Khamis, 3 November 2016

Mr. Donat Karamel (Novel to Drama)

Posted by Emmymazli at 4:51 PTG 0 comments
Baru jer Encik Suami belikan novel ni Ahad lepas di KLCC... khatam novel ni pun baru 2 hari lepas... tetiba bleh ternampak citer ni kat TV3... huwaa... suka... suka... boleh bayangkan dah storynyer.... seronoknyaa....

SINOPSIS MR DONAT KARAMEL
🍩🍩🍩🍩🍩🍩🍩🍩🍩🍩🍩🍩🍩🍩🍩


Mr. Donat Karamel 

Kisah seorang novelis bernama Anggun Qairah yang kerjanya menulis dan makan donat karamel di sebuah kafe. Hari-hari tanpa jemu. Di situ dia mencurahkan ilham. Di situ dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya. Suatu hari dia bertemu dengan Faiq Faiqal secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil yang merosakkan segala khazanah pentingnya. Cermin mata dan komputer ribanya hancur digilis kereta. Dengan rasa simpati, Faiq membantu Anggun dan menggantikan dua barang penting milik Anggun. Anggun yang rabun, tidak cam siapa lelaki yang melanggarnya. Faiq pula sudah gila bayang. Dia, CEO Design Dynamic Berhad turun pangkat sebagai pelayan di Kafe Donat Karamel semata-mata kerana mahu mendekati gadis idamannya dengan menyamar sebagai Rafiqi. Rafiqi yang konon-kononnya meminati semua karya garapan Anggun. “Kenapa? Cik ingat tak ada lelaki yang baca novel ke? Lelaki yang baca novel tu sangat gentleman tau, cik.” Hari demi hari hubungan mereka semakin berkembang mekar sehinggalah Zhariff, lelaki sekampung dengan Anggun, mula mengganggu hubungan mereka. Namun, hubungan mereka tetap kukuh sehinggalah hari bersejarah mereka. Anggun kecewa bila tahu Rafiqi yang sebenarnya adalah Faiq. Dia rasakan Faiq tidak ikhlas bila Faiq tidak jujur dan menipunya selama ini. Bermulalah misi ops pikat isteri yang dijalankan oleh Faiq. Pelbagai adegan lucu yang Faiq ciptakan. Zhariff pula tidak jemu meminta-minta Anggun daripada Faiq. Sebagai suami Faiq rasa tercabar. Anggun pula salah faham bila terdengar pertengkaran mereka lalu membawa diri ke kampung. Bahagiakah Anggun di sisi Faiq? Faiq pula, masih ada lagikah kesabaran dalam menempuh rumah tangga yang dibina? Cinta perlukan kesabaran. Faiq pasti, akan ada bahagia di penghujung jalan.


Isnin, 24 Oktober 2016

The Running Diva Malaysia

Posted by Emmymazli at 8:50 PTG 0 comments
23 Oktober 2016 - Pullman Putrajaya Lakeside

Salam semua...

Event running lagi yang aku nak update..   Biar gambar jer bibicara yer...

Me & Hanum before start run
A few pic ihsan dari Action Pic... after Flag off
 
sebaik turun dari jambatan depan picc kami sempat possing
Jumpa Ain and her friend
We on the road
At last finished our 3km 
Our medal....
Nice huh??? Bra medal... the one and only we had

Meet my friend Kak Emma.  She managed to finished her 10km run even she not well.
I meet my old friend from Polytechnic Port Dickson.... so long not to see her but this event let us meet together.
Before going back... posse dulu yaa

Ahad, 23 Oktober 2016

Ariani Hijab Run 2016

Posted by Emmymazli at 5:02 PTG 1 comments
22 Oktober 2016 - Jakel Mall, KL

Salam semua...

