Ahad, 30 Januari 2011

Beberapa fakta dan maklumat berkenaan blog

Posted by Emmymazli at 1:25 PTG 0 comments
Just sharing to u all... sharing is caring...


Internet sememangnya satu 'dunia' yang mengasyikkan. Seseorang yang berada dalam dunia Internet pasti tidak akan merasa bosan untuk terus melayari Internet dengan meniti dari satu blog ke blog yang lain untuk mengumpulkan maklumat atau menambahkan kenalan maya. Tidak kurang juga yang menggunakan Internet sebagai medium untuk memasarkan barangan atau perkhidmatan yang diniagakan.

Saya tertarik dengan rencana yang ditulis oleh Jyh Wee Sew yang bertajuk "Mengimbangi Cita Rasa Manusia dalam Budaya Internet" yang disiarkan dalam Dewan Budaya Oktober 2008. Rencana ini mengetengahkan beberapa fakta statistik serta maklumat tentang natijah penggunaaan Internet yang berlebihan.

Sama ada kita sedari atau tidak, usia Internet diperkenalkan kepada dunia baharu sahaja 15 tahun. Walau pun masih muda, Internet sudah mampu untuk mengubah tamadun manusia. Pada masa kini, kebanyakan transaksi dan maklumat dilakukan melalui Internet. Para pekerja akan merasa gusar sekiranya tidak melayari Internet di tempat kerja. Internet dijadikan sebagai saluran perhubungan sama ada di antara sahabat handai mahu pun dengan pelanggan dan rakan perniagaan.

Saya senaraikan di bawah ini beberapa fakta menarik daripada rencana ini untuk tatapan dan pengetahuan kita semua:

1. Terdapat sejumlah 112.8 juta blog di dunia, sejumlah 175,000 blog baharu telah direkodkan pada setiap hari, 1.6 juta blog dikemaskinikan setiap hari termasuk 18 blog yang dibaikpulihkan pada setiap saat.

2. Blog yang saya dan anda semua gunakan kini adalah versi "Web 2.0" yang juga dikenali sebagai jurnal Internet adalah menggantikan laman "Web 1.0" yang kini lebih dikenali sebagai laman sesawang.


3. Jurnal Internet remaja menduduki tangga ketiga sebagai blog yang paling kerap dikemaskinikan. "Netizen" adalah gelaran yang diberikan kepada golongan remaja atau warga siber yang kerap membaca blog, menyimpan, menulis dan memberikan komen di jurnal Internet menerusi Web 2.0. Konsep "netizen" ini diperkenalkan oleh Michael dan Rhonda Hauban kira-kira 12 tahun yang lalu untuk menerangkan konsep warga siber.

4. Golongan dewasa juga tidak kurang minatnya dengan blog ini. Golongan ini membentuk kumpulan warga siber untuk berkongsi fikiran dan meluahkan rasa hati mereka. Isu politik adalah antara tema yang biasa digunakan oleh golongan ini.

5. Pemantauan menunjukkan bahawa ramai yang memilih untuk menggunakan blog sebagai pengantara bagi mencatat jurnal kerana seseorang itu tidak perlu melalui proses penyuntingan dan kelulusan editor untuk menghasilkan penulisan yang kadangkala memakan masa berbulan-bulan sebelum disiarkan. Dengan blog Web 2.0 ini, segala maklumat terkini boleh disalurkan dengan pantas dan sekiranya lewat, sesuatu berita itu akan dikatakan sudah basi.


6. Namun demikian, Internet juga mempunyai keburukannya.

Menurut laporan BBC, seorang pemuda Korea Selatan berusia 28 tahun telah meninggal dunia selepas bermain permainan komputer yang diberi nama "Starcraft" selama 50 jam di kafe Internet. Pemuda ini dikatakan hanya tidur dan makan sedikit sepanjang sesi permainan komputer ini.

