Ahad, 30 Mac 2014

Lunch With Puan Sherry

Posted by Emmymazli at 10:19 PG 0 comments
Alhamdulillahhhhh.... terima kasih Puan Sharifah a.k.a. Puan Sherry yang merupakan ex Pengarah di Jabatan Biokeselamatan (JBK) kerana sudi invite kami-kami dari JBK makan tengahari di rumah puan.  Happy giler.... bukan takat dapat makan Nasi Beriani dari air tangan puan... malah kami semua dapat cuci-cuti mata kat taman dan sekeliling rumah puan yang cantik.  Hehehehe.... What a lovely house and you too Puan Sherry.  Jangan serik lak kalau kami datang lagik... Hehehehehe

Khamis, 27 Mac 2014

6th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2014

Posted by Emmymazli at 5:54 PTG 0 comments
Warghhhhh.... seronok rasa pagi tadi bila on the way nak ke tempat kerja, baloon panas sedang berada di awangan.  Rasa meriah sangat.... teruja nak pergi ngan anak-anak tapi sempatkah aku ini???  
Anyway... kepada kengkawan atau sesiapa yang diluar sana  berkesempatan nak bawa family, sedara mara dan kengkawan untuk jalan-jalan... bolehlah datang ke Putrajaya untuk menyaksikan baloon panas ni secara live dan kalau teringin nak naik pon boleh... bayar jer... hehehheh....
Apa apa info pasal Hot Ballon Fiesta ni korang boleh tengok kat laman web ni yer... 
Sambil tu ada program lain yang korang boleh join di Putrajaya... riki-rikilah poster dan gambar aku di bawah ni  yer.... have fun u olsss!!!!

Rabu, 26 Mac 2014

Sambut Birthday In Advance

Posted by Emmymazli at 3:30 PTG 1 comments
25 Mac 2014 (Selasa) - Bilik Puspanita NRE

Salam semua....

Huhuhu.... aku rasa happy sangat!!!  Mana taknya... aku dan kengkawan JBK yang lahir bulan Mac baru sahaja diraikan dalam sebuah majlis kecil.  Sebenarnya aku pun lupa pasal majlis ni akan sambut birthday staff haritu... just yang aku ingat jamuan jer.  Bila dah masuk bilik perjumpaan bulanan staff tu baru teringat every month akan celebrate birthday staff.  Heheheheh... malu akak dik oiiii... tapi orang dah bagi layankan jer laaa.  Kiranya aku ni sambut in advancelakan sebab birthday aku adalah 31 Mac.  Hujung sekali.  

Anyway, terima kasih for the celebration.... thanks for the present dan juga jamuan yang disediakan.  Seronok sangat!!!!
Hadiah yang aku dapat

Selasa, 25 Mac 2014

Advance Birthday Present From Hubby

Posted by Emmymazli at 10:23 PTG 0 comments
Alhamdulillah.... Happy sangat harini sebab dapat birthday present in advance from hubby... Maybe it will be hadiah raya juga kot.  Hehehehe.

Alkisahnya today aku ni berjalan membuang masa di Spektrum Ampang sambil menunggu anak-anak training sparring taekwondo.  Memang tak terniat nak shopping but actually just nak jalan-jalan mengisi masa kami.  Sekali jalan dok jalan aku ternampak beg ni... u know what... terus jatuh hati okeyyy!!!  Korang please jangan gelakkan aku yer... as usual  taste aku bukan type yang feminin but taste aku more childish and more teenangers... whatever!!! Janji kat mata aku santekkk!!! 

Then aku meriki harga... RM229 ko!!!  Memang rasa tak mampu nak beli on the spot coz banyak tanggungan hakak bulan ni walau baru jer gaji... Pujuk-pujuk sales girl tu dapatlah RM200.  But still hakak tak mampu.... huhuhu..... sadiskan... niatnya nak deposit jer dulu then next month baru ambil.  Kebetulan ku memang selalu ke situ.

