Ahad, 28 Februari 2016

Shamrock Run Malaysia 2016

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 10:09 PG
Reactions: 
0 comments Links to this post
27 Februari 2016 - Taman Botani  Putrajaya

Assalamualaikum semua.... 

Harini nak update next run yang kami mak-mak and anak-anak Koryo Sepang join.  Run kalini adalah dari penaja yang datangnya dari Ireland.  For those yang tak tau.... Shamrock bermaksud tumbuhan yang mempunyai tiga daun bercantum yang juga menjadi simbol dari negara Ireland.  So run ini di datangkan khas dari Ireland bagi mengetengahkan budaya mereka kepada Malaysia sambil menjaga kesihatan.  
Run kalini meriah skit.  Total dari Koryo Sepang yang turut serta 12 orang semuanya... heheheh... seronok lari ramai-ramai ni.  Kalau tak larat kita jalan jer yer... jangan seksa body... Lari di Taman Botani Putrajaya ni agak mencabar skit.  Banyak bukit-bukit yang tak terdaya untuk aku ikut tapi ku gagahkan jua... yang syoknya lari kat situ rasa seperti berada ditengah hutan... terasa bau-bau daun... nature sangat... hehehe.... sekali-sekala ubah angin dari kesibukan kota.  Free and easy jer...

Seperti biasa juga.... aku dan kengkawan lain akan monopoli ruang hadapan start line... supaya muka kami ni masuk dalam gambo... hehehhe... gila glemer.. bukan apa... nak kenangan kami jer... bukti ni semua di kemudian hari.  

Oklah... just enjoy the pic ya....

Before start running

When we are running

At finishing line

After we settle the run


Bila kami nak balik... kes nak berjalan jauh ke car park... heheheh..

Bila hakak masuk tv pasal running ni... hehehhe.... glemer jap...

Sabtu, 27 Februari 2016

Majlis Anugerah KRT dan Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Daerah Sepang

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 11:50 PG
Reactions: 
0 comments Links to this post
26 Februari 2016 - Dewan Harmoni, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM

Salam semua... hakak dah lama tak pergi event-event jemputan ni dik.... Nak dijadikan cerita... encik suami yang merupakan Pengerusi KRT Taman Pinggiran Cyber dapat jemputan untuk hadir Majlis Anugerah KRT dan Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Daerah Sepang.  So encik suami kena invite lagi 3 orang AJK KRT TPC untuk join skali.  Memandangkan hakak ni penolong setiausaha... kenalah ikutkan.... yang lain tu biar Setiausaha dan Bendahari yang pergi.  
Dari kanan: Mazli (Pengerusi), Emmy (Pen. Setiausaha), Nizam (Bendahari) dan Alias (Setiausaha)
Apa sahajalah nak aku cerita... event-event korporat gini takde apa yang menarik sangat pon.  Tapi hakak suka persembahan silat yang ditunjukkan haritu... rasa cam hakak yang bersilat dikk... semua aksi yang diorang buat dulu hakak dah  buat.... dulu takde nyer nak control-control ayu... perangai hakak cam jantan skit.... heheheh... melalut kelain plak hakak....
Ucapan dari Pengarah JPNIN Sepang
 Persembahan tarian kipas daripada Kumpulan Galang Maya SK Pulau Meranti.
Persembahan silat daripada Jiran Muda KRT Taman Pantai Sepang Putra
 
Majlis tu takde pon anugerah untuk KRT TPC... tapi bagi support majlis yang Jabatan Perpaduan Sepang buat.... so yer kan ajelahhhh.... tapi tak sangka pula jumpa kawan yang anaknya sama sekelas Kimie... husband aku pon pelik... mana-mana pergi ada jer kawannya.  heheheh.
Penerima anugerah pada haritu
Oklah... end story yer... bye!!

Selasa, 23 Februari 2016

HARIAN METRO 23/2/2016 - " KORYO CEMERLANG "

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 12:22 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post


Terselit juga gambar Kimie.. heheheh

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...