Memaparkan catatan dengan label Emmymazli Friends. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Emmymazli Friends. Papar semua catatan

Isnin, 4 Januari 2016

Melawat Sahabat SMVPD Sakit Kanser Tulang

Posted by Emmymazli at 3:26 PTG 0 comments
4 Januari 2016 - HUKM

Salam semua....

Harini nak update kisah sahabat aku di zaman persekolahan di SMV Port Dickson.  Sahabat aku ni namanya Syuhaimirizal atau nama panggilannya Amy.  Beliau adalah antara kawan-kawan yang agak rapat dengan aku atas faktor sama-sama dalam badan beruniform dan persatuan di sekolah walau kami bukanlah rakan sekelas.  

Nak dijadikan cerita, semalam aku terbaca dalam FB seorang sahabat ni mengatakan Amy ni tidak sihat.  Dengarnya tenat juga la... So... atas dasar prihatin... aku pun carilah maklumat ni tentang Amy... disamping tu, tak lupa juga aku maklumkan dalam group whatsapp group sekolah yang Amy tak sihat.  Jika ada antara sahabat-sahabat yang hendak melawat bolehlah ke HUKM.

Memandangkan harini adalah hari pertama persekolahan dan aku serta hubby juga ambil cuti, maka aku teruskan niat aku untuk melawat Amy kat HUKM waktu melawat tengahari.  Kebetulan anak-anak aku pula balik lewat. Jadi tak menjadi masalah pada aku  nak datang melawat Amy.  Bolehlah hubby aku temankan ke HUKM

Sebaik sampai di HUKM, aku sempat  maklumkan kepada whatsapp group sekolah yang aku berada di HUKM dan akan update apa-apa maklumat tentang Amy bila dah  berjumpa nanti.  Tapi tak sangka pula salah seorang sahabat rapat Amy, Mashrifa yang sama-sama baik dengan aku juga turut ada.  Kami berjumpa di wad ICU dan sama-sama masuk melawat Amy memandangkan waktu melawat hanya dibenarkan  untuk masuk melihat pesakit hanya 2 orang sahaja.  Terpaksalah hubby aku tunggu di luar... dia beralah kerana yang sakit tu sahabat aku katanya...

Masuk jer wad ICU dan melihat keadaan Amy... rasa sayu sangat hati.  Kesian sangat....  Aku baru tahu yang sebenarnya Amy disahkan Kanser Tulang Tahap 4.  Sebelum masuk ke dalam wad, sempat Mash ceritakan pada aku tentang kesihatan Amy dan punca sakit dia semakin teruk.  Entah kenapa... semua kenangan suka duka kami  bertiga masa zaman persekolahan bermain dalam kepala.  Teringat kami ketawa bagai nak rak... join Pengakap... gi makan ais krim kat kantin... gi  camping sama-sama... Pandang muka Amy... rasa syukur dia masih sedar walau banyak ubat yang masuk kat dalam badan dia.  Pandangan mata dia agak kabur... mata dia hilang balance.... tapi bila aku tanya pada Amy adakah dia kenal aku... Alhamdulillah dia masih mengenali aku dan Mash.  Bila terpandang mesin ubat Amy yang berselirat kat tangan Amy... teringat masa Amy terkena kapak/gergaji masa kami menyertai Jambori Pengakap dan akulah jadi jururawat yang dilantik oleh Pengakap sekolah.  Walau ilmu merawat tu ada... masalah utama aku adalah darah.... aiyooo... tengok darah kat tangan Amy... punyalah ngeri... tapi Amy masih boleh tersenyum nak tunggu aku rawat dia.  Setiap kali aku nak letakkan ubat... dia akan buat-buat muka acah-acah yang sakit bebenau.  Lepas tu dia dan Mash akan ketawa terbahak-terbahak bila tengok muka aku yang penakut nak ubatkan orang.  Hmmmmm... masa aku bagitau Mash pasal kisah ni di depan Amy... tak sangka pula dia ketawa kecil.  Sempat pula dia angkat tangan dia yang bercucuk wayar ubat untuk tunjuk kesan atau bekas luka yang jadi topik cerita kami tadi.  Masih ada parut tu rupanya.  Huhuhuh.... Aku dan Mash hanya mampu berpandangan.  Masih segar kisah itu di antara kami.  
Gambar curi Amy dalam wad ICU
* untuk makluman, wad ICU tak boleh snap gambar yer... tapi aku degil... jangan ikut kedegilan aku...
Sempat lagi kami bercerita sambil tanya apa yang patut pada Amy walaupun aku tau jawapan yang dia berikan sepatah demi sepatah.  Sekurang-kurangnya... aku hendak melihat reaksi positif pada Amy.  Dan yang paling penting.... Amy beberapa kali juga tertawa kecil bila dengar seloroh aku dan Mash walau dia tertawa dalam kepayahan.  Namun, aku dan Mash puas hati... nampak Amy happy kami melawat dia.  Sempat aku berikan harapan...."Amy... ko kena kuat tau... kau kena baik cepat.... nanti kita gathering kat umah aku macam dulu.... tak ramai pon takpe.... kita bertiga dan keluarga kita pon ok... kita buat masak-masak cam aku baru kawen dulu ekk My... Ko kena baik tau My..." Amy mengnganguk dalam terpaksa.  Aku tahu Amy tabah.  Amy cekal nak lawan sakit dia.  