Hmmmm... tapi aku kena fikir masak-masak!! Deposit pon duit.. banyak kena fikir ikut kemampuan hakak dik oiii.  So aku decide untuk round dulu untuk berfikir.

Dalam round tu aku story kat hubby yang aku berkenan sangat beg tu.  Try nak pujuk la kengkununnya tu.  Hubby sedia maklum aku ni memang payah nak beli handbag coz taste aku agak childish.  Setahun hingga dua tahun pon susah nak beli.  Aku hanya akan beli beg tu kalau ia comel, got diamond, got riben and mudah di bawa kehulu kehilir dalam semua situasi.  And it will always black! Selalunya... beg dah jahanam baru aku beli baru.  Aku bukan jenis wanita yang ada koleksi handbeg.  Biarlah orang kata aku takde kelas tapi aku berbelanja ikut kemampuan aku. 

Disebabkan hubby kesian tengok aku yang terus teruja dengan beg tu, dia bawa aku pusing balik di kedai handbag tu dan try minta price as lower as he can coz tak perlu deposit.  Pay by cash on the spot. At last dapat harga yang dijangka but pada aku it still expensive.   Anyway... after amoi tu membungkus beg aku dan serahkan beg tu kat tangan aku... he said that "So thats ur birthday present.  Kesian bini aku."   Aku sengih je and say so much thanks...

Wehuuuu.... Syukurrrr.... birthday aku nanti baru pakai... then simpan balik for raya.  Hehehehe.   Now I'm comfortable using my Hello Kitty Harrods handbag pemberian Yat dari London. Thank you yunk!!!!  Love u!!!

Mandi dan Posse Dalam Air

Posted by Emmymazli at 3:23 PTG 0 comments
Salam semua....

Today just nak sharing aktiviti anak-anak aku last weekend.  Apa lagi... program mandi manda di Pusat Akuatik Maritim Putrajaya tu la.  Aku layankan jer sebab aku tahu diorang takder masa nak berjalan-jalan time cuti sekolah ni.  Hanum terikat dengan tuisyen dan kelas taekwondo.  Hakimi pon begitu.  Lagi pula hari grading pon nak dekat sangat.  So memang kena struggle.  Jadi inilah masa untuk diorang hilangkan stress walau aku sendiri letih nak layan dan diorang pon letih.  Dah permintaan diorang lepas habis kelas basic+sparring taekwondo di Putra Perdana selesai diorang nak mandi kolam.  Layankan jer leee..... Before nak ke kelas lagi dah siap pack-pack baju and towel untuk mandi kolam then terus letak dalam kereta.  Semangat!!!

Anyway, ni aku just nak tunjukkan aksi anak-anak aku berpossing dalam air.  Sebenarnya diorang ni jeles ngan aku pasal tengok gambar-gambar aku dalam air semasa aku snorkeling di Pulau Perhentian baru-baru ni.  So diorang pon nak jugalah kengkononnya.  Hmmmm... layankan jer lee... janji bahagia.  

Takziah MH370

Posted by Emmymazli at 1:15 PTG 0 comments

Salam semua....

Sedih rasa bila mendengar berita pengakhiran MH 370.  Sebelum ni aku tak pernah komen apa pon tentang kehilangan pesawat ini.  Bukan aku tak peduli.... tapi aku tak nak serabutkan otak aku apatah lagi bila tahu salah seorang mangsa yang berada dalam pesawat itu adalah bekas sahabat kami dari NRE yang juga pegawai dari MITI iaitu Encik Sofuan.  Sudah pasti kami sedih... Namun hal ini hanya doa yang mampu diiringi buat beliau dan yang lain.

Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-roh mangsa.  Al Fatihah.

