Selasa, 29 November 2011

Hanum & Kimie Dapat Kucing!!

Posted by Emmymazli at 12:50 PTG 2 comments
Kalau kengkawan yang mengikuti perkembangan anak-anak aku pasal kucing dia tu.... so inilah story yang aku nak mulakan pada entry kali ini.  Semalam.. setelah penat jadi pekerja kontrak buat sangkar burung kat rumah aku di Cyberjaya tu.... sebelum balik dari sana aku dapat panggilan dari Kak Kay yang minta aku datang ke rumahnya untuk mengambil kucing.  Terkezut mak tau!!  Kak Kay ni pernah offer nak berikan kucing untuk Hanum dan Kimie sebelum ni.  Tak sangka pula dia betul-betul sudi memberikan 2 ekor kucing dia  untuk anak-anak aku yang di bawa dari kampungnya di Negeri Sembilan.  
Ning dan Cimot
Dah dapat call dari Kak Kay tu... maka aku terus gerak ke Bangi Seksyen 7 untuk ke rumah Kak Kay.  Saja takmo bagitau dulu kat anak-anak aku pasal nak ambil kucing tu.  Takut mengelenjat lebih dalam kereta nanti.  Tapi nampak gayanya macam Hanum dah boleh hidu jer projek aku ni ngan Kak Kay ni.

Sampai jer rumah Kak Kay.. berpusu si Hanum ngan Kimie masuk rumah.  Dah tau la tu... hahahah.... Kak Kay pun tunjukkanlah kucing tu.  Belum apa-apa Hanum nak pilih kucing.. si Kimie pulak dah cop kucing hitam yang bulu dia lebat skit.   Tinggal la yang warna oren tu untuk si Hanum.  Apa lagi... si Hanum pun terdiam jer le... sampai Kak Kay tu tertanya... ekspresi wajah Hanum tu sebenarnya suke ke or terkedu sebab suka sangat dapat kucing?? Macam tak suka pun yer.  Hahha... At last dia ngaku masa kat rumah tu... "Hanum nak kucing bulu lebat tu.. tapi adik dah ambil!  Kucing 1 lagi tu tak lebat bulu dia."  Sudahhh!! Patutlah muka cam tak ikhlas jer!! Hahahahha!!  Aku terpaksala mention kat Hanum... "Kakak bersyukurlah... orang dah bagi.. Hanum terima jer le ye dulu.   Jaga la sama-sama kucing-kucing tu nanti."  Hanum pun yerkan jer le kata-kata aku tu!!  Sebenarnya... dari awal sebelum aku ambil kucing tu.. Kak Kay ada mention yang kucing dia ni Mix Persian ngan biasa... Nasib la kalau anak dia jadi bulu lebat ke tak....  So aku taklah mengharap sangat kucing tu akan dapat yang bulu lebat ke tak.  Tapi si Hanum ni.. macam aku cakap dulu la... beria sangat nak kucing bulu lebat tu... Huhuh.. letih wooo!!!  Mahal tuh!!!

Bila dah bawa kucing tu balik rumah... terus anak-anak aku lorat nak suruh masukkan dalam sangkar dulu.  Nasib baik sepupu aku si Ayun tu dah bawa sangkar kucing Hanum yang Mak Anjang dia hadiahkan dulu tu dari kampung.  Dapatlah masukkan.  Tapi kesian la pulak.. Mana taknya... dah la cage tu sempit... 2 ekor lak tu masuk.  Pastu bila kita letak jari jer nak mengeleser kat kita... manja sangat.  Camner nak kurung ekkk.... jadi tak sampai hati tau.  Kita tengok camner... bila kucing-kucing tu dah serasi.. bolehlah dilepaskan....

Aku difahamkan yang kucing tu bernama Ning untuk yang color oren tu dan yang hitam mix tu Cimot.  Aku gunakan nama yang lama jer supaya senang nak panggil...
Hanum melayan kucing baru dia....
Time to sleep
Oklah... sekian dulu story for today...

Projek Buat Sangkar Burung Sendiri...

Posted by Emmymazli at 11:53 PG 0 comments
Salam u alls... 

