10 November 2012 - FRIM, Kepong
Haaa.... setelah seminggu lebih berakhirnya 25th MNRE-MEWR Annual Friendly Games 2012 ni... harini baru berkesempatan nak buat entry pasal penyertaan aku dalan sukan ini kalini. Itupun sebab baru dapat gambar dari sahabat yang sama-sama dari team aku ni... Tq Lindsay!!
Sebenornyaaa... aku rasa happy giler bila diberi peluang untuk kali kedua dalam sukan persahabatan di antara Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air Singapura yang diadakan di FRIM tahun ni. Sukan ni diadakan secara tahunan berganti tempat samada diadakan di Singapura atau Malaysia. Kalau dulu pada tahun 2009 aku berkesempatan dalam sukan bowling di Singapura, tapi kalini aku diberi peluang bermain bola tampar atas kapasiti aku pada tahun lepas yang bermain bola tampar dalam Sukan NRE 2011. Syukur aku terpilih.
Dalam team aku ni... terdiri dari 10 orang player dari pelbagai jabatan. Walaupun ada yang pertama kali aku berjumpa dengan diorang.... tapi kitorang macam dah kenal lama... best.. best!! Heheheh... Yang buat aku segan skit bila diorang ni pon terdiri dari yang terhebat.... huwaaa... malu sehhhh!!! Aku bukan terer mana pon!!
Syukur alhamdulillah.... tahun ni aku mendapat kemenangan berganda. Kalau sebelum aku dapat kemenangan dari kumpulan koir.... kali ni aku menang dalam pertandingan bola tampar yang berlawan dengan Singapura pula. Walau hadiahnye tak seberapa sangat la kan.... tapi rasa puas hati la jugak kerana dapat menyumbangkan mata kemenangan kepada NRE dalam sukan persahabatan ni... Huhuhu.... For info.. 12 games telah dipertandingan untuk Sukan Persahabatan NRE-MEWR 2012 ni..... alhmadulillah... NRE berjaya menjadi juara keseluruhan pada tahun ni dengan mata NRE 10 - MEWR 2. Yeay!!! Congrats NRE!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!