Harini nak update aktiviti berlari.... biar gambar berbicara la yer... hehehehehe

Gathering time before start run....
Me, Ain, Ain;s cousin, Hanum & Kimie
With Reen
Pengacara of the day... Dee & Fara Fauzana
Penampilan Khas, Datuk Siti Nurhaliza, Bella Delly & Kuza
Did they run?
With one of pelakon Suri Hati Mr. Pilot, Sis Elena
Hanum paling excited jumpa Elena ni
Sempat possing dengan Dato' K
Hanum with KLCCnya
At last... We finished our run...
Jumpa old fren Izwan
Hanum so proud with her self  yang sedang tak sihat but still boleh habis 5km walk & run
Lepas lari kami kelaparan... heheheh
We all dapat tudung Ariani khas untuk 500 penyertaan terawal... alhamdulillah
Inilah tudungnya.... cantikkan...
Medal of the day...
This 3 girls sempat possing sementara kami mak-mak sibuk makan-makan... hehehhe

Rabu, 19 Oktober 2016

Hanum Tak Sihat

Posted by Emmymazli at 5:00 PTG 0 comments
Harini aku sgt cuba menahan sabooo... first dpt berita si kakak Hanum Anum sgt weak di sekolah... aku mmg dah tau si kakak x sihat dr pg tp dia ttp nak ke sekolah sbb esok nak start exam so gigih dtg sekolah... maybe dah tak tahan sgt sampai cikgu telefon mohon ambil. Masa nak ambil... jumpa pakcik guard kat guard house sekolah... kita maklum nak amik anak lepas cikgu telefon. "Suruh anak puan jalan ke depan la... bukan x boleh jalan pon kan.." terdiam jap... tp aku bersangka baik lg... aku bgtau "cikgu suruh amik situ...dia yg bgtau anak x larat nak jalan... kawan2 papah dr top floor sampai ke pejabat sekolah" Saje aku minta bawa skali kereta sampai foyer pejabat... pck guard jawab dgn sinis "semua org ckp gitu nak senang" terkesima jap dgn jawapan mcm hampehh... tu pon aku menjawab... "kalau betul anak saya x larat jalan... mana larat saya nak papah anak saya sorang2 ke depan..." "ikut jelah saya ke pejabat... saya tgk ada ke tak". Dah mula dah perasaan menyirap ni dgn ayat org tua ni... tp aku masih bersangka baik sbb aku tau dia sdg jalankan tugas... aku hormat kerja dia... cuma rasionalnya... ckp elok2 bleh tak... ???

Sampai depan pejabat.... tgk dia dah terpacak situ... bila aku keluar kereta... dia tgk anak aku ada situ... dia boleh ckp "budak boleh je jalan...saje dia... gi opis dulu" pastu dia blah. Aku dah rasa nak panjat org dah masa tu... tp mak stay cool yer....

Sampai kat opis... jumpa cikgu yg call td... sambil isi form n borak2 skit psl keadaan kakak hanum... aku mula tanya... "pck jaga depan tu mmg eksen skit yer... saya ckp elok2 nak bawa anak balik... nak bawa kereta ke depan supaya mudah saya nak papah anak balik sbb cikgu kata dia x larat nak jalan td... dia boleh bahasa2kan saya..." aku explain lg... cikgu pon faham anak murid dia mcm mana... dlm tgh explain tu tetiba pakcik tu masuk... sambil bg borang pelawat suruh aku isi n menceceh lg "budak boleh jalan saje dia... nnt pulang borang ni kat depan"... terus di blah... kebetulan pula mmg masa tu tgh berckp psl dia... terus aku pandang muka cikgu and say "see cikgu" dgn senyum sinis dan teruskan isi buku n borang. Cikgu tu pon muka cam sentap bila guard boleh ckp gitu depan dia sdgkan guru dah maklum pd parent keadaan anak yg mmg sedang x larat... aku rasa cikgu pon x sangka kot dia leh ckp gitu... mmg aku aim pakcik guard ni... !!!

Nak keluar pintu saje aku tunggu kot dia nak bebunyi lg.. mmg kena la ledakan dr aku... aku fikir x nak melenting x psl2 jer td sbb fikir di kawasan sekolah n rasa hormat aku pd org tua... tp nasib dia x bunyi dah. Aku bg borang n kena isi buku lg dgn muka cam nak terkam org jer... sambil tu aku dok perati nama dia kat baju uniform dia... MOHD SIDEK BIN SHUPA'AT. Hah... amik ko... nama penuh... Ehh... geram laa... sblm ni aku berurusan dgn guard wanita sblm ni kat sekolah x pernah ada masalah... aku akan ikut prosedur kalau perlu... apa masalahnya nak sindir2 bagai... hangin plak aku... ada kang tak pasal kene tempeleng ni kang. Tgh2 panas... aku pon tgh panassss...
Hanum dengan muka pucatnya masa masuk kereta
Bawa hanum ke klinik kesihatan putrajaya presint 18... setau aku ramai kawan2 kata klinik ni servis cepat... lg pon dekat ngan opis... aku terus ke klinik...