Ni.... aku nak story skit pasal keloratan hubby aku buatkan sangkar burung untuk aku pada cuti baru-baru ni. Kan kita cuti 3 hari termasuk hari Isnin yang lepas ni sempena Maal Hijrah 1433... So hubby aku meluangkan masa melayankan aku membuat sangkar burung aku di samping buat kerja sampingan mengecat rumah aku di Cyberjaya tu. 
Sedang welding rangka besi
Hmmm... kalau tengok caranya sangkar burung aku  ni... 4 hari 4 malam pun lom tentu siap nih. Huhuhu... tension. Bila difikirkan balik... sangkar aku tu... kalau beli pun cost dia lebih kurang sama malah aku rasa lebih jimat.... huwaaa.... tension lagik... Tapi.. bila hubby dah beria sangat nak buatkan... aku on jer lee...  kena appreciate tau... hubby nak tolong buatkan.. hehehhehe!!!  So terpaksalah tahan burung yang aku order dari Kuantan tu lagik (before ni pun pernah hold coz sangkar takder) sebab nak siapkan sangkar ni dulu.... huhuh.. serius tension nih!! Letih pun yer.. jadi banyak kerja pun yer.  Tapi orang dah willing aku ok jer.  At last.. aku pun membantu sama... dah macam pekerja kontrak aku ni bila orang tengok aku mengecat bagai projek sangkar burung ni kat rumah aku yang sedang direnovate tuh.  Huhuhu.
Rangka sangkar yang baru siap diwelding
So far ni... dah 3 hari buat kerja tapi tak siap-siap juga sangkar tu... huhuhu.. kesian pulak kat hubby yang matanya sedang merah menyala sekarang ni macam orang sakit mata tu bahana mewelding sangkar burung tu.  Harini so far dah nampak ok skit matanya.  Silap-silap boleh cuti ni... heheheh... 
Proses mengecat kerja aku pula.... tengoklah... aku pun dah macam pekerja kontraktor
Tapi!!!!!!!!!!! Sangkar aku tetap tak siap... huwaaa... letih!!!  Tunggulah hasilnya lagi beberapa hari ni yer.... kita tengok projek sangkar ni siap ke tak!! Huhuhu

Ahad, 27 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Posted by Emmymazli at 7:46 PG 0 comments

Jumaat, 25 November 2011

Prihatin: Jom Bantu Mohd Aqil!!!

Posted by Emmymazli at 3:34 PTG 0 comments
Salam semua....

Harini aku nak selitkan sedikit cerita sedih mengenai kawan sekementerian dengan aku ni  bernama Nor Elyza Ahmad Zuki yang memerlukan bantuan orang ramai bagi merawat penyakit Burkitt's Lymphoma  @ Kanser Darah yang dialami anak tunggalnya, Mohd Aqil Hafiy.   Kisah kawan kita dan anaknya ni terpapar dalam Harian Metro pada harini 25/11/2011 di ruangan PRIHATIN.  Kawan kita ni merupakan kakitangan di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang sekarang ni sedang bercuti tanpa gaji untuk menjaga anak beliau.. Korang bayangkanlah.... macam mana dia nak survive bagi perubatan anaknya kalau dia tak bekerja or takder income... Kesian sangat!!!
Kalau ada sesiapa yang nak membantu dari segi kewangan boleh membuat sumbangan ke akaun Maybank 1660 1001 9941 atas nama NOR ELYZA AHMAD ZUKI.  Beliau amat memerlukan sumber kewangan di saat ini untuk menanggung kos perubatan anak beliau.  Jasa dan keprihatinan kengkawan semua amat dihargai.  TQ.


Khamis, 24 November 2011

Video Tarian Cuti-Cuti 1 Malaysia

Posted by Emmymazli at 9:07 PG 0 comments
Salam u all!!!

Ok.. for today aku nak sharing something untuk korang.... Pernah dengar tak Karnival Tarian Cuti-cuti 1 Malaysia anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia?? Confirm pernahkan.... Anyway... aku nak share video bagi setiap tarian untuk kaum di Malaysia yang sebenar-benarnya dari Kementerian Pelancongan sendiri... Tujuan aku  nak share video nih sebab aku sendiri kebengangan masa mula-mula nak dapatkan video ni di internet.  Bukan main susah beb!!  Aku nak buat latihan bersama anak-anak buah aku di opis pun payah pada mulanya....  So bila aku dah dapat... maka aku nak la sharing ngan korang video nih di Youtube dan seterusnya di blog aku nih.  Tarian ni simple dan mudah jer... Boleh buat as latihan aerobic bersama anak-anak macam aku kalau korang tak join Karnival Tarian Cuti-cuti 1 Malaysia ni pun.  Hehehhe...