Khamis, 20 Mac 2014

Day 4: Bengkel Penulisan dan Pelaporan Media dan Fotografi

Posted by Emmymazli at 2:53 PTG 0 comments
13 Mac 2014 - Pulau Perhentian, Terengganu

Day 4
Pulau Perhentian-Kuala Besut-Putrajaya

Masa untuk pulang.  Seawal pagi telah berkemas untuk memastikan aku dan teman sebilik tidak lewat untuk check out.  Kami diminta supaya jam 9.00 pagi semua perserta dan urusetia telah berada di lobby hotel untuk memulangkan kunci bilik dan juga peralatan snorkling yang di ambil sehari sebelum tu.  

Seperti biasa selesai urusan bagasi dan barang-barang kami yang akan dibawa oleh pihak resort, aku dan beberapa orang teman terus menghala ke jeti.  Sempat juga kami bergambar berpemandangan laut nan indah untuk kenangan terakhir kami sebelum pulang.
Dikesempatan itu juga, program Rakan Alam Sekitar juga sempat merakam gambar kenangan kami semua sebelum masing-masing menaiki bot.  Terpapar wajah kepuasan masing-masing setelah 2 hari berada di sini.  Walau waktu yang diberikan itu singkat, tapi bagi aku ia cukup bermakna. 
Perjalanan pulang menaiki bot ke Kuala Besut kali ini agak mencabar.  Kalau ketika kami datang keadaan laut agak tenang dan cuaca agak baik, kalini ini bila kami pulang seakan menangisi pemergian kami.  Cuaca mendung dan laut bergelora.  Pemandu bot tidak boleh memandu dengan laju kerana bimbang bot akan terbalik.  Walaupun bot tidak laju, boleh dikatakan separuh dari penumpang bot terkena tempias air laut dan kebasahan seolah-olah di siram air.  Aku dan beberapa teman lain agak bernasib baik kerana kami di posisi bot yang agak kurang kena tempias air.  Walaubagaimanapun, kami tetap basah apabila sekali-sekala percikan air laut itu agak kuat.  Kebetulan pula apabila bot sudah tidak jauh dari jeti Kuala Besut, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Nasib baik aku ada membawa beg plastik hitam yang aku buat alas punggung aku supaya tidak basah bila duduk di kerusi bot.  Boleh juga digunakan untuk menutupi 2-3 orang penumpang  bot terutamanya yang duduk di hadapan sekali dari kena tempias hujan.  Selain itu dapat juga menutup beg-beg agar tidak basah.
Yang peliknya, tiba sahaja di jeti hujan terus berhenti.  Beberapa peserta bengkel ini didapati basah kuyup terutamanya mereka-mereka yang menaiki bot pertama.  Aku dan beberapa teman lain naik bot kedua. Terpaksalah masing-masing menukar pakaian sebelum menaiki bas.  Aku juga kebasahan tapi tidaklah sehingga kuyup.  Cuma basah disebelah bahagian tetapi masih boleh lagi bereaksi seperti biasa. 

Bila dah tiba di jeti, mula la masing-masing menyerbu kedai cenderahati di situ untuk ingatan insan tersayang dan juga sahabat terdekat.  Bukan senang dapat jalan jauh-jauh jadi inilah peluangnya.  Dapat juga aku capai sebarang dua key chain dan tshirt untuk keluarga aku.  Kalau nak beli cenderahati dari Pulau Perhentian, harga barang di jeti lagi murah berbanding di pulau.  Boleh jadi sekali ganda.  Tetapi lihat juga pada keadaan.  Apa-apa pun yang penting kena survey dulu.  

Bas meneruskan perjalanan.  Target utama bila sudah berada di Terengganu ialah shopping keropok lekor.  Harapan aku dapatlah merasa lagi makan keropok lekor Kelulut 008 tapi nampaknya hampa kerana laluan bas tidak lalu di situ.  Ada seorang rakan telah merekemen untuk beli di Merang.  

