Rabu, 2 Januari 2013

Ambang 2013

Posted by Emmymazli at 11:51 PG
Ha.... Diam tak diam... kita dah masukkan ke tahun 2013.  Hmm.... bertambah la umur aku lagi tahun ni.... huwaa... cam tak caya jer....!! Hahahha.
Apa aktiviti kitorang sefamily di tahun baru ekkk...??? Hihih... Honestly, aku sefamily inilah kali pertama kami sambut event tahun baru.  Kebetulan tahun ni, Ambank telah  menganjurkan Konsert Ambang 2013 di Dataran Putrajaya yang sekangkang kera jer ngan opis aku nih.  So... bila anak-anak dah tau yang ada event kat situ di tambah pula ada bunga api bagaikan... sanggup la la diorang ni mengemas rumah seharian untuk mengambil hati aku dan hubby untuk bawa diorang ke Ambang 2013 tu.  Hmmm... hubby aku tak sampai ati.. so layan jer laa.

Seawal jam 8.15 kitorang dah ada kat sana.... parking pon senang dan jalan pon still clear lagi.  Kitorang cari tempat duduk yang teduh incase hujan dan kebetulan dapat tempat yang berhadapan sekali di khemah depan Istana Kehakiman.  Amatlah selesa dan tidak sesak.  Masa cari tempat tu pon orang tak ramai lagi... so kitorang jer la yang kongker.... bila dah ramai tak boleh nak buat apa dah nanti.

Tepat jam 9.00 malam baru la konsert bermula.  Hos pada malam tu... Faizal Ismail dan Adibah Noor.  Memang best!!  Walaupun konsert belum live bersiaran di TV... kitorang tetap layan lagu yang dinyanyikan oleh M. Nasir, Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Hattan dan beberapa penyanyi tempatan yang lain.  Bila jam dah  menginjak pukul 10.30, barulah konsert live yang bersiaran di TV9 bermula.  Masa tu la baru  best lagu-lagu yang diperdengarkan..... Selain otai-otai Dato' M. Nasir, Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Dato' Hattan menyanyikan lagu.... ada kumpulan Hujan dan Mizz Nina, Stella Chung dan Magen yang menghangat majlis dan pelbagai tarian dan perarakan yang ditunjukkan.   Tepat jam 12.00 malam barulah contdown bermula bunga api pon bertebaran di langit selama 10 minit.... suke la anak-anak aku tengok bunga api kat atas kepala diorang... hahahhaha.  habis bunga api.... konsert bersambung dan persembaan yang amat ditunggu-tunggu di penghujung konsert .... siapa lagi kalau tak kumpulan Wings.  Hahah!!! Memang best.... Tapi aku pula tak kuasa nak tunggu... dapat 3 lagu aku pon nak balik... mengantuk wehhh... ditambah dengan perut lapar..... hakak tak kuase...

Oklaaa.... time to go.... see u next entry.... kita layan gambo majlis malam tu dulu....
Adibah Noor dan Faizal Ismail sebagai Hos.... sentiasa mencuit hati
 Antara persembahan sampingan yang diadakan malam tu....


Persembahan dari artis-artis terkenal dan otai tanahair pada malam tu....
 
 
  
 
 
 
 
 
kredit picture dari Kronologi

Muka kepenatan kami.... ngantuk dan lapar wehhhh!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...