... redho dengan pilihan yang kami buat... jangan orang kat opis tak suke dah lee.... Designer kedai tu akan datang pasang sumer alat dan pokok pada hari Sabtu (8.9.2012)... so lagi la aku suspen dengan pilihan aku tu ok ke tidak sebab aku tak dapat tengok masa kerja dijalankan.... huhuhuh.... so far hari tu aku sempat tengok dalam FB jer gambar yang di tag oleh Puan Fiza yang menunggu designer tu pasang alat dan pokok bila sumer dah siap.  Kira ok la jugak....
Beginilah hasil yang kami dapat beli mengikut budget kami 
Hari Isnin (10.9.2012) tu... berkobar-kobar aku masuk ofis.  Heheheh.... Nasib baik cantik la jugak diorang pasang taman tu mengikut kesesuaian tempat..... cuma takde color-color pada taman ni..... Walaupun orang lain kata cantik... pada aku masih ada kurangnya....  Jadi aku dan Puan Sharifah, Pengarah tempat aku ni memikirkan sesuatu.... nak mintak boss sponsor macam payah jer.... belum mintak pun aku  malu sebab tau bebenau perangai boss aku tu.... so... dengan niat murni dan hati tulus  mulus Puan Sharifah ni.... dia telah menyemsponsor bunga tambahan dan trelis kat background taman tu... Dia minta aku pergi lagi sekali hari itu  juga ke Sungai Buluh untuk shopping bunga secara ad hoc sebab takut pegawai penilai datang tiba-tiba ke pejabat minggu tu.  Korang cer tengok perubahan tambahan tu...cantik tak??  Bunga pink yang tinggi dengan pokok macam daun pandan tu aku pinjamkan yang aku punya hasil dari aku  beli kat Sungai Buluh masa aku beli pokok-pokok tu... Tapi tu pokok fake tau!!  Whatever pun aku suke giler!!!
Taman Mini JBK
Jadi.... inilah hasilnya Taman Mini JBK bila dah siap..... apa yang merisaukan aku ni.... taman dah siap... orang yang datang audit tu tak datang lagi buat penilaian.... ada jugak pokok bunga bermusim aku tu kojol sebelum masanya pula.... adehhh!!! Sabo jer laa!!!

Jumaat, 14 September 2012

Selamat Hari Malaysia 2012

Posted by Emmymazli at 5:33 PTG 2 comments

SELAMAT HARI  MALAYSIA SEMUA......



Rabu, 12 September 2012

Raya @ NRE & JBK 2012

Posted by Emmymazli at 3:24 PTG 0 comments
Salam semua...

Hmmm.... Apa sangatlah yang nak aku tulis pasal Jamuan Raya di NRE & JBK ni....??? pening aku....

Oklah.. kita citer pasal Jamuan Raya di NRE dulu...  Jamuan Raya NRE ni diadakan pada 11 September  2012.  Pada haritu... aku dan rakan-rakan PA lain kitorang jadi penyambut tetamu kepada boss masing-masing... huhuh.... sabo jer la kan.... Tema pakaian pada haritu ialah Purple.... Tapi nak dijadikan cerita.... jamuan raya ni dibuat selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)... so... itu pasal di awal gambar aku berpakaian formal bukan sahaja sebab aku jadi penyambut tetamu... tetapi jadi penyanyi koir di awal majlis APC tu.  Huhuh... sumer aku hantam... terpaksa.... Dah habis majlis baru aku tukar baju... nak juga pakai baju ikut tema kan...
Wajah-wajah penyambut tetamu yang gevu-gevu dan jelilta... heheheh

Antara team koir NRE yang buat persembahan haritu

Kalau dah nama jamuan.... apa jer aktiviti yang ada... makan dan makan dan makan lagi... hahhaha... camner la aku tak bulat.  Menu hari tu seperti biasalah... sama juga menu raya di tempat lain.... rendang.. ketupat... lemang... laksa...ABC, Satay dan lain-lain lagi.... Nak makan pon 1 hal kena beratur dan berebut bagai nak rak... huhuhu.  Dah makan dan perut kenyang barulah sesi possing ngan kengkawan pula.  Artis jemputan pada haritu ialah J Sham, seorang artis veteran.  Dah tentulah penonton-penonton dia bos-bos sahaja kan dan duduk pon dalam dewan jer... huaarrghhh!!! Sabo jer laa...  Kitorang ni yang kat luar dewan makan dan dengar nyanyian J Sham pon dari luar jer laaa.... Dah selesai majlis baru aku dan kengkawan serang nak bergambo dengan J Sham ni walaupun aku sebenornya tak berapa kenal pon.  Hahahaha... boleh gitu??
Possing dengan kengkawan....

Kami bergambar dengan J Sham (tengah)
Next ni... story pasal jamuan raya yang JBK pula anjurkan.... sebenarnya.... JBK buat jamuan lebih awal dari Jamuan Raya NRE ni tadi...  majlis sebenarnya diadakan pada 5 Sepetember 2012.  Tapi takder apa yang menarik sangat pon.... just buat  menu yang simple-simple dan ala kadar jer... almaklumlaa... budjet kena jaga.  Huhuhu.  Ada staf yang sanggup sponsor sana sini skit untuk memeriahkan  majlis.... Thank you so much... Walaupun segalanya ala kadar... tapi tetamu yang hadir memang meriah... terima kasih la menyokong JBK... hehehehe  

Liza dan Mira yang sponsor kek
Ucapan aluan dari En. Zul
Pembukaan majlis dengan staf JBK
Apa pon... sesi bergambar adalah sangat penting!! Haahahah.  Tengok-tengoklah kami yang gila bergambar ni... Oklah.... chau chin chau dulu...
Antara tetamu yang hadir....

