Ahad, 30 Jun 2013

Jalan-Jalan Sanrio Hello Kitty Town & Little Big Club, JB

Posted by Emmymazli at 5:53 PTG 0 comments
29 Jun 2013 - Hello Kitty Family Theme Park,Putri Habour,JB

Salam semua...

Kalini nak story pasal aktiviti aku sekeluarga.  Alkisahnya kami sekeluarga pergi jalan-jalan ke Sanrio Hello Kitty Town & Little Big Club Putri Habour di Johor Bahru.  Ni semua keinginan anak-anak aku la terutamanya si Hanum yang minat giler dengan Hello Kitty.  Nak dijadikan cerita.... sebenarnya tour kitorang ni secara ad hoc jer, tak dirancang lama pon... Ini semua gara-gara kitorang nak make sure tiket promosi ke theme park ni digunakan sebelum tarikh tamat tempoh.  Cerita pasal tiket promosi tu ada di SINI (sila klik) yer.
Tiket promosi yang kami beli semasa Karnival Pelancaran Visit Malaysia 2014
Apa sangat la yang nak diceritakan.... kami layan anak-anak jer.  Dah tentu la diorang yang seronok....  Antara aktivitinya ialah dapat buat aktiviti-aktiviti menarik yang berkaitan dengan maskot kartun dekat hall tu, tengok show Hello Kitty & Dear Daniel serta kengkawan.  Best part bila dapat jumpa dan bergambar dengan maskot dalam kartun yang diorang minat macam Hello Kitty & Dear Daniel, Pingu,  Angelina Ballerina, Thomas & Friends, Bob the Builder, Barney & Friends dan macam-macam lagilah.... tapi keutamaan pon pada Hello Kitty & Dear Daniel lah kan.... hehehehe.  So far memang diorang puas hatilah haritu.... Happy when they are happy!!
 
Alang-alang dah kat JB, kami stay one night di sana.... kebetulan malam tu ada perlawanan JDT vs Kelantan.... aiyoooo... sesak bandar JB walau nak gi makan jer pon.  Sabo jer laa.... Dalam orang dok sibuk tengok bola kat tv stadium... kitorang di jalan-jalan kat Uptown JB.... bukannye nak shopping sangat tapi nak jalan-jalan tengok tempat orang.... heheheh....
 Uptown JB (kredit pic ORG.KPG)
Oklah.... takde apa dah nak story... bukan gi London pon kan... kihkihkih.... sekian dulu story pasal gi jalan-jalan ni... tengok apa plak lepas ni yer..... Tataaaa....

More Pic HERE

Khamis, 27 Jun 2013

Melawat Stesen Tv Al Hijrah

Posted by Emmymazli at 5:50 PTG 0 comments
18 Jun 2013 - Stesen TV Al-Hijrah

Alhamdulillah... sejak Unit Komunikasi Korporat (UKK) buat event mana-mana lawatan... lawatan yang ini jugak boss aku lepaskan aku pergi.  Kalau yang best-best dan jauh tu memang takder chance la aku kan.... huhuhu... apa pon.... syukur dapat peluang ke Stesen TV Al-Hijrah untuk melihat lebih dekat cara diorang bekerja.  Kebetulan pula... sahabat aku Ila dan Ida pon ada sama... kira ada geng aku la masa lawatan tu... hihihih.

Korang tau kan Stesen TV Al-Hijrah ni memaparkan rancangan islamik kat tv? jangan tak tau pulak yer... malu den.... almaklum ler... Astro dah monopoli... so channel lain korang tak pandang dah... hahaha... yang cakap pon ni sama... kihkihkihkih....

Apa sangat la yang menarik kat sana ekkk.... hmmmm.... yang menarik pada aku dapat verangan jadi macam pengacara tv... kihkihkih... tapi bagi aku kenangan manis masa di sana bila dapat duduk di set dan kerusi yang Ustad Don hos iaitu program 30 Minit Ustad Don yang disiarkan setiap subuh tu.  Wehuuu..... mana la tau... ada rezeki jadi cam dia.... aminnnn!!! Tapikan... kalau Ustad Don ada lagi bestkan masa tu... dapat tengok diorang recording.  Ecehhhh!!