Keluar dari wad... aku tahan air mata.... tak mau tunjuk kat siapa-siapa yang aku lemah dan mudah tersentuh hati.  Mula-mula ingat nak ajak hubby dan Mash gi makan kat cafe hospital... tapi Mash minta tunggu pula sebab 2 orang lagi rakan sekolah kami si Rashdan dan Jafri @ Jep nak datang melawat tapi tak mahu kecoh-kecoh.  Hmmm... elok sangatlah tu... Macam reunion geng Pengakap pula kat hospital pula... masa zaman Pengakap sekolah... Rashdan adalah Pengerusi dan Jep adalah salah seorang ahli aktif juga.  Macam aku... tak terperanjat pon bila jumpa 2 orang hamba Allah ni sebab selalu juga berjumpa. Even husband aku pon naik kenal ngan diorang ni.  Tapi Mash nak sangat jumpa... dari zaman sekolah tahun 1996 last diorang jumpa...
Dari kiri:  Jep, Mash, Emmy dah Rashdan
Akhirnya bertembung jua kami 4 sekawan ni depan wad ICU... Mash nampak happy... katenya Jep dah macam Afdlin Shauki... si Rashdan dan makin mantap... hahaha... apa-apa pon bagi peluang pada Rashdan dan Jep jumpa Amy dulu sebelum bersambung gurau senda... kemudian tu kalau nak makan ke... nak ngeteh ke... terpulanglah... Dalam 15-20 minit juga menunggu.... bila Rashdan dan Jep keluar jer wad terus kami berlima ke cafe hospital untuk makan tengahari... dah tak boleh tahan lapo sebenarnya masing-masing... heheheh...

Selesai makan dan berborak.... masing-masing tak boleh tunggu lama untuk berborak lebih panjang.  Aku sendiri nak urus ambil anak dari sekolah.  

Apa pon... kawan-kawan yang membaca blog aku  nih... please doakan kesihatan sahabat aku Amy ni.  Hiba bila mengenang nasib kawan-kawan yang macam ni.  Tahun lepas... teman sekelas aku meninggal kerana kanser tahap 4 juga.  Kalini sahabat yang ini pula.... Please yer kengkawan.... Moga doa kalian didengari dan dimakbulkanNya.  Aminn...

Isnin, 8 Jun 2015

Kejohanan Bola Tampar Pantai 2015

Posted by Emmymazli at 1:20 PTG 0 comments
6 June 2015 - Pantai Saujana, Batu 4, Port Dickson

Salam.... Alkisahnya.... dah lama dan rindu giler nak main volleyball ni... nak join under kementerian takde geng dah... so terpaksa la cari cara nak build balik stamina dengan alasan ada tournament..  ntah camne... ada pulak event di bawah Kerajaan Negeri Sembilan yang anjurkan Festival Pantai Port Dickson dan ada game volleyball.  Tiba-tiba dalam otak ni terfikir team lama aku yang senyap jer sekarang ni.... so aku pun cubalah kumpulkan la geng-geng lama yang ingin join game ni.... boleh dikatakan semuanya sekarang adalah ex player NRE kecuali sahabat aku si Caya sorang yang setepek tinggal kat sana... hehehehe.

Cari punya cari dan setelah dapat persetujuan semua... akhirnya aku berjaya buat team volleyball dari kawan-kawan lama.... dan atas effort semua... kita buat bayaran pendaftaran dan buat jersey team dari duit kocek sendiri untuk game kalini... semua kerana minat.  Nama team... hahahah.... memandangkan semuanya dah jadi ex NRE kecuali Caya... kami namakan team kami  NRE2X (sebutannya... NRE to Ex).  Kapten team... as usual adalah si Caya dan pengurus team adalah... hubby aku si abg popeye Mazli... hahahhaha... 

Okey... cerita pasal kat hari kejadianlah... nak dijadikan cerita.... kami semua konvoi pagi hari perlawanan terus ke PD.  Kami antara team yang sampai awal.  Punyalah excited.  Sabo je la.  Disebabkan kami awal.... kita zumba dulu!!! Punyalah syok layan zumba ngan brother ZIN Kaizer Rizal.  Simple step, chicky and fun sangat!! Boleh follow lain kalini kalau nak... akan aku cari sampai dapat... ngeeee.... hehehehehe...