7. Jurnal Internet seorang pelajar lelaki pula mendedahkan bahawa beliau tidak mempunyai kawan kecuali permainan komputer. Remaja ini sanggup bergaduh dengan ibunya apabila dilarang bermain komputer. Beliau menyalahkan ibunya kerana menghalangnya bermain di luar rumah dan akhirnya beliau ketagihan permainan computer sehingga tidak berminat untuk membuat kerja sekolah.

Dia sanggup membayar rakan sekelas beliau untuk menyiapkan kerja sekolah agar dia terus dapat bermain permainan computer. Pelajar ini bukanlah seorang pelajar yang bebal kerana apabila rakannya tidak dapat menjawab soalan matematik, dia menunjukkan kaedah penyelesaian soalan matematik dalam sekelip mata. Ini membuktikan bahawa budaya teknologi telah menghakis nafsu untuk melakukan aktiviti harian sehingga menyebabkan sesetengah remaja mencari kepuasan di Internet.

8. Dalam kes yang lain pula, seorang remaja lelaki dikatakan hidup hanya dengan makanan segera di dalam bilik tidur kerana tidak mahu meninggalkan skrin komputer. Selama beberapa hari beliau tidak mandi dan tidak mengendahkan deringan telefon bimbit. Remaja ini ketagihan dengan permainan komputer yang dimainkan secara berkumpulan. Oleh kerana pungutan mata secara berkumpulan amat dipentingkan, beliau membuat urusniaga membeli status pemain yang menjanjikan kuasa siber.

Jurnal Internet beliau mendedahkan bahawa beliau membayar sejumlah RM200 semata-mata untuk mendapat status baharu dalam permainan komputer. Urusniaga ini dilakukan secara sulit dan pada waktu malam. Pemain yang menjual statusnya tadi akan memberikan kata laluan baharu kepada remaja ini bagi membolehkannya menukarkan kod permainan sekaligus menjadikan beliau sebagai ketua permainan komputer yang disegani di Internet.

Secara ringkasnya, Internet pada abad ke-21 ini sedikit sebanyak mempengaruhi budaya pergaulan sesama manusia. Kalau dahulu kita hanya bersemuka atau berhubungan melalui telefon tetapi kini kita sudah ada Internet yang menjanjikan kita pelbagai kaedah untuk lebih kenal-mengenali antara satu sama lain. Apa yang pasti, kita harus bijak untuk menggunakannya pada jalan yang betul dan elakkan diri kita daripada terjebak dengan sindrom "ketagihan Internet".p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal { margin: 0cm 0cm 10pt; line-height: 115%; font-size: 11pt; font-family: "Calibri","sans-serif"; }.MsoChpDefault { }.MsoPapDefault { margin-bottom: 10pt; line-height: 115%; }div.Section1 { page: Section1; }


NOTA:

Keseluruhan fakta dan hampir 90 peratus teks dalam catatan ini telah dipetik daripada rencana "Mengimbangi Cita Rasa Manusia dalam Budaya Internet" oleh Jyh Wee Sew dalam Dewan Budaya Oktober 2008. Sebarang penerbitan semula mana-mana bahagian dalam catatan ini hendaklah memberikan kredit kepada penulis rencana iaitu Jyh Wee Sew.

Jenis dan Hikmah di dalam Marah

Posted by Emmymazli at 1:09 PTG 0 comments

Perubahan sifat dan sikap sering kelihatan apabila seseorang berdepan dengan situasi yang memungkinkan mereka menonjolkan kemarahan. Cacian dan makian tidak terhitung dek kerana tenggelam dalam nafsu amarah. Paling malang, gelojak nafsu dibiar menguasai diri hingga menghilangkan pertimbangan akal.

MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci ALLAH SWT dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja’far bin Muhammad berkata: “Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian).”

