Usia Blog Emmymazli

Daisypath Anniversary tickers

Jom Klik Heartbeat!!

Selasa, 29 Mei 2012

Resepi Spagetti Bolognise

Posted by EMMYMAZLI at 2:54 PM
Reactions: 
0 comments Links to this post
Okaylah... today aku  nak share resepi membuat spagetti bolognise melayu cara aku.  Kalau kengkawan yang pernah rasa spaggeti aku ni.... mcm nilah rasa spagetti yang korang makan mengikut resepi ini.  Memang macam susah skit tapi lebih sedap dari yang korang makan kat Secret resepi or hotel... Tak caya cubalah...


Bahan mee spagetti
Mee Spagetti San Reemo - 1 paket (suka hati nak yg  mee spagetti or angle hair)
Minyak Zaitun

Bahan kuah spagetti
Serai - 2 batang (dititik)
Bawang merah besar - 1 1/2 biji + Bawang putih 5 ulas (diblender)
Sos spagetti Prego/Campbel - 1 botol
Cili hidup - 3-4 batang (diblender)
Tomato - 10 biji (4 biji diblender/ 6 biji potong dadu)
Garam
Gula
Cuka
Perencah Pati Ayam Tumix - 1/2 sudu camca (kalau takder ganti dengan Ajinomoto secubit pun boleh)
Sos Cili
Sos Tomato
Daging kisar - 1 paket (leraikan dahulu daging sepaya bila masak tidak bergentel sangat)
Cendawan butang jenis slice - 1 tin (toskan air dalan tin) - kalau takder yg slice.. beli  yang biase pun boleh tapi kena potong nipis-nipis sendiri
Sosej ayam - 5 batang (potong menjadi kepingan kecil dan bulat)

Cara-cara memasak.

Mee Spaggeti
1.  Rebuskan air dalam periuk yang agak sederhana besar.  Masukkan 3/4 sudu camca garam dan 2 sudu besar minyak zaitun.
2.  Setelah air mendidih, masukkan mee spagetti ke dalam periuk dan masak hingga 8-10 minit.
3.  Setelah masak, toskan mee spagetti tersebut untuk dihidang.

Kuah Spagetti
1.  Tumiskan serai dengan 6 sudu minyak masak sehingga naik wangi serai tu.
2.  Tumiskan bawang marah dan bawang putih yang telah diblender sehingga kuning.
3.  Masukkan sos spagetti Prego/Campble bersama cili hidup dan 4 tomato yang diblender.  
4.  Masukkan garam 1 sudu garam dahulu, 1 genggam gula, 1/2 camca perencah pati ayam tumix dan 2 titik cuka (boleh tambah jika tak cukup rasa).  Tunggu hingga mendidih.
5.  Tuangkan secukupnya sos cili dan sos tomato mengikut citarasa masing-masing samada mahu masam manis atau tidak.
6.  Masukkan semua sekali daging kisar, 6 biji tomato yang dipotong dadu, cendawan butang dan kepingan sosej ayam.  Rasa masam, manis dan masin kuah secukupnya dan tambah mana-mana ikut selera masing-masing
7.  Tunggu hingga mendidih dan pekat kuah.   Boleh dihidangkan.

Nota aku:
Korang kena rasa kuah spagetti tu ikut selera masing-masing tau.... kebiasaannya... kalau aku masak untuk 1 botol sos prego dan 1 bungkus daging.... aku akan letak sos tomato 1/4 atau lebih dan sedikit sos cili untuk sedapkan kuah.... biar kuah masam dan manis skit... jangan masin yer... kalau  masin sekadar rasa takper....

Anyway... selamat mencuba....

Isnin, 21 Mei 2012

Tercapai Idaman Kalbu

Posted by EMMYMAZLI at 1:35 PM
Reactions: 
0 comments Links to this post
Pertama-tama sekali... aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga buat hubby aku kerana menghadiahkan aku handphone impian aku.  Baru berangan dalam 3 minggu sudah.... Asik tengok dalam tv dan kat kedai handphone jer.... Geram la aku... Dah lama benar aku tak beli handphone memahal ni sebab aku tau aku ni jenis kasar dan kadang agak careless.... Tapi bila Samsung keluar jer model jenis ni... memang aku berkenan giler...  Tu yang berangan-rangan jer dulu.  And aku tak tak target la pulak akan dapat secepat ini dengan pemberian hubby aku nih.
SGN idaman aku
Anyway... aku dapat hadiah ni Jumaat lepas.  Nak dijadikan cerita.  Masa tu aku balik agak lewat dari opis.  Sampai je rumah, aku tak terus masuk rumah tapi melepak kat depan rumah tu bersekali dengan jiran sebelah bersama 2 pekerja kontrak indon dan hubby aku.  Borak-borak dalam 20 minit.... jiran dan indon tu pun blah.. tinggal la kami berdua sambil memerhati anak-anak tengah main-main kat playground depan rumah.  Sembang-sembang dengan hubby nak makan apa la malam tu... nak balik kampung pukul berapa.... but tetiba hubby tanya... "Eh... birthday u bila ek emmy??"  Sentap la aku sekejap bila hubby bleh lupa birthday aku kan... huhuhu... Mula la aku membebel kejap... mencik tau.... Pastu aku ni dah merajuk skit terus masuk rumah sebab konon nak masak ayam goreng laa sebab hubby kata lapar nak makan.  Lauk tengahari tu aku masak ada lagi dan saja masak lebih untuk makan malam.