Apa pon... terima kasih kepada urusetia Stesen TV Al-Hijrah yang menjemput kami untuk lawatan dan memberikan banyak penerangan tentang program serta produk yang u all paparkan di tv.  Banyak juga perkara baru yang kami dari NRE tau nih.... Last but not least.... thanks for the goodies yer... 
Antara produk/program Tv Al-Hijrah
Dapat duduk di set 30 Minit Ustad Don
Goodies kami... tq yer
Bangga dapat singgah di sini... wehuuuu

Majlis Apreasiasi Sekalung Budi 2013

Posted by Emmymazli at 2:58 PTG 1 comments
26 Jun 2013- Hotel Marriot Putrajaya

Salam semua...

Kalini just nak update aktiviti koir aku... hmmm... dalam keterpaksaan aku join koir ni untuk menjaga hati kawan-kawan dan juga orang atasan. 

Event kalini sebenarnya nak meraikan mantan Menteri dan Timbalan Menteri NRE dan juga mengalu-alukan kedatangan Menteri dan Timbalan Menteri yang baru.

Apa jer nak aku katakan.... event macam ni kita just jadi artis jermputa yang tak berbayar jer laa.... menyanyi dan makan... kalau ikutkan... semasa event ni berlangsung.... hati ni cam sakit sikit la.... rasa kita (budak-budak koir) ni walau kakitangan yang terdiri daripada warga nre yang buat kerja amal seolah-olah tak dihargai.  Rasa macam bangang sangat kot masa tu.  Tapi malas nak citer lebih-lebih.

Hmmm... malam tu.. artis jemputan tu Dato' M. Daud Kilau.  Maintan gitu persembahan dia... entah berapa kali bukak baju... baju yang dipakai pon berlapis-lapis... mengerlip-mengerlip... tapi bila difikirkan balik... ada jer duit nak bayar artis cenggini ekk... tapi kalau artis nre... sesen pon tak leh bayar.... baju yang diberi pakai pon diminta balik... aset la katakan.... bila diberi makan malam tu pon macam melukut ditepian gantang... sebelum nyanyi ada meja... lepas nyanyi seat kena amik... pastu buat muka tak bersalah tu yang aku hangen tu....  haiiiii laaa..... kenderaan untuk amik kitorang pon bersyarat.... kejap ada kejap takder.... kalau nak ikut urusetia kena pergi awal.... pastu bila kita naik kenderaan sendiri.... bukan leh claim pon parking or duit minyak keta... huhuhu... sangat tak adil.... pastu kononnya kitorang disediakan bilik persalinan.... tapi bilik persalinan 1 untuk semua penyanyi koir (8 orang wanita) bersama urusetia serta entah saper-saper ntah.  Sampai nak masuk bilik air pon menunggu giliran. Dah la bilik sempit... bilik air 1.... nak masukkan semua orang... cam hareeemmm... bukan tak nak syukur... tapi hagak-hagaklah kan... nak bersiap macam mana kalau dah rupa sardin biliknyakan.... pemutusnya aku dan kengkawan yang hati tengah sakit ni bersiap di toilet hotel di aras 2 dekat ngan surau tu.... dengan tak mandinya buat show...

Hmmm.... rasa cam taubat jer nak buat show luar.... sendiri leh pikir la….

Oklah…. Cerita panjang pon tak guna… bikin ati sakit…. Got to go…


Selasa, 25 Jun 2013

8th Nestle Koko Kruch Junior Taekwondo Championship 2013

Posted by Emmymazli at 2:22 PTG 0 comments
23 Jun 2013- Stadium Badminton Cheras

Salam Semua...

Today nak update aktiviti anak-anak lak....