Marah juga adalah sifat semulajadi insani. Boleh jadi kemarahan yang ditunjukkan membawa kebaikan atau kecelakaan. Pada permulaan marah, ia bagaikan isyarat awal untuk membetulkan keadaan. Namun, apabila kemarahan didahulukan jauh daripada mengingati ALLAH, maka ia bertukar menjadi kebinasaan.

Berbeza sifatnya apabila marah dalam hal dan keadaan sesama akidah. Namun dibezakan disebabkan ketiadaan persefahaman dalam perkara-perkara khilafiah. Paling malang, apabila ada pihak yang berlebih-lebihan berprasangka sesama mukmin disebabkan suaranya tidak didengar atas urusan agama. Marah boleh menjatuhkan seseorang kepada keadaan kufur. Marah boleh jadi mengakibatkan kemusnahan “akidah”, apabila masalah khilafiah terus dibahas dalam keadaan “marah” dan tidak tahu usul agama.

Psikologi Manusia

Manakala di dalam kaedah psikologi manusia, terdapat beberapa jenis kemarahan yang berlaku di kalangan manusia. Keributan yang berlaku adalah tanpa sebarang amaran itulah yang dinamai sebagai:

a) Sudden Anger (Marah Mengejut)

-Individu yang mengalaminya mudah hilang sabar, sentiasa melahirkan “marah”, hatta dalam sekecil-kecil perkara. Namun, individu ini didapati cepat reda dan berasa menyesal. Walaubagaimnapun, alangkah indahnya apabila nafsu yang mengajak kepada kecelaan “marah” dapat dimulai dengan bacaan “Basmallah”.

b) Shame-based Anger

- Seorang yang sangat sensitif dengan suasana semasa.

- Tidak dapat tahan marah bila dikritik, diperleceh atau diketepikan. Beliau lebih gemar merasa betul atas segala tindakan tanpa penafian orang lain.

c) Deliberate Anger

- Percaya bahawa dengan menunjukkan kemarahan segala kemahuan

dan kehendak akan dipenuhi. Jenis begini tidak peduli untuk melanggar etika, undang-undang yang sedia ada asal matlamat digapai, haram katanya tidak mengapa.

- Suka memanipulasi, membuli & menguasai orang lain.

- Berpuas hati & megah sekiranya orang yang dimarahi berasa tersinggung & sedih.

d) Addictive Anger (Ketagihan Marah)

- Menjadi ketagih untuk marah apabila berada dalam ketagihan & tidak dapat menahan kemarahan.

- Ada kaitan dengan ketagihan arak & dadah.

Kemarahan yang meluap-luap dilupai akan memburukkan wajah pemarah, menyempitkan salur darah, disebabkan berlumba-lumbanya syaitan di dalam salur darah untuk menyucuk butir-butir kata dan tindakan penuh mazmumah. Maka lahirlah kemarahan yang disorak-sorai oleh syaitan laknatullah.

Renungilah dan hayatilah firman ALLAH SWT:

“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.”

[Surah al-Syura ayat 37]

Marahnya Rasulullah Shollallahu allaihi wassalam

Suatu kisah ketika Rasulullah SAW sedang duduk ditengah-tengah para sahabat, tiba-tiba datang seorang rahib yahudi bernama Zaid bin Sa’nah. Kemudian dia menyambar kain Rasulullah SAW dan berkata dengan kasar; “Ya Muhammad! Bayarlah hutangmu. Kamu keturunan Bani Hasyim melambat-lambatkan pembayaran hutang.”

Sememangnya ketika itu Rasulullah SAW berhutang dengan yahudi tersebut. Tetapi Rasulullah mengerti bahawa masa yang dijanjikan untuk membayarnya belum sampai. Melihatkan keadaan sebegitu, Saidina Umar r.a lalu bangun dan menghunus pedangnya. “Wahai Rasulullah SAW, izinkan aku memenggal leher manusia yang kurang ajar ini.”

