Isnin, 31 Disember 2012

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 4:44 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Salam semua

Pejam-pejam celik sekejap jer masa berlalu tanpa kita sedari.  Tak sangka harini last day kan... huhuhuh..... 
Terlalu banyak banyak kenangan pahit dan manis yang aku tempuhi... jatuh bangun aku, gelak tawa dan duka lara yang aku alami hingga aku mengalami stress yang agak kritikal dan sering tak sihat.  Nasib baik hakak tak giler!!  Apa pon.... terima kasih yang tak terhingga kepada teman-teman dan keluarga yang berada di sini memberi sokongan serta dorongan agar aku lebih kuat dan tabah dalam mengharungi liku kehidupan... Korang ada di saat aku ketawa dan menangis...

Kepada mereka-mereka yang telah banyak melukakan hati aku.... aku sentiasa memafkan kalian.  Terima kasihlah atas apa yang kalian telah lakukan..... Tak lupa juga kepada kengkawan yang mungkin tanpa sedar aku telah mengguris hati kalian... maafkan aku dan halalkan segalanya.....


Semoga lembaran 2013 lebih menggembirakan aku dan keluarga... insyaallah!! Amin!!!



Jom Heboh Di Penghujung Tirai 2012

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 4:21 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Salam semua....

Harini aku just nak share aktiviti hari minggu aku bersama keluarga semalam....

Almaklumlaa... aku ni sebenarnya baru keluar dari kepompong.  Dah 3 minggu batuk-batuk dan demam and last week adalah minggu yang paling kritikal aku batuk yang tahap maksima hingga mendapatkan rawatan kat Hospital Putrajaya.
So... bila aku sudah mula sihat.... hubby pon mengambil peluang untuk ajak aku dan anak-anak berjalan melepaskan gian boring masa cuti skolah.  Mana lagi.... pergi JOM HEBOH dekat Bukit Jalil la.  Hahahha.... seriously... aku sebenarnya tak tau pon ada Jom Heboh ni kat area Lembah Klang ni..... kalau hubby tak bagitau.... memang aku tak amik port la gamaknya.
So, early moring dalam jam 9.30 gitu kami kuar rumah untuk ke sana... breakfast makan pon kat sana jer.  Bukan apa... malas nak redah jam and the worst thing is malas nak cari parking kalau lambat sangat.... pempahan jer le.... masa kami sampai pon... parking yang kami dapat dah hujung-hujung stadium la jugak... adehhh... melecet tapak kaki nak berjalan... hahahha....

Sampai kat sana.... sesi meronda jer laa... seronok meronda masa orang tak berapa nak ramai.... pergi gerai Hotlink dulu... sebat goodies banyak-banyak dari Zimi Sofarz... then baru ronda tempat lain....  Kalini memang tak sangka.... aku berpeluang join 2 game bersama artis di Studio Ceria.  Mula-mula punya game.... aku jadi partner Cha Cha Maembong untuk game Teka Apa Yang Dilukis bersama dengan Wan Sharmila dan Addy Ahsraf bersama partner diorang jugak..... Apa pon game yang ni memang team hakak kalah ok... sebab tak paham apa yang Cha Cha lukis tapi apa pon... kitorang have fun sebab Cha Cha sangat sporting.  Hehehhe....  Game yang kedua aku join itu pun lepas jalan-jalan jap then patah balik kat situ ialah Game Tiup 2 Belon & Ikat Bersama yang dianjur oleh pelakon Zalif Sidek dan Wawa Zainal.  Hahaha... macam senangkan... tapi susah wehhh... tau apa yang susah....??? Susah nak ikat skali 2  belon bersama yang dah ditiup dengan besar.  Perghhh!!  Tapi... nak dijadikan cerita... Hakak juara ok!!  Hahah.... Alhamdulillah!!  Dapatlah hadiah comel dari Zalif Sidek!!
Booth Hotlink
 
