Memaparkan catatan dengan label TPC Activities. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TPC Activities. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Februari 2016

Majlis Anugerah KRT dan Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Daerah Sepang

Posted by Emmymazli at 11:50 PG 0 comments
26 Februari 2016 - Dewan Harmoni, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM

Salam semua... hakak dah lama tak pergi event-event jemputan ni dik.... Nak dijadikan cerita... encik suami yang merupakan Pengerusi KRT Taman Pinggiran Cyber dapat jemputan untuk hadir Majlis Anugerah KRT dan Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Daerah Sepang.  So encik suami kena invite lagi 3 orang AJK KRT TPC untuk join skali.  Memandangkan hakak ni penolong setiausaha... kenalah ikutkan.... yang lain tu biar Setiausaha dan Bendahari yang pergi.  
Dari kanan: Mazli (Pengerusi), Emmy (Pen. Setiausaha), Nizam (Bendahari) dan Alias (Setiausaha)
Apa sahajalah nak aku cerita... event-event korporat gini takde apa yang menarik sangat pon.  Tapi hakak suka persembahan silat yang ditunjukkan haritu... rasa cam hakak yang bersilat dikk... semua aksi yang diorang buat dulu hakak dah  buat.... dulu takde nyer nak control-control ayu... perangai hakak cam jantan skit.... heheheh... melalut kelain plak hakak....
Ucapan dari Pengarah JPNIN Sepang
 Persembahan tarian kipas daripada Kumpulan Galang Maya SK Pulau Meranti.
Persembahan silat daripada Jiran Muda KRT Taman Pantai Sepang Putra
 
Majlis tu takde pon anugerah untuk KRT TPC... tapi bagi support majlis yang Jabatan Perpaduan Sepang buat.... so yer kan ajelahhhh.... tapi tak sangka pula jumpa kawan yang anaknya sama sekelas Kimie... husband aku pon pelik... mana-mana pergi ada jer kawannya.  heheheh.
Penerima anugerah pada haritu
Oklah... end story yer... bye!!

Ahad, 3 Januari 2016

Melawat Jiran Bersalin & Kematian Anak

Posted by Emmymazli at 11:49 PG 0 comments
2 Januari 2016 - Taman Pinggiran Cyber 

Salam semua...

Sedih bila mendengar khabar sedih seorang jiran taman aku ni di tahun baru gini... Jiran aku ni namanya Asu.  Dia baru lepas bersalin anak yang kelima.  Tapi malangnya anak yang dilahirkan tak cukup bulan dan ada komplikasi lain.  Selepas beberapa jam baby Asu dilahirkan secara caeserian.... baby Asu telah meninggal dunia.  Kesian sangat pada Asu.  Khabarnya Asu tak sempat pon jumpa anak dia ketika masih hidup sebab masih tidak sedarkan diri lepas pembedahan... namun sempat la tengok sebelum anaknya dikebumikan....kesian... kesian... kesian... moga Asu tabah menghadapi ujian yang Allah berikan... Anak itu akan menanti Asu di pintu syurga... Amin... Al-Fatihah.

Kami mama-mama TPC yang mengenali Asu telah melawat Asu petang semalam... kebetulan Asu pon baru keluar dari hospital.  Itu pon kalau aku tak wasap Asu untuk tanya khabar tentang anak-anak kami yang sepatutnya pergi hari orientasi sekolah bagi tingkatan 1 semalam... mesti aku sendiri pon tak tau berita yang Asu dah masuk wad masuk 3 hari... apatah lagi yang lain.  Senyap-senyap jer Asu ni.... 

Anyway.. menda semua dah selesai... kami as jiran just bagi semangat kepada kawan-kawan.  Moga ukhwah berpanjangan. 

Ahad, 16 Ogos 2015

Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Pinggiran Cyber 2015

Posted by Emmymazli at 3:51 PTG 0 comments
15 Ogos 2015 - Taman Pinggiran Cyber, Cyberjaya

Salam semua... kalini just nak update aktiviti taman perumahan kita duduk ni.  Lama tak story mory kannn... hehehehehe... 

