Jumaat, 30 Ogos 2013

Kursus Setiausaha Pejabat / Pembantu Setiausaha Pejabat NRE 2013

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 1:51 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
25-27 Ogos 2013 - Hotel Grand Blue Wave Shah Alam

Alkisahnya.... dah lama tak join kursus under NRE ni terutamanya kursus yang berkaitan dengan setiausaha.  Alhamdulillah tahun ni ada peluang turut serta.

Kursus yang di anjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia NRE ni lebih kepada Pengurusan Majlis dihadiri oleh PA-PA Setiausaha Bahagian dan Ketua Jabatan di Bawah NRE.

Apa yang boleh aku katakan di sini.... kursus yang aku hadiri pada kali ini melibatkan para setiausaha anjuran NRE sendiri adalah yang terbaik.  Kalini kami dapat fasilitator yang sangat berpengalaman dengan pengurusan majlis, kecantikan dan merupakan juga perunding imej.  Yang penting..... fassi ini sangat kelakar dan meriah.  Ala-ala Aznil Hj. Nawawi gitu... memang gamatlah kelas kami.  Siapa lagi kalau tak En. Hafiz Mustapha @ Cute Carry.  Malah.... disebabkan pengalaman dia dalam dunia fashion dan macam-macam lagi.... sesi pembelajaran kami tampak lebih menarik dan happening.
Semasa sesi pembelajaran
Perasmian kursus oleh SUB BPSM, En. Wahid bin Salim
Aku jadi bahan testing....
Sesi make over
Sesi pembelajaran - mengenal tubuh badan
Malam terakhir kami merupakan sesi praktikal dari kami as peserta.... So kena buat ala-ala malam gala gitu.... Bayangkanlah... kami hanya ada beberapa jam untuk mengendalikan majlis dan dengan penuh GAYA  & GLAMOR.  Kiranya ala-ala Secretaries Night gitu.... syukur....  akhirnya berjaya mengendalikan majlis tersebut dengan jayanya..... Ada persembahan menarik dari peserta sendiri... poco-poco... dan program ala-ala Ratu Cantik....Miss Secretary NRE.  Kebetulan pula.... aku antara 8 orang yang tercalon malam tu dan berjaya hingga ke top 3.  Alhamdulillah..... Dapat 2nd Runner Up (Tempat ketiga).  Bukan nak berangan sangat jadi macam ratu cantik... tapi just nak naikkan keyakinan diri....  Buat kengkawan yang menang tu.... congrats yer....  Tak lupa juga kepada kengkawan lain yang sama-sama berganding bahu untuk menjadikan event kita malam tu lebih happening dan menarik. Love u all so much!!

Oklah... layan gambo jer laa....
Make up dan dress oleh aku sendiri
With Miss Secretary NRE (kiri, atas) dan kengkawan PA
Pantang jumpa camera
Antara kawan yang paling meriah dalam kelas.... Kak Melahhh
Semasa pengumuman Top 3
Terima hadiah 2nd Runner Up
2nd Runner Up -  Miss Seceratry NRE 2013
Nilah hadiahnya... simple but nice
Aktiviti pada malam tu oleh peserta

Aktiviti Poco-poco
Inilah dia En. Hafiz Mustapha, our fassilitator
Kisah selanjutnya dari pihak fasilitator CuteCarry boleh di baca di sini.....

Khamis, 29 Ogos 2013

Punching Bag For Hanum & Kimie

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:18 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Hmmm…. Inilah hasil usaha anak-anak aku kumpul duit untuk minat dan sukan yang diorang ceburi... terlokop duit raya dorang beli punching bag ni... andaikata la kalau diorang setakat hangat-hangat taik ayam lepas ni aku tak tau nak kata apa la...  bukan murah nak beli…..

Ahad, 25 Ogos 2013

Menang MyWall Wallpaper

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:15 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Syukur Alhamdulillah….

Sejak aku mula berkecimpung dalam dunia like & share contest ni…. Akhirnya aku memenangi voucher dari MYWALL WALLPAPER sempena raya ni…. Kiranya ini antara kemenangan terbesar aku la dan merupakan kemenangan kedua aku selepas voucher karaoke Neway Berjaya Time Square… yang lagi besau belum lagi… hehehhe….
Contest yang dianjurkan...
Kebetulan juga, sahabat aku Fida yang sama-sama join contest macam aku ni pon dapat juga hadiah yang sama.  So kami pergilah sama-sama ke Klang untuk redeem hadiah.

Kalau ikutkan jika nak redeem hadiah/wallpaper tu memang tak cukup amount pada voucher tu…  so aku kena tambah la duit skit. Fida pula… disebabkan dia tiada kepentingan untuk membeli wall paper, so dia pon memberikan voucher dia pada aku… so aku la yang ranap aritu keluar duit tambahan. Hahahha…. Takper laa…. Nanti cantiklah rumah aku kalau dah pasang wallpaper yang nampak cam mahal tu kan… kihkihkih….

Amacam korang??? Ok tak??
Nama aku tersenarai....


Sabtu, 24 Ogos 2013

Snap-snap Raya 2013

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 2:13 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Salam semua....