Namun, dengan penuh kelembutan dan ketenangan Rasulullah SAW bersabda; “Ya Umar, aku tidak disuruh berdakwah dengan cara yang kasar. Antara aku dan dia memang memerlukan kebijaksanaan daripadamu. Suruhlah dia menagih hutangnya dengan sopan dan ingatkanlah aku supaya aku dapat membayar hutangku dengan baik.”

Mendengar sabda Rasulullah SAW tersebut, orang yahudi itu pun berkata: “Demi yang mengutusmu dengan kebenaran, sebenarnya aku tidak akan datang untuk menagih hutang, tetapi aku datang untuk menguji akhlakmu. Aku mengerti masa untuk melunaskan hutang itu sebelum sampai waktunya. Akan tetapi aku telah membaca sifat-sifatmu dalam kitab Taurat. Semua sifat-sifatmu sungguh terpuji. Namun masih ada satu sifatmu yang belum aku ketahui iaitu tentang kebijaksanaanmu bertindak ketika waktu marah. Ternyata tindakan ceroboh yang dilakukan orang terhadapmu, engkau masih dapat mengawalnya dengan cara bijaksana.”

Ini merupakan satu hakikat yang aku saksikan sendiri, maka terimalah Islamku ya Rasulullah SAW, kemudain orang yahudi itupun mengucap dengan mengakui Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Rasulullah SAW adalah pensuruh ALLAH.

Kemudian ia berkata lagi: “Wahai Rasulullah, adapun hutangmu, aku sedekahkan kepada fakir miskin dan kaum muslimin”

Demikianlah antara sebuah kisah kehebatan akhlak Rasulullah SAW dalam menghadapi marah. Manakala, hari ini dalam menguruskan kemarahan yang terjadi tanpa diminta, adalah menjadi tanggungjawab setiap insan dalam menghadapi situasi yang mudah mengundang marah, memerlukan tindakan pantas kepada memikirkan sabar.

Rasulullah bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).”

(Riwayat al-Tirmizi)

Bangga dengan Marah

Kedapatan manusia bangga dengan sifat marah yang dimilikinya, katanya ia membuat orang hormat akan dirinya. Maka, katanya mudah untuk mengurus suasana. Ketika masyarakat bertemu dengannya, hormat yang disangka rupanya pura-pura. Kepada ketua, anak buah kelihatan bermuka-muka, didepan ketua puji dan puja, tetapi di belakang mereka mencela.

Persoalan kepada semua, apakah dengan kemarahan menyelesai segala perkara. Mewujudkan ukhuwwah ikhlas sepanjang masa? Melakar baik sangka kenapa sukar dicipta? Tidakkan tuan merasa gembira, melihat semua ikhlas menerima kehadiran tuan disisi semua.

Terimbau kepada satu cerita mengenai kesabaran, suatu hari Imam Ibnu Abbas r.a sedang menunggang kuda. Tiba-tiba datang seorang lelaki menghampirinya dan mengatakan berita dukacita kepadanya. Orang itu berkata:

“Ayahmu telah meninggal dunia ya Ibnu Abbas. Mendengar berita tersebut Ibnu Abbas r.a hanya mengucapkan: “Inna Lillahi wa inna ilahi raji’un. La haula walaa quwata illa billah.” Kemudian Ibnu Abbas r.a turun dari kudanya dan solat akan dia dua rakaat. Setelah selesai mengerjakan solat, orang itu bertanya kepada Ibnu Abbas: “Mengapa kamu sambut dengan solat setelah aku memberi tahumu akan kemangkatan ayahndamu wahai Ibnu Abbas?”

Ibnu Abbas r.a menjawab: “Apakah kamu tidak pernah mendengar firman ALLAH SWT yang memerintahkan:

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya ALLAH beserta orang-orang yang sabar.”

[al-Baqarah:153]

Justeru, Rasulullah menganjurkan umatnya jangan marah. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: “Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!” (Riwayat al-Bukhari).