Kiranya zumba tadi tu warming up lahkan... hehehehe.... setelah settle...kami pun mulakanlah perlawanan.  yang aku tau keseluruhan pertandingan ada 8 kumpulan tapi yang datang hanya 4 kumpulan.  Anyway... kami ni memang lama dah tak training... main haritu memang aci redah walau masing-masing ada pengalaman.  Redha jer aritu.... yang penting possing kena maut ok!!!

Jangan tanyalah yer kami ni lawan ngan saper.... tak kisah pon... cuba sedaya upaya walau kalah... heheheh... tapi kalau betul cukup training.. insyaallah bleh gi sebenarnya... ayat poyo...
Okay... nak dijadikan cerita... kami sebenarnya dapat tempat ketiga... itu kalau dari segi kalah liga.... kalau point kami sebenarnya menang tempat kedua.... heheheheh... Tapi kecoh aritu bila juri yang bagi markah masa nak amik hadiah tu kami diumumkan tempat kedua.... patutnya... tempat ketiga... hahahaha.... marah team yang patut dapat tempat kedua.... anyway....  kami merasa la dapat naik pentas dan bergambar dengan hadiah kemenangan.... pastu baru  bagi balik kat pemenang sebenarnya.... then sakan posing balik dengan hadiah kami tempat ketiga tu... nampak tak betapa tamaknya kitorang... hahahah....  





Selain medal dan sijil.... hadiah kemenangan kami dapat hanya RM200 jer.  So... memandangkan nak bahagi-bahagi pon skit jer dapat... kami terus gi Restoran KFC  kat PD tu untuk kekahkan duit yang ada bersama family yang ada.... kenyang wehhhhh.....alhamdulillahhhh..... 

Bukan kemenangan yang kami cari dalam pertandingan ini.... tapi more kepada pengalaman dan minat dalam volleyball.  Kalau nak tunggu peluang dari kelab jabatan or kementerian memang susahlah nak dapat kan.... jadi ini jer inisiatif yang dapat kami buat demi minat dalam sukan bola tampar.  Yang penting... ikatan persahabatan dan ukhuwah dapat terjalan erat walau hanya dalam sukan bola tampar....
Cayang korang NRE2X!!!  See u all for the next game kalau ada... insyaallah!!!

Oklah... layan gambo hari kejadian...

Selasa, 15 April 2014

Bila 3 Stooges DSK 98/99 Berjumpa

Posted by Emmymazli at 3:34 PTG 0 comments
14 April 2014
Huwaaaa ... rindunya aku pada 2 orang insan ini .... Akhirnya setelah lama menanti nak reunion bertiga semula dengan makcik 2 orang ni, tercapai juga hasrat aku.  

Kalau setakat nak jumpa Yat ... aku leh anytime jumpa ... memang takde masalah. Tapi kalau nak jumpa Pet ... adusss ... mengalahkan vip makcik ni. Ada jer halnya kalau nak jumpa .... Dah jadi bertahun juga tak jumpa ... padahal sama-sama area sini jer ...

Alhamdulillah ... tak perlu nak plan lama-lama ... Yat just mention Pet nak datang rumah dia dan aku pula free masa tu .... so on jer laa .... walaupun pagi tu aku ada tournament bowling dan petang tu kimie ada training taekwondo ... nasib baik training Kimie tu yang biasanya jam 3.00 petang haritu diubah jadi jam 5.00 petang. So ada la masa aku nak terhegeh-hegeh borak ngan diorang lama skit.

Tapi pempaham jer lee ... bila 3 orang manusia ni berjumpa ... ada jer menda flash back nak distorykan .... macam baru balik belayar kapal ... hehehehehe ... rezeki haritu Yat buat masakan kampung ... sedapppp! !! Perut dah kenyang .... ketawa pon terbahak-bahak .... apa lagi ... sesi bergambau jer lee .... aku pun tak bleh nak lama-lama sebab kelas taekwondo Kimie tu .... huhuhu ... . Yang penting happy der dapat reunite bertiga walaupun ada anak-anak sekali .... Riuh sekuarters!! Hahahahah ...

Selasa, 1 April 2014

Birthday Treat Dari BFF

Posted by Emmymazli at 10:33 PG 2 comments
Wahhhh.... happy mak tak terkira bila my bff Yat bagi birthday treat.  Yeay!!! 

Sebenornya.... Yat wish aku birthday dengan gambo kek doraemon kat FB... saje aku mengusikk dengan reply comment... alang-alang nak bagi birthday kek bagi la betul-betul... Hihihi.  Dan dan tu gak Yat ajak lunch together makan kek.  huhuhu... bagai ngantok disorongkan bantal... maka aku pon on jer laa dengan lunch date kitorang.... 

