Memaparkan catatan dengan label Emmymazli News. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Emmymazli News. Papar semua catatan

Isnin, 29 Disember 2014

Sesi Persekolah 2015 Ditangguhkan

Posted by Emmymazli at 5:34 PTG 0 comments
Tiba-tiba dapat berita serta whatssapp sebentar tadi yang Menteri Pendidikan Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa sesi persekolahan bagi seluruh negara di tangguhkan akibat masalah banjir yang melanda sekarang ini...

So... Sesi persekolah bagi negeri-negeri Kelantan,Pahang,Kedah,Trengganu dan Johor akan bermula pada 11 Januari 2015 dan manakala negeri-negeri yang lain bermula pada 12Januari 2015...

Untuk tahu lebih lanjut boleh didapati dari  BH Online di sini

Semoga mangsa-mangsa banjir semua tabah dalam menghadapi dugaan dan bencana yang Allah turunk ini.  Moga Allah akan memberikan sebanyak-banyak hikmah atas apa yang berlaku.... Insyaallah!


Nota Emmymazli:  Baru bagitau anak-anak akan hal ini... bukan main suka lagi diorang dengar cuti bersambung... hamboiiiii!!!

Selasa, 1 Julai 2014

Sahabatku Maut Di Bazzar Ramadhan

Posted by Emmymazli at 7:45 PG 1 comments

Seorang sahabat saya di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar iaitu Muhammad Kamal Salleh Hodin telah pergi menghadap illahi petang semalam, 30 Jun 2014 bersamaan 2 Ramadhan 1435H semasa hendak membeli juadah di Bazzar Ramadhan... sedih tak terhingga...

Arwah Kamal seorg yang sangat baik... dia selalu puji aku cantik... dia selalu puji dan tanya khabar anak-anak aku... kadang-kadang dia mengusik nak jadi menantu aku sebab aku ada anak dara... dia tak pernah lupa greet kita bila bertemu... dan tak lupa juga minta sampaikan salam kepada suamiku Mazli... kalau dia rasa dia terlebih gurau dia akan minta maaf... padahal takde apa pon yang perlu dimaafkan... Ya Allah... rasa penyesalan timbul sebab tak luangkan masa dengan dia walau pun dia berbuat baik dengan kita... lately ni aku akui aku selalu ignore dia..... sedangkan dia slalu cuma nak berbuat baik dengan kita.... huhuhu.... sedihnya... dan aku rasa bukan aku jer yang akan cakap pasal arwah begini... semua yang kenal arwah akan cakap menda yg sama.

Kamal... akak masih tersentak dengan pemergian kamu... terngiang-ngiang segala yang berlaku antara kita dan juga keadaan yg berlaku semasa kamu kerja disebelah patisyen akak... kamu hanya lelaki skema yang baik hati... lagi ingat kamu akak akan lagi sedih... moga roh kamu ditempatkan dengan orang yang beriman... 
Alfatihah...

Butiran kejadian yg menimpa Kamal...
Mangsa/jenazah:
- Muhammad Kamal bin Salleh Hodin
- 34thn
- bertugas di Kem. Sumber Asli & Alam Sekitar
- asal: Kluang, Johor.
Kronologi:
- Waktu kejadian: 5.45pm
- Lokasi: Tapak Bazaar Ramadhan Presint 3.
- mangsa dikatakan memanjat cerun utk ke bazaar dan melompat longkang besar. Tetapi lompatan beliau gagal dan terhantuk di tebing longkang.
- pihak polis mengesahkan beliau mati di tempat kejadian .
- status kes: diambil alih oleh PDRM utj siasatan lanjut.
- 6.56ptg mayat masih ada di tempat kejadian bersama pihak polis.
- mayat telah dibawa ke hospital putrajaya utk post mortem dan disahkan arwah mati kerana sakit jantung. jenazah terus mandikan dan dikafankan serta dibawa pulang ke kampung halamannya di Kluang Johor tengah malam tadi

Terima kasih tak terhingga kepada teman-teman NRE yang menemani jenazah dari pada tapak bazzar ramadhan hingga ke hospital dan seterusnya menguruskan jenazah beliau hingga ke kampungnya... semoga jasa kalian mendapat pahala dan rahmat yg melimpah ruah darinya.  Aminnnnn....

Jumaat, 26 April 2013

Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim (Timbalan Ketua Pengarah Kastam) Meninggal Dunia Kerana 3 Das Tembakan di Putrajaya!

Posted by Emmymazli at 3:02 PTG 1 comments
kredit: STAFF BERITA SEMASA
on APRIL 26, 2013




Semakin banyak pula kes tembak-menembak sejak akhir-akhir ini. Dengan kes ragutnya, rompakannya sehinggalah membawa kepada pembunuhan. Berita terkini yang baru sahaja Berita Semasa terima. Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Hj. Shaharudin telah pun meninggal dunia. Sebabnya? 

Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim telah ditembak tiga das tembakan yang mana salah satu darinya terkena dikepala. Sebelum ini keadaannya cukup kritikal dan akhirnya Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim telah kembali kerahmatullah sebentar tadi berdasarkan maklumat yang Berita Semasa terima dari pihak HQ.