Tiba di kedai keropok lekor di Merang, masing-masing mula memborong keropok lekor berplastik-plastik terutamanya aku.  Banyak sangat yang perlu diagihkan bila tiba di Putrajaya nanti.  Sempat juga kami meninjau kerja-kerja memproses keropok lekor yang dijual di situ.  Sangat menarik!!
Perjalanan diteruskan.  Masih lagi di kawasan Merang, bas menyinggah untuk peserta makan tenghari dan solat zohor.  Setelah dipastikan semuanya sudah berada di bas, baru perjalanan diteruskan.  

Apa  yang boleh aku katakan.  Terasa perjalanan balik ini terlalu jauh.  Entah berapa kali aku pejam celik  dan bas berhenti beberapa kali pun aku tak pasti tapi masih tak sampai-sampai rasanya.  Badan dah rasa semakin lemau.  Aku sendiri dah tak dapat menahan rasa hendak termuntah yang aku kawal dari awal kerana mabuk darat sepanjang perjalanan.

Lebih kurang jam 10.40 malam baru kami tiba di NRE.  Lega sangat rasa.  Sejuk mata memandang bila lihat anak dan suami menunggu aku.  Lagi tak sabar nak sampai di rumah bila teringat katil dan bantal.  Alangkah baiknya dapat baring atas katil sendiri. Hehehehe.  

Apa pun, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur program Rakan Alam Sekitar yang memberi kami peluang mengikuti bengkel ini dan seterusnya dapat menjalankan aktiviti yang bermanfaat buat semua.  Kalau ada lagi di masa akan datang jangan lupa daku yer.... Hehehehe. 

Rabu, 19 Mac 2014

Day 3: Bengkel Penulisan dan Pelaporan Media dan Fotografi

Posted by Emmymazli at 5:50 PTG 0 comments
14 Mac 2014 - Pulau Perhentian, Terengganu

Day 3
Pulau Perhentian

Seawal jam 8.00 pagi kami telah bersedia untuk sesi bengkel seterusnya.  Sebelum itu kami mengisi perut dulu.  Sarapan pagi yang disediakan pihak resort memang terbaik.  

Kelas pagi itu sangat membuka minda aku.  Antara yang ditekankan adalah cara menulis laporan media yang memfokuskan point-point  yang hendak diceritakan.  Dari point-point itu baru kami dapat jadikan ayat yang sempurna.
Selepas itu setiap kumpulan dikehendaki menulis laporan atau artikel dari point-point  yang kami telah buat.  Point-point yang kami terima adalah dari maklumat sepanjang dua hari kami lalui ketika berada di Pulau Perhentian.  Terpulang pada kumpulan masing-masing. Apa yang ingin mereka fokuskan.  
 
Kumpulan aku bekerja keras untuk dapatkan artikel yang terbaik.  Masa yang diberikan sangat singkat.  Bila diberikan tugasan dan diperlukan dalam masa  yang singkat, mulalah perasaan menggelabah timbul.  Point artikel yang kami fokuskan adalah mengenai 'Ekopelancongan'.  Encik Asmar, salah seorang kumpulan kami yang juga merupakan jurufoto yang agak hebat memberikan idea supaya meletakkan drama dulu dalam artikel kami supaya apa yang kami tulis tidak terus tertumpu pada apa yang kami nak ceritakan.  Cara ini juga boleh membuatkan pembaca rasa teruja untuk meneruskan pembacaan walaupun sebenarnya tidaklah sehebat mana artikel kita tu.
Sehingga tamat kelas tengahari di mana peserta lelaki perlu beredar menunaikan solat Jumaat, kumpulan aku masih di dalam bilik bengkel untuk menghabiskan artikel kami.  Terasa payah untuk menyusun kata.  Sampai tertidur teman sebilik yang juga ahli kumpulan aku di atas meja.  Bukan apa, bagi penulis amatur seperti kami, satu artikel yang agak berat diceritakan terasa agak sukar bagi kami terutamanya aku.

