Rabu, 30 April 2014

Gym Koryo Sepang Dah Ada Signboard

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 10:54 PG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Okeyy... saja jer nak share story and kasi gempak pasal Gym Dengkil ni dimana anak-anak aku berlatih sparring untuk tournament-tournament taekwondo.  Sebelum ni gym ni memang agak hambar sebab tiada apa-apa pengenalan diri untuk orang luar tau yang di situ ada Gym Taekwondo.  Tapi malam ni tiba-tiba rasa lain plak gym ni.... rupanya ada pembaharuan telah di buat.  

Masa mula-mula nak jumpa Sir Muhin untuk hantar borang pertandingan tu.... Pertama skali yang aku nampak tang pintu masuk ni lah.... dalam hati tertanya juga... sejak bila pula ada menda nikan.... tapi menariklah bagi aku sebab at least ada la something yang orang tau kat situ ada Gym Taekwondo.  Good improvement.
Naik jer atas... mata aku pula tertumpu kepada feature wall gym.... sebelum ni kosong jer.... kalini ada banner gambar anak-anak terbentang luas di dinding gym.  Huhuhu... barulah menarik skit keadaan dalam gym nih...
Lepas hantar borang dan borak-borak dengan sir kejap.... aku segera turun ke bawah... masa borak dengan sir sebelum tu... dia ada mention kat depan pon dah ada banner atau sign board gym.  Aku memang tak perasan lagi masa sampai tu.... bila dia bagitau baru rasa berkobar nak turun tengok... 

So... inilah hasil pembaruan pada gym taekwondo.  Walaupun design banner ni tak menarik pon.... tapi boleh laaa... ada juga tanda pengenalan pada gym ni.  Senonoh skit aku tengoknya.... Bangga skit aku nak bagitau kat kawan-kawan anak-anak aku training sparring taekwondo kat sini.... hehehehhe....
So apa kata korang????

Isnin, 28 April 2014

Pertandingan Bowling Bahagian Perancangan Korporat, JUPEM

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 1:38 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
26 April 2014 - Ampang Bowl, Ampang Point

Salam semua....
Today nak sharing kisah aku dan hubby punya aktiviti  dihujung minggu.  Hmmm... apa jer aku nak mulakan yer???? Hmmmm.... ok gini... sebenarnya, pada awalnya aku masih blur-blur nak join atau tidak game bowling anjuran bahagian hubby aku nih.  Masa hubby cakap ada game bowling aku just kata ok jer... tak meletak harapan apa pon just aku anggap maybe hubby aku ada peluang untuk menang... itu jer... sekali tak sangka pula bila tarikh pertandingan ni sebenarnya clash dengan Pertandingan Futsal Piala KSU NRE yang sepatutnya aku pun turut serta dalam game tu.  Aku ni taklah penting tapi main sekadar nak join kawan-kawan asalnya dan memenuhi permintaan kengkawan yang mengajak.  So terpaksalah aku cancel main futsal tu then join hubby aku main bowling. Kalau tak join karang mau hubby aku merajuk plak.  

So pada hari kejadian aku terpaksalah bersama hubby ke KL dan melepaskan peluang bersama kengkawan (ntah diperlukan ke tidak kalau aku join pon... heheheheh).  Hanum dan Kimie tak dapat join sebab ada kelas taekwondo pagi Sabtu tu dan sayang nak ponteng kelas apatah lagi saat senior ramai takder. Kalau mereka hadir at least boleh tolong Sir Muhin diorang kalau perlukan apa-apa pertolongan. Semangat si Kimie!!  Yang aku dengan hubby ni kengkununnya nak awal sampai ke tempat bowling. Jam 9 pagi lagi kami dah ada di Flaminggo, Ampang.  Sekali dapat tau tempat pertandingan bowling kat Ampang Point rupanya.... tempat bowling yang dekat Flamingo dah lama tutup... Hahahahah.... nampak sangat aku dan hubby dah lama tak main bowling... Kikikikikkkkk
Honestly.... walau teruja dapat partner ngan hubby nak main bowling nih... tapi sebenarnya aku tak berapa nak seronok sangat untuk bermain sebab boleh plak pagi tu belakang aku sakit.  Entah tergeliat ke apa aku pon tak tau la.  Tak senyum kang kata aku sombong plak.... nak tak nak buat la muka fake kat situ.  Nasib baik isteri Abang Dollah memahami aku then dia bagi aku pain killer.... Walau sakit terpaksa juga la main bowling... muka aku dah macam muka 'taik'... muncung jer dan tak bersemangat.... hmmmmm
Tournament kalini everyone main 3 game seorang.  Hmmm.... masa first game tu aku dah rasa tak semangat nak main dengan back pain aku nih.... tapi lepas setengah jam baru pain killer tu berkesan pada aku barulah aku rasa semangat skit tapi dah malas nak letak apa-apa harapan pada game aku tuh... first game aku memang hancur der... 100 pon tak sampai... huhuhu.... tension aku. Game kedua dan ketiga baru puas hati dengan point aku yang konsistent ngan keadaan aku yang main hanya nak pertandingan jer nih... ehehehehehhe... berlatih pon tak... main bedal jer... kikikikikikkkk.... memang tak nak letak harapan tinggi-tinggi... so point keseluruhan aku untuk 3 game haritu just 324 jer... huhuhu.... aku target 350 ke atas tapi apa kan daya.... haruslah pasrah dengan prestasi aku yang tak training langsung tu dan keadaan diri yang makin tua..... huhuhuhu.  