 
 Studio Ceria Bersama Cha Cha Maembong bersama dengan Wan Sharmila & Addy Ahsraf 
untuk game Teka Apa Yang Dilukis 
 Studio Ceria Bersama Game Tiup 2 Belon & Ikat Bersama yang dianjur oleh pelakon Zalif Sidek dan Wawa Zainal
Possing sambil menderma untuk Gaza
Banyak booth yang aku singgah dan ambil souvenir.... Antaranya,  booth Hotfm, Booth Kanak-kanak TV3, Booth kecantikan Simplysiti dan Silky Girl, booth MOT dan macam-macam lagi laa.... Tapi kalau dah kat sana.... apa lagi yang korang boleh buat melainkan shopping makanan, minuman dan barangan penjagaan diri yang berharga RM10 sebeg dengan sakannya.  Kalau kat shopping... barang yang dibeli kat sana tu tak dapat harga cenggini ekk.... Sakan benau la kitorang terutamanya laki aku dan anak-anak.  Hahahah... Kalau boleh semua air dan keropok jajan nak dibeli.  Sampai nak tercabut la tangan aku dan laki aku bawa makanan dan minuman yang agak berat tu.   Sabo jer laaa.... Kalau korang tengok beg-beg yang aku longgok... ngeri weh...
Antara booth-booth yang aku singgah...
Antara barang yang dishopping dan kutip free.... ni baru skit... ada lagi yang hubby belom bawa balik.
 
Nak dijadikan cerita.... masa turn aku dan Hanum berjalan berdua sambil menshopping sakan lagi dan hubby aku bersama Kimie cari port lepak nak berehat.... boleh pula anak aku si Hanum ni dok loghat la nak bergambar dengan Zizan kat booth Mamee tu.... Hmmm... artis glemer... dah tentulah semua orang berposak nak bergambar dengan dia... so tak kuase hakak nak layan... kaki pon dah sakit.... apa lagi... merajuk la anak dara tu.... Selesai shopping... aku pun pergi la ke tempat port lepak hubby aku tu untuk melepaskan penat..... dalam kata borak-borak ngan hubby aku tu tetiba muncul Zizan Raja Lawak kat depan mata kitorang dengan PA dia.... rupanya port lepak kitorang tu sebenarnya tempat parking keta dia... hahahah... menggelabah la si Hanum nak bergambar dengan Zizan bila dah nampak... poyokan.... termasuk la aku poyo skali nak possing jugak ngan Zizan.  Hmmm... memang rezeki Hanum la... Kalau tak mau sebut-sebut. Hahahaha.... 
Lepas dah penat lelah... Hubby ajak balik... Aku pulak minta stay jap kununnya nak tunggu cabutan bertuah Hotlink jam 3 ptg.  Sanggup minta hantar barang dekat kereta dulu kat parking yang jauh alam tu.  Hahaha... Bila dah hantar barang kami patah balik ke booth Hotlink... Punyalah ramai manusia kat depan pentas Hotlink tu.  Rupanya ada show dari Tomok, Akim dan Kumpulan Sofarz and masa tu diorang tengah membahankan satu girl tu gelek gerudi.   Hahahah... Kesian... Lepas show diorang barulah cabutan bertuah dibuat.... Huh!!! Nyampah!!! Takder rezeki kitorang..... Maka dengan itu segeralah kami balik dengan perasaan hampa menuju ke Mines.  Ehh... sempatlah possing sekejap dekat depan keris tu kat Stadium Nasional.... Dah dapat barang yang hubby aku nak kat Mines terus kami balik... Tak larat nak jalan dah.... Heheheh....


Show dari Tomok, Akim dan Kumpulan Sofarz di Pentas Hotlink
Possing sekejap...
 Oklah....habis dah cerita...chau chin chau!!

Giveaway Mialiana.com

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 4:07 PTG
Reactions: 
8 comments Links to this post

Entry kalini nak join Kak Mia untuk dapatkan Giveaway yang menarik.  Saja suka-suka join.. mana tau rezeki hakak ni.....

So ini adalah antara syarat yang Kak Mia nak.  Hakak follow jer....