Tepat jam 1.30 petang baru kami beredar untuk makan tengahari dan seterusnya balik ke bilik masing-masing untuk merehatkan minda.

Jam 2.30 petang kelas bersambung dan Encik Zamri telah membantu kami untuk overhaul artikel yang kami tulis.  Dari situ kami nampak kelemahan dalam artikel kami.  Walau apa pun, kami mula faham apa yang orang media fikirkan untuk menulis artikel-artikel hebat mereka.  Boleh lihat artikel kumpulan kami di SINI.

Kelas seterusnya di sambung oleh Encik Azree yang juga dari Akademi Penulis.  Encik Azree menerangkan mengenai Asas-asas Fotografi dan juga teknik yang baik dalam mengambil gambar.  Perkongsian ini juga amat menarik walau hakikatnya pada ketika itu aku sudah mula letih untuk berfikir.  Susah sangat guna mood 'Auto' sahajalah.
Tamat kelas pada petang itu, kami diberi peluang sekali lagi bersnorkeling di kawasan resort kami.  Persiapan bersnorkeling telah disediakan oleh Encik Ahmad Imran dari Jabatan Taman Laut Malaysia yang juga merupakan salah seorang kumpulan aku.

Petang itu, kami ke pantai beramai-ramai dan menikmati keindahan alam marin sekali lagi.  Mujur aku berfikir jauh sedari awal.  Sebelum itu, semasa kami menikmati sarapan pagi, sempat aku mengambil beberapa keping roti dan aku simpan di dalam beg untuk aku gunakan sebagai umpan memancing ikan semasa snorkeling petang itu.
Ketika snorkeling, seperti biasa bagi aku yang tidak pandai berenang agak sukar untuk pergi jauh.  Hakikatnya, lagi jauh kita pergi, lagi cantik apa yang ada didasar laut.  Syukur sekali lagi apabila Encik Sabri sekali lagi muncul di situ bersama Encik Imran dan mereka bantu aku untuk berenang ke tempat yang agak dalam dan menarik.  Kali ini, Encik Sabri sempat merakam video dan gambar aksi-aksi aku bersama ikan-ikan.  Beliau juga menunjukkan kawasan batu karang yang cantik dan mengambil beberapa keping gambar hidupan laut yang aku tidak dapat ambil. 
 