Point hubby aku pula alhamdulillah... walau dah lama tak main tapi prestasi masih konsistent.... first game dia dengan point 188, second game dengan point 118 dan game ketiga dengan point 220 menjadikan keseluruhan dengan point 526. Okeyyy... korang perasan tak kenapa game kedua dia merudum??? Hahahahah... menggeletis sebenarnya laki aku tu.... first game dah ok dengan teknik dia biasa buat.... tapi bila game kedua dia mengubah teknik lak... makan angin la katakan.... so game ketiga dia pulun habis-habis la.... haaaa... itu permainan dia.... sabo jer laaa.... 

Mula-mula aku ingat hadiah game bowling ni untuk pasangan suami isteri atau partner lelaki perempuan/pasangan.  Rupanya hadiah diberikan ikut kategori lelaki dan wanita itu sendiri.  Anyway... alhamdulillah haritu rezeki kami suami isteri.  Hubby dapat tempat pertama untuk kategori lelaki dan aku dapat tempat kedua untuk kategori wanita.... syukur sangat.  

Apa pon kengkawan hubby bersuara kami suami isteri ni terer laa bagai, mesti selalu main atau training nih.... meh aku betulkan.  Sebenarnya yang terer tu hubby saya.... saya tak terer pon tapi alhamdulillah saya selalu mendapat sokongan suami saya kalau main bowling.  Anyway... saya memang tak training langsung apatah lagi selalu main.  Bola saya sampai bersawang bawah katil bilik belakang.... Hubby saya pon sama... lama dah tak training... last main masa nak Sukan NRE... itu pun pemutusnya dia tak join pon tournament untuk sukan tu kerana bagi peluang kepada mereka yang 'nak sangat main'.  Lebih baik kerja dapat pendapatan.  Bab selalu main bowling bersama pon kami sendiri tiada masa sebab sibuk urus anak-anak dan kerja serta akhir-akhir ni kami agak berkira dari segi kewangan kami untuk membazir begitu sahaja.  Kami percaya, kalau dah rezeki tu tak ke mana.... Yer tak???

Oklah.... terima kasih kepada Bahagian Perancangan Korporat JUPEM yang menganjurkan program bowling nih.  Nampaknyer rezeki suami bawa pulang oven dan rezeki saya bawa pulang blender multipurpose.  Syukurrrrr.... lain kali buat bowling jangan lupa jemput yer... heheheheh.  Tq semua....

Jumaat, 25 April 2014

Resepi Tauhu Telur

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 10:19 PG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Okeyyyy... baru tengok gambar pon dah terliuq... apatah lagi kalau dah buat.... jom cuba... aku share di sini resepi ni...

