Khamis, 29 Mei 2014

Lawat Cik Razak Sakit

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:07 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Alhamdulillah.... walau sibuk mana aku... walau sekejap jer masa yang aku ada... sempat juga aku bertandang ke IJN untuk mengjenguk bapa saudaraku yang seorang ini.   Tak lain tak bukan... Cik Razak.  Satu-satunya bapa saudara aku yang mukanya mirip abah aku dan juga rapat dengan abah juga.  

Khabarnya Cik Razak ni dah lama sakit jantung... tapi tiba-tiba dia collapes dan di bawa ke IJN oleh anak-anaknya.  Aku ni pon baru tau dan baru berkesempatan untuk menjenguk... Itu pon malam lepas anak-anak habis class taekwondo di Ampang.  On the way perjalanan balik baru sempat menyinggah.  Alhamdulillah... masa aku datang melawat Cik Razak dah beransur pulih.  Dah boleh bercakap walau macam kenal tak kenal aku... tak kisahlah... janji aku as anak buah ingat dia kan....
Teringat perbualan aku dengan dia.... aku khabarkan kalau family Cik Razak bagitau awal-awal yang dia tak sihat boleh abah aku dan mama yang kebetulan ada di rumah aku singgah melawat dia... ni dah beberapa hari baru bagitau... itu pon kami tau di FB anaknya.  Sebagai saudara dah tentu kami akan ambil berat.  Bila tau abah dan mama datang rumah aku dia pon bertanya...

"Abah ko datang saja ke?"
"Taklah.... orang ajak abah jalan gi Langkawi.  Abah kata dah lebih 20 tahun abah tak ke sana.  Jadi nak tengoklah perubahan yang ada kat sana" kataku seloroh..
"Best la bapak ko..."
"Best la agaknya Cik Jak... abah suke... siap buat history of Langkawi lagi yang dia pergi masa orang kecik-kecik" ceritaku seloroh lagi sambil senyum. Nampak Cik Razak termenung sekejap...
"Aku tak pernah sampai Langkawi" Erk... terkedu... macam salah cakap pon ada... dalam hati terfikir... rasanya anak-anak Cik Razak lebih dari mampu untuk bawa dia jalan-jalan... tapi maybe faktor kesihatan... yang pastinya aku tak tau apa yang terbuku dalam hati Cik Razak.
"Takpe... Cik Razak sihat dulu la yer... nanti dah sihat boleh anak-anak bawa jalan.  Betul tak Ijat?" jawab ku selamba sambil pandang wajah sepupuku yang menjaga Babanya di wad pada malam tu.  Ijat hanya senyum sambil mengangguk.

Apa pon yang terbuku dalam hatinya hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.  Aku sendiri tak boleh lama-lama di IJN tu... almaklumla... dah malamkan.. anak-anak pon esoknya nak sekolah.  So aku pon minta izin untuk beransur pulang.

Diharapkan Cik Razak akan beransur pulih seperti sedia kala.... Sayang Cik Razak....

Khamis, 22 Mei 2014

Sambut Teachers Day di Gym Dengkil

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 4:05 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
21 Mei 2014 - Gym Dengkil

Haaa... orang yang membaca blog aku ni mesti tertanya... kenapa la banyak sangat sambut Teachers Day dengan Sir Muhin ni... Mula-mula anak-anak aku bagi kad Teachers Day pada 16 Mei.  Kemudiannya tu pada keesokkan harinya sambut di SKTPP2 bersama murid-murid sana.... lepas tu masa hari pertandingan Remaja Sepang pon sambut juga bersama coach-coach dan anak-anak murid lain.  Kalini sambut lagi sekali.... berapa kali daaa mau sambut.  Heheheh....

Sebenarnya... kami-kami parents Koryo Sepang saja mau kasi pecah rekod tahun 2014 ni yang Sir Muhin paling banyak sambut Teachers Day.  Heheheh... Kalini dengan anak-anak Koryo Sepang jer sebenarnya.  Bagi diorang puas hati bersama-sama Sir diorang.

Seperti biasa kek adalah disediakan oleh Kak Selina kita... yang selebihnya adalah porluck dari mak-mak yang datang termasuk aku.  Simple but meriah.... makan pon kenyang... heheheh..