Saksikan video aku bersama ikan-ikan

Bila melihat waktu dan keadaan air sudah agak gelap, kami semua dinasihatkan oleh Encik Imran dan Encik Sabri supaya naik ke darat.  Ini semua adalah atas faktor keselamatan.
Sepatutnya aku dan dua orang lagi rakan terus balik ke bilik dan bersihkan diri.  Tetapi bila hendak melintasi bilik kami terus rasa tergugat dengan kolam renang yang sedari hari pertama kami hanya mampu pandang dan lintas sepanjang berkursus.  Terus kami melompat masuk kolam renang dan 'bilaskan' diri.  Sempat juga bergambar selfie di dalam air dan menyaksikan peserta lelaki membuat pelbagai aksi air.
Malam itu hidangan yang disediakan agak istimewa. Hidangan BBQ ala romantik dengan cahaya lilin di meja, di tepi pantai sambil ditiup angin laut. Masa makan yang diberikan juga agak lama walaupun ada satu lagi kelas yang perlu diselesaikan malam itu.
Sepanjang menikmati hidangan malam sempat kami berkongsi cerita menarik yang mencuit hati.  Sudah semestinya aku yang menjadi bahan utama.  Alkisahnya, ketika aku bersnorkeling pada petang itu, aku ada membawa roti bersama untuk dijadikan umpan ikan.  Memandangkan baju renang muslimah yang aku pakai tiada kocek dan aku sendiri tidak membawa beg, aku telah menyelitkan roti di dalam life jacket di dada aku (posisinya sama seperti nenek-nenek kita letakkan duit dalam baju).  Pada pemikiran aku, tindakan aku itu adalah perkara biasa kerana bukanlah letak dalam baju hingga kena selak tetapi hanya diselitkan roti itu di dalam life jacket sahaja.  Aku buat begitu kerana agak sukar bagi aku berenang walaupun hakikatnya aku tak pandai berenang.  Yang keduanya, aku tidak mahu bawa plastik roti kerana aku bimbang nanti aku terlupa untuk membuang plastik tersebut.  Ketiganya, aku rasa mudah letak di situ kerana roti tersebut walaupun di dalam air dan lembik tetapi bila diletak di situ ia tidak hancur seperti keadaan bila kita menggenggam ia.
Rupa-rupanya tindakan aku itu diperhatikan oleh teman-teman lain terutamanya yang meminta roti dari aku ketika itu.  Ia menjadikan hal itu sesuatu perkara baru dan lucu bagi mereka.  Encik Imran terutamanya memberitahu, sepanjang beliau bertugas dalam Jabatan Taman Laut Malaysia, ini merupakan kali pertama dia mendengar dan melihat perkara seperti aku buat berlaku hingga mendapat jolokan 'Roti Susu'.  Apa yang penting, bila aku kenang kembali jolokan tersebut, baru aku terfikir yang sepanjang aku bersnorkeling pada petang itu,  aku perhatikan diri aku sentiasa diikut oleh ikan-ikan walaupun ketika itu aku tidak mengumpan ikan-ikan dengan roti.  Rupa-rupanya, ikan-ikan tu terhidu bau roti dan tahu dimana aku simpan.  Sebab itu ikan-ikan sentiasa berenang berdekatan dengan aku ketika itu dan apabila aku berikan roti lagi banyaklah ikan-ikan akan menghampiri.

Tamat cerita 'Roti Susu', kelas bersambung jam 9.00 malam.  Kalini kami didedahkan mengenai pengalaman En. Mohd. Noor sebagai jurufoto media dan juga Pendaki Solo Negara yang memecahkan rekod The Malaysia Book of Records.  Sangat menarik pengalaman beliau sebagai jurufoto media terutamanya mengenai Projek Malaysia-Everest 97.  Cerita selanjutnya boleh di dapati di sini Kosmo! Online - Rencana Utama atau pun di blog Pendaki Solo itu sendiri.
Tamat program kami bergambar beramai-ramai sebagai kenangan peserta bengkel tersebut.  Apa pon, terpahat di wajah kepuasan masing-masing yang dapat mengikut program ini.
Malam itu merupakan malam terakhir kami.  Aku dan beberapa teman sempat mengambil angin malam di tepi laut sambil kami berbual mengenai diri masing-masing.  Rasa seperti tidak mahu pulang dan ingin terus duduk disitu tetapi masing-masing ada tanggungjawab dan kehidupan yang perlu dilaksanakan serta diteruskan.

Bersambung.....  

Projek Memikat Suami (Episode 12)

Posted by Emmymazli at 9:37 PG 14 comments


Selasa, 18 Mac 2014

Artikel Kumpulan Suara Alam: Bengkel Penulisan dan Pelaporan Media dan Fotografi

Posted by Emmymazli at 5:50 PTG 4 comments
Jom baca artikel yang kami buat hasil dari bengkel yang kami sertai.

Oleh kumpulan SUARA ALAM:  Emmy Farhany, Zuraida, Mahfuzah, Asmar, Ahmad Imran, Izwan

BIODIVERSITI MARIN 
MENGUBAH LANDSKAP KEHIDUPAN NELAYAN

Puan Siti Kartini binti A. Ghani, 59 tidak pernah menyangka Kuih Kacang Sepat yang diperturunkan dari generasi keluarganya telah menjadi cukup popular di kalangan penduduk dan pelancong yang datang ke Pulau Perhentian Kecil. Kuih Kacang Sepat adalah kuih tradisi yang cukup sinonim dijadikan salah satu produk tempatan yang menjana ekonomi penduduk tempatan. 