  • Kejadian ketika Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, 8 pagi ini
  • Kena tembak di lampu isyarat Presint 8
  • Penembak menaiki kereta
  • Tiga das tembakan dilepaskan terkena di bahagian leher dan juga dikepala di dalam kereta Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim
  • Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dikejarkan Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya
  • Sekarang ini post mortem sedang dilakukan di Hospital Putrajaya.
  • Besar kemungkinan selepas ini jenazah akan dibawa balik ke Negeri Sembilan
Dato’ Shaharuddin Bin Haji Ibrahim (Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) cukup terdedah dengan risiko besar dan menggalas tugas yang cukup mencabar….Arwah menjaga cdn import eksport pertek.

Apa bidang tugas bahagian cukai dalam negeri dan perkastaman buat?
  • pertama mana-mana perniagaan yang layak dilesenkan dan dikenakan cukai dibawah akta cukai perkhidmatan, cukai jualan. (cukai dalam negeri).
  • keduanya, pengawalan barang-barang bercukai keluar/ masuk ke negara kita. Pelabuhan-pelabuhan dan juga mana lapangan terbang yang mempunyai kargo udara. (perkastaman) termasuk barang-barang yang dibawa masuk melalui pejabat pos.
Jadi…lubuk besar mana yang terancam jika cara kerja arwah ini betul-betul dilaksanakan mengikut lunas undang-undang?

Ada kaitannya?
Kastam rampas dadah RM14 juta2013/03/18 – 19:19:37 PM
Nilai: Kastam Diraja Malaysia merampas 73 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM14 juta yang cuba diseludup ke negara ini melalui kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari India.

Pihak kastam menyerbu sebuah premis kediaman di Taman Sri Merdeka, Ampang pada Jumaat lalu dan menemui dadah itu disembunyikan dalam 17 kotak daripada 50 kotak yang diikrarkan sebagai ‘Fresh Cut Roses’.
Sumber : Sinar Harian

Dan,  sebagai Umat Islam, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah semoga arwah Dato’ Hj. Shaharudin ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang beriman. Ketika berita ini dilaporkan Berita Semasa, ramai sudah sahabat handai pergi ziarahi di hospital tadi. Al-Fathah, Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Nota Emmymazli:  Kalau aku tak salah ini merupakan kejadian pertama seumpama ini di Putrajaya.... naik takut dengan dunia sekarang ni...huhuhu

Jumaat, 1 Mac 2013

Jambatan Dekat Lebuhraya Putrajaya/Cyberjaya Runtuh

Posted by Emmymazli at 12:14 PTG 0 comments
Salam semua...

Harini rasa bersemangat skit nak update perkara baru dalam kehidupan aku.... hehehehe... sebelum ni takder mood... phone aku diselenggara so nak ambil gambar ke semua takmau  buat laa..... tu yang rajin join GA jer.... 

Okeylah... kali nak story pasal kes Jambatan Dekat Lebuhraya Putrajaya/Cyberjaya Runtuh tu.... haa.... sebenarnya... aku malas la nak kecoh-kecohkan pasal perkara ni walaupun hakikatnya pasal jambatan runtuh ni punya hal la rumah aku bleh takder air... menyirapppp!!!  Sakit pula hati kita nih!!!  Tak pasal-pasal aku sefamily mandi pon ala-ala jer... guna air pon paling minima... baju-baju pon tak basuh... nak masak or basuh pinggan pon kena fikir dulu.  Kena jimat-jimat cermatlah harini.... huarghhh.... aku ngan anak-anak mana leh tahan mandi skit-skit ni... tapi yang lawaknya... hubby aku pulak bleh mandi alam P.Ramlee pagi ni.  Kahkahkah!!!  Pastu confident plak tu nak pergi kerja.... Hahahahha!!

Apa pon... disebabkan jambatan runtuh ni.... Pihak SYABAS telah menyegerakan kerja-kerja pembaikan paip utama untuk memastikan bekalan air tak putus untuk penduduk taman aku tu dan juga area kilang Q Cell tu..... gila ko tak buat cepat-cepat... mau ada yang kena hantam nanti wooo..... 

Paling menyampah diisebabkan jambatan runtuh ni jugak.... harini bila aku nak ke tempat kerja bertambah la jam perjalanan tu dari biasa.... ramai pulak driver-driver kepochi nak tengok jambatan runtuh tu kan.... dah la sebelum ni kalau nak pergi kerja dah slow dah jalan.... harini bertambah la slow.... haiyaaaa......

Apapon.... jom kita follow dulu story pasal jambatan runtuh ni......