Tengahari tu jam 12 terus amik Yat kat JPM dan ke Alamanda.  Yat kata nak mamam kek kat Secret Recipe so kami pon menuju ke situlah.  Sampai-sampai jer terus amik port paling strategik.  Yat suruh ambil order dan pilih kek pilihan aku.... Sudah pastinya aku mengidam nak makan Red Velvet cake.... So cake tu yang aku pilih.  Aku cakapkat boy di kaunter tu aku nak untuk birthday treat punya.  Sampai-sampai kat meja aku gitu la gamaknya kek yang aku dapat macam dalam gambo tu.  Walau hanya seslice tapi puas hati!!!  Hilang kempunan aku nak makan red velvet der.

Lunch tu idaklah makan kek semata... adalah menu lain... dah lapo tak sempat nak snap gambo makan.  Heheheh... 

Anyway Yat... thanks for the birthday treat.  Sangat bermakna buat aku apatah lagi sambut dengan teman tersayang.  Love u Yat!!



Ahad, 30 Mac 2014

Lunch With Puan Sherry

Posted by Emmymazli at 10:19 PG 0 comments
Alhamdulillahhhhh.... terima kasih Puan Sharifah a.k.a. Puan Sherry yang merupakan ex Pengarah di Jabatan Biokeselamatan (JBK) kerana sudi invite kami-kami dari JBK makan tengahari di rumah puan.  Happy giler.... bukan takat dapat makan Nasi Beriani dari air tangan puan... malah kami semua dapat cuci-cuti mata kat taman dan sekeliling rumah puan yang cantik.  Hehehehe.... What a lovely house and you too Puan Sherry.  Jangan serik lak kalau kami datang lagik... Hehehehehe

Selasa, 18 Februari 2014

Pengarah Saya Paling Sporting Sudah Bersara T_T

Posted by Emmymazli at 11:28 PG 0 comments
Salam semua....
Our last day picture.  Miss her badly!!
Huwaaaa... mood nanges dulu.... today punya entry nak story pasal pemergian kerana bersara Puan Sharifah Hanisah binti Syed Abdul Aziz atau nama manjanya Puan Sherry bertugas di Jabatan Biokeselamatan (JBK).  Huwaaaaaa....

Hilanglah satu-satunya pengarah dan juga boss yang sporting, baik hati, pemurah and motherly kat opis ni.  Beliau bersara awal.  Bersara kerana apa... hanya kami-kami jer yang tahu... ngeh.. ngeh... ngeh.... Lagipun... dah usia gini Puan Sherry lebih rasa selesa untuk jadi surirumah tangga sepenuh masa dengan aktiviti mengemas rumah, gardening dan jadi ibu kucing...  hehehehehe.... katanyalahhhh!!!  Nak layan anak-anak mereka pon dah besau.... Yang paling penting kata Puan Sherry now masa untuk beribadat di usia emas ni.... Alhamdulillah.  Lagipun, husband beliau pon dah bersara... masa untuk dating-dating berdualah sekarang ni... hehehehehe... sok-sok aku pon gitu... aminnn... kalau ada umur panjang seperti beliau.

Okaylah... aku doakan yang terbaik buat Puan Sherry dan keluarga.  Sebenarnya... masa aku menulis ni... Puan Sherry dah 12 hari pon meninggalkan JBK.  Last day dia on 7 February 2014.  Ni kes aku rindulah kat dia ni sampai buat entry pasal dia.... mana tak nya.... lalu-lalu bilik dia gelap jer... huhuhu..... dah la masa ni tinggal aku berdua jer dengan pengarah seorang lagi yang sentiasa sibuk.  Tetiba terkesumat perasaan rindu pada dia lak.... huwaaaa..... Puan Sherry... if u read my entry ni.... "I MISS U PUAN SHERRY".

Bye!!

Jumaat, 17 Januari 2014

Thanks Yat For The Souvenir From London

Posted by Emmymazli at 11:43 PG 0 comments
Alhamdulillah....

Berkat bersahabat dan juga menolong orang.... ada juga ingatan dari sahabat aku sejak dari zaman Politeknik Port Dickson ni yang  baru balik dari London setelah tamat tugas dia dinegara itu.  Macam-macam Yat bagi.... yang penting aku ngan anak dara aku si Hanum dapat handbag Hello Kitty.  Dari Harrods plak tu. Dia memang tau nau minat aku dan si Hanum... huwaaaa..... terharu... 

Nak pakai handbad ni sayang.... ingat nak tunggu raya kot... nak buat lenjan gi kerja hari-hari macam tak sampai ati lak.... huwaaa... almaklumlaa... aku ni sebenarnya kategori orang susah pertengahan... hmmm.... nak dapat menda gini memang susah... so hargailah selagi mampu.  

Anyway yat... thanks a lot my friend....

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...