Rabu, 31 Oktober 2012

Pertandingan Koir Inovasi NRE 2012 (Final) - Kami Juara!!

Posted by Emmymazli at 11:57 PG 3 comments
RHAPSODY CHOIR DE NRE
Salam semua....

Today aku still dalam mood happy sebab semalam, 30 Oktober 2012 bertempat di Dewan Baiduri, NRE kami kumpulan koir gabungan NRE dan JBK atau dengan nama glemernye Rhapsody Choir de NRE berjaya menyandang gelaran JUARA untuk pertama kalinya dalam sejarah koir kami.  Tiada kata yang dapat diluahkan... hanya rasa bersyukur ke hadrat Illahi kerana usaha dan  titik peluh ahli koir NRE ni berbaloi.  

Pada aku sendiri.... aku syukur kali ni... hubby aku lebih positif dengan penyertaan aku dalam pertandingan koir tahun ni walaupun adakala aku terpaksa balik lewat dan datang pada hari minggu.  Terima kasih juga tak terhingga kepada kengkawan yang datang traning pada hujung minggu walaupun masing-masing ada keluarga dan agenda tersendiri tapi still boleh datang sampai berangkut suami dan anak-anak semasa training.  Dugaan betul tahun ni kan bila nak ke final.... dengan yang kena batuk teruk sampai takder suara... bukan sorang lak tu.. ada 2-3 orang... dengan yang suspek denggi lagi... dengan yang baju takder la sampai kene sewa menyewa.... Anyway...... Love u all semua!!! Muahhh!!!

Paling berterima kasih yang tak terhingga kepada cikgu Nurul Fazlina yang banyak bertungkus lumus dan bersabar dengan karenah kami ni sepanjang mengajar kumpulan kami.  Dari tahun ke tahun kami ada peningkatan dari tempat ke 5 masa dengan Cikgu Awie dan kemudian Cikgu Ina ambil alih kami mendapat tempat ketiga pada tahun 2010, then tempat ke 2 pada tahun lepas 2011 dan akhirnya pada tahun ni kita bergelar Juara!!!  Muaacchhhh.... Love u cikgu!!!

Sedikit info.... pada tahun ni yang berjaya ke final Pertandingan Koir Inovasi NRE 2012 ialah NRE, JPSM, JPS, JMG dan JAS.  Juara akan membawa pulang RM3000+ trofi, Naib Juara membawa pulang RM2000+ trofi dan seterusnya tempat Ketiga membawa pulang RM1000 + trofi.  Keputusan pertandingan tersebut ialah Juara=NRE, Naib Juara= JMG dan Ketiga=JPS.  Hadiah-hadiahnya akan disampaikan pada 8 Oktober 2012 bersempena Hari Inovasi dan Perhimpunan Bulanan.   Masyuukkk!!!

Apa pon... congrats pada semua yang berjaya!!!

NOTA:  Pedulikan apa orang kata.  Yang penting kita jujur dan tahu apa yang kita buat.  Just do our best sudah!!


Jom layan VIDEO & GAMBAR kami!!

Lagu 1- Meraikan Kreativiti


Lagu 2 - Medley Aku Maafkan Kamu dan Anak Kampung



 
 

Jumaat, 19 Oktober 2012

Pertandingan Koir NRE 2012 - Peringkat Saringan

Posted by Emmymazli at 5:18 PTG 0 comments
Salam...

Today aku nak share pasal penyertaan aku dalam team koir NRE atau lebih dikenali Rhapsody Choir de NRE.

Pada 16 Oktober 2012, Selasa lepas, berlangsungnya pertandingan koir sempena Hari Inovasi NRE 2012.  Semua jabatan di bawah NRE kecuali JBK yang joint venture dengan NRE HQ yang  telah terlibat sama seperti tahun lepas.  Nampaknya tahun ini, penyertaan amatlah sengit.  Boleh dikatakan semua peserta dari setiap jabatan telah bertungkus lumus untuk memberikan yang terbaik.  
Rhapsody Choir de NRE
Tahun ni, team aku membawa lagu Inovasi yang telah diolah dari segi sususan music dan juga lagu medley dari genre music terkini iaitu Aku Maafkan Kamu (lagu asal Jamal Abdillah dan Maliq) & Aku Anak Kampung (lagu asal Jimmy Palikat & One Nation Emcee).  Alhamdulillah... segala penat lelah dan pengorbanan sumer ahli yang datang pada hari minggu dan training sampai malam terbalas dengan kelayakan kami masuk ke final bersama 4 lagi team yang akan bertanding ke final.  Team yang akan ke final JPSM, JPS, JAS dan JMG.  