Oklah... Jom menari!!!!!!!!! Have Fun!!!  For those yang akan turut serta di karnival ni pada 3 Disember 2011 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur... kita jumpa di sana yer!!!!!!!

p/s:  Buka video 1 per 1 yer untuk mengelakkan kelembapan masa menonton... peace!!!

1.  Opening - Malaysia Truly Asia



2.  Tarian Cina


3.  Tarian Sabah


4.  Tarian India


5.  Tarian Sarawak


6.  Tarian Sewang / Orang Kita


7.  Tarian Siam


8.  Tarian Zapin


9.  Tarian Finale




Selasa, 22 November 2011

Bersuara Kerana Benar!!!

Posted by Emmymazli at 12:33 PTG 2 comments
Harini aku rasa sangat puas hati bila dapat bersuara dan meluahkan ketidak puashatian  aku selama hampir 11 tahun aku join 'team' ni kepada seseorang wanita tu dan cc email tu kepada beberapa rakan lain yang se'team' ngan aku.

Sorrylah kepada wanita yang terasa tak puas hati kat aku tu.... aku bercakap kerana yang benar.  Itu kira baik aku tulis secara sopan.  Selama ni aku hanya perhatikan dan mendengar keluhan kawan-kawan lain walaupun hakikatnya aku sendiri pun terkena batang hidung... tapi kalini dah tahap tak tahan dah.  Lagi kami diam... lagi diorang ambil enteng!!  So far.... apa yang aku tulis tu mendapat sokongan dari kawan-kawan yang se'team' dengan aku tetapi baru sekaranglah mungkin mereka sedar apa yang berlaku pada 'team' kami ni lebih-lebih kepada adik-adik baru.  Kenapa tak dari awal lagi bersuara??? Kenapa nak tunggu aku bersuara baru nak sokong..... heheheh.... takutlah tu.... takut nama naik kat pihak atasan kot.  Hehehhe.... sorry guys... aku memang laser... tapi laser yang bertempat ok!!!

So far... aku tak salahkan pihak atasan kalau betul perancangan dan percaturan orang bawahan.  Biasanya orang atasan akan terima seadanya jika benar percaturan orang bawahan.  Selalunya.... lebih sudu dari kuah... hahahha.. paham-paham sendiri sudah!!!!  Macam dalam kes 'team' aku ni.... training macam nak mampus.... bukan wajib dan ada dalam senarai tugas pun.... itu belum lagi kena perli ngan bos dan kena marah ngan laki masing2 balik lambat dan ganggu waktu cuti.... masing-masing atas sukerela dan masing-masing pun ada tugas hakiki..... tapi kami ni di layan macam haprak....  bila ada pujian dan menang sesuatu... 'diorang' yang dapat nama.... at the last kami dipinggirkankan... boleh gitu...?? Nak minta cuti ganti yang kami luangkan masa pada hari Sabtu dan Ahad pun dah macam pengemis mintak duit di jalanan.  Macam-macam alasan yang dibagi.  Itu belum lagi kata nak amik semua baju yang kami pakai masa show dan pertandingan yang 'team' aku joint!!!   Orang lain kalau tengok memang ingat sponsor la... Macam hebat jer!!!  Huhuh... sadis sungguh!!  So far bila aku tanya team lain... diorang sepenuhnya diberi pakaian/sponsor oleh penganjur waima sehelai tshirt atau tudung sekalipun.. janji next time ada event boleh involve lagik.... Ni bila kita bersuara melalui email.... tak mau pula wanita tu bersuara atau balas email kami.  Email mintak pakaian pun suruh ikan bilis yang hantar!!  Apa barang!!!  Ada bran ke tak???!!!!  Pastu dengarnya  bila aku email begitu terus nak hantar email kat pegawai atasan kununnya.... hmmm... coward!!!  Balas la email aku kalau berani....!!  tak yah cakap belakang!!!!