Yang penting.... Sir Muhin dan anak-anak muridnya happy.... Happy Teachers Day Sir Muhin....
Anak-anak Koryo Sepang bersama sir diorang....
Mak Bapak pon nak possing ngan sir juga... heheheh

Sekitar jamuan Teachers Day untuk Sir Muhin

 
Sempat lagi minta penghargaan dari Sir Muhin untuk kalungkan medal emas yang Kimie menang semasa Kejohanan Remaja Sepang sebelum tu. 





Selasa, 20 Mei 2014

Mak Tak Sihat Lagi

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 2:41 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Hmmm... kalau korang terbaca entry aku yang lepas... ada aku nyatakan kesibukan aku menguruskan anak-anak dan mencari rezeki dalam masa yang sama tiba-tiba dikejutkan dengan hal ibu mertua aku dimasukkan ke hospital sekali lagi.  Adusss... macam-macam dugaannya yang Allah berikan pada aku.  

So inilah kisahnya ibu mertua aku ni... mak mertua aku ni degil... baru baik sakit keluar gi sana sini... aku faham dia boring... tapi berjalan sampai tak ingat dan lupa jaga kesihatan.  Makan pula tak pantang.... sabo jer laa.... lupa yang dia sakit.... Apa jer yang aku boleh kata.... Dah masuk sepital baru nak beringat.  Itu pon buat bantai dia juga... makan nak sedap tapi tak sedor dia sakit.  Haishhhhh

1 jer aku tak selesa... masa aku datang dengan suami semasa melawat dia dihospital.... orang di dalam bilik yang sama dengan mak mertua aku ni pandang aku dan suami macam ada yang tak kena.  Seolah-olah  yang kami ni kejam tak tengok mertua aku sampai perli-perli mak mertua aku asik nangis jer.... aku rasa macam nak balik pon ada tapi fikirkan perasaan mak mertua aku dan laki aku... senyap sudahhh!!! Aku tak espect pon mak mertua aku apatah lagi orang lain yang tiada kena mengena dengan aku faham masalah keluarga aku.  Biarlah orang nak kata buruk tentang kita.... pedulikkannn!!

Korang kalau tengok gambar kat bawah tu kaki mertua aku tu bengkak.... yess.. bengkak sebab peredaran darah tak berjalan dengan lancar dan membuat takungan air pada badan.  Sama ada jantung tak pam darah dengan ok atau melibatkan baru-baru berair.  Masa aku datang ni muka dan badan dah kurang bengkak... tinggal kaki jer bengkaknya belum surut.

Tunggu dan lihat lah apa yang doktor boleh buat.  Korang-korang doakanlah yer.  
 

Isnin, 19 Mei 2014

Pingat Emas Pertama Kimie

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 1:30 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Baru-baru ini telah berlangsungnya Kejohanan Taekwondo Remaja Koryo Daerah Sepang di Bandar Baru Salak Tinggi.  Anak-anak aku tak ketinggalan untuk terlibat dalam kejohanan kalini.  Kiranya ini projek besar Sir Muhin untuk Koryo Sepang.
Tapi kalini... hanya Hakimi sorang jer yang terlibat dengan perlawanan.  Kalini Kimie main untuk kategori Bantam untuk weight 30-33.  Hanum dah tak boleh sebab dah main national game.  So tugas Hanum haritu hanya jadi penjaga masa untuk ring perlawanan.  Almaklumlaa... dah senior la katakan.
 