Team aku memang tidak boleh  merasa selesa walaupun layak ke final.  Happy memang la happy bila layak ke final tapi pada penilaian aku sendiri... aku memang rasa tak puas hati dengan pencapaian team aku pada kali ini.  Aku  berharap sangat kerjasama dari semua ahli pasukan aku untuk lebih komited dan work hard.  Sekurang-kurangnya kami dapat target tempat  yang terbaik pada tahun ini.  Hopefully... Amin... Kita tunggu keputusannya...

Anyway... good luck for the final pada 30 Oktober 2012 nanti yer kengkawan aku....Buat pembaca blog aku ni... doakanlah kami yang terbaik yer tahun ni.... Tq ^_^

So layankan jer laa gambar kami  ni yer sepanjang hari pertandingan tu.

Tataaaa....
With Cikgu Ina

Anak Kucing Jalanan

Posted by Emmymazli at 12:20 PTG 3 comments
Salam Jumaat....

Harini aku nak share something specials... tapi tak la sespecial mana.... tapi still cerita pasal kucing ... ngeee...

Hari Rabu lepas... adik aku Angah pergi beli makan di gerai kat area Telekom, dekat ngan ofis dia di JUPEM kat Jalan Semarak tu.  Sekali ternampak la 5 ekor baby kucing yang baru lahir ni terketar-ketar kesejukan takder siapa kisah dan nak ambil pun.... Mak kucing tu pun entah mana....  Adik aku Angah ni tak sampai hati le.... kesian tengok baby kucing ni..... Dia nak ambil baby kucing tu tetapi terfikir yang keadaan rumah yang dia duduk tu (kuarters) tak boleh bela haiwan tapi dalam hati masih rasa kesian dan serba salah nak ambil....  So, dia terfikir tentang aku dan Angah pun tanya la aku kot la aku boleh menjaga kucing ni hingga dia boleh berdikari... and aku cakap boleh sebab kebetulan kat rumah tu memang kucing aku si Cimot baru ada baby berusia 2 minggu.  Maybe sedikit sebanyak Cimot boleh membantu jaga baby kucing ni kalau dia mahu....

Keesokkan harinya.... Angah pergi la lagi je gerai kat Telekom tu.... Baby kucing tu tinggal la 4 ekor yang masih hidup dan mak dia ada di situ but tak peduli ngan anak-anak dia... hampeh punya mak kucing!!  So Angah prepare untuk ambil baby kucing tu untuk di bawa balik dan hantar kepada aku... bila dia nak ambil... sedihnye...hanya yang dapat diselamatkan tu cuma 3 ekor sahaja.  Seekor lagi dah mati.... Angah rasa regret sangat sebab tak ambil awal-awal.....!!  Nak buat macam manakan.... Tapi... yang 3 ekor tu.... seekor yang badan dia paling kecil nampak lemah dan nazak.   Kesiankan baby kucing tu kelaparan.... Angah bagi susu ibu pada kucing tu untuk diselamatkan.  Mulia sungguh hati Angah!!  Baru nampak baby kucing tu bergerak dan ok skit.
Anak kucing yang dikutip
Petang tu... Angah bawa baby kucing tu pada aku.  Sampai jer kat rumah.... terus aku letakkan kucing-kucing tu pada Cimot.  Rasa nak menangis bila tengok Cimot terus  jilat-jilat sampai bersih baby kucing tu macam anak dia sendiri.  Try suakan baby kucing tu kat breast Cimot...yang 2 ekor lagi tu hisap dengan ok... but yang seekor lagi tu still lemah dan terbaring jer tapi Cimot still bersihkan badan dia.... Angah  bantu bagi susu  ibu dengan srynge pada baby kucing yang lemah tu sebab bimbang dia tak boleh nak bergerak sangat kepada Cimot.  Huhuhuh.... Anak-anak Cimot  yang lain berkeliaran kat area situ dan try nak berebut susu dengan Cimot tapi Cimot buat macam biasa dan buat baby kucing dikutip tu macam anak dia juga.  Huwaaa.... Terharu giler!!  Mulai dari detik itu... aku terasa semakin mendalam sayang aku pada Cimot!!  Memang tidak dinafikan Cimot memang kucing yang penyayang... sedangkan dengan aku dan anak-anak pon Cimot gesel-gesel dan cium-cium kat muka.... Inikan pula baby kucing yang sespesis dengan dia.... Terharu OK!!  So kami pun biarkanlah seketika Cimot dengan baby-baby dia dan baby baru dia...  malam tu bila kami jengah, nampak semuanya macam ok.  Barulah rasa hati macam tenang skit.
Dapat jer kat Cimot... terus dia jilat dan bersihkan macam anak dia...
Pagi tadi... sebelum bersiap ke sekolah, anak aku si Hanum pergi spot check anak-anak kucing tu kat belakang.... Tetiba ternampak Cimot masuk ke dalam rumah dan bawak lari baby kucing yang lemah tu nak masuk ke bilik aku.... kami pun letak balik Cimot dan baby dia ke dalam kotak tu... rupanya Cimot cuba nak selamatkan baby tu yang sedang nazak dan lemah giler.... Hanum dah nak menangis dan panik.  Aku suruh Hanum bersiap ke sekolah dan biarkan aku uruskan baby kucing tu.  Aku pun bancuh susu formula kucing dan suapkan guna srynge pada kucing tu. dapat masuk mulut sedikit jer.... Janji dia dapat minum.  Aku baringkan Cimot... berebutlah baby-baby kucing tu nak isap susu Cimot termasuk baby baru tu yang tak padan dengan kecik berebut susu.  Yang lemah tu aku letak kat muka Cimot.  Cimot usap-usap dan jilat-jilat.  Aku dah berserah.... Kalau ada rezeki panjang umur baby kucing tu... insyaallah!!  Aku pun terus bersiap nak hantar anak ke sekolah dan bersiap ke tempat kerja.  
Yang lain berebut susu... Yang kecik tu terbaring lemah di sisi Cimot....
Cimot jilat-jilat supaya anak kucing tu ok.... sedih...
25 minit kemudian sebelum aku pergi kerja... sempat aku jengah Cimot dan baby-baby dia.... lega rasa hati bila nampak baby yang lemah tu merangkak perlahan-lahan dan terus ke puting susu Cimot.  Alhamdulillah!!! Lega rasa.  Sempat yang baby warna oren kacau dia tengah menyusu.  Nasib baiklah Cimot ada.  Nampak sangat Cimot ni ibu kucing yang penyayang dan berhati mulia.  Hopefully baby kucing yang lemah tu oklah hendaknya dengan pemantauan Cimot dan aku.  
25 minit kemudian... Dah merangkak dan bergerak untuk isap susu Cimot...
(kucing yang paling kanan dan paling kecik)
So, moral of the story is.... Kucing pun pandai jaga dan susukan anak yang bukan darah daging dia... Inikan pula manusia... boleh pula buang dan campak anak sendiri dari tingkat 4!! Kan kurang hajar tu namanya... Mana pergi keperimanusiaan pun aku tak tau laa.....  So... jaga dan sayangilah anak-anak anda!!