Pertama sekali aku nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua pembaca blog aku.... apa sangat yang aku nak update yer harini... aku ni tak banyak story tapi adalah story skit-skit pasal family yang aku nak share di sini... heheheh....

Raya baru-baru ni.... sakan kami bergambar keluarga.... mau nampak glamour gitu.... Hasil tangkapan gambar dari hubby dan cousin aku serta editing dari aku sendiri mau kasi lebih kemas....
So layanlah foto kami sekeluarga yer... jangan boring pulak.... peace!!!

Jumaat, 23 Ogos 2013

Berduet Dengan Jay Jay @ Jamuan Raya NRE

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:49 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
22 Ogos 2013 - Dewan Baiduri NRE 

Sana sini Jamuan Raya di NRE ni.... bulatlah aku... hehehe.... apa pon.... biaselah.... kalau NRE yang buat majlis raya musti ada panggil artiskan.... kalini aku dan kengkawan koir datang as penonton.... lepas perut kenyang kami dipanggil oleh urusetia majlis untuk memeriahkan suasana dewan masa artis sedang membuat persembahan... ala-ala konsert la kunun...

Artis haritu... Jay Jay... memang layan performance dan lagu-lagu evergreen dia.... perghhh... aku dan kengkawan memang layan nyanyi jer la... suara kitorang jer yang over kat tepi meja vip tu.... kihkihkih... back up vocal la katakan.... 

Nak jadi citer...Jay Jay memerlukan pasangan duet untuk lagu Insan Biasa... aku sememangnya segan kalau duet sorang-sorang dengan Jay Jay.... kawan aku Fadzilah volunteer nak duet sebab aku tau tu lagu favourite dia dan dia dah pon ke depan.  Tapi bila mana KSU terutamanya dan VIP NRE telah minta aku duet bersama.... aku jadi seram lak.... KSU siap main tunjuk-tunjuk tu.... macam paksa pon yer.... adesssss.... kengkawan dan boss-boss lain suruh ke pentas atas arahan KSU. Aiiyyoooo.... nak tak nak aku naik juga ke pentas... sampai Jay Jay pon confused sebab minta sorang datang ke pentas tapi dapat dua pula... hahahaha.... arahan KSU kan... jangan ingkar wehhhh.... tapi aku rasa berdosa pula bila dah naik pentas tu sebab nampak muka Ila berubah.... hmmmm.... 

Sebenarnya aku hafal lagu Insan Biasa tu... Bila dah ad hoc gitu terus aku jadi menggelabah tak ingat lirik.... siap nyanyi tengok telefon... kihkihkih...

Nasib baik Jay Jay puas ati ngan nyanyian kitorang.... fuhhhh.... hehehehe.... satu pengalaman yang berharga buat aku. Bleh masuk portfolio nih. Hahahaha.... budget artis sangattttt!!!!

Oklah... sekian dulu.... 




Ahad, 4 Ogos 2013

Raya + Reunion Ex SMCC Segamat

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:45 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Salam Syawal....

Seronok giler aku kali ni bila dapat luangkan masa bersama dengan sahabat-sahabat dari Sek. Men. Cannossian Convent, Segamat di raya ketiga.  Bukan senang nak gathering ngan diorang ni.... ada yang lebih 10 tahun tak jumpa pon yer…. Bila dah berjumpa paham-paham jer la... yang dah jadi mak-mak ni pon bertukar perangai cam zaman sekolah balik.  Hahaha.... memang jadi happeninglah rumah sahabat aku Musliha di Kampung Gemereh, Segamat tempat kami berjumpa… Happy jumpa diorang semua!!!
Kami di antara group SYUFENA yang nakal di sekolah
Apa pon.... terima kasih tak terhingga buat encik suami yang sudi melayan aku dan drive aku hingga ke Segamat.  Siap umpan anak-anak aku makan durian lagi kat Ledang…. Aku memang tak plan nak ke Segamat walau dah bagitau hubby aku dari awal tentang plan kawan-kawan aku nak gathering masa raya ketiga.  Cara hubbub ak utu macam tak kasi pergi pon ada.... Pagi tu…. muncung aku pon  memang dah panjang sedepala..... Kengkununnya haritu kami sekeluarga nak pergi beraya then bila mana nak berjalan raya tu, hubby terus suruh call kawan-kawan dan tanya diorang berkumpul di mana...  hihihi.... melonjak happy aku... Love u hubby!!
Sahabat-sahabat yang dapat turut serta

Sabtu, 3 Ogos 2013

Happy With New Friends & Family

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:53 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Salam semua... 

Tiada apa pembuka bicara... just ingin meluahkan rasa bersyukur.... sejak anak-anak aku join Koryo Sepang ni... alhamdulillah.... aku sebagai parent pon dapat berkumpul bersama dengan parents lain dan melakukan aktiviti bersama.  Sudah menjadi satu keluarga yang besar pula.  Seronok berkongsi pengalaman anak-anak dengan orang lama ni.  Diorang pon tak pernah layan aku cam orang baru.... syukur....

Terima kasih di atas persahabatan yang baru terjalin ini.... Moga berkekalan hendaknya.... Amin....


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...