Kredit : Fiza Sezali

4 keping tauhu putih
2 tiub tauhu lembut
1 genggam isi udang (kalu nak letak lebih pon apa salahnya)
2 biji telur

-kesemua bahan-bahan ni di blender sampai lumat yer
-dah sudah masukkan dalam bekas seperti dalam gambar tu
2 biji cili merah dicincang halus (kalau nak pedas tambah la lagi)
sedikit daun bawang yang di potong halus-halus (nak guna daun sup pon boleh)
sedikit serbuk cukup rasa Maggie (jangan letak banyak tau... nanti masin)
tapi kalu tak suka guna serbuk cukup rasa maggie ni pon takpa.. letak garam jer yer..
-gaulkan sebati bahan-bahan ni dengan tauhu yang dah di blender lumat tu yer
-selepas itu bolehlah dikukus dalam 20-30 minit (masa nak kukus tu terpulang la nak guna loyang ke, tupperware ke... kalau guna loyang akan melekat.... lebih elok guna tupperware lagi selamat)
-biarkan sejuk baru dipotong (ikut suka anda nak potong gaya apa pon.... hihihi)
-celopkan tauhu yg dah di potong dalam telur yang dah dipukul sedikit..barulah di goreng hingga kekuningan.


Senangkan.... selamat mencuba....

Rabu, 23 April 2014

Choir NRE New Branding

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 10:51 PG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Choir New Branding??? Yer la tu... entah apa yang new branding pon tak tau... cuma yang aku tau kami lately ni nyanyi lagu baru dan di kalangan kami bertambah ahli jer.... yang lama pon tinggal berapa kerat.  Dapat ahli baru ni barulah rasa meriah skit kumpulan koir ni.  Sebelum ni payah nau dah dapat ahli koir... ada jer halnyakan... ni dah ada orang baru rasa happy skit.  Harap-harap  berterusan la gini... jangan nanti yang hujung-hujung tinggal berapa kerat jer.  Huhuhu...
Gambar-gambar di bawah adalah persiapan kami sebelum buat persembahan di Perhimpunan Bulanan NRE Bulan April... Meriahkannnn...

Anyway... welcome to new comer in Rhapsody Choir De NRE!

Sabtu, 19 April 2014

Hanum New Hair Cut & Kimie New Hair Style

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 3:44 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Akhirnya... penantian aku memaksa Hanum memotong rambut dia berjaya.... Puas la pujuk.... seksa.... at last nak juga.... Kalau tak punyalah payah nak gunting rambut Kak Nam sorang nih.  Rambut dah panjang nau... macam mak lampir dah... tapi sayang nau nak potong rambutnya... kena bagi advice dulu nak potong camner... kalau tak dia tak nak.... pastu siap demand nak cuci rambut and blow bagai kat salun tu... nasib baik la salun yang aku pergi kat kampung tu murah.... berbaloi sangat.  RM16 jer sekali gunting dan cuci.  

Dalam sibuk nak gunting dan cuci rambut kakak ni.. si adik pon cemburu... dia pon nak cuci rambut siap urut-urut jugak!!! Adoyyyaaaiiii... kalau tak bagi muka masam... kata kita tak sayang dia.... merajuk kunun... nak tak nak bagi la juga dia merasa.... pastu bila amoi dah basuh n blow rambut dia.... siap suh stylekan rambutnya.... loghattttt!!!
Hmmm... korang tengoklah hasil dandanan dan guntingan rambut dari salun kampung kat Melaka yang aku pergi dari kecik sampai ke besau.... Bergaya habis la tu kunun!! Hmmm... tak kuase hakakkkk dikkk!!! Layankan jer laa anak-anak nih!!!

Mak Mertuaku Tak Sihat

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 2:58 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Salam semua....

Apa jer aku nak bagi tau.  Mak mertua aku dimasukkan ke hospital kerana badan bengkak dan kencing sakit.  Korang doakan yer mertua aku cepat sihat... punca sakit masih lagi belum dipastikan dan masih dalam pemerhatian doktor.

Rabu, 16 April 2014

Emas Pertama Hanum Dalam Arena Taekwondo

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 6:22 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
2nd Leg of the SPORTEXCEL-NSC-MILO-TM (WTF) National Taekwondo Circuit 2014 
12-13 April 2014 -  Dewan Chan Ang Kong, Jejawi, Kangar, Perlis

Alhamdulillah .... 

Rasa syukur tak terhingga bila segala kerja keras Hanum selama ni selepas kekalahan dia dalam 1st TM Circuit akhirnya berbayar dengan Pingat Emas pertama Hanum dalam arena sukan taekwondo dalam  2nd Leg of the SPORTEXCEL-NSC-MILO-TM (WTF) National Taekwondo Circuit 2014 baru- baru ni.  

