Selasa, 28 April 2015

Larian Spektra 2015

Posted by Emmymazli at 10:18 PG 0 comments
26 April 2015 - Universiti Malaya

Assalamualaikum semua....

Today hakak just nak update aktiviti hakak dihujung minggu bersama anak dara I. 
 
Ahad lepas aku dan Hanum join Larian Spektra Universiti Malaya.  Seawal 6.15 pagi aku dan Hanum dah ada kat UM tu untuk get ready for larian.... sangat teruja okayyy!! Konsep larian ni sebenarnya adalah untuk "Colour Me Run If U Can".  Larian ni sangat-sangat fun bagi akulah yang sekali sekala memerlukan kelaianan dalam acara yang aku sertai.  Peserta mesti pakai baju putih.  So senang nak nampak kotoran warna pada baju.... Sepanjang larian tu akan ada urusetia yang standby dengan serbuk warna yang selalu digunakan semasa sambutan Diwali tu... then bila peserta lari jer pada arah mereka... diorang akan campak serbuk warna tu ke arah perserta... tak kira warna apa masa tu... terima jer laaa.. Heheheh.... Yang penting... ciri-ciri keselamatan telah pon diorang maklum awal supaya takder masalah dikemudian nanti.
Subuh sepi'ie dah sampai UM
Kami... before and after run
Sebelum lari... semua suci murni...
Selepas lari... hahahah... semua comot
Yang kesiannya... urusetia yang nak kenakan peserta... tapi peserta lebih bijak... ada yang baling balik serbuk warna tu pada urusetia... siap buat rampasan serbuk colur tu....  bertempiaran diorang lari... sampai ada sesi kejar mengejar la.... hahahahha.... what u give... u get back orang katalahhh... Entah berapa banyak check point urusetia yang baling serbuk warna tu pon aku tak sure tapi yang pastinya... dekat finishing line tu... dah ramai urusetia melintang ready nak baling serbuk warna tu kat peserta... so sape yang baju diorang putih-putih lagi... redhooo jer laaaa... hahahahha...
Aksi Hanum masa larian and kena baling serbuk color
Apa pon terbaik la Larian Spektra anjuran UM dan UNITAR ni... pelbagai aktiviti menarik ada termasuk zumba, flashmob tarian, cabutan bertuah dan macam-macam lagi.... yang penting... aku anak beranak happy. Bab comot tu tak yah citer la... 1 badan kitorang ni memang dah penuh color.... tang kasut lari jangan cakap laa.... jahanam berkaler-kaler.... adoiiii... dah la nak beli mahal.... terpaksa la pakai juga walau dah basuh anda color tak hilang... ish.. ish.. ish...

Yang paling terbaik ialah medal larian kalini... memang berbaloi masuk lari ni.... medal dia sangat cantik!!! Saper yang tak masuk... jangan jeles yer.... Heheheheh.... 
Oklah.. sekian dulu cerita aku.... lenkali cerita lagi yer.... babai!!!!


Ahad, 12 April 2015

Larian Cyber 2015

Posted by Emmymazli at 10:51 PG 0 comments
11 April 2015 - SMK Cyberjaya

Alhamdulillah.... ini saja yang mampu aku ungkapkan pada ketika ini.  Anak dara aku Hanum berjaya mendapat tempat pertama bagi pelajar perempuan Tingkatan 1-3 (P2) dalam Larian Cyber 2015 anjuran SMK Cyberjaya.  

Dari malam tu dia tak lena tidur.  Macam mana pun... dia kata dia nak proof kat semua orang yang dia pon boleh dapat yang terbaik.  Sedangkan kawan-kawan lain berjuang dalam sirkit taekwondo peringkat kebangsaan pada hari yang sama.... Hanum yang tidak berpeluang pada tahun ni untuk join sirkit taekwondo kebangsaan hanya mampu berjuang bagi pihak sekolah.  Memang nampak dia tekad.  Dari hari percubaan pada rabu sebelum tu dia dah bagitau yang dia dapat tempat pertama dalam larian.  Jadi... macam mana pun... masa hari kejadian dia nak juga dapat first place.