Bagi aku la..... bila dah kerja sukerela.... jangan ingat sumer pun jadi sukerela.  Ko panggil artis luar pun kena bayarlah walaupun artis tu tak glemer langsung!!!  Kitorang nih... free... takder bayaran pun... tapi kalau selalu dah tolong tapi apa pun takder.... lepas tu jadi 1 bebanan pula pada kami ni...apa lagi yang nak disukarelakan... bukan nak emotional... tapi dah beberapa tahun aku sabar.  Harini burst jugak!!  Itu belum lagik aku cerita ada 1 pegawai ni bukan main loghat pasal event dia suruh budak koir tunggu seharian kat dewan tu kerja la nak menyanyi dan tunggu diorang wat reheasal berkali-kali.  Pastu bagi arahan macam good-good jer seolah-olah budak koir ni takder kerja lain kat opis.. melalak jer la kerjanya.  Kalau lagu susah tu tahanlah lagi... lagu Negaraku dan Hijau jer pun... Bagi arahan 1 kali sudah!! Jangan buat kerja sukarela kami ni 1 bebanan!!!  Lagi 1, alasan ko sebelum ni melalui mulut orang lain aku amat tak diterima pakai... serius beb!!!!  Ko kata takut nanti Audit nak check baju tu laa... tudung la.. setau aku.. tudung pakai petty cash under event.  So far siapa yang dah bagi tudung lama pun tak dapat balik..... kalau bagi baju apatalah lagi.. silap-silap baju sumer bagi kat orang admin 3-4 tahun akan datang.  Huhuhu... aku pernah duduk admin.. aku tau sangat.  

Lagi 1... jangan nak berjanji apa-apa kalau tak mampu nak tunaikan..... Ni masa belum pertandingan bukan main macam-macam yang dijanjikan.... at last dah menang pun walaupun dapat no 2... habuk pun takder... bayang pun tak nampak... senyap jer...  takkan nak tunggu tanya kot??!!!   Itu belum lagi tanya duit hadiah kemenangan kami. tu... saja buat lambat-lambat ke atau saja nak hold duit memasing??? Ingat... itu hak kami tau... Nak trofi ngan sijil kami bleh bagi tapi dengan syarat serahkan hak kami.... Haiiiilaahhhh...... manusia-manusia.... memang manusia ni mudah lupa!!!

Kalau aku nak ceritakan  kat sini memanglah jadi panjang berjela.. banyak buruk dari baiknya... siap ada hutang tertunggak dan tak terlangsai kat aku ni... manis masa mula-mula suruh itu ini but at last... RM56 aku beli CD pun lom bayar dah 3 tahun... apa cer... memang sekarang semua kena ungkit....  Kalau mintak kat telefon or cakap depan-depan pun pun macam-macam alasannya.   Dia salahkan orang lain pula!!!  Tak bleh blah laa!!!!

Hmmm.... penat berfikir!!!  Kita look and see jer la.... apa yang berlaku... Kepada insan yang membaca entry aku... kalau tak faham hujung pangkal aku mintak maaf sesangat!!!  Ni sekadar luahan perasaan aku pada harini.   Tak boleh simpan dalam dah ni.... huhuhu....  dah pecah dah rasanya.... Biarlah orang kata aku ni emosional.... tapi kena ingat....  berapa lama pula aku sabar hingga boleh jadi se emo ni...  fikir-fikirkanlah.... selamat beramal!!!!!!!!

Chow!!!!!

Isnin, 21 November 2011

Potong Kek Anniversary

Posted by Emmymazli at 4:14 PTG 0 comments
Yuhuuuu... heheheh.... Saje jer nak meloratkan diri.  Hahahah.... Anyway.. seperti yang dijanjikan pada entry yang lepas, tertunai juga hasrat aku nak beli kek anniversary aku dan hubby petang Jumaat aritu.  Yeay.... dapat potong kek!!!!  Best-best!!  Tapi cube korang tengok muka hubby kita tu..... masam jer!! Ni disebabkan baru bangun tido di ajak bergambar dan ditambah pula anak dara aku tu mengambil gambar dengan terhegeh-hegeh.  Hahahah... boleh gitu?? Spoil gambar aku!!  Tak kisahlah... janji kek kita cantik dan sedap..!!!  Cantik pun disebabkan aku tambah sendiri bunga ros untuk cup cake aku  dalam freezer  tu sebab mau bagi nampak bertambah cantik lagi atas kek tu....  Hahahah... boleh gitu???
Cantikkan???
Muka hubby baru bangun tido.... nampak garang... hahahah