PUNCA JAMBATAN RUNTUH DI LALUAN PUTRAJAYA LINK 28 FEBRUARI 2013 | Satu kejadian jambatan runtuh baru sahaja berlaku sebentar tadi di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2.
PUTRAJAYA: Sebuah jambatan menghala ke Lebuh Raya Elit dari Putrajaya yang masih belum digunakan runtuh kira-kira jam 1 petang tadi.
Difahamkan, jambatan yang runtuh itu milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan belum digunakan untuk laluan orang ramai.
Tinjauan di tempat kejadian juga mendapati masalah berkenaan tidak mengganggu perjalanan pengguna lalu-lintas dan tiada kecederaan serta kematian dilaporkan.
Sila guna laluan alternatif lain seperti keluar melalui persimpangan Saujana Putra sebelum memasuki Lebuhraya Lembah Kelang Selatan, SKVE untuk ke Putrajaya/Cyberjaya.
GAMBAR JAMBATAN RUNTUH DI LALUAN PUTRAJAYA LINK 28 FEBRUARI 2013 | Satu kejadian jambatan runtuh baru sahaja berlaku sebentar tadi di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2.
GAMBAR JAMBATAN RUNTUH DI LALUAN PUTRAJAYA LINK 28 FEBRUARI 2013

Sebuah jejambat yang menghubungkan antara Aman Putra, Puchong dan Cyberjaya telah runtuh siang tadi. Kerosakan struktur jejambat itu dikatakan menjadi punca ianya roboh. Bagaimanapun tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku kerana jejambat ini telah ditutup untuk semua lalulintas sejak beberapa bulan yang lepas apabila kerosakan struktur mula dikesan akibat mendapan tanah di bawah jejambat tersebut. Laluan di bawah jejambat itu juga telah ditutup dan semua laluan menghala ke Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Putrajaya dilencongkan sejak beberapa bulan yang lalu.
eXception sempat bergegas ke tempat kejadian dan merakamkan beberapa keping gambar keadaan jambatan tersebut. Hanya sebelah struktur jambatan tersebut runtuh, manakala sebelah lagi masih berkeadaan baik.
Dipercayai kawasan tersebut merupakan bekas kawasan lombong yang telah ditebus guna. Oleh itu masalah mendapan tanah berlaku.

Anda boleh juga merujuk peta oleh PLUS yang digunapakai ketika kerja-kerja pembinaan jambatan Putrajaya Link dilakukan.
Nota: Khabarnya jejambat ini di bawah bidang kuasa PKNS.

PUNCA JAMBATAN RUNTUH DI LALUAN PUTRAJAYA LINK (AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA)
Punca runtuhan masih dalam siasatan.
- Antara sebab runtuhan tersebut ialah faktor geologi yang lemah dan menyebabkan tanah menjadi mandap.

SUMBER  (UPDATE)
PUCHONG: Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata pergerakan tiang merupakan punca jambatan bertingkat milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) runtuh.
Menurut Shaziman, jambatan tersebut telah diarah tutup kepada lalulintas mulai 7 Disember 2012 hingga 31 Disember 2013.
Jambatan berdekatan Kilometer 2.4 Lingkaran Putrajaya menghala ke Lebuhraya Elite runtuh petang tadi.
Pihak polis dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook menyebut kejadian berlaku lebih kurang pukul 2.45 petang.
Runtuhan jambatan berkenaan jatuh ke sebahagian lebuh raya milik PLUS yang sudah ditutup sejak November lalu kerana masalah tanah mendap.
Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih belum disiasat.
Jurucakap PLUS memberitahu Astro Awani, satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

LALUAN ALTERNATIF KE PUTRAJAYA

Oklah.. kalau ada story terkini nanti aku update ekkk... tata....

Rabu, 9 Januari 2013

Jom Meriahkan Majlis Pelancaran Fun@PPjsquare, Putrajaya

Posted by Emmymazli at 11:59 PG 10 comments
Salam semua...

Aku nak promote skit aktiviti yang bakal berlangsung di Putrajaya ni.... bolehlah kengkawan kat luar sana yang tercari-cari apa aktiviti yang boleh dibuat di hujung minggu untuk family dan anak-anak you all join event ni... heheheh.... Sharing is caring rite... 
Sedikit info tentang event ni....


Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menganjurkan  Majlis Pelancaran Fun@PPjsquare yang akan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh Bin Hj. Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya pada 8.30 - 10.30 malam,  12 Januari 2013 (Sabtu) bertempat di Dataran Putrajaya, Kompleks PPj, Presint 3, Putrajaya.


Fun@PPjsquare merupakan inisiatif PPj untuk menyahut seruan kerajaan yang ingin melihat Putrajaya, khususnya Persiaran Perdana dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti terutamanya pada hujung minggu. Program yang mengandungi pelbagai aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga ini akan dianjurkan pada hari Sabtu, minggu ke dua dan terakhir, setiap bulan. 

Bagi memeriahkan majlis pelancaran ini, PPj telah menyediakan beberapa aktiviti yang menarik seperti persembahan nyanyian oleh Najwa Latif, Ito Blues Gang, sesi bersama Upin & Ipin, permainan inflatable untuk kanak-kanak, persembahan tarian, kuiz, cabutan bertuah dan sebagainya.  

Haaa.... amacam... best tak...???  Jom la ramai-ramai meriahkan Putrajaya....!!!  See u there!! 