See.... impian yang diharap tercapai.  Congrats Hanum.  Sebelum ni... banyak kali dari sekolah rendah ke sekolah menengah dia sendiri minta untuk masuk acara balapan dan larian... tapi cikgu selalu tak bagi peluang.  Kalini... dia dapat proof something... terus cikgu suruh masuk acara 400 meter.  Baru terbuka mata agaknya.... Hmmm... sabar jer la Hanum.  Insyaallah... Kejayaan ada di mana-mana ekk nak.  Mama akan doakan apa yang Hanum buat beroleh kejayaan.  Aminnn....

Apa pon... Congrats for Larian Cyber 2015.  Siap dapat medal emas dan beg sekolah harga RM49.90 lagi... heheheh... siap ada tanda harga tu yang tak tahan.... heheheheh... Apa-apa je laa....

Selasa, 7 April 2015

Majlis Sambut Menantu Adik Aku

Posted by Emmymazli at 12:35 PTG 0 comments
4 April 2015 - Kampung Paya Meranti, Tiang Dua, Melaka

Salam semua....

Harini nak story pasal majlis sambut menantu atau senang cakap kenduri kawen adik bongsu lelaki aku di rumah parents kami.  Alhamdulillah.... segalanya berjalan dengan lancar seperti yang di atur.  Walau banyak kekurangan.... tetapi atas bantuan banyak pihak terutamanya saudara mara dan juga orang kampung yang membantu... segalanya perfect!!

Apa sangatla aku nak storykan... aku just handle door gift and flower girl serta sambut tetamu.  But... ada certain kerja yang aku dah bahagi-bahagikan kepada cousin-cousin aku.  So tak la rasa terbeban sangat tugas aku ni.  Untuk flower girls and boy... awal-awal lagi aku dah preparekan baju gaun dan juga tuksedo serta flower crown and hand boquet yang aku buat sendiri.  Door gift untuk tetamu pon aku serta beberapa orang cousin dan pak mak sedara dah siapkan awal 2 hari sebelum majlis.  Kalau kami nak buat adik beradik mau tak jadi kerja lain dibuatnya.  Syukurlah ada diorang membantu.  Rewang-rewang untuk masak-masak dah tentu di uruskan oleh orang kampung.  Begitu juga kendarat.  Semuanya be prepared.... tinggal tugas makcik pakcik sedara aku untuk memasak pagi tu untuk tetamu dengan diketuai oleh anak angkat mama yang juga tukang masak hotel.  So.. mama aku tak perlu risau bab lauk-lauk ni... dah ada yang pantau dan bantu masak.  

Okey... bila lagi aku nak tunjuk keloratankan.... orang lain kawen... orang lain pakai inai... heheheh... bila lagi nak merasa... masa kenduri adik sendiri jer la merasa.  Kenduri orang lain kita tengok jer laa... yer tak.... Boleh dikatakan semua adik beradik dan anak buah aku pakai inai ni termasuk mama kecuali Syila sorang.  Apa pon... suke kerja halus orang yang pakaikan aku inai ni.  Sangat halus dan cantik.  Inai dia pon pekat... suke-suke!
Hmm.... apa lagi nak story ekk.... rasanya takde apa pon... anyway thanks kepada sedara mara yang datang dari jauh.... kengkawan dari Kelab Taekwondo Koryo... Kak Lia & family, Kak Mon & family, Kak Fiza & family, Kak Rozana & family serta kengkawan sekolah.. yang aku nampak Zan Aizuwan datang... juga Boss aku sendiri Puan Sharifah Khadijah yang datang ke Melaka untuk hadir majlis perkahwinan adik aku ni.  Thanks banyak-banyak!!

Kita layan gambo jer laa... gambo menceritakan segalanya... yer dak??  Hehehhehe


Flower girls & boy
Semasa majlis berarak... Pengantin dan aksi naik ATVnya
Antara gambar keluarga dan kengkawan yang sempat di ambil
Pengantin of the day
Mother & daughter
Family kami

Gotong royong keluarga kami...
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...