Pre Reunion With Member Ex-SMVPD

Posted by Emmymazli at 1:27 PG 0 comments
Seronok giler bila dapat jumpa member skolah tadi petang... after balik kenduri tunang rumah office mate aku si Liza... aku pun terus gi The Mines.  Ni semua planning last minit dengan member after sesi jemput menjemput kat wall SMVPD 79ers untuk main bowling kat sana n jumpa pukul 5 ptg bagi sesiapa yang berkesempatan.  Apa pun.. at last... hanya 5 orang jer yang datang.... walaupun 5 orang... tp happy sangat...

Yang datang tadi... Aku, Hafiz (BB), Jefly (BB), Asri a.k.a Mantin (Auto), Jafrul (Auto).... masing2 dtg bawa family unless si Hafiz n Mantin.... alhamdulillah.. dptlah berkenalan dengan wife masing.... untuk memeriahkan majlis.... kebetulan adik aku angah n husband pun ada tadi n diorang pun joint aku skalik....

Alkisah bermain bowling... nampaknya Hafiz boleh tahan main bowling... hmm... bola curve tu.... dlm kata tangan sakit... kira hebat laa kan... aku siap tunjuk wajah mcm tak percaya sambil menggigit jari... betul ke ni Hafiz ni main mcm ni... huhuhuhu.... si Mantin lak... cara dia bowling bola cute siot.... hahahah... aku dok la mengajuk n tergelak bila dia baling... hahahaha... so far.. member2 lain main bowling ok la.... Aku??? hahaha.. jangan cerita... ntah haper2.... laki aku dok menyirap ngan aku sbb aku main cam cipan... hahahhha

Lepas habis bowling.... we all lepak kat kedai mamak kat blok sebelah mines.... lepak punya lepak.. sampai pukul 9.30 la jugak... hehehhehe... apa pun... thanx kat Mantin sbb blanje kitorang sumer tadi... moga murah rezeki anda.... heheheheh

Thanks guys.... walaupun 5 org... tp bg aku amat bermakna untuk kita mengukuhkan ikatan silaturrahim antara kita setelah 15 tahun tak jumpa.... aku happy... husband aku pun happy jumpa korang... n hopefully korang n family pun happy jugak...!!! Thanks a lot!! (^_^)

Ex SMVPD
dari kiri:  Mantin, Emmy, Jefly, Hafiz & Jafrul

Markah 2nd Game. For info, susunan nama dari atas tu Jafrul, Mantin,
Jefly, Emmy, Mazli (my hubby), Zahri (adik ipar aku),
Wawa (adik aku Angah) & markah kat bawah
skali yg tak nampak nama tu Hafiz

Jefly, Hafiz dan anak aku Hanum & my hubby Mazli
   
Peace!!
  
At kedai mamak

Mantin, Jaf n Jefly

Me with wife Jefly, Intan.  Intan is one of ex DSK (same course with me)
 at Poly PD yg juga senior aku...

Sabtu, 29 Januari 2011

Tahniah Liza... Selamat Bertunang!!

Posted by Emmymazli at 11:10 PTG 0 comments
Firstly.. aku nak congrats to office mate aku... Nor Azliza bt Rahman yang bertunang tadi siang.... diam2 jer... tetiba tau nak bertunang.... heheh.. tau dah dia bercinta tp tak sangka lak bila dia bgtau short notice yg dia nak bertunang minggu ni.... huhuhuh.... apa pun aku datang tadi ke rumah dia betul2 masa family lelaki sampai tadi... so segan lak nak makan kat umah tu... sempat bergambar jer ngan liza.... cantik liza tadi dengan busana oren...

Akak doakan agar hubungan liza selamat hingga ke jinjang pelamin.... Congrats!!!






Petua Tahan Lama.. hikhikhikhikhikhik......

Posted by Emmymazli at 9:16 PG 2 comments
Selamat hari Sabtu semua...... today aku keboringan menunggu anak balik sekolah.. isk!! sabtu pun kena skolah kan... so bila boring ni, aku nak la sharing sedikit petua/info ngan korang... tp jangan marah aku kalu dah abis baca nnt... aku tak bersalah.... cuma hari ni aku terasa kesengalan aku lebih skit dari biasa.... ahaks!!!