Isnin, 26 Mac 2012

Mertua Aku Accident

Posted by Emmymazli at 11:02 PG 0 comments
23 Mac 2012 - Lebuh AMJ, Melaka

Salam semua.... pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kengkawan dan sedara mara yang datang melawat mertua aku di hospital dan juga ucapan selamat yang diberikan di dalam facebook.  Terima kasih semua....

So harini aku nak ceritakan hal sebenarnya yang terjadi pada mertua aku untuk dikongsikan rakan-rakan blogger aku ni.   
Keadaan kereta kancil lama aku yang digunakan mertua aku ranap.
Anyway... sebenarnya sebelum kemalangan itu  berlaku, pada hari Jumaat malam Sabtu yang lepas tu mertua aku teringin nak makan sup di kedai makan AMJ Corner di Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka-Johor).  So, selepas diorang makan dan mahu pulang dalam pukul 12.10 malam.  Semasa on the way nak balik ke Telok Mas semula tak jauh dari kedai makan tu... ibu mertua aku terus melabuhkan badan di kerusi dalam keadaan baring dan bapa mertua aku yang memandu dengan keadaan kelajuan kenderaan  yang agak slow telah memastikan tiada kenderaan dilihat melintas sebelum melintaskan kereta ke tengah jalan dan membuat pusingan u turn.  Jalan di Lebuh AMJ  memang gelap.  Tanpa disedari semasa nak buat pusingan u turn tu... tiba-tiba tak semena-mena sebuah kenderaan Waja dengan keadaan laju telah melanggar belakang kereta kancil mertua aku tu di sebelah kiri dan telah membuatkan kereta mertua aku berpusing 4 kali dan berada di divider tengah jalan dan membuatkan beberapa pokok di tengah jalan tu tumbang.  Disebabkan keadaan kereta yang agak teruk tu adalah sebelah kiri... ibu mertua aku telah cedera agak teruk juga.  Bapa mertua aku kata.... dia tak boleh buka pintu kereta tapi disebabkan nak selamatkan mak mertua aku yang dah berlumuran darah dan mengerang tu... dia gagahkan diri untuk tendang pintu kereta untuk keluarkan ibu mertua aku.  Orang ramai yang lalu di situ memberhentikan kenderaan dan ada juga yang datang dari kedai makan AMJ Corner tu telah cuba memberhentikan kenderaan-kenderaan yang lalu agak laju di situ.  Dari yang bapa mertua aku cerita juga ada 2 lagi kenderaan yang accident berdekatan dengan tempat mertua aku accident tu disebabkan hendak mengelak berlanggar dengan kereta mertua aku yang melibatkan lori dan kereta iswara.  Tapi itu cerita lain....  Apa-apa kena selamatkan ibu mertua aku dulu.  Nak tunggu ambulan lambat sangat.... mertua aku cerita someone dari kedai makan AMJ Corner tu telah bawa kedua-dua mertua aku ke hospital.  So kereta kancil mertua aku tu ditinggalkan begitu sahaja.

Setelah dikejarkan ke hospital, bapa mertua aku telah mendapat rawatan biasa kerana cedera ringan sahaja manakala ibu mertua aku mendapat jahitan yang agak panjang di kepala, di atas mata sebelah kiri, belakang cuping telinga dan patah tangan kiri.  Lebam di badan pun boleh tahan jugalah.  Dalam masa 2 harini dikhabarkan tangan yang patah tu akan dilakukan pembedahan untuk dimasukkan besi.
Keadaan ibu mertua aku dihospital
Dari yang dikhabarkan oleh orang yang menarik kereta di kawasan kemalangan mertua aku tu, pemandu kereta waja tu berbangsa cina yang mabuk dari arah Merlimau telah mati ditempat kejadian.  Tapi setelah report polis dibuat, bapa mertua aku diberitahu oleh pihak polis yang pemandu kereta waja tu ok jer dan telah membuat laporan polis.  Polis yang menerima report tu memaklumkan pemandu kereta waja tu hendak lari (kes langgar lari) tapi keretanya mengalami kerosakan tak jauh dari situ.  Padan muka!!! Kurang asam kan???

Hmmm... syukur takder apa yang serius berlaku.  Nasib baik semasa kemalangan tu berlaku, ibu mertua aku berada dalam keadaan baring.  Kalaulah pada ketika itu ibu mertua aku dalam keadaan duduk, mungkin kecederaan dia lebih serius di kepala.  Dan mertua aku juga sangat bernasib baik sebab kereta kancil tu tidak terbalik dalam keadaan menegak tetapi dalam keadaan melintang.  Kalaulah terjadi gitu, silap-silap boleh terkeluar orang tua tu dari kereta . Hadoiii.... lagi bahaya... Moga ibu mertua aku cepat sembuh.  Lupa pulak nak bagi tau.... kereta kancil yang mertua aku pandu tu sebenarnya kereta lama aku dan masih atas nama aku... rasa agak frust juga bila terjadi macam ni.  Terus total lost tu.  Tapi nak buat macam mana.  Benda nak jadi.  Kalau kita tak langgar orang... orang yang akan langgar kita walaupun kita bawa kereta slow sekali pun atau dalam keadaan berhenti.  Hmmm.....Banyak jugalah perkara yang kena aku settlekan di KL pasal kereta kancil ni sebab tu aku terpaksa balik awal bagi memastikan kereta kancil tu tiada masalah bagi membuat tuntutan.