Memandangkan semalam adalah hari terakhir bulan Syawal... maka pihak persatuan penduduk TPC dan juga KRT TPC telah melaksanakan jamuan raya untuk diraikan bersama semua penduduk TPC. 

Alhamdulillah... jamuan kalini nampaknya lebih meriah dari 2 tahun sebelumnya.  Tahun lepas tak dapat nak raikan kerana husband aku yang juga pengerusi penduduk TPC masih lagi bersedih dengan kehilangan mak... maka tahun ni walau macam mana pun mau kasi jadi juga.  Bila semua persiapan berjalan lancar dan juga perancangan lebih awal telah dilakukan.. maka majlis dapat dilakukan dengan baik.  Alhamdulillah sangat.

Majlis kalini... dengan sambutan yang ramainya... dengan goodies yang banyak... dengan potluck dari penduduk yang meriah.... dengan duit raya dan juga hadiah  untuk pakaian tercantik.... dengan cabutan bertuah... bak kata... semua puas hatilah.... terima kasih semua yang memberi sumbangan.  Moga Allah murahkan rezeki kamu semua..... 
Terima kasih dan tahniah juga kepada AJK yang terlibat menjayakan majlis ni... memang owesome!!!

Seperti  biasa.... biar gambar berbicara...
Ucapan Pengerusi dan Bacaan Doa

Makanan dan potluck  yang disediakan dari penduduk TPC

Suasana majlis... sangat meriah....

Pemberian duit raya dan juga goodie bag kepada kanak-kanak

Pakaian lelaki terbaik
Pakaian wanita terbaik
Pakaian kanak-kanak wanita terbaik
Pakaian kanak-kanak lelaki terbaik
AJK yang menjayakan majlis.... 

Selasa, 4 Februari 2014

Kes Pemaju Taman Pinggiran Cyber Gulung Tikar!!

Posted by Emmymazli at 3:49 PTG 6 comments
Adussss.... Stress betul ngan pemaju rumah aku  ni iaitu Perspektif Perkasa Sdn. Berhad @ Talam Corporation.  Macam hampehhh... kalau bukan kat blog mau berbakul lagi sumpah seranah aku.  Sakit pula ati kita ni bila mengenang nasib membeli rumah di TPC yang ada jer permasalahan  berlaku.  

Kalau orang lain beli rumah senang-senang jer.... kenapa la nasib aku dan penduduk TPC yang lain gini... kalau orang kaya takper.. boleh juga cari or beli rumah lain.  Ni dah la rumah susah nak cari... mahal lak tu.... tak mampu den der.... 

Kalau sebelum ni ada jer.. Mula-mula skali kes tuntutan bayaran.... ada jer diorang nak ngelak dari bayaran tuntutan tribunal kes lewat siapkan rumah terbengkalai 8 tahun.... satu sen pon tak dapat!! Macam cilako!!! Kendian tu.... kes rumah retak sana sini.  1 kerja pulak nak repair sumer sendiri... nak tuntut ngan pemaju kes lepas setahun terjadi... nak tak nak buat sendiri ler....  itu blom yang lain berkaitan sampah... kebersihan taman sumer... diorang lepas tangan dengan Majlis Perbandaran Sepang... 

