Isnin, 30 November 2015

5th National Interclubs Taekwondo Championship

Posted by Emmymazli at 12:58 PTG 0 comments
27-29 November 2015 - Stadium Badminton Cheras
Salam semua... entry  kalini update pasal taekwondo tournament anak bujang aku... Alhamdulillah... kalini anak bujang aku si Kimie terpilih dalam 5th National Interclubs Taekwondo Championship ni.  Untuk anak dara aku si Hanum... bukan dia tak terpilih untuk sertai game ni... tapi atas rasa tanggungjawab dan amanah pada Sir dan Kelab Koryo.... Hanum diminta untuk jaga Pertandingan Taekwondo Daerah Sepang pada hari yang sama... maka dia taklah dapat sertai tournament kalini.  Insyaallah... ada rezeki lain untuk Hanum.  Aku tahu Hanum sedih dan stress bila tak dapat main... sedangkan kawan seangkatan semua ada... Tapi insyallah kak Hanum.... ada rezeki lain nanti untuk akak....

Seperti biasa... Kimie dah pandai sesuaikan diri dalam pertandingan.  Tak perlu aku nak guide or bantu.  Untuk menang pingat emas/perak kalini.... Kimie kena lalui 3 game... aku serah sepenuhnya pada Kimie untuk pilih jalan yang dia hendak.  
Kimie vest biru
Kimie vest merah
Bab cakap-cakap belakang dari parent lain pasal anak aku... dah malas aku nak layan.  Lantaklah korang nak kata anak korang hebat ke apa... Yang penting Kimie dah berusaha tunjukkan kebolehan dia.  Biar Allah dan Sir yang melatih Kimie jer tahu yang Kimie dan aku sendiri as parents tak pernah memintas atau cuba membodek sir untuk beri tempat pada anak aku ke tournament besar.  

Well... Alhamdulillah.... Kimie merangkul pingat perak.  Walau pingat perak... aku dah cukup bangga... bukan mudah nak berjaya... Mama bangga dengan adik...!!
Selebihnya... aku nak ucap tahniah juga buat Kelab Koryo Malaysia yang berjaya menjadi Johan untuk Overall di tahun 2015.  Congratsss team dan coches!!  Moga tahun depan bawa sinar baru buat anak-anak kita semua yer.

Last but not least... layan gambo jer lah yer... 
Gambar kejayaan Kelab Taekwondo Koryo
Antara pala yang dimenangi
Peserta di beri taklimat oleh Sir KM Rajendran sebelum balik
Kimie pon nak pegang trofi besar!!
Antara anak-anak Koryo Sepang yang join tournament dan berjaya


Jumaat, 20 November 2015

Baby Daiyan Mula Bersimen

Posted by Emmymazli at 2:42 PTG 0 comments
20 November 2016 - Hospital Melaka

Lagi  kisah anak  buah lelaki kesayangan aku nih.... Aku dimaklumkan dari adik ipar aku si Adda  @ Ibu Daiyan yang baby Daiyan kena pakai simen di kaki dari tapak kaki hinga ke peha untuk tegakkan kaki dia buat masa 5-6 minggu.  Every week kena tukar simennya.  Katanya... kasut khas untuk bayi Clubfoot tu sebelum ni (klik citer sebelum ni) macam sukar skit buat Daiyan untuk pulih normal cepat.  Hmm... apa-apa jer la janji Daiyan boleh pulih seperti bayi  normal lain.  
Kaki Daiyan bersimen
Adda bagitau lagi... lepas dari kena simen tu... Daiyan asyik merengek macam ada yang tak kena jer.  Maybe tak selesa buat masa ni.  Sakit pon yer juga kot.  

Adik Daiyan... adik kena kuat yer sayang maklong... Maklong cayang adik.  Nanti adik boleh main-main dengan abang Kimie.  Abg Kimie kata nak jalan-jalan pergi zoo bawa adik nanti.  Boleh lari-lari yer dik...

Cayang adik....


Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...