Pada pandangan aku.. ada hikmah bila perkara-perkara ni terjadi.  Apa-apa pun, aku harapkan kengkawan semua doakan yang terbaik untuk kami yer..... 



Jumaat, 25 November 2011

Prihatin: Jom Bantu Mohd Aqil!!!

Posted by Emmymazli at 3:34 PTG 0 comments
Salam semua....

Harini aku nak selitkan sedikit cerita sedih mengenai kawan sekementerian dengan aku ni  bernama Nor Elyza Ahmad Zuki yang memerlukan bantuan orang ramai bagi merawat penyakit Burkitt's Lymphoma  @ Kanser Darah yang dialami anak tunggalnya, Mohd Aqil Hafiy.   Kisah kawan kita dan anaknya ni terpapar dalam Harian Metro pada harini 25/11/2011 di ruangan PRIHATIN.  Kawan kita ni merupakan kakitangan di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang sekarang ni sedang bercuti tanpa gaji untuk menjaga anak beliau.. Korang bayangkanlah.... macam mana dia nak survive bagi perubatan anaknya kalau dia tak bekerja or takder income... Kesian sangat!!!
Kalau ada sesiapa yang nak membantu dari segi kewangan boleh membuat sumbangan ke akaun Maybank 1660 1001 9941 atas nama NOR ELYZA AHMAD ZUKI.  Beliau amat memerlukan sumber kewangan di saat ini untuk menanggung kos perubatan anak beliau.  Jasa dan keprihatinan kengkawan semua amat dihargai.  TQ.


Selasa, 4 Oktober 2011

Akhirnya.... Dapat Jugak Exora Kami!

Posted by Emmymazli at 2:30 PTG 0 comments
Akhirnya…. Exora yang ditunggu-tunggu selama hampir 2 bulan berjaya juga aku perolehi.   Syukur sangat.  Dengan adanya kereta ni bukan sekali aku bertujuan nak berbangga ke apa… tapi aku bersyukur sangat sebab di saat aku amat memerlukan kenderaan untuk pergi ke tempat kerja atau berurusan, akhirnya beban pertama aku dah terlepas setelah aku pening memikirkan kereta Wira aku tu memanjang jer rosak dan kebetulan sekarang pula kereta aku masih di worksyop.  (Klik sini kisah kereta aku meragam!!!)   Pempaham la duit ni.  Kita bukan orang senang…. Huhuhu…. Dengan ini tak payah juga aku nak menyusahkan pak dan mak mertua aku lagik bila terpaksa minta diorang stay umah aku untuk pinjam kereta for a few days sebab takder kereta nak ke tempat kerja.   Penat dah nak fikir. 
Kami punyeee!!!!
Kereta Exora yang aku dan hubby beli ni yang jenis Base Line warna silver... kiranya yang paling murah selain dari yang warna putih (warna putih lagi murah… Hehheheh).  Itu jer pun yang kami mampu.  Lama betul nak dapat kereta yang satu ni since pertengahan bulan puasa lagik kami buat booking tapi akhirnya sampai kereta Wira aku dah merajuk teruk dan aku sendiri dah takder kereta baru dapat Exora ni.  Huhuhuh

Semalam  masa aku dan hubby bawa balik kereta ke rumah dan kebetulan anak-anak  aku baru balik sekolah…  bukan main mengelinjat anak-anak aku nampak Exora ni masuk pagar rumah.  Suka sangatlah tu.  Bukan apa… lama sungguh anak-anak aku mengidamkan kereta ni tapi belum ada rezeki.  Berangan sudahlahkan…   Bila impian dah jadi kenyataan…. Bak kata Kimie masa mula-mula dapat duit raya time raya aritu… “Mama.. mama… nanti duit raya Kimi ngan kakak Hanum tu mama ngan ayah ambiklah buat bayar kereta Exora…  Kimie tak kisah…”  Huhuhu… terharu beb.. sanggup bagi duit raya nak beli kereta Exora.  Diorang tau mama ngan ayah diorang bukan berduit sangat pun.   Ayat paling latest dari Kimi setelah dapat kereta Exora semalam… “Ayah….. Nanti Kimi nak sunat bulan sebelaskan (November)….. Kimi dapat duit banyakkan yah… nanti Kimi kasi ayah buat bayar keta yer yah…!!”  Bukan main baik hati si Kimi.  Kakak Hanum tau mengelenjit jer.  Dah tak kisah dah.  Hahahahahah!!! Itulah ragam anak-anak aku yang mengimpikan kereta Exora setelah sekian lama.  Kesian… dan aku syukur… tertunai impian anak-anak aku.