Jumaat, 18 November 2011

Celebrate Anniversary EMMYMAZLI

Posted by Emmymazli at 3:23 PTG 3 comments
Waaa... semalam aku dan hubby menyambut anniversary kitorang yang ke 10.  Huhuhu.... terima kasihlah di atas cadangan untuk celebrate dari kengkawan dalam FB semalam.  Hehehhe... Ada cadangan tu yang  bernas dan boleh di pakai dan ada yang sekadar nak menyakat... heheheh.... Dan thanks juga kepada  mereka yang wish!!!
EMMYMAZLI
Klilk pada gambar untuk baca komen kengkawan....
Apa pun, kami sambut secara sederhana ditemani anak-anak dengan pergi dinner sahaja.  Tak boleh nak tinggallah diorang ni.. huhuhu.... Tapi bab tempat tu... memang my hubby yang wat suprise.  Walaupun tak sehebat buat di Menara KL or Bora Ombak... tapi kat D'Tasik Bangi tu pun dah cukup ok dan romantik.  Romantik tu bukan apa... sebab makan diiringi alunan lagu-lagu lama yang best-best dari penyanyi band kat situ.  Ok per... tak yah gi jauh-jauh.  Makan pun style hotel tu.... dan yang paling best bila makan di tepi tasik walaupun tasik tu tak berapa nak nampak di diwaktu malam.. hehehhehe!!!  Mood pun romantik jer... walaupun ada 2 bodyguard aku kat sebelah tu... hahahahah!!!
Gambar restoran d'Tasik dari tempat parking
Bab makanan kat situ.. so far makanan yang aku dan hubby order sedap-sedaplah.  Aku dan hubby order Ikan Kerapu 3 Rasa, Sup Isi Ketam, Tom Yam Campur, Kangkung Ikan Masin dan Daging Masak Merah.  Saja order lauk-lauk cenggini... baru rasa puas hati nak makan... Perghhh...!! Ngences la pulak ingat lauk-lauk ni terutamanya Ikan Kerapu 3 Rasa tu.. memang marveles rasanya!!!  Anak dara aku si Hanum tu tak pernah makan sebanyak semalam... ada kot dalam 2 pinggan walaupun amik nasi skit-skit.  Lauk dia cuma Sup Isi Ketam dengan ikan kerapu tu jer.... tapi berselera tengok dia makan.   Hmmm.. berbaloilah makan kat situ.  Lebih kurang sama jer macam makan kat kedai Tom Yam pun harganya... tapi yang penting layanan macam hotel.  Puas hati!!!  Orang pun tak berapa ramai dan siap ada band lagik!! Heheheh....!!!
lauk-lauk yang kami order
Sup isi ketam yang menjadikan Hanum makan sampai 2 pinggan
Hmmm... sebenarnya.. aku ada target nak beli kek untuk anniversary kami ni.. tapi aku pula tak berkesempatan nak ke kedai kek pun... huhuhu... tapi aku akan cuba laksanakan juga target aku ni pada harini... aku akan update kat blog ni kalau dah beli kek nanti yer.. heheheh.  Bukan apa.. rasa macam tak sahlah kalau kita celebrate apa-apa kalau takder kek.  Macam hambar je kan..?  Huhuhu!!!

Anyway, thanks to my hubby yang membelanja dinner untuk anniversary kita ni... Moga ikatan perkahwinan kita ni berkekalan sepanjang hayat..... I love u popeye!!!

Oklah.. jom layan pic sekitar di restoran D'Tasik ni...
 
 
Buku menu
Promosi band
Penyanyi band pada malam itu
Muka budak yang kekenyangan... hehehhe




Khamis, 17 November 2011

Anniversary EMMYMAZLI Yang Ke10

Posted by Emmymazli at 4:42 PTG 0 comments
Huhuhuh... diam tak diam dah 10 tahun usia perkahwinan aku dan hubby pada hari ini 17 November 2011.  Cepat betul masa berlalu.  Hmmm.. apapun.. so far ni aku tak plan lagi nak buat apa-apa celebration arini....  Tengok camner time balik kerja ni jap lagi.