Produk tempatan ini telah diusahakan oleh Persatuan Wanita Pulau Perhentian dan menjadi salah satu identiti pelancongan pulau ini.  Para pelancong turut diberi peluang untuk mencuba sendiri menyediakan kuih tersebut dan secara tak langsung ia dapat membuka peluang menjana pendapatan bagi golongan wanita itu sendiri selain dapat disalurkan kepada persatuan.
Pulau Perhentian merupakan salah satu pulau yang diiktiraf sebagai pulau yang kelima tercantik di Asia dari segi biodiversiti marin.  Terumbu karang di pulau ini dianggarkan bernilai RM2.6 juta keseluruhannya menjadikan ia sebagai satu daya tarikan utama pelancong dari seluruh dunia.  Pulau Perhentian yang terletak di Timur Laut Malaysia mempunyai keluasan 1392.15 hektar dihuni oleh 2300 orang penduduk yang kesemuanya berbangsa Melayu. 

Pulau Perhentian ini dapat menarik 3000 orang pelancong dalam sehari dan dianggarkan purata bagi perbelanjaan mereka sehari adalah sebanyak RM1500.00.  Perbelanjaan inilah mampu menyumbangkan kepada sumber pendapatan utama penduduk Pulau Perhentian.

Pada asalnya penduduk Pulau Perhentian bergantung hidup kepada sumber tangkapan ikan sebagai nelayan.  Namun, tahun berganti tahun setelah pulau ini menjadi tarikan pelancongan di Malaysia, kehidupan mereka mula berubah dan menjadikan ekopelancongan sebagai sumber sara hidup mereka. 

Atas usaha Jabatan Taman Laut Malaysia, golongan muda terutamanya telah diberi peluang untuk menjana pendapatan mereka dengan memberi latihan serta membiayai kos mendapatkan lesen membawa bot.  Adanya peluang ini, mereka menjadikan bot persendirian sebagai satu perkhidmatan teksi air atau “Water Taxi” disekitar pulau ini.  Teksi ini juga merupakan pengangkutan utama pergi dan balik dari tanah besar Kuala Besut, Terengganu ke Pulau Perhentian.  Perkhidmatan mereka ini juga sangat diperlukan oleh resort-resort sekitar Pulau Perhentian bagi aktiviti-aktiviti air setiap hari.

Pulau Perhentian memiliki 56 resort yang berdaftar di bawah Jabatan Taman Laut Malaysia.   Dengan adanya resort-resort ini, secara tidak langsung menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.  Pakej pelancongan yang disediakan oleh pihak resort dapat disalurkan kepada penduduk tempatan itu sendiri dalam aktiviti seperti snorkeling, scuba diving, jungle tracking, island hopping, program memancing dan mencadat sotong. 

Jika pelancong enggan menggunakan pakej pelancongan yang disediakan oleh resort ketika berkunjung di sini, pelancong juga boleh menggunakan pakej pelancongan persendirian yang ditawarkan oleh penduduk setempat dengan harga yang berpatutan dan lebih murah.  Ini juga menggalakkan aktiviti perniagaan di kalangan penduduk pulau selain dari pakej pelancongan persendirian yang disediakan. Antaranya, perniagaan secara kecil-kecilan seperti gerai makanan, kedai cenderamata, kedai runcit dan juga produk tempatan.

Pada asasnya, mencintai alam marin dapat membantu kelestarian biodiversiti marin supaya menjadi satu titik permulaan yang penting dalam diri generasi sekarang  agar generasi masa hadapan berpeluang menikmati keindahan alam marin dan seterusnya mengekalkan sumber pendapatan pelancongan yang menjadi tonggak kepada penduduk Pulau Perhentian. 
Nota:  Menarik tak artikel ekopelancongan???
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...