Bab Exora dah lepas…. Selepas ni… tunggu siapkan duit sahajalah untuk merepair kereta Wira aku tu.  Huhuh…  fening… fening… fening…. Lepas tu bab ketiga nak uruskan ambil kunci rumah.  Tu pun kena duit banyak  jugak tu… huhuhu…. ♪♫ Duit… duit.. di mana kau duit???!!!! ♪♫.  Bab keempat pula nanti nak pindah rumah pun nak pakai duit.. .. tak kuasa aku nak pikir…  Taulah hubby aku cari nanti… kebetulan adalah juga duit claim outstation dia tak dapat lagik.  Insyaallah kalau dapat tu boleh cover-cover.  Dengarnya mak hubby aku pun nak bantu sikit-sikit untuk meringankan beban kami yang mendadak ni….  Hopefully semuanya berjalan dengan lancer.

Oklah…. Chow dulu.. doakan keluarga aku dimurahkan rezeki melimpah ruah ye… tataaa……

Isnin, 3 Oktober 2011

Kereta Rosak Lagik!!!!

Posted by Emmymazli at 10:50 PG 0 comments
Naik stress aku kali ni!!!  Untuk kali ke berapa la kereta aku ni buat perangai dan rosak!  Semalam masa aku on the way balik dari kenduri kawen cousin my hubby dalam jam 3 begitu, kereta aku boleh plak tetiba mati enjin kat Ayer Keroh.  Hubby berhentikan kereta ke tepi jalan dan try start enjin balik.. boleh pula... Try jalan semula dan baru beberapa meter jalan, enjin mati lagi betul-betul kat pintu gerbang nak ke tol Ayer Keroh tu.  
Kereta aku betul-betul terdampar kat bahu jalan tepi pokok kat pintu gerbang tu di sebelah kiri gambar
Aku tak faham betul la ngan kereta aku ni...  Dari sebelum puasa masa hari atuk aku meninggal lagi kereta aku ni dah problem.  Padahal before hari atuk aku meninggal tu aku baru jer servis kereta dan bikin kereta bila ada problem sikit pun.  Tapi bila dah rosak terpaksa jugak bikin kereta tu.  Aku pun taklah lenjan mana pun kereta tu.  Lepas tu dalam bulan puasa pun air cond aku pulak buat perangai dan menda-menda lain.  Buat lagik!!! Duit lagik!!!  Itu belum lagi termasuk hubby aku tukar kusyen kereta aku yang dah koyak teruk tu.  Huh!! Lepas tu masa raya ketiga hubby aku ada merepair skit kereta but tak ingat ntah apa ntah yang rosak.  Masa on the way nak balik KL lepas cuti raya tu pun kami ada jumpa kawan dekat Sepang untuk repair something.  Then pada 18/9/2011 (Ahad) kereta aku buat perangai lagik sebelum aku balik ke Putrajaya dari kampung bila tempreture kereta asik naik turun jer.  Terpaksalah aku cuti Isnin tu sebab tak mau ambil risiko kereta break down tengah jalan.  Buat lagik!!  

Minggu lepas... 26/9/2011 (Isnin) tetiba kereta aku tak mau gerak bila aku masuk gear time nak ke ofis.  It happen kat depan rumah setelah aku keluar pagar rumah pula tu!!  Lama aku cuba masuk gear walaupun dan on and off enjin tapi tetap tak mau.  Naik stress aku bila menda ni terjadi sebab time tu pula hubby takder kerana outstation.  Sehinggalah beberapa minit aku on enjin kereta... ntah macam mana try and error masuk gear kereta bergerak pula.  Terus aku hantar ke bengkel kereta kat Sg. Merab Luar dalam keadaan kereta yang tersenggut-senggut bila gear auto kereta aku tu bertukar sendiri. Alang-alang dah repair hubby aku minta cuci radiator sekali.  Bila dah repair pula.... selang sehari aku pakai kereta.... kereta buat perangai lagik pada 28/9/2011 (Rabu).  Tempreature kereta aku naik mendadak tetiba masa on the nak pergi kerja.  Aku cuba bertahan bawa kereta sampai ke pejabat.  Sampai jer kat pejabat aku dah melalak dulu bila tengok kereta dah nak berasap dan ada bunyi bising kat depan tu!! Huhuhu... stress kereta  buat perangai lagik!!! Why!!... Bila aku dah boleh berfikiran tenang baru aku call mekanik yang sama repair kereta aku tu sebab baru 2 hari repair kereta buat perangai lagik.  So,  mekanik pun tarik kereta ke  bengkel lagik!!!  Nasib baik kereta still on waranty... so tak perlukan bayaran apa-apa. 