Terus terang aku katakan ... aku nampak usaha Hanum. Walau penat balik sekolah dengan tuisyennya ... dengan training nettballnya ... mana nak training sparring lagi di Dengkil dan di Ampang ... aku tau Hanum sangat penat. Tapi dia dah ada target. Macam mana pon dia nak dapat pingat untuk 2nd TM Circuit ni terutamanya pingat emas. Walau penat dia tak merungut .... lagi pula tahun ni dia nak UPSR. Memang aku kesian dengan dia.

Malam sebelum berangkat ke Perlis ... nampak dia excited prepare barang-barang dia .... tinggal nak letak dalam kereta dan naik bas jer ... aku kesian sebenarnya bila tak dapat teman Hanum ke Perlis untuk tournament kali ni ... tapi nak buat macam mana .... ekonomoney .... redha jer laa ... kalau ekomoney-money pon ayahnya takde kerana tugas di Kelantan .... So hanya doa dan harapan sahaja yang mampu mengiringi anak dara aku yang sorang ni.
Before berangkat ke Perlis pagi-pagi buta untuk National TM Circuit.
Masa Hanum sampai Perlis untuk sesi timbang pon dia dah cukup risau kalau weight dia tak in untuk kategori Bantam (33-237 kg) 12-14 tahun. Lepas dia timbang tu .... dia call aku yang weight dia ngam-ngam jer 37kg. Adusss .... nasib baik lepas ... kalau tak banyak hal pula nak kena jogging bagi weight in.
Keesokkan harinya pada hari pertandingan tu ... Hanum call sekali lagi ... katanya bout dia yang ke 2 dan ke 5. Huhuhu .... asik dapat yang awal-awal jer Hanum. Tapi aku minta dia buat yang terbaik. Dalam setengah jam kemudian Hanum call semula .... mengatakan dia lepas ke Final. Syukur sangat ... di sini aku dah tak kisah ... kalau Hanum menang tu rezeki dia dan aku bangga dengan dia. Dalam masa tak sampai 1 jam gitu aku dapat call dari kawan Hanum, Liyana .... terjerit-jerit bagitau Hanum dapat emas. Ya Allah ... syukur sangat ... Aku bangga dengan Hanum .... walau takder parents yang dapat bagi sokongan dan teman dia ketika perlawanan tu ... walau takder orang nak ambil gambar dia masa berlawan untuk ditunjukkan kepada aku ... . aku masih bangga dengan Hanum.  
Masa Liyana call tu .... nampak sangat dia terharu sampai tak tercakap kegembiraan dia bila aku nak cakap dengan dia dalam telefon. Huhuhu ... takpe aku faham. Mama always love u kakak and mama bangga dengan kakak.

Aku tahu ... ramai tak sangka Hanum boleh lepas dapat emas kalini. Heheheh .... aku faham ... kalau tengok Hanum punya muka pon macam main-main dan acuh tak acuh. Tapi dah memang gitu muka dia ... nak buat camnerkan. Tapi Hanum dah proof something dan baru orang buka mata. Alhamdulillah .... semoga Hanum tak pernah jemu untuk berusaha. Aminnnn ....
Dengan kemenangan emas kali ini ... maka Hanum berjaya untuk mara ke circuit TM ketiga. Alhamdulillah .... Anyway kalini lawan-lawannya lebih mantap dan berpengalaman .... most of them adalah pemegang pingat emas tahun lepas ... jadi kena buktikanlah kebolehan Hanum lagi .... Moga Hanum beroleh kejayaan seterusnya .... kawan -kawan pon doakan yer ... Aminnnnn ....