Anyway... Love u so much my popeye hubby  Mazli bin Mahat!!!



Photo Albums at WiddlyTinks.com

Bowling Kelab Alam

Posted by Emmymazli at 11:09 PG 0 comments
 16 November 2011 - ARL Bowling, Alamanda

Bergambar ngan partner & hubby

Possing before start game
Yuhuuuu....  harini nak story pasal aku join pertandingan bowling Kelab Alam.  Pertandingan kalini.... aku joint partner ngan Suraya.  Sepatutnya... partner aku yang asal ialah Ina Tisha dan dia pun dah uruskan hal pembayaran sumer tetapi Ina Tisha ke Kuching pula untuk berkursus.... Ina Tisha ni adalah partner aku masa kami main bowling yang pertama dulu under Kelab Alam menggunakan nama group Divalah Sangat!!  So kalini terpaksalah bawa nama group tapi bertukar partner.


Terus terang aku cakap.... dah 2 kali aku masuk pertandingan bowling dalam tahun ni termasuk kali ini tapi aku mula rasa aku tak boleh nak perform.  Point macam hampeh... mencik!!!  Mood main pada hari pertandingan tu pun macam takder jer.  Main sekadar memenuhi ruang dah masa.  Huhuhu... kesian pulak kat Sue.  Aku memang tak berapa sihat lately ni sejak balik dari Terengganu haritu.  Ntah kenapa...  Hubby aku pun naik bising tiap kali tengok aku baling tak menjadi.  Huhuhu... nak wat camner....
Before membaling... hehehhe
Gayo jer lebih!!!
Anyway... dalam tak perform tu... jadilah team aku dapat No. 6 untuk team pompuan.  Huhuhu.... Kami ni bergambo jer sakan... main macam hampeh... hahahahha!!!  Tapi oklah lagik tu sebab hadiah pertandingan pada kalini tak berapa memberangsangkanlah.... So.. itulah seadanya... hahaha... boleh gitu???  Anyway.. thanks to AJK Kelab Alam yang menganjurkan event ni....
Menunggu keputusan
Possing jer memanjang... main cam hampeh!!! hahahah
Hadiah!!! Huhuhu... nampak pun cam tak best!!
Masa amik hadiah dari YDP Kelab Alam
Tunjuk hadiah ngan partner aku si Suraya
Nilah rupa hadiahnya..... :p

Rabu, 16 November 2011

My New Niece!!!

Posted by Emmymazli at 4:25 PTG 0 comments
Warghhh... happy sungguh keluarga aku!!!  Kami dah dapat ahli baru dalam keluarga.  Akhirnya adik aku Angah selamat melahirkan anak perempuan kedua pada 14 November 2011 di Hospital Kajang jam 8.50 pagi.
Paling seronok mama dan abah aku ler sebab dapat cucu keempat.  Bergegas mama dan adik aku Syila ke Putrajaya untuk uruskan Angah.  Masa aku, mama dan Syila kat hospital.. sempatlah kitorang menggomol baby Angah ni... cium kuat-kuat pun tak nanges... kalau  nanges pun bukan sebab kena cium tapi sebab lain.  Tapi nanges yang 2 harkat jer.. hahahhaah.... alaahhh... geram betul laa!!!!!  Muka baby Angah kalini ada sedikit rupa Angah dan Zahri... Mana taknya... sepet ikut Zahri... tapi hidung kemek macam Angah!!! Hahaahahhah!!!
Disangkakan Angah dapat discharge awal pada hari berkenaan sebab baby semua dah berak dan kencing.  Tapi memandangkan doktor tak check lagi... So.. Angah kenalah stay one night kat hospital.  Terpaksalah mama dan Syila balik dulu ke Melaka bawa anak Angah yang pertama si Alya sebab bila Angah dah keluar hospital nanti dia akan terus balik ke Melaka untuk berpantang.

Petang tu... aku sempat tanya Alya pasal adik dia ni....

Aku:  Alya... Boleh tak maklong kongsi baby Alya...??
Alya:  Otey! makyom boye tongsi....
Syila/anjang:  Anjang nak tongsi2 boleh??
Alya:  Tak boyehhhh!!!!! Abg timi, tatak anum, pakyom, makyom ngan nenek jer boyehhh!! Anjang tak boyehhh!! (Sambil buat2 nanges dan ngade-ngade)
Syila/anjang:  Apsal sumer orang boleh... Anjang tak boleh??? Giler kedekut punya anak buahh...!! Dah la pelat!! 