Klik kat sticky post ni yer ^_^

 di Mialiana.com kerana sejak segmen itu saya sertai, follower di blog saya meningkat.  Terima kasih tak terhingga pada Kak Mia yang jadi penganjur.  Love u!!




Orang yang emmy tag:



Segmen Tambah Follower Awal Tahun 2013 oleh Emmymazli

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 2:27 PTG
Reactions: 
48 comments Links to this post


Assalamualaikum Semua

Hari ni Emmy saja nak try buat segmen untuk pertama kali ni.  Rasa berdebar pula.... tak sure dapat sambutan ke tak tapi nak cuba la kan sebagai azam tahun baru 2013 ni untuk menambah follower di blog pinky Emmy ni dengan harapan you all yang singgah sini sudi join yer

Simple jer segmen ni... so jom try yok..


CARA-CARA NAK JOIN SEGMEN INI

1~Follow blog Emmymzali ni.
2~Buat 1 entry dan letakkan tajuk: Segmen Tambah Follower Awal Tahun 2013 oleh Emmymazli
3~Letakkan Banner kat atas tu dalam entry anda dan linkkan ke entry segmen ini 
4~Dalam entry anda tu nanti you all tulislah apa yang menarik tentang blog Emmymazli ni secara ikhlas.  Jika ada penambah baikan yang you all rasa Emmymazli perlu lakukan,  you all boleh bagi pandangan sekali dalam entry ni.  No heart feeling okeyy!! 
5~Dah siap entry anda.... letakkan url entry anda kat ruangan komen blog ini.  Komen dalam shoutbox tak dikira tau....
6~Tarikh tutup segmen ni pada 15 Januari 2013

Sebelum segmen ini berjalan dan berakhir.... Emmy akan senaraikan semua peserta yang join segmen ni dan pastu bolehlah sesama kita Blogwalking dan follow memfollow antara satu sama lain.. 

Selepas segmen ini tamat nanti.... Emmymazli amat berbesar hati untuk berikan hadiah-hadiah yang comel dan cantik kepada 3 orang yang bertuah yang akan Emmymazli pick dari www.random.org.  So bila Emmy dah tau siapa peserta yang bertuah tu nanti... Emmy akan umumkan supaya you all boleh hantar maklumat untuk Emmy poskan hadiah tu nanti yer..

So.... You all semua dijemput untuk join segmen ni dan kalau boleh, ajaklah kengkawan lain join skali  taw!!

p/s:  hopefully dapat sambutanlah segmen ni...huhuhu..terima kasih pada yg sudi join ^_^


Rabu, 26 Disember 2012

Cats Day Out

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 1:47 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Lepas Kids Day Out... masa untuk Cats Day Out pulak... hahahah... kucing pon ada perasaan yer... sian diorang duduk dalam sangkar jer.... bukan takmo lepas... kalau lepas dalam umah diorang suka-suka ati nak yak yak mana-mana dia suke (cakap berdasarkan testimoni).... kalau lepas kang takut ada yang mencopet plak... lagi-lagi pulak sumernyer gevu-gevu.  Sayang semuanya.... paling nak gelak bila tengok Cimong dan Jimmy bila keluar... bergolek-golek dia kat lantai porch... macam tak pernah jumpa lantai.... Love u all guys...

Bergolek-golek diorang....
Bermacam-macam posisi di cubanya.... hahahaha
Jimmy
Cimong yang menanti nak keluar rumah tu... sabo jer laaa
Anak-anak bulus lain... takder kerja betol diorang ni....
Yang sekor ni kerja dia manjat jer....  Gucci
"Hmmm....Sedapnya baring atas lantai mama aku nih..." kata Jimmy :P


Kids Day Out

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 12:43 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Kesian pon ada.... disebabkan kesihatan aku kurang memuaskan... anak-anak aku tak berjalan kemana-mana.  Naik boring diorang.... So ini jer lah  yang mampu aku berikan... mandi manda kat Kelab Komuniti, Cyberjaya jer.... Sorry yer anak-anak!!!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...