Sebenarnye aku  masih tak percaya lagi anak teruna aku si Kimie tu join pertandingan teakwondo sekarang ni.  Sebab aku sangka anak aku masih kecik... tapi tu laa.... dari kecillah kita kena tanamkan minat pada anak-anak untuk sesuatu bidang.  Betul tak...

Sebenarnya... tempoh untuk si Kimie ni ceburkan diri dalam sukan sparing taekwondo ni sangat singkat.  Baru 2 minggu lepas dia join.... dapatlah 6 kali trainingnya.  Sebelum ni just masuk kelas basic taekwondo di Presint 18, Putrajaya every weekend.  Kesian pon ada bila minta dia fokus dengan latihan ni... penat wehh... siang kena sekolah, petang kena latihan sukan.... malam plak gi training sparing.  Tapi atas advice cikgu taekwondo dia, Sir Stephan yang memaklumkan Kimie ada bakat kalau di asah... aku pon ok jer laaa.... Kiranya Kimie ni wakil dari Putrajaya la bersama anak kawan aku si Haris... Kimie pon ok sebenarnya walaupun dia takut ngan cikgu yang ajar kelas sparing tu, Sir Muhin... garang katanya.... tapi aku kena la yakinkan yang cikgu yang garang ni nanti akan buat Kimie cepat pandai.... maka bermulalah episod menghantar si Kimie ke kelas sparing di Dengkil setiap Rabu, Khamis dan Jumaat dari 8.00-10.30 malam.  Ni kira kelas intensif sebelum 2 pertandingan yang bakal berjalan seperti pertandingan Koko Krunch dan Koryo Circuit.  Aku pon masak jugak laa.... pertama skali kena keluar fulus beli barang persiapan ahli sukan taekwondo... yang keduanya... aku ni memanglah kena berkorban masa dan tenaga untuk anak-anak bila kena keluar hantar Kimie... then tunggu sampai jadi tukun gamaknya sehinggalah jam 10.30 malam tu... huhuhuhu... aku yang terasa letih giler dari orang yang gi training.... huhuhu

Untuk pertandingan 8th Nestle Koko Kruch Junior Taekwondo Championship 2013 ni.... aku memang tak mengharap Kimie boleh pergi jauh memandangkan tempoh training dia sangat singkat kalau nak dibandingkan peserta dari Koryo Sepang yang lain.  Kimie ni amatur sangat berbanding dengan yang lain sumer dah pro walaupun diorang masih kecil. Tapi.... walaupun pertama kali dia join pertandingan gini, at least Kimie dapat mara ke pusingan seterusnya setelah game pertama dia menang dengan point 9-4.  Game yang kedua Kimie tak berjaya setelah kalah dengan pihak lawan 0-7.  Hihihi... nak buat camner.... alasan Kimie budak tu tinggi... dia sepak tak sampai...budak tu sepak asik sampai jer...  hahahah.... belum dapat teknik lagi.... sabo jer laaa.  Kimie memang frust... tapi perjalanan dia baru  bermula dan masih jauh.  Masih ada masa untuk perbaiki diri.
Apa yang menarik kat pertandingan ni ekk... haaa.... dah tentulah budak-budak suke bila masing bleh makan sebanyak mana koko krunch yang ditaja.  Hahaha.... sakan diorang makan sampai lupa makan tengahari.  
Apa pon.... mama bangga ngan Kimie yer walau Kimie tak menang... Next time cuba lagi yer!!

Jumaat, 21 Jun 2013

Congrats Arrazin!!

Posted by Emmymazli at 8:34 PG 0 comments
Salam semua..

