Memaparkan catatan dengan label NRE Activities. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NRE Activities. Papar semua catatan

Khamis, 18 Disember 2014

Persembahan Khas Sempena Penutup Perhimpunan Korporat NRE 2014

Posted by Emmymazli at 1:30 PTG 1 comments
Assalamualaikum semua...

Today... just nak sharing story about me and my ad hoc kugiran.  Kenapa aku cakap ad hoc kugiran??  Yer lee.... last minit dipanggilnya suh menyanyi... Sehari sebelum majlis berlangsung... aku dapat call jam 3.30 petang yang minta aku turun ke dewan untuk menyanyi menemani pegawai yang bernama Tantie dalam persembahan khas untuk Perhimpunan Korporat NRE.  Katanya arahan dari Datin Junaidah.  Gitaris dia aku dah agak dah sape... Si Saiful dan Wan Zudy.... Masa dapat call tu aku memang tengah banyak kerja nak settle.  So aku minta turun ke dewan dalam jam 4 petang after kerja aku selesai.

Turun jer dewan... terus tercongok muka Datin Jun... "Hah Emmy... u menyanyi teman Tantie.... tolong yer Emmy"  Terkebil-kebil jap... aku ok jer.... As long orang bagi kepercayaan pada aku.... insyaallah aku akan bagi yang terbaik.  "Tapi kenapa nak ada persembahan khas datin?? Bukan ni perhimpunan korporat ke?" Soal aku pada Datin Jun.  Musykil gak.... mana pernah ada persembahan khas bila perhimpunan... selalunya koir jer...  "Kita nak buat lain dari yang lain... lebih santai..." Ok... whatever..
Dari kiri.. Saiful, Wan Zudy, Aku dan Tantie
Petang tu... praktis punya praktis.... dari lagu asal nak nyanyi "Belaian Jiwa" sampai dah siap buat rehearsal... at last aku minta do something dengan arrangement lagu dengan Saiful and Wan Zudy sebab arrangement asal lagu ni adalah lagu lelaki... so aku amat tak selesa menyanyi dengan low note walau pada mereka dah ok sangat aku nyanyi lagu tu.  Tantie memang takde masalah dengan low note.  Fikir punya fikir... Saiful pun gunakanlah pengalaman dia as pemuzik untuk function di luar.... dicadangkan beberapa lagu yang kami berdua boleh bawa.... At last.... lagu yang bersesuaian ialah "Widuri" dan "Anggapanmu".  Kata Saiful.... lagu Widuri adalah kesukaan Dato' KSU dan Anggapanmu mencabar range vokal aku dan Tantie... so why not buat kelainan.... That's it.... kami cuba jer lee.. bukan pertandingan pon kan... just show biasa...
Hari persembahan.... aku dan Saiful ok jer... taklah nerves mana...maybe pengalaman mematangkan kami.  Tapi Tantie dan Wan Zudy sangat nervous.  Hmmm... jarang berhadapan dengan penonton maybe... sampai sejuk tangan masing-masing... yang merepek tu lom aku citer la kan... hahahaha.... Apa pon... pada mereka yang menyaksikan persembahan kami... maybe pada diorang rasa persembahan kami tu ok... pada aku pula... tak ok... yer lee.. ada a few perkara yang kami rancang tak berapa nak jadi sebab kenervesan masing-masing... Adoiiii... takpe laa... menda dah lepas kan....Macam aku cakap awal tadi...bukan pertandingan... just persembahan... cuma aku as penyanyi yang harapkan everything go smoothly and be perfect... rasa sangat kecewa bila tak menjadi... hahahah... macamlah kita ni artis fofularr sangattttt.... pooorahhh Emmy!!!

But... dalam sedetik perasaan kecewa tu... tiba-tiba dapat message dari Tantie... Katanya Datin Jun hantar message.... Datin Jun dimaklumkan yang Dato' Seri KSU suka sangat persembahan kami.... Hah legaaaaa.... boleh tido lena skit... heheheh....
Message dari Datin Jun kepada Tantie...
So guys.... tengok jer la video ni yer.. kalau buruksss ampunkan saya....

Widuri

Anggapanmu

Jumaat, 31 Oktober 2014

Simfoni Seni NRE 2014

Posted by Emmymazli at 5:56 PTG 0 comments
30 Oktober 2014- Dewan Baiduri NRE

Yuhuuu.... Assalamualaikum semua....

Today nak update aktiviti aku pula dalam blog mak yang ntah apa-apa nih... heheheheh!!

Aktiviti kalini ialah program Simfoni Seni.  Kalau dulu... aku selalu join untuk mewakili NRE....  kalini buat julung kalinya aku join mewakili Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) sebagai task pertama. artis JKPTG.  Hahahah.. bajet retisss sangat lahhhh... 
 
Cer korang tengok gambo mak ni.... dah macam penari kebudayaan pon yer kaannnnn.... hahahahah.... tapi sebenornya aku ni berlakon ala teater jadi Puteri Alam.  Sebab tu mak pakai crown besau atas kepala... cehhhh... aku dah tak rasa cam Puteri Alam dah ni... macam Puteri Santubong pon yer.... huwaaaaaaaa.... kena terima hakikat!!! Lari temaa.... macam nak ngenakan aku pon yer jugak nih. Tapi takpee.... sabo Emmy...
Honestly.... aku memang tak pernah jangka jadi pelakon utama atau senang cakap nak jadi puteri sangat lahhh.  Sebenarnya aku ni mangsa keadaan kepada mereka-meraka yang propa dalam group sinfoni seni JKPTG ni.  Selebihnya.... malas aku nak citer... nanti jadi umpatan walau dalam hati sakit.  Tapi aku terima dan galas amanah mereka-meraka yang mengharapkan aku untuk berikan yang terbaik untuk JKPTG.
So far.... alhamdulillah.... mereka-mereka yang memberi sokongan terhadap aku sangat berpuas hati dengan apa yang dah aku berikan and sampaikan termasuk suami aku.... walau ada yang dalam group tu terima kasih kat aku pun tidak malah blame seperti aku ada buat silap semasa berteater.... hmmmm....aku just positif.... aku dah buat yang terbaik pada aku...sepanjang aku berlatih dalam masa tak sampai seminggu.... masa hari pementasan sahajalah aku rasa sangat berpuas hati dengan pencapaian aku sebab aku takde terlupa even satu skrip ataupun part aku. So, i'm done!  Apa kata-kata orang lain yang not nice pasal budak dalam group ni aku malas nak fikir.  Tak kuase mak nyahhhh....
Satu yang aku suka pasal Simfoni Seni ni or what ever competition yang selalu NRE buat ni ialah its all about friendship.  Dari ko tak kenal orang... kita kenal orang... luaskan persahabatan.... jumpa kawan-kawan lama yang sealiran yang pernah sama-sama menyanyi, menari dan macam-macam lagi.  Dah jadi macam reunion dah...Seronokkkk!!  

Anyway... tak kisahlah tak menang ponkan... menang kalah tu adat pertandingan.... as long aku dan kengkawan lain dah puas berusaha dan berikan yang terbaik untuk JKPTG.  Semangat tu pentingkan... yang penting dah cuba!!

Oklah.... chow dulu....

Selasa, 24 Jun 2014

Dapat Tengok Giant Panda @ Zoo Negara

Posted by Emmymazli at 4:11 PTG 1 comments
23 Jun 2014 - Zoo Negara Malaysia

Yeay.... happy giler... rezeki kami semua sebagai warga NRE dapat berjimba bersama keluarga ke Zoo Negara untuk melawat haiwan yang menjadi tanda persahabatan Malaysia-China.  NRE menjadi kementerian yang bertanggungjawab untuk menguruskan segala hal mengenai Panda Fu Wa dan Feng Yi dari China yang akan ditempatkan di Zoo Negara dari mula hinggalah ke majlis perasmiannya nanti oleh PM.

Yang paling best tu... dahlah dapat tiket tengok panda free... masuk zoo pon free... dapat pelepasan time hari kerja pula tu sebab waktu melawat hanyalah pada hari bekerja sahaja.  Heheheh... Raya keling aku der... Apa lagi... aku tak lepaskan peluang bersama anak-anak dan keluarga untuk tengok panda tu.  Untuk side aku... bukan takat tiket free sebagai ahli kumpulan koir yang aku dapat... tiket bagi pihak jabatan aku pon aku dapat.  Malah ada lebihan tiket yang tak digunakan dari membazir pon aku offer kat adik beradik dan saudara mara serta kawan yang berminat nak pergi.  Tapi biasalah... kalau berjalan waktu hari kerja memang tak jadi apalah pada diorang melainkan jabatan di bawah NRE yang dilepaskan.  Macam adik aku dan suaminya yang dari JUPEM lepaslah sebab ini merupakan program di bawah NRE.  Apa pon... aku dah ajak... kalau diorang yang tak pergi tu bukan salah aku lah kan.... hehehehhe

Apa jer aku nak ceritakan kat sini ekk... hanya gambar jer boleh ceritakan aktiviti-aktiviti kami pada haritu... Selamat menjamu mata dengan gambar kami.... heheheheh!!
Aku di pintu masuk khas.  Kami tak boleh masuk ikut pintu depan.  Nanti kena bayar pula... heheheh 
Bersama anak-anak sebelum masuk ke dalam zoo.  Masih menunggu yang lain-lain tiba dan jalan sama-sama
Sakan mak-mak ni... on our way ke Giant Panda Convention Centre.  Kenderaan pon disediakan khas oleh pihak zoo kepada kami... tak payah penat-penat nak jalan kaki. 
Possing dulu sebelum masuk ke Giant Panda Convention Centre
Keterujaan anak-anak kami.. See their faces...
Bila ibu-ibu possing.... takmo kalah... heheheh
Hanum, Aku dan Angah
Kami possing sakan dulu di luar Giant Panda Convention Centre dengan patung dan replika panda yang menarik.  Happy giler ok!!
Suasasana dalam Giant Panda Convention Centre dan juga aksi-aksi kami bersama panda walau jauh.. huhuhu
Selesai melawat panda kami semua pergi jalan-jalan untuk meninjau haiwan-haiwan lain pula di zoo
Kami tak lepas peluang untuk menonton persembahan haiwan... layannnnn
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...