Terima kasih kepada Sir Muhin yang mendidik Hanum dari mula hingga sekarang .... dan tak lupa juga kepada tenaga pengajar di Gym Ampang seperti Sir Taufiq dan Sir Khai Meng dan yang lain-lain tu .... Moga kamu-kamu juga tak pernah jemu mendidik Hanum dan mungkin adiknya Hakimi akan menyusul dan seterusnya mampu membanggakan negara kelak. Tanpa korang anak-anak saya tak berada seperti sekarang. Moga Allah merahmati usaha kalian semua mendidik anak-anak kami. Amin .... Sama-sama kita berdoa yer ....
Terima kasih juga kepada parent-parent yang melihat, memerhati, ambil kisah, bagi makan dan sebagainya semasa Hanum di Perlis. Jasa kalian sangat dihargai. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Tq yer semua ... doakan Hanum dan Hakimi berjaya di masa akan datang. Aminnnnn

Selasa, 15 April 2014

Bila 3 Stooges DSK 98/99 Berjumpa

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 3:34 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
14 April 2014
Huwaaaa ... rindunya aku pada 2 orang insan ini .... Akhirnya setelah lama menanti nak reunion bertiga semula dengan makcik 2 orang ni, tercapai juga hasrat aku.  

Kalau setakat nak jumpa Yat ... aku leh anytime jumpa ... memang takde masalah. Tapi kalau nak jumpa Pet ... adusss ... mengalahkan vip makcik ni. Ada jer halnya kalau nak jumpa .... Dah jadi bertahun juga tak jumpa ... padahal sama-sama area sini jer ...

Alhamdulillah ... tak perlu nak plan lama-lama ... Yat just mention Pet nak datang rumah dia dan aku pula free masa tu .... so on jer laa .... walaupun pagi tu aku ada tournament bowling dan petang tu kimie ada training taekwondo ... nasib baik training Kimie tu yang biasanya jam 3.00 petang haritu diubah jadi jam 5.00 petang. So ada la masa aku nak terhegeh-hegeh borak ngan diorang lama skit.

Tapi pempaham jer lee ... bila 3 orang manusia ni berjumpa ... ada jer menda flash back nak distorykan .... macam baru balik belayar kapal ... hehehehehe ... rezeki haritu Yat buat masakan kampung ... sedapppp! !! Perut dah kenyang .... ketawa pon terbahak-bahak .... apa lagi ... sesi bergambau jer lee .... aku pun tak bleh nak lama-lama sebab kelas taekwondo Kimie tu .... huhuhu ... . Yang penting happy der dapat reunite bertiga walaupun ada anak-anak sekali .... Riuh sekuarters!! Hahahahah ...

Isnin, 14 April 2014

Cara Pakai Tudung Bawal Gaya Mawar Fizo Omar

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:19 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Berkenan lak aku nak berfesyen cara gini... sesuai dengan ekonomi aku nih... heheheh.... jom try yok!!! heheheheh!!!!

Cara pakai tudung bawal gaya Mawar Fizo Omar. Tutorial atau panduan memakai tudung bawal ala fesyen tudung jenama Fareeda kini semakin popular dilaman sosial. Idea ini pada mulanya dicetuskan oleh Yunabella seorang blogger yang kini semakin dikenali ramai dengan gaya tudung tersebut. Fesyen ini sangat mudah kerana hanya memerlukan tudung bawal dan kerongsang sebagai medium utama fesyen tudung. Bukan sahaja kos yang murah, malah fesyen tudung bawal ala tudung mawar juga amat sesuai bagi remaja wanita masa kini.

Bahan Keperluan Asas

  • Tudung Bawal
  • Kerongsang Bersaiz Besar (Pastikan pin panjang)
  • Pin



Cara Pakai Tudung Bawal Gaya Mawar Fizo Omar
1. Kerongsang bersaiz besar sebagai aksesori utama.
2. Pastikan panjang tudung depan adalah sama rata.
3. Pakai tudung bawal seperti biasa
3. Pin pada bahagian belakang tudung bawal untuk tujuan kekemasan
4. Gunakan kerongsang dan pinkan pada bahagian hujung tudung depan.
5. Lipat tudung secara menaik ke dalam pin keronsang.
6. Setelah dilipat ke bahagian atas, pin kan kerongsang tersebut.
7. Lipatan tudung biasanya akan berserabut dan memerlukan kekemasan atau sentuhan terakhir.
8. Kemaskan lipatan tudung dengan menarik kedua-dua tudung depan kebawah.
9. Selesai
10. Hasilnya adalah sangat memuaskan.
Semoga berjaya! Jangan lupa sebarkan tutorial ini dengan kawan-kawan dan saudara mara yang lain ok.. lepas ni boleh la berhias tanpa perlu keluarkan duit yang banyak beli tudung Fareeda. Hehee..

Kredit kepada: Yunabella
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...