 Semasa perlawanan yang sempat dirakam

Petugas-petugas dari Koryo Sepang
Alhamdulillah... kalini rezeki Kimie.... akhirnya Kimie dapat pingat emas pertama dia.  Perlawanan kalini memang Kimie target emas untuk memastikan dia boleh masuk lain-lain perlawanan.  Lagi pula.... Sir Muhin dia dah warning dengan anak-anak Koryo Sepang dari team A dan B... kalau tak dapat pingat emas mau kena rotan waima dapat pingat perak atau gangsa.... tapi kalau dapat pingat perak dan gangsa tu, jumlah rotannya kurang la dari tak dapat langsung.  Hehehehe... takut benor Kimie kalau tak dapat pingat emas.
Selepas penyampaian medal
Terima kasih tak terhingga kepada anak-anak koryo dan juga parents-parents yang bertugas dan membantu Sir Muhin diorang bagi menjayakan kejohanan kalini.  Kiranya berjaya jugalakan majlis ni walau banyak kekurangannya.  Almaklumla.... bukan senang nak handle budak-budak yang ramai.  Lagi pula nak handle parents-parents yang belum biasa dengan perlawanan taekwondo pastu banyak pula songehnya.  Heheheh... sorryla... memang yer pon... aku tak kata semua... ada segelintir... aku yang kat situ pon menyirap derrr... heheheheh...
 
Orang-orang kuat Sir Muhin

Alhamdulillah sekali lagi.... akhirnya kejayaan terbesar ialah bila Pusat Taekwondo Sek. Keb. Taman Putra Perdana di mana tempat anak-anak aku  belajar taekwondo secara basic telah menjadi johan keseluruhan.  Syukur sangat-sangat.  Moga jadi pemangkin untuk adik-adik baru yang lain berjaya seperti senior-seniornya.
Team SK Taman Putra Perdana
Pemenang-pemenang keseluruhan
Sedikit taklimat dari Sir Muhin untuk anak-anak SK Taman Putra Perdana
 
Sempat lagi anak-anak aku dan kawan-kawannya possing dengan piala.
Selepas semuanya selesai.... atas inisiatif parent-parents dari SK Taman Putra Perdana.... Sir Muhin dan lain-lain coach seperti Sir Steepan, Sir Khaleq telah diraikan dengan Sambutan Hari Guru sebagai menghargai jasa mereka mendidik anak-anak kami dalam sukan taekwondo hingga ada yang berjaya dengan cemerlangnya.  Meriah betul Sir Muhin kalini sambut Teachers Day.  Hahahahah.... Anak-anak semua terutamanya anak-anak dari SK Taman Putra Perdana tak melepaskan peluang bergambar dengan sir diorang.  Parents pon nak juga bergambo dengan sir.  Ehhh... tapi kami sir yang ajak bergambar... apa lagi.. laju jer semuanya.  Hehehehehehe.....

 
Okaylah... apa jer nak diceritakan.... itu jer pon... semoga semuanya suksess.... Ok bye!!
Sempat lagi Hanum & Kimie possing dengan sir diorang dan tunjuk medal

Sebenarnya... dalam aku sibuk menulis tentang hal aktiviti anak ni.... dalam masa yang sama aku sempat mencari rezeki sampingan di sini semasa kejohanan berlangsung.  Dapatlah aku meniaga kecil-kecilan dengan menjual minuman bagi menampung apa yang patut.... Syukur alhamdulillah.
Namun... dalam sibuk menguruskan anak menghadapi pertandingan dan juga mencari rezeki yang halal dengan telah mengeluarkan modal yang agak besar (bagi aku besarlah sebab bukan orang senang).... boleh pula kami diberitahu mak mertua aku dimasukkan ke hospital sekali lagi.  Walau pon tidak kritikal... tapi aku dan suami runsing memikirkan mak mertua aku ni.  Siap kena perli lagi dengan bapa tiri suami aku.  Haissshhh... runsing.  Dengan mak sakitnya... dengan anak nak lawan esoknya... dengan dah habis duit beli modal meniaga.... dengan Hanum dan Kimie nak periksa pertengahan tahun pada hari Isnin tu lagi.... aku tak espect bapa mertua aku tu faham situasi kami.... Atas nasihat kawan-kawan... mereka sarankan aku tunggu dan meniaga dulu hingga habis program dan bagi Kimie settlekan impian dia kemudian tu barulah balik kampung malam tu.  Mak mertua aku all the time dipantau doktor dan bukannya kritikal sangat... cuma aku faham... sebagai ibu dia pasti nak anak lelaki sorangnya ni berada disisi bila dia tak sihat.  So terpaksalah aku just follow the plan....  But disebabkan malam tu selepas semuanya selesai.... aku terlampau keletihan hingga tak boleh nak buka mata langsung.... jadi kami decide untuk balik keesokkan harinya sahaja pada sebelah pagi berdua memandangkan Hanum dan Kimie menghadapi peperiksaan.  