Dah register semua bagai... nak tunggu turn kakak hanum... dia dpt bilik no.3 aku tak tau la apa ke lama nau org yg doc periksa.. rupanya member opis aku yg sorang ni pukul 10 lebih tunggu tp x dpt turn bilik yg sama... same goes dgn ada sorang lg patient yg dah merah mata dia demam. Mula aku jd hangin lg... td hal pck guard... ni menunggu berzaman lg... org yg after2 aku dah balik n dpt ubat pon... yg aku ni masih jd penunggu bersama yg lain... aku rasa cam x logik pula bila dah bg no bilik pd patient... kalau kena patient sblm tu buat rawatan lama... yg selepas2 tu menunggu la bagai nak rak... kalau bilik lain cepat... org yg kemudian boleh lah balik cepat... tak ke mcm haram... apa la salahnya bilik rawatan tu bg kat patient ikut rotation jer dr terus bg no bilik dr awal then kena tunggu. Unfair kalau kena mcm aku and 3 org sblm aku td. Tak ke kuang hajau!!! Malas je nak bising2 td... tp bising juga la kat Muzs Munchkin yg sama2 nunggu bilik yg sama td... aku tak salahkan doc or patient yg lama2 td... tp aku salahkan sistem yg sgt x unfair!! Ngeng!!!

Nasib la doc tu baik walau lambat... kakak dpt rawatan... kena drip n rehat... esok nak examkan... ya allah... sabo benor aku harini dgn perangai sorang2... jarang aku buat karangan berjela ni... tulis blog selalunya pon x berjela gini... doakan anak dara aku tu... jgnlah berjangkit dgn si adik plak... risau wehh.. Get well soon kakak


Isnin, 10 Oktober 2016

Kejohanan Taekwondo Terbuka Negeri Sembilan

Posted by Emmymazli at 4:22 PTG 0 comments
9 Oktober 2016 - Politeknik Nilai, Negeri Sembilan


Assalamualaikum semua...

Harini nak share kemanisan skit... hehehe... manis la sangat kan.... actually... anak-anak aku baru jer menyertai Kejohanan Taekwondo Terbuka Negeri Sembilan di Politeknik Nilai.  Tournament kalini memang takde dalam perancangan nak join pon.  Right after habis CK Classic jer terus dapat borang untuk menyertai tournament ni.
So... anak-anak terpaksalah berusaha keras skit untuk perlawanan ni.  Nak tambah folio dalam dunia taekwondo.

Seriously.... aku hanya dapat hantar anak aku kat Politeknik Nilai jer.  Selebihnya terpaksa aku tinggalkan sebab aku terlibat dengan Pertandingan Bowling anjuran Jabatan Perpaduan Sepang pada pukul 10 pagi.  Tak dapatlah tengok anak lawan... agak sedih kerana tinggalkan anak uruskan diri sendiri walau aku tau diorang dah biasa berdikari bila terlibat dalam perlawanan.  Huwaaa... tak tenteram hokeyyy.... pasal perlawanan bowling tu nanti aku citer di next entry yer.....

Apa-apa pon... masa aku sampai... aku diberitahu yang Hanum kalah di 2nd bout dan menempatkan dia pemenang pingat gangsa.  Nasib aku  balik on time so sempatlah tengok Kimie lawan masa dia di final bout. Aku sendiri tak sangka Kimie dapat mara ke Final.  Syukur alhamdulillah...  And guest what... Kimie akhirnya dapat merangkul pingat emas pertama dia di tahun ini.  Syukur alhamdulillah sekali lagi.... terubat skit kekecewaan dia masa Kejohanan CK Classic International baru-baru ni.  Yang kelakarnya... tahan dia seronok sangat dapat pingat emas tu... dia pakai medal dari naik podium sampailah nak balik masuk kereta tak mau tanggal... cam poyo pon ade gak... tapi... maybe sebab terlampau happy dengan glory morry dia tu... sampai tak mau tanggal medal... 
Tahniah buat anak-anak aku... dan tahniah juga buat anak-anak Koryo Sepang dan juga KELAB KORYO sendiri yang memenangi tempat kedua bagi acara keseluruhan.  Bangga sangat!!!!

Jom tengok gambo-gambo....
 
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...