Ni selang tak sampai seminggu.. kereta aku buat perangai lagik!!!  Kali ni menjangkit ke enjin pula.  Mekanik yang datang singgah kata enjin aku kena overhaul!!! Even Abah aku datang tolong bawa bateri dan tukarkan bateri pun tak mau jugak.  Uwaaaaa!!!! Masak aku nak siapkan duit untuk overhaul.... mesti ribu riban nih!!!  Nak tak nak terpaksalah kereta ditowing ke bengkel.  Nasib baik ada abang  kepada sepupu hubby tu datang singgah dan juga abah aku tolong bantu urusan kereta ke bengkel dan merepair.  Hishhhh... tersadailah kereta aku tu kat Melaka.  Aku sefamily terpaksalah mak dan pak mertua hantar kami ke balik ke putrajaya.  Takkanlah aku nak cuti lagikan.  Aku rasa kengkawan aku pun dah naik muak kalau aku asik citer pasal kereta rosak nih!!
Kereta aku yg buat perangai lagi!!!! Dari pukul 3 aku terdampar kat Ayer Keroh ni.... Hangen!!!!
Bila dipikir-pikir balik, sumer duit tu aku dah boleh buat down payment kereta!!   Disebabkan tak larat nak mantain buat masa sekarang ni... aku dah hubby ambil keputusan untuk beli kereta Exora masa pertengahan bulan puasa lagik.  Beli ni pun banyak sebab.  Firstly sebab tak perlu pikir nak maintain repair kereta jer.  Keduanya sebab anak aku yang 2 ni asik la kerja bergaduh dalam kereta sebab tak cukup ruang duduk.  Padahal berdua jer kat belakang tapi loghat dia macam anak ramai aku nih.  Masing-masing kalau boleh nak baring.  Itu yang kerja nak bergaduh jer.   Aku ni yang duduk depan.. kerjalah dok membebel sebab nak meleraikan budak 2 orang ni.  Rasa macam nak beli lori jer pastu letak tilam kat belakang bagi diorang membongkang kat belakang tu.  Kalau bergaduh jugak tak taulah aku nak cakap macam mana.. Huh!!  Ketiganya… bila tiap kali jalan jauh jer kereta aku mesti sarat barat.  Tak cukup ruang… so kalau adalah kereta besar skit,  boleh la isi barang lebih skit.  Orang yang family type macam aku ni susah skit kalau kalau kereta kecik-kecik ni.  Tapi sampai sekarang aku tak dapat lagi kereta Exora tu disebabkan macam-macam hal.  Lagi la aku  bertambah stress.  Insyaallah.. dalam minggu aku harap kereta Exora aku tu dapatlah gamaknya untuk aku mudah bergerak dan berurusan. 
Harini aku ke tempat kerja naik kereta mak mertua aku... tu pun dia dah loghat nak balik Melaka.  Bertambah-tambah stress aku lately ni... apsal la dugaan aku maha hebat.  Tak larat aku nak fikir.  Moga Allah permudahkan segala urusan aku selepas ini!!


Selasa, 27 September 2011

Impian Duduk Rumah Sendiri Bakal Menjadi Kenyataan!!!

Posted by Emmymazli at 12:00 PTG 1 comments
Salam semua....

Harini aku happy sesangat bila mendapat surat yang keluarga kami tunggu-tunggu selama ni.  Nak tau surat apa??? Surat untuk menduduki rumah yang menjadi idaman di Bandar Pinggiran Cyber seperti yang aku story dalam satu entry aku dulu di http://emmymazli-emmymazli.blogspot.com/2011/01/meninjau-rumah-idaman.html .  So setelah bertahun-tahun tunggu ... inilah surat yang kami nanti-nantikan. 
Surat yang dinanti-nantikan

Surat yang diterima
Sekarang ni... apa yang perlu aku  buat ialah check dekat Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) samada surat claim akhir dari pemaju dah dapat ke lom... incase dah dapat dah boleh mintak BPP uruskan segera claim tu dan serahkan resit pembayaran kepada aku dan hubby as pembeli..... dah dapat resit baru boleh ambil kunci rumah tetapi kena prepare some amount untuk dibayar kepada pemaju.  Adalah dekat RM2900//=......  Duit lagik!!!  So lepas ni anytimelah aku dah bleh masuk rumah... yahoooooo!!!  But berfore masuk aku kena make some renovation untuk menutup courtyard aku yg berada di tengah-tengah rumah tu.  Tak tutup dengan bumbung kang... confirm air hujan masuk umah.... sabo jer laa.... hmmmmm!! Ehhh...duit lagik!!!

Kalau tengok kat surat tu.. address baru aku akan jadi begini.... No.87, Jalan PC 3/3, Taman Pinggiran Cyber, 63300 Cyberjaya, Selangor.   Wahhhh... lepas ni mak jadi orang Cyberjaya pulak!!!

Oklah... nanti kita story lagik.... aku akan update pasal rumah ni jika ada info terkini.... tataaa.....
Surat makluman rumah boleh diduduki
Amount yang dituntut oleh pemaju sebelum ambil kunci....
Surat mintak tanggu LAD... sabo jer laa... kita lagi nak pakai duit!!!
Siji Menduduki (CF)
Salah satu artikel mengenai rumah aku yang keluar di akhbar Sinar  Harian pada awal tahun ini.