BUAH KELAPA
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2008. Dan sebelah lagi
pada 1 January 2009... Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke....

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa....

PAKAIAN.
Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing machine
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...
BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2.. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk.. jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..

UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah.

ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja.Tak pun hisap rokok kawan. rokok sendiri simpan.hehe

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!


Last word:
SELAMAT BERTAHAN LAMA.... HEHEHEHEHHE

Khamis, 27 Januari 2011

Smashing Award Dari AcuRoseDay Lil Art!!!!

Posted by Emmymazli at 2:04 PTG 4 comments

Alllooo... Terperanjat giler bila dapat jemputan award buat pertama kalinya dari rakan blogger... adeehhhh... cam tak percaya jer....  Almaklum lee... blog emmy ni  baru setahun jagung.... byk menda yg emmy tak brp nak tau sebenarnya dalam dunia blog.... Anyway... thanx bebanyak AcuRoseDay kerana sudi memberi award kepada blog emmy yang tak berapa comel ni.... huhuhu... malu leeee..... Whatever pun..... Emmy dengan rasa bangga n terharu menerima award ni dari AcuRoseDay ... (^_^)

Errmmm... nampaknya emmy kena jawab soalan yg sama AcuRoseDay kena jawab tu... dan nnt bila emmy dah tag kawan2... kawan2 tu pun kene jawab soalan yg sama dan tepekkan gambar award kat atas tu kat blog memasing.... apa pun... emmy cuba la jawab dulu soalan ni ok!


1) Cerita sikit tentang tabiat buruk anda (tabiat buruk dalam blogging ke)

Tabiat buruk emmy dalam blogging.... apa yee.... hmmm... rasanya emmy ni suke buat sesuatu entry tu byk2 then lepas tu peram.... agak2 kalu rajin baru post kat blog tp sebagai entry post yg lama so takder la post baru... tp tu dulu laaa.  then emmy ni suke citer dalam blog menggunakan ayat cam dalam percakapan seharian dan tergelak sengsorang... heheheh.. kadang2 bila terbaca balik... terfikir gak... org tergelak ke baca entry aku ni... hehehehhe


2) Bila anda start buat blog ni? (1st post blog anda)

Pada asalnya emmy buat blog ni tahun 2009 lagi dengan memulakan 2  blog iaitu blog emmy skrg ni dan blog  Bisness Jurugambar.  Tetapi emmy benar2 mula start wat entry kat blog emmy ni pada Januari 2010 dgn citer2 pendek jer sbb tak yakin pada diri... hehehheeh.. skrg yakin la skit kan... heheheh


3) Tag 3 kawan anda atau lebih.(bagitau kawan anda melalui komen entry terbaru mereka)

Emmy nak bagi lebih skit kepada kengkawan... hehehehhe

 
Apa2 pun... Thanks bebanyak AcuRoseDay.... hehehhehehehe

RedMummy di Muka Hadapan Berita Minggu!!! Betul Ke Boleh Buat Duit Ngan Blogger Ni????

Posted by Emmymazli at 12:10 PTG 0 comments
redmummy2 RedMummy di Muka Hadapan Berita Minggu

Pagi Isnin aritu.. masa tengah drive kereta, terdengarlah chit chat kat Hot FM pasal penulis blog boleh meraih keuntungan... tu yg aku tertarik tu....  but arini baru teringat bila ada kawan tu dok story balik psl menda ni pagi tadi.... so aku pun mencari le.... cari punya cari.. rupanya ada kat blog member ni psl ni.... katanya dari artikel ni membuatkan mata aku terbeliak besar…betul ke???? Blogger untung RM1 juta, tajuk muka depan Berita Minggu Ahad lepas. So, aku pun find out la siapa gerangan tuan empunya blog ni... RedMummy, si pencinta merah. Beruntung betul dia, aku dengar dia dah kuar kat TV dalam rancangan Nona. Sekarang ni keluar kat paper pula. Confirm makin melonjak nampaknya trafik yang akan berkunjung ke blog dia, earning pun for sure makin banyak. Dalam kategori blogger, beruntung menjadi seorang RedMummy.