Harini nak share kegembiraan sahabat-sahabat NRE yang menyertai kumpulan nasyid telah berjaya mendapat tempat kedua dalam Festival Lagu-lagu Dakwah NRE. Huhuhu... proud of you guys!! Jangan kecewa sangat ekkk... kalau tahun lepas korang johan... tahun ni naib johan pon kira ok kan... Cuma aku frust sebab burung yang korang minta aku carikan sehari sebelum pertandingan untuk persembahan korang tu tak digunakan... kalau korang guna mesti gempak wehhh... Confirm nombor 1!!!! Hehehe!!! Pedulikan la burung tu kalau korang lepaskan dia nak berkeliaran terbang dan berak kat mana pon.... Janji menang yer tak??? Itu lom termasuk pokok yg korang order tapi tak dapat dari Ila.... hahaha. ...

Apa pun... dah terjadikan.... No.2 is ok!! Bukan senang nak dapat tu... Congrats Arrazin!!!
 
Kalau  nak tengok video yang sempat aku rakam... bleh tengok di sini... tapi kualiti tak berapa ok la ekkk... hihihi

Khamis, 20 Jun 2013

Kimie Start Training Sparring Taekwondo

Posted by Emmymazli at 5:53 PTG 0 comments
19 Jun 2012 - Pusat Latihan Taekwondo, Dengkil

Nampak gayanya, Kimie dah mula join kelas sparring taekwondo untuk memulakan cabaran tournament pula selepas ni... Hmmm... apalah gayanya kan....

Apa pon dia sebenarnya dalam hati nak ngan tak nak pergi kelas ni sebab katanya Sir Muhin yang mengajar dia ni garang sangat.... sampai tahap bleh menangis wehhh... kihkihkih.... lagi pula student yang kat situ most of them dah pro walau muda dari Kimie.... dia pula baru nak terhegeh-hegeh belajar.... apakan daya.... cuba jer la nasib.

Doakan yang baik-baik jer untuk Kimie yer... mana tau rezeki dia... Aminnnnnn


Isnin, 17 Jun 2013

Hubby Jadi Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Pinggiran Cyber???

Posted by Emmymazli at 3:40 PTG 1 comments
16 Jun 2013 - Padang Permainan TPC

Baru-baru telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Pinggiran Cyber Kali Pertama sejak ia ditubuhkan bertempat di Padang Permainan TPC... depan rumah aku jer.... mesyuarat kali ini diadakan bagi melantik pengerusi dan ahli jawatankuasa kerja secara rasminya untuk menjalankan aktiviti-aktiviti persatuan penduduk.  Hmmm.... Dalam tak sangka...Cian plak kat hubby aku... Tak pasal-pasal menggalas tanggungjawab besar sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk Pinggiran Cyber.... aku tak nampak plak apa kelebihan laki aku tu hingga orang-orang taman melantik dia.... tapi... hmmmm sabo jer laa...  Apa pon... bila dah diberi tanggungjawab... terpaksalah dilunaskan dengan rela hati yer tak.... Anyway...  tahniah kepada ajk lain yang dilantik yer... semoga kalian dapat menjalankan tugas dengan jayanya  (termasuklah laki aku.... hahahahha)....

Layan jer la gambar sekitar Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Pinggiran Cyber ni.....
AJK-AJK lama
AJK yang dilantik

Pengerusi Baru!! Hahahah

Ahad, 16 Jun 2013

Sambut Fathers Day Di Kampung

Posted by Emmymazli at 3:25 PTG 0 comments
Fathers Day!!! Syukur dapat sambut ngan abah tahun ni bersama pakcik aku Waknang dan ipar aku Zahri. Laki aku??? huhuhu... cedeyyy.... outstation... tak dapat balik kampung bersama aku sekeluarga.  Kalau dia ada bleh sambut sekali kan.... Huhuhu.... Nyampah.... tapi layankan jer.... Kami celebrate ssecara simple jer dengan hanya potong kek sebab  abah dok lorat nak uli roti canai malam tu.  

Apa pon... disebabkan sambut dengan waknang sekali... dengan rela hati waknang bawak durian dari rumah untuk kami yang balik kampung ni jamu durian.... syukur....Thanks waknang....

Anyway.... Happy Father Day My Darling Mazli, Abah, Waknang dan Zahri yer....
 
 
 

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...