Ni kes akhir tahun lepas antara pemaju dengan pihak Syabas lak....  pihak Syabas nak tuntut bil air pukal dengan penduduk sebab ada bil tertunggak dalam amount RM3k lebih yang pemaju tak bayar dah berapa bulan kat Syabas.  Padahal terang-terangan yang kami mostly sumer ada meter sendiri.  Nasib baik Syabas bagi opsyen dan juga faham dengan apa yang terjadi diantara pembeli rumah dengan pemaju mangkuk hayun ni. Nak tak nak AJK TPC kena rikki satu-satu rumah yang takder meter and paksa mereka pasang.... Kalau nak pasang kena la daftar baru balik dan keluar duitkan... Ada yang tak nak bayar sebab alasannya mereka dah bayar kepada pemaju tapi pemaju yang tak jalankan kerja... Dah nak buat camner kan... Nak tak nak kena gak bayar semula dan AJK TPC kena juga uruskan dengan Syabas. Hmmmm.... 
Notis yang dikeluarkan oleh penyelesai dalam surat khabar
Kalini punya kes terbaru pasal suatu notis telah disiarkan di akhbar-akhbar  tempatan pada hari Khamis, 02 Januari 2014 berkaitan dengan status pemilikan rumah di TPC, Cyberjaya, Selangor oleh Ler Lum Advisory Services Sdn. Bhd. berikutan dengan status pemaju perumahan taman ini iaitu Perspektif Perkasa Sdn. Bhd. yang telah diisytiharkan bangkrap oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Mei 2013.  So, pihak penyelesai yang telah dilantik iaitu Ler Lum  Advisory Services Sdn. Bhd sedang mencari harta-harta pemaju untuk dilupuskan termasuk perumahan TPC dimana pemilikan masih di bawah “master title”.  Pihak penyelesai yang dilantik akan menyelesaikan masalah status pemilikan daripada “master title” ke “individual title”.  Jadi... untuk penyelesai melancarkan proses pertukaran status tersebut, pemilik-pemilik hendaklah mengemukakan bukti pembelian lot rumah dengan mengemukakan beberapa dokumen kepada pihak penyelesai seperti Ic pembeli, sales and purchase agreement, surat kelulusan pinjaman dari institusi kewangan, surat delivery vacant possession, surat keterangan tuntutan tribunal dan lain-lain dokumen yang berkaitan dengan pembelian rumah serta semuanya ditandatangai oleh peguam atau pesuruhjaya sumpah yang dilantik.  Aduussss... masakkk!!!!  Tapi hubby aku telah tunaikan tanggungjawab dia sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Pinggiran Cyber dengan mengedarkan memo mengenai perkara ini kepada semua penduduk termasuk memaklumkan perkara ini melalui whatsapp dan FB.  Masalahnya.... ada penduduk yang degil bonar ni.... hmmmm.... tak tau la nak kata apa... kami difahamkan... kalau pembeli rumah tak declaire umah diorang ni... pihak penyelesai boleh mengambil kira rumah tersebut masih harta pemaju dan boleh melelongkan rumah tersebut untuk dijual dan menyelesaikan hutang-hutang pemaju walaupon rumah tu ada owner.  Takke cari pasal namanya.... adessssss!!!  Kalau ikut kedegilan sendiri mati.  Apa pon... aku dan suami telah jalankan tanggungjawab aku sebaiknya....  tapi hati sakit laaa!!

Aku doakan semua  berjalan lancar la gamaknya... lepas satu-satu.  Dah la banyak kekurangan kat taman ni.  Aku pon pelik la ngan pemaju ni masa buat rumah dulu.  Taman permainan ada... tapi lot untuk buat surau  boleh takder.  Bukan menda ni penting ke??? Kan dah jadi 1 hal penduduk nak kena pikirkan cara nak dapatkan surau.  Kalau pihak Pejabat Tanah, MPS, PKNS, YB-YB dan Ahli Majlis nak layan senang-senang takpe... ni banyak nau karenah birokrasi yang kena hadap.  Sorry to saylah yer.... Sabo jer laaa kami ni.... bukan apa... kesian kat laki aku la juga yang jadi pengerusi.  Semua menda nak pikir and buat kerja sendiri... takkan nak paksa-paksa AJK lain buat kerja sama.  Sendiri bleh fikirlah... dah besau panjangkan.... Jangan tau nak complaint jer tapi bila meeting, gotong royong, kutip yuran dan aktiviti-aktiviti lain tu tunjuk muka pon idak... cakap jer lebar lebur kat fb dan whatssapp tapi bila kita buat majlis ada jer halnya... takkan tiap kali program ada hal yer dak...? Hakikatnya.... setakat tu jer lee... asik muka yang sama jer ngadap walaupun diorang pon ada agenda lain tapi at least datang juga atau maklum awal atau usaha untuk something... komuniti/rumah kat TPC tu ada la dalam 319 biji rumah tapi komuniti tu macam 30 biji rumah jer.... sedihhhh!!!  Huhuhu.... Macam mana nak berjaya persatuan penduduk ni bila ahli sendiri tak kerjasama.  Alasan yang diberikan sebab ramai penyewa.... tapi aku tengok owner rumah sendiri pon dalam 50% jugak... still sama jer... so acaner tu?? Yang menyewa tu bukan dok situ gak ke? Haishhhh... alasan macam tak munasabah. Tak reti aku.  Tapi tak semua penyewa gitu... ada juga penyewa yang betul-betul bagi komitmen terhadap urusan taman.  Yang ini aku salutelahhh... 