Mesti ramai blogger baru makin teruja nak buat blog lepas baca berita ni. Yele kan, tulis blog je hari2 dah bleh jadi jutawan in one year. Uiikkk.. best nyeee.. Tak yah susah2 nak apply kerja. Tak yah sibuk2 register  nama kat JobsMalaysia semata-mata nak dapat update jawatan kosong every week. Tak yah nak penat2 kerja kontraktor mcm kuli dengan gaji yang sometimes tak setimpal mana. Best ler kalu dgn hanya duduk kat laptop or pc ngan coffee dah boleh wat duit yang boleh menjamin income bulanan.

redmummy1 RedMummy di Muka Hadapan Berita Minggu

Seriously.. aku mmg tak pandai bab wat duit ni melalui blog walaupun lately ni aku rajin berblog.... sbb aku bukan ada pendedahan khas tentang ni.... tp rasa cam berminat plak kalau betul dengan berblog ni leh wat duit... tul tak?? sapa tak nak kan.... ada tak kawan2 yang boleh explain kat aku camne nak wat income ni... plssss????? aku sememangnya agak buta IT... heehhehe... ngaku pun!!

Rabu, 26 Januari 2011

Tahukah Anda Apa Itu Tanah Lembap?

Posted by Emmymazli at 11:53 PTG 0 comments
Info Bersama @ Sempena Sambutan Tanah Lembap 2011 - Juz sharing :-)



TANAH LEMBAP

Tanah lembap ialah sejenis kawasan darat yang tanihnya tertepu dengan kelembapan secara berkekalan atau bermusim. Kawasan sebegini juga boleh dilitupi separa atau sepenuhnya oleh takungan air yang cetek.

Antara jenis-jenis tanah lembap termasuk paya, rawang, dan bencah. Air yang ditemui di tanah lembap mungkin berasa masin, tawar, atau payau. Tanah lembap terbesar di dunia ialah Pantanal yang merentangi negara-negara Brazil, Bolivia dan Paraguay di Amerika Selatan.

Tanah lembap dianggap sebagai ekosistem yang paling besar sekali kepelbagaian biologinya. Tanah lembap diperkaya dengan flora seperti pokok bakau, telipuk, mensiang, rusiga, sipres, pokok gam, dan banyak lagi; serta fauna yang terdiri daripada pelbagai spesies amfibia, reptilia, burung, serangga, dan mamalia.

Di pelbagai tempat, seperti United Kingdom, Iraq, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat, tanah lembap menjadi tempat usaha pemuliharaan dan Rancangan Tindakan Biodiversiti.

Tanah lembap juga berfungsi sebagai sistem penulenan air buangan yang semula jadi, misalnya di Kolkata, India dan Arcata, California, AS.

Tanah lembap mempunyai kepelbagaian biologi yang tinggi dan berperanan penting dengan memberikan pelbagai perkhidmatan ekosistem seperti sumber makanan, bekalan air, perlindungan daripada ribut, pengawal banjir, pengawal hakisan, penuras air dan penstabil cuaca tempatan.

Tanah lembap juga membekalkan faedah-faedah ekonomi yang amat besar seperti perikanan, pertanian, penghasilan kayu balak, sumber tenaga, sumber hidupan liar, pengangkutan, rekreasi serta peluang-peluang pelancongan.

Dalam pada itu, salah satu ekosistem tanah lembap ialah ekosistem hutan bakau. Hutan paya bakau mempunyai keunikan pelbagai spesis flora dan fauna di samping membekalkan sumber makanan sama ada kepada hidupan laut, burung dan manusia.