Hahahhaha!!! Nasib la ko Syilottt!!!

Haritu... bila aku tanya hubby Angah.. apa nama baby baru dia ni.... Zahri cakap.. Noor Qaisarah Batrisyia.  Bukan main lagik nama!! Hahahahha.  What everlah... janji baby sihat.  Cuma kesian kat hubby aku sebab tak sempat tengok anak buah dia... hadiah baby dah beli siap-siap kat Kelantan yang kebetulan hubby aku outstation di sana tapi tak sempat jugak nak bagi pula.  Tunggu balik kampung jer nanti yer!! Hehhehehe

Congrats Angah dan Zahri....

Persembahan Koir Di Hari Inovasi 2011

Posted by Emmymazli at 4:12 PTG 0 comments
14 November 2011 - Dewan Baiduri, NRE

Perghhh.... letih balik dari Terengganu untuk attend Kursus PA tak habis lagik.... pagi Isnin tu aku dan geng koir yang lain kena buat persembahan untuk Hari Inovasi kerana NRE mendapat tempat kedua semasa pertandingan koir yang lepas.
Dibelakang pentas sebelum memulakan persembahan
Tiada apa yang istimewa kecuali kami team NRE rasa teruja dan happy dapat pakai baju melayu (bagi yang perempuan) untuk persembahan tu.  Hahahah... habis baju hubby aku sebat!!! Nasib baik muat!!!

Dan yang paling best pada haritu bila kami dah dapat hadiah tempat kedua yang berupa trofi dan cek bernilai RM2000 untuk dibahagi-bahagikan kepada peserta koir.  Jadilahkan......  sekarang tinggal nak dapatkan habuan masing-masing jer.  
Hadiah kami...
Possing dengan hadiah kemenangan kami
Habis jer persembahan... aku terus balik ke rumah.  Letih dan pening kepala sebab mabuk dalam bas tak habis lagik.  Kiranya aku ambil cutilah haritu.  Apa pun.. aku dah merasa lega sebab semua event berat-berat dah selesai.  Thanks kepada geng-geng koir yang menjayakan team kita ni.... Love u all!!!

Kursus Setiausaha Pejabat Unggul 2011

Posted by Emmymazli at 1:10 PTG 0 comments
11-13 November 2011 - Hotel Grand Continental, Terengganu

Salam semua....
Harini aku nak melaporkan pasal aku pergi kursus setiausaha baru-baru ini.  Hmm... apa yang nak distorykan ekk... ??
Anyway... aku nak mulakan dulu dengan ketidak puas hatian aku pasal pergi kursus ini.  But ketidak puas hatian aku bukan pada urusetia PSM yang menganjurkan kursus ni tapi dengan boss aku.  Aku tak kisahlah kalau PSM kata kursus ini wajib untuk aku hadir tapi kalau boss bagi alasan yang kukuh, takkan PSM skit pun tak consider untuk dapat pelepasankan???  Aku tengok ramai PA dari NRE ni tak pergi pun.  Event dari jabatan lain pun gitu.. takder pun hantar wakil.  Sebenornya gini... aku takder masalah untuk attend kursus ni tapi aku amat kecik hati giler bila boss aku suruh pergi kursus PA ni di mana pada masa yang sama tarikh yang kursus PA ni diadakan jatuh pada tarikh yang sama JBK buat retreat dan family gathering di Suria Cherating, Terengganu.  Yang aku bengang betul... tanpa bertanya personally pada aku.. samada aku dah cukup pergi kursus ke... emmy nak tak pergi kursus ni ke... or paling koman pun bagi la aku choice nak pergi Cherating or Terengganu ke (dah sah-sah lah aku pilih Cheratingkan...).  Ni tidak.. terus bagi arahan suruh pergi kursus melalui pegawai lain pulak tu....  Alasan dia sebab dia tengok nama PA KSU dan TKSU tersenarai dan kursus ni menjadi wajib... menggelupur betul!!!   Kesian la kat anak-anak aku yang aku dah bagitau awal-awal nak ke Cherating dan anak-anak aku excited nak berjalan but at the last tak jadi pula.  Pastu dah la paksa... skit pun tak fikir aku ni kecik hati ke bila semua staff kat JBK tu dibawa berjalan... tinggal aku tersentil disuruh pergi kursus.  Huhuhu.... mencik betul.  Macamlah aku hadap sangatkan!!!! Sampai tahapkan.... aku punya geram... aku mendoakan yang orang-orang yang gi event ini akan rasa bosan dan takkan best pergi ke sana.  Dan aku mendengar khabar berita pun begitu juga... padan muka...!!!!! 