Sorrylah kalau kata-kata dan complaint aku kat atas tu akan menyinggung hati orang lain secara tak sengaja.  Tapi itulah hakikatnya.  Biar gaduh sekarang jangan gaduh kendian.  Lagipun untuk kebaikan bersamakan.... persatuan penduduk ni diadakan semua bersebab. Selain dapat mengeratkan sillaturrahim... pelbagai perkara dapat dibincangkan dan dikongsi untuk kebaikan bersama... nama pon jiran yer tak.  Ni masing-masing buat hal sendirik. Jangan dah susah atau terkena sok baru nak cari jiran.  So fikir-fikirkanlah yer... 

Sekali lagi maaf dari aku kalau ada yang terasa.... Aku luahkan apa yang terbuku dihati aku.  Rindu hidup berjiran seperti aku duduk kat taman umah lama di Segamat, Melaka dan rumah sewa aku kat Taman Desa Saujana sebelum menetap di sini.  Rumah yang aku duduk tu sumer rumah sewa tapi kami hidup dan berjiran macam kami bukan penyewa.  Ada jer aktiviti kejiranan yg dibuat... seronok. Hmmm..... oklahhhh.... penat menulis dan membebel.

Tata....

Selasa, 2 Julai 2013

Misi Pembersihan Surau Sementara TPC

Posted by Emmymazli at 8:27 PG 0 comments
Salam semua....

Alhamdulillah... niat mewujudkan surau sementara untuk warga TPC menunaikan solat tarawih dan aktiviti bulan ramadhan tahun ni akhirnya terlaksana dengan bantuan dan kerajinan ajk dan penduduk TPC bergotong royong membersihkan tapak rumah kosong di sini. Syukur alhamdulillah....

Terima kasih di atas kerja sukarela kalian dan jasa baik tuan rumah yang membenarkan rumah beliau digunakan untuk surau sementara.  Hanya Allah yang mampu membalasnya....lagi besar pahala korang bila ada insan yang mengerjakan ibadat di situ nanti. Amin....

Isnin, 17 Jun 2013

Hubby Jadi Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Pinggiran Cyber???

Posted by Emmymazli at 3:40 PTG 1 comments
16 Jun 2013 - Padang Permainan TPC

Baru-baru telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Pinggiran Cyber Kali Pertama sejak ia ditubuhkan bertempat di Padang Permainan TPC... depan rumah aku jer.... mesyuarat kali ini diadakan bagi melantik pengerusi dan ahli jawatankuasa kerja secara rasminya untuk menjalankan aktiviti-aktiviti persatuan penduduk.  Hmmm.... Dalam tak sangka...Cian plak kat hubby aku... Tak pasal-pasal menggalas tanggungjawab besar sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk Pinggiran Cyber.... aku tak nampak plak apa kelebihan laki aku tu hingga orang-orang taman melantik dia.... tapi... hmmmm sabo jer laa...  Apa pon... bila dah diberi tanggungjawab... terpaksalah dilunaskan dengan rela hati yer tak.... Anyway...  tahniah kepada ajk lain yang dilantik yer... semoga kalian dapat menjalankan tugas dengan jayanya  (termasuklah laki aku.... hahahahha)....

Layan jer la gambar sekitar Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Pinggiran Cyber ni.....
AJK-AJK lama
AJK yang dilantik

Pengerusi Baru!! Hahahah
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...