Ianya juga merupakan kawasan yang sesuai bagi pembiakan dan pembesaran hidupan laut seperti ikan, ketam dan udang. Selain itu, pokok bakau adalah pokok yang unik di mana ianya mempunyai akar yang panjang di panggil prop roots, yang terletak di bawah dasar air dapat membantu kestabilan pokok tersebut seterusnya dapat mengelakkan hakisan pantai atau tebing sungai.

Menyedari betapa pentingnya tanah lembab dan paya bakau, Malaysia mempunyai dasar yang jelas untuk melindungi dan memulihara sumber ini. Malaysia telah mengambil segala langkah yang sewajarnya termasuk menyertai RAMSAR Convention pada 10 Disember 1994.

Konvensyen antarabangsa mengenai tanah lembap ini telah ditandatangani di Ramsar, Iran pada 2 Februari 1971 dan mula berkuatkuasa pada 21 Disember 1975. Ianya menyediakan rangka kerja bagi tindakan peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa bagi penggunaan lestari dan pemuliharaan tanah lembap serta sumber-sumbernya.

Setakat ini Konvensyen RAMSAR dianggotai oleh 154 Negara Ahli dengan 1641 kawasan tanah lembap seluas 146 juta hektar yang dikenalpasti untuk disenaraikan sebagai tanah lembap RAMSAR.

Di negara kita, kerajaan sehingga kini telah mewartakan 6 tapak RAMSAR di seluruh negara meliputi keluasan berjumlah lebih 134,000 hektar. Tapak-tapak ini ialah Tasek Bera di Pahang, Kuching Wetlands National Park di Sarawak dan Lower Kinabatangan-Segama Wetlands di Sabah serta tiga lagi di negeri Johor iaitu, di Sungai Pulai, Tanjung Piai dan Pulau Kukup.

Oleh yang demikian, semua pihak hendaklah menghormati tapak-tapak RAMSAR ini dengan memastikan aktiviti pembangunan yang dijalankan tidak menyebabkan kemusnahan atau mengganggu keseimbangan ekosistem di tapak-tapak ini. Penekanan hendaklah diberi kepada langkah-langkah kawalan pencemaran dan hakisan yang ketat.

Selasa, 25 Januari 2011

Suami Boroi Tanda Bahagia?

Posted by Emmymazli at 4:06 PTG 2 comments

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk Makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain ´Boroi'. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin.. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat.
Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air *** isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab. Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.

p/s so para isteri2 di luar sana, klu suami dah mula boroi dun wori...bahagia kekdahnyer tue....hehehe.. pasni nak kasi my hubby buncit pun takper.... hahahhaha

Isnin, 24 Januari 2011

Congrats to Ayu Raudhah dan Zaquan!!!

Posted by Emmymazli at 4:26 PTG 2 comments
Congrats buat pasangan sensasi Pelakon Ayu Raudhah dan pemain bola sepak Malaysia Zaquan Adha.... aku bukan apa.... dok la letak koleksi gambo diorang ni sbb rasa comel giler gambo2 diorang ni... sama cantik dan sama padan....

Aku dengar, dengan sekali lafaz, pasangan popular Mohd Zaquan Adha Abd Razak, 23 dan Raudhah Abu Bakar,25, atau lebih dikenali sebagai Ayu Raudhah akhirnya sah bergelar suami isteri, sekitar jam 4 petang pada 21 Januari 2010 .

Mas kahwin bernilai RM1,888.
Pihak pengantin lelaki - 7 dulang hantaran
Pihak pengantin perempuan - 9 dulang hantaran
Jumlah wang hantaran dirahsiakan 


Gambar Malam Berinai






 Gambar Majlis Pernikahan
















Majlis Resepsi




















Yang pastinya... mmg cantik giler Ayu Raudhah ni... adehhh... mata dia menawan sehhhh!!
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...