So... aku dengan berat hatinya pergilah jugak kursus ni.  Hmmm.... disebabkan mood nak gi kursus tu takder.... baju-baju aku nak pergi kursus ni pun aku siapkan pada pagi yang sama aku nak bertolak ke Terengganu.  Punyalah tension.  Kalau ikut hati.. malas aku nak pergi.  Gi la lantak.. walau nama dah bagikan.... tapi hubby aku pujuk suruh pegi jugak.... jangan!!! SYMP katanya..!!  Maka aku pergi dengan berbagai perasaanlah...!!

Perjalanan nak ke Terengganu ni punyalah lama.... huhuhu... 7 jam tu naik bas JMG... berakar bontot aku tau.  Nasib baik aku bantai tido jer bila lepas Temerloh sebab takut mabuk dalam bas.  Hilanglah kemachoan aku nantikan.. hehehhe.  Yang penting... lepas gian aku dapat makan ikan patin tempoyak kat R&R Temerloh tu masa dalam perjalanan nak pergi.  Sekali 2 kelar ikan aku bedal!!  Perghhh... ngencessss!!

Sampai je kat Hotel Grand Continental.... jam dah pukul 7.30 malam.  Sampai jer hotel terus gi makan.  Kelas pulak start jam 9 malam.  Punyalah pack masa tu!!  Kalini aku sebilik dengan Umi Kalsum, PA dari Bahagian Pengurusan Maklumat.  Fasilitator untuk kursus pula ialah Puan Alijah binti Mohd. Noor.  Puan fassi ni sangatlah best dan havoc!!!  Boleh dikatakan sepanjang kursus ni.. tiada ruang untuk aku ngantuk dan bosan.  Tapi satu jer.... boleh pula aku dilantik jadi penghuluwati... perghhh!!! Lantiklah orang yang lebih senior.  Ape ke aku??? Hmm.... aku so far takder masalah pun tapi yang aku menyampah tu... mesti apa-apa aku yang kena soal dulu.  Lagi 1... dah sah-sahlah in the end of kursus tu aku akan kena beri ucapan bagi pihak peserta dan PA ni.... hmmmm... nyampah!! Nyampah bila kena beri ucapan sebab aku ni walaupun outspoken skit... tapi bila kena bercakap dihadapan orang ramai mesti gugup.  One to one ok lagik.  Huhuhuh!!!
Puan Fassy.. Puan Alijah Mohd. Noor
Tekun dengar penerangan puan fassy pada malam pertama
Malam pertama kat hotel tu... habis jer kelas boleh pula aku ngan Umi kelaparan.  Hahah.... nasib baik ada Abang Karim driver NRE.  Aku call dia dan tanya kalau diorang nak mengeteh mana-mana.  Nasib aku ngan Umi baik... memang ada urusetia nak pergi ngeteh.  So... pergilah  makan chicken chop + keropok lekor dengan teh tarik memalam.  Macam manalah aku tak montel.  

Hari kedua kursus... selain mendengar ceramah, macam-macam aktiviti yang kami buat... menari... menyanyi...  berlakon... lawan hakka la... best sungguh.... Anyway, kitorang dapat pelepasan awal dari kelas pada sebelah petang.  Bagi peluang kat PA-PA ni shopping kat Pasar Payang.  Tetapi memandangkan gaji pun lom lagi... maka aku sendiri hanya mampu shopping 1 helai baju batik dan kain pelekat untuk aku bersunat nanti jer.  Boleh gitu??  Jimat!!!   Aku tengok PA-PA lain pun gitu... tak tau apa nak beli pun.   Peruntukan masa 1 jam lebih tu macam lama sangat pula.  At last sumer PA ni masuk bas awal.  Bila semua dah ada.... driver bas pun bawa kitorang gi jalan