Selasa, 4 September 2012

Rumah Terbuka Aidilfitri Emmymazli & Birthday Hanum

Posted by Emmymazli at 3:21 PTG 0 comments
3 September 2012 (Ahad) 
Taman Pinggiran Cyber, Cyberjaya

Salam Semua....

Entry kali ni mengenai kami sekeluarga mengadakan Rumah Terbuka Emmymazli & Birthday Hanum sekali gus di rumah baru kami di Taman Pinggiran Cyber, Cyberjaya.  Kebetulan... malam sebelum majlis tu... kami buat kenduri doa selamat secara kecil-kecilan untuk masuk ke rumah sedangkan rumah tu kami duduki dah hampir setahun pun.  Hahahahha.... Bukan apa... belom ada rezeki sebelum tu... jadi bila ada dan dah alang-alang nak buat majlis... terus kami buat sekali gus la...  

Tahun ni nak nampak meriah  buat kali pertama majlis yang kami anjurkan untuk rumah baru ni... kami ni sampai buat banner nak jemput kengkawan sekeliling taman datang dan juga nak nampak meriah lah majlis tu... Cantik tak aku design banner tu?? Hahahah... nak nama jugak...
Jemputan aku kalini simple jer... Aku jemput  melalui medium FB dan sms jer.  Nak jemput macam kenduri kawen payah pula nantikan... hahahah... disebabkan kawasan rumah aku ni baru lagi.... aku siap bagi peta rumah aku untuk memudahkan diorang datang rumah aku... hahahah... sabo jer laaa.... itu pun still ada yang sesat mesat lagi. Huhuhu

Kad jemputan dan map yang aku siapkan untuk memudahkan saudara mara dan rakan-rakan datang

Menu haritu, Rendang Ayam dan Nasi Impit, Mee Bandung, Lontong dan Spagetti yang aku minta makcik aku Bibik Lipah buat khas untuk aku.  Disamping tu ada buah-buahan dan air oren  sebagai pencuci mulut.  Apa pon... Aku bersyukur sangat-sangat sebab ada Angah dan 3 orang cousin aku ni membantu aku sampai jam 3 pagi menyiapkan makanan yang hendak dihidangkan pada haritu dan juga goodies birtdhay Hanum....  Kalau takder cousin-cousin aku ni... huhuhu.... memang pewaii la aku gamaknya haritu... nak harapkan saper lagi...  ada juga yang datang ke rumah aku malam tu tapi just tolong tengok jer la... nama nak bantu idak la kan.... syukur ada mereka.... Thanks to Allah!!
Alhamdulillah... Boleh dikatakan saudara mara dan teman-teman yang hadir haritu ramai la juga hingga tak menang tangan aku dan hubby nak melayan.  Tak sangka ada juga rakan-rakan dari sekolah menengah kat segamat, port dickson dan poly yang sampai ke rumah aku.   Huhuhu... sungguh terharu ok...  Terima kasih kepada sedara mara dan kengkawan yang hadir.  Love you all laaa!!


Sambil tetamu tidak berhenti datang.... dalam jam 2 petang gitu.... baru aku mulakan dengan Majlis Hari Jadi Hanum.  Untuk pertama kalinya anak aku celebrate birthday dengan kengkawan setaman.  Seronok la diorang.  Budak-budak la katakan.... dah dapat potong kek dan goodies coklat semua.... barulah  masing-masing nak pergi bermain kat taman permainan depan rumah aku tu.  Tapi ada 1 insiden kelakar masa Hanum potong kek.... korang perasan tak siapa yang duduk depan kek betul-betul macam birthday dia?  Hahahah.... Siapa lagi kalau tak anak buah aku si Alya paling loghat tu... kalau tak bagi potong kek dia melalak pulak... nasib baik la Kakak Hanum dia ni melayan jer.... sayang punya pasal!! Hahahah


Alhamdulillah.... hingga ke malam aku masih dikunjungi tetamu.  Makanan pon boleh dikatakan tidak membazir.   Walaupun ada penambahan buat spagetti kerana terlampau laku la kuah spagetti yang bibik aku buat tu tapi rasa syukur sangat  makanan tak membazir.  Terima kasih kasih kepada mereka-mereka yang membantu aku dari A-Z.  Kalau korang takder rasanya aku memang tak buat la majlis ni sebab tak larat  sorang-sorang nak handle.... letih wooo.... Hubby aku dah tentu layan tetamu dia.... orang lelaki mana nak kedapur... yer tak?? hahahha.... Terima kasih juga kepada tetamu-tetamu yang hadir.... Happy sangat korang datang... insyaallah kalau ada rezeki di lain masa kita jumpa lagi....

Oklah.... sampai sini dulu entry ni yer.... Bye!!
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...