Isnin, 8 Ogos 2011

Hilang Kawan Sekolah Lagi

Posted by Emmymazli at 4:30 PTG 0 comments
Akhir-akhir ni aku asyik dikejutkan dengan berita kematian kawan-kawan dan orang yang terdekat dengan aku. Baru-baru ni aku kehilangan datuk tersayang 6 hari sebelum umat Islam menjalani ibadah puasa.  Minggu lepas aku dikejutkan pula dengan kematian adik kepada sahabat kampung aku di Segamat.  Harini aku dikejutkan pula dengan berita kematian 2 orang abang senior aku di Sek. Men. Vokasional Port Dickson.  Beliau ialah Allahyarham Raja Khairul Mizan dan Allahyarham Khairol Fazli yang meninggal dunia pada hari yang sama 30 Julai 2011. 
Gambar kenangan kedua-dua arwah semasa majlis buka puasa SMVPD.  Arwah Mizan berdiri kiri skali dan arwah Krol duduk kanan sekali.
Aku tak berapa kenal arwah Abang Krol ni secara rapat tapi aku kenal dia sebab dia sama-sama pengawas ngan aku dulu.  Aku difahamkan yang Allahyarham Khairol Fazli ni meninggal kerana kemalangan di Alor Gajah dan arwah melecur teruk akibat kemalangan tu.
Allahyarham Khairol Fazli
Berita tentang kemalangan arwah di surat khabar
Keadaan kereta arwah selepas kemalangan

Kereta rempuh bas
ALOR GAJAH - Seorang penyelia syarikat penapisan minyak di Sungai Udang, dekat sini maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan bas Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Jalan Kampung Paya Rumput, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Khairol Fazli Suli, 33, tersepit dalam kenderaan dan melecur hampir 40 peratus selepas kereta dipandunya terbakar semasa pertembungan itu.


Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Port Dickson menuju ke Sungai Udang, dekat sini dan kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan ketika memotong sebuah kenderaan di sebuah selekoh.

Ketua Turus Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Alor Gajah, Cif Inspektor Mohd Zuki Abd Ghani berkata, kereta dipandu mangsa juga dipercayai terbabas akibat jalan licin kerana hujan renyai-renyai sehingga termasuk ke laluan bertentangan.

“Pemandu bas berkenaan yang membawa 24 penuntut dan dua pensyarah UiTM dikatakan cuba brek, tetapi gagal mengelak kemalangan itu.

“Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan berlaku beberapa letupan kecil, diikuti asap tebal sebelum kenderaan terbabit terbakar,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, pemandu bas berkenaan, Mohd Fadhil Mohd Amin, 46, berkata, semasa kejadian, bas berkenaan dalam perjala-nan dari UiTM Lendu, di sini menuju ke Tanjung Tuan.

“Masa itu hujan renyai-renyai. Setiba di satu selekoh, saya terkejut melihat kereta berkenaan terbabas sehingga memasuki laluan saya.

“Saya tidak boleh nak menge-lak, cuma menekan brek sekuat hati. Bagaimanapun, kereta itu terus meluru laju ke arah depan bas sehingga kedengaran dentuman kuat,” katanya.

Menurutnya, semua penumpang dalam bas berkenaan selamat dan keluar menerusi pintu keselamatan selepas asap hitam mula menyelubungi bahagian depan kereta terbabit.

“Saya dan seorang rakan dalam bas berkenaan terus mencapai pemadam api untuk membantu memadamkan kebakaran, sebelum bomba tiba sejurus lepas itu,” katanya.

Mohd Fadhil berkata, dia dan orang ramai terpaksa menunggu bantuan bomba untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit disebabkan asap terlalu tebal.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Saharuddin berkata, polis sedang menyiasat kemalangan terbabit mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Itulah berita yang aku dapat tentang Allahyarham Khairol Fazli.  Itu pun dari akhbar Sinar Harian online.  Aku dimaklumkan yang arwah meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak.  Huhuhuhu... mesti sedih sangat family dia... lagi-lagi pula dah nak raya ni. 

Allahyarham Raja Khairul Mizan a.k.a Kingk Mizan pula meninggal kerana kanser paru-paru.  Abang Mizan ni kuat merokok.  Maybe itulah faktornya dia kena kanser paru-paru.  Aku agak rapat ngan arwah baru-baru ini sejak berjumpa semula dalam FB.  Selalu chat ngan dia kat FB.  Tetiba lately ni dia diam dan tak nampak dia online.  Adalah dalam sebulan lebih nak dekat 2 bulan.  Kalau tak tu at least 2 minggu sekali ada juga dia ngacau aku.  Dia suka panggil aku Makcik or Nenek. Ada jer cerita lawak dia kalau chat ngan dia tu.  Rupa-rupanya dia diam selama ini kerana dia sakit dan terus menghadap illahi.  Dah seminggu dia meninggal pula baru aku tahu.  Sedih sangat... yang paling sedih bila aku langsung tak ambil tahu yang dia sakit sebab aku langsung tak baca or buka FB dia untuk tahu status dia.  Rasa ralat sangat!!!!
Allahyarham Raja Khairul Mizan
Semasa zaman sekolah
Apa-apa pun, aku doakan arwah Abang Mizan dan Abang Krol ditempatkan digolongan orang-orang yang beriman.  Semoga keluarga abang berdua tabah.

Al-Fatihah buat arwah berdua!!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...