Sedang aku masak tu.... aku tak tau la apa projek hubby aku tu... malas nak pikir.  Kebiasaan, lepas aku masak dan hidang-hidang makan pada waktu petang/malam... aku akan terus pergi mandi... panaskan... Time aku nak masuk bilik nak mandi hubby aku bleh pula berkurung dalam bilik.  Aku nak masuk pun tak boleh.  Katanya "Kejap... nak salin baju....". Sabo jer laaa... macam tak biase.

Bila hubby aku keluar bilik jer.... aku tengok dia dah siap-siap mandi dan wangi-wangi.  Macam pelik pun ada... jarang hubby aku mandi petang nih.  Heheheh.... Kalau nak balik kampung pun jarang wangi gini.  Aku pesan kat hubby terus pergi makan... aku kenyang lagi then terus masuk ke bilik nak mandi.... Masa aku nak salin baju tu ternampak ada kotak berbunga kat atas meja alat solek aku.  Waaa.... patutlah tanya besday... ada hadiah rupanya....  nak pujuk la tu kan....
Hadiah yang hubby letak atas meja solek aku

Dengan keadaan panas dan tak mandi lagik ni.... teruja lah aku nak buka hadiah dulu.  Tak kisahlah kalau busuk belum mandikan... Masa nak bukak hadiah tu... aku tak espect la hubby nak bagi SGN ni... bukan main susah nak bukak hadiah ni sebab hubby bungkus dengan kertas lebihan wall paper... sabo jer laa.... bila dapat tengok jer gambo kat kotak tu... ehh.... betul ke?  Bukak lebih skit sampul tu....baru aku rasa nak menjerit.  Yeay....!!!!! Tapi kotak lom habis bukak ni sebab sampulnye sticky sangat... kena slow-slow.  Dengan penuh hati-hati dan sabar aku buka sampul tu.  Hati-hati pun terkoyak jugak skit kotaknya.  Bila dapat buka kotak jer... aku nampak pink!!! Yeay lagi.... melompat macam budak-budak aku kejap.  Hahahha..... Dah la mengidam SGN... dapat pulak warna pink!!  Memang menjadi idaman aku Hayyyooooo... suke giler!!!!   Rupanya... dalam melenting-lenting suke tu rupanya hubby ngintai aku kat pintu bukannya pergi makan.  Sabo jer laa.... Hahahah.... aku dapat tau dia ngintai aku jer terus aku buka pintu bilik and kiss pipi hubby.  Thanks banyak-banyak yang!!! I love u!!! Macam tau-tau jer i dah berangan nak pakai SGN ni... huhuhu!!!
Sampai terkoyak la kotak ni punya cover aku bukak sampul tu... huhuhu
Yang kelakarnya masa tu.... hubby suruh aku mandi cepat-cepat dan ajak makan sama.... Masa makan tu aku rasa tak selera langsung.  Telan nasi pun tak sedap!!  Ayam yang aku goreng tu pun kalau selalu aku makan 3-4 ketul.. ni 1 ketul pun tak lalu.  Ni sumer angkara SGN la nih!!  Hahahaha!!! Tergelak hubby tengok perangai aku.  Heheheh  ^_^! So sekarang ni aku tengah proses menggodek handphone ni bagi pandai pakai.  Even kami ada ipad pun.... aku still tak berapa tau guna.  Yang guna selalu hubby aku dan anak-anak.  Aku just check FB dan email jer dalam ipad tu... Main game pun jarang sekali.  So bila dapat SGN ni memang aku nak master la pakai handphone ni.  Itu pun... anak-anak aku dah loghat asik nak main game jer... tak cukup-cukup ada ipad... aku punya pun diorang nak kacau.... sabo jer laa... Anyway... Thank you very much yang..... I LOVE YOU!!!

Jumaat, 18 Mei 2012

Gambar Aku & Hanum Yang Sejemput Di Berita Harian

Posted by EMMYMAZLI at 11:11 AM
Reactions: 
0 comments Links to this post
Lambat skit aku nak masukkan story pasal muka aku yang sipi ni dan muka anak aku si  Hanum masuk dalam paper Berita Harian pada hari Selasa 16 Mei 2012 di ruangan Hip.  Sengaja aku masukkan lambat-lambat dalam blog ni... segan sebenarnya.... huhuhu.... tak mau la kontroversi sangat...

Apa pun... bagi aku... ini lah kali pertama aku berpeluang masuk dalam paper walaupun sipi jer kan... kahkahkahkah.... poyo giler kan.... janji ada.... hikhikhik....

Full story dalam Berita Harian Ruangan Hip pada 16 Mei 2012
Gambar body aku terselit tengah ambil turn nak bergambar....
kalau tak tau mana satu aku... ni aku highlight.. hahahah
Gambar yang ada muka hanum jadi photografer
Ok... ni aku highlight yang mana 1 si hanum

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...