Tata!!!!

Rabu, 17 Oktober 2012

Anak Angkat Baru - C.I.M.O.N.G

Posted by Emmymazli at 5:30 PTG 0 comments
Hmmm... lama tak bersiaran di sini.... hihih.... kejap ada, kejap takder.... BZ ok!!!
CIMONG
Today nak cerita pasal anak angkat baru family aku.... Sebenornya aku baru jer adopt kucing dari kawan seopis ni pada 25 September 2012 yang lepas.  Kucing ni jenis Siberian Cat.  Comel giler... nama asal dia Popoi.  Bila aku adopt jer... anak-anak aku nak namakan Cimong.

Cimong ni memang comel dan gevu.  Tapi masa hari pertama maybe dia  masih baru di rumah aku tu.... di jadi garang dan ganas tetiba.  Tak pasal-pasal aku dan anak-anak kena cakar dan gigit dek si Cimong...  Paling teruk aku laa.... so terpaksalah masing-masing dapat rawatan doktor esoknya dan kene enjet! Hahahha... Tapi itu tak melunturkan semangat aku nak bela si Cimong ni.... But untuk masa 2 minggu aku kurungkan dia dalam sangkar.
tangan aku yang cedera kena gigit dan cakar dek kuku dia Cimong 
Setelah aku kaji kenapa si CIMONG ni berperangai sedemikian.... rupanya sebab dia rasa terancam dengan tempat dan persekitaran baru.  Lagi pula bila bertuan baru... dia masih belom kenal hati budi tuan baru tu.  Kebetulan... kucing jenis siberian ni sebenarnya spesis kucing yang bijak.  Dia faham apa manusia buat dan pandai expresikan diri dia.... kalau dia memberontak tu ada la yang tak kena.  Kebetulan pula... Cimong aku ni jantan... memang ketara pula hormon mengawan dia keluar kat ekor dia tu.... tu yang dia jadi garang bila tak dapat kucing betina.  Masa kat rumah tu... kucing betina aku si Cimot pulak mundar mandir.... sampai lari la kawan tu kena kejar dek Cimong.  Heheheh!!