Hmmm.... ada sahaja dugaan yang aku hadapi... moga aku mampu hadapi dengan tenang.... 

Sabtu, 17 Mei 2014

Sambut Teachers Day With Sir Muhin Koryo Taekwondo Club @ SKTPP2

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 10:30 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
17 Mei 2014 - SK Taman Putra Perdana 2

Salam semua....
Story kalini pasal kami membantu anak-anak kami untuk sambut Teachers Day bersama-sama Sir Muhin mereka sebagai guru taekwondo yang mengajar mereka.  Kalau 16 Mei merupakan tarikh anak-anak sambut Hari Guru bersama guru-guru mereka di sekolah.... kalini.... keesokkan harinya mereka sambut dengan cikgu taekwondo pula.  Sebenarnya... sambutan kalini adalah secara adhoc juga... Kak Selina iaitu ibu kepada Amirul, Adam dan Ashim inform last minit plan pagi tu dan minta aku dan Kak Nani datang bantu mereka untuk suprisedkan sir mereka nih.  Bagi sir diorang terharu skit.  

Korang tengoklah sendiri gambar-gambar di bawah betapa happynya Sir Muhin dapat share kegembiraan dengan anak-anak murid dia... heheheh.... 

Tq kak Selina untuk kek yang disponsor... semua happy!!
B4 Sir Muhin perasan yang kami nak surprisedkan dia dengan kek Teachers Day
Kek yang disponsor oleh Kak Selina
Ready for surprises!!
Wajah keceriaan seorang guru taekwondo... tak sangka la tu cikgu taekwondo pon diraikan...
 Sir Muhin dengan anak-anak muridnya... ni pon ramai takder sebab masing-masing sibuk dengan kem solat pagi itu juga....
 

Pemberian Hanum & Kimie Untuk Sir Muhinnnya Sempena Teachers Day

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 1:53 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
16 Mei 2014 - Gym Dengkil

Okayyy... just nak share ngan korang... hasil kerja tangan aku nih dari bahan terpakai dan bahan tambahan yang murah-murah jer.

Kad ni aku buat secara last minit dan ad hoc atas permintaan anak-anak aku untuk diberikan kepada cikgu taekwondo kesayangan diorang iaitu Sir Muhinuddin sempena Teachers Day.
Sebenarnya kad ni adalah dari kad kawen VIP yang diberikan kepada boss aku setahun lebih yang lalu dan boss aku tak nak pon kad ni... hahahah.... so disebabkan aku nampak hasil dia exklusif dan cantik so aku simpanlah andaikata next time boleh diguna semula untuk diberikan kepada orang lain.  Lebih baik disimpan dari dibuangkan.... Kitar semula katanya... nama pon kerja kat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitarkan.  

Kad ni diluarnya berbaldu dan dalamnya ada gambar pemandangan bersama balerina.... puas aku fikir apa nak buat dengan kad ni pada asalnya..... So... aku just print dan tampal apa yang aku nak.  Kemudian tu... aku hanya mengeluarkankan kos sebanyak RM5++ jer untuk beli diamond-diamond yang berbentuk huruf dan kotak-kotak seperti dalam gambar bawah kemudian deco.  Yang penting bila kad ni dibuka nanti keluar la gambar ala 3D.  Hanum dan Kimie suka sangat sampai tak sabar nak sampaikan pada sir diorang. Heheheh...

Sir diorang pon tak sangka boleh dapat kad gini... tak sangka kad kitar semula boleh jadi gini... so korang pon boleh buat menda yang sama.  Jangan buang kad kawin yang korang rasa cantik-cantik tu.  Dengan secara kreatifnya korang boleh hasilkan sesuatu yang lebih baik  hanya dengan kitar semula.  

Tataaaa...

Nota Emmymazli:  anak aku bagi kad teachers day pada sir diorang pon ada orang kata aku/anak aku membodek sir diorang.... hahahaha.... lawak betul laa... kejadahnya..... kadang-kadang kita sampai tak tau sape kawan sape lawan... hmmmmm
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...