Hari Isnin  yang lepas.... kitorang dah mula lepaskan dia dalam rumah.  Memang dasar kucing rumah.  Tapi rasa tak sanggup pula nak bagi duduk rumah selalu sebab bulu dia punya la kus semangat kalau keguguran.  Huhuhu...  And now... dia lebih penyayang... tak kisah dah orang belai dia...cuma 1 jer aku perasan... dia tak suka orang kendong dia lama... nanti dia akan melompat minta di turunkan.... So far... kucing jantan aku sumer gitu.... mengada!! :p  And the best thing is... si Cimong ni amatlah pembersih punya kucing... dia akan cari pasir kalau  nak berak dan kencing... hmmmm... selamat!!!  Tapi terlebih pembersih pulak... kalau tahi dia ada kat pasir dia... dia akan memekak pulak!!  Lebih-lebih pon dia akan yak yak 2 kali jer (1 hari 1 malam)... pastu dia macam tak selera kat pasir tu... bila kita dah buang yak yak dia... baru la dia nak yak yak... adehhhh... mengada punya kucing!!  Heheheh....

Whatever pun... kitorang memang sayang Cimong ni walaupun Kimie pernah ngamuk la sebab dah beberapa kali dicederakan...  Luv u Cimong!!
Tido membawa diri... tak kuase!!


Congrats Team Nasyid NRE!!!

Posted by Emmymazli at 12:25 PTG 0 comments

Pada 11 Oktober 2012 yang lepas... Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, NRE telah menganjurkan Festival Lagu-lagu Dakwah NRE 2012 yang melibatkan semua jabatan di bawah NRE seperti tahun-tahun sebelum ni.  Tahun ini... NRE menghantar kumpulan bernama Arrazin yang terdiri dari peserta lelaki sahaja berbanding tahun-tahun sudah yang membawa ahli lelaki dan wanita.  For info, penyanyi-penyanyi nasyid tu pun dari kengkawan kumpulan koir jugak kecuali sorang tu memang kebetulan minat pada nasyid jer... wakil-wakil artis dari NRE ni tak ke kemana pon diorang-diorang nih.  Pusing-pusing situ jugak.
Tahun ini... Arrazin atau NRE sendiri mempertaruhkan lagu dari kumpulan Rabbani iaitu Kerlipan Cinta dan lagu baru Wacana Merdeka yang dicipta oleh guru kami Cikgu Fadzli dari Kumpulan Far East.  Ehh... kebetulan pula... tahun ni cikgu kami sendiri jadi artis undangan... perghhh!! Seronok dan bangga tengok cikgu sendiri menyanyi!!
Far East sebagai penyanyi jemputan

Ahahhh.... Apa pon aku nak ucapkan tahniah kepada Arrazin kerana muncul Juara untuk Festival Lagu-lagu Dakwah NRE 2012 tu.  Bagi pihak aku, memang rasa happy kerana kengkawan kita menang.... tapi jauh di sudut hati...hihi.. jeles pon ada.... sebab bila kita tak masuk plak diorang ni jadi juara.  Hihihi... sungguh notty!!  Anyway... sajer jer.... mungkin NRE perlu perubahan... dan aku sendiri pun perlu berubah juga.... Yang penting... aku boleh tumpang gembira di atas kejayaan kengkawan....

Kebetulan pada tahun ini.... time yang aku tak join nasyid ni pulak... terserempak dengan Abg Mie dan Abg Waie orang kuat dari Nasyid.Com.  Abg Mie ni yang popular dengan lagu yang di nyanyikan OST I'm Not Single tu.  Meleleh tau dengar lagu tu... 2 orang ni pernah  menjadi cikgu nasyid masa aku muda-muda dulu... hihihih...... malu pon ada bila bersua.... 
Abg Mie (kiri) dan Abg Waie Ramly (kanan)
Anyway, congrats Arrazin dan NRE!!
p/s: Terima kasih Cikgu Ahmad Fadzli dari Kumpulan Far East yang setiap tahun memberi kami kemenangan dan sentiasa dalam ranking top 5.  Bangga ada cikgu macam awak dan saya amat bangga atas usaha saya dulu dapat cikgu  macam Cikgu Fadzli dari 3 tahun lepas hingga kini!! Love u Cikgu!!

Cikgu Ahmad Fadzli (kanan) dan rakan seperjuangan Far East

Layanla video dan gambo-gambo diorang ni ekk....

Lagu Pertama 'Wacana Merdeka'

Lagu Kedua "Kerlipan Cinta"

Solo Arrazin

Jumaat, 5 Oktober 2012

Cimot Dapat Baby Lagi

Posted by Emmymazli at 4:13 PTG 0 comments
Hmmm... nampak gayanya bertambah la koleksi anak kucing aku.   Cimot baru jer melahirkan 3 ekor anak dia yang berlainan color kat tepi almari tv umah aku 1 Oktober 2012 yang lepas.  Huhuhu... sabo jer laa.... Seronok memang la seronok.  Tapi jadi 1 kerja plak aku nak bersihkan tempat bersalin dia.... Terpaksalah aku pindahkan Cimot ke dalam kotak yang aku dah sediakan dari awal untuk dia rehatkan baby dia.  Bila dah pindahkan Cimot dan babynye..... Baru cimot nampak lebih relaks.
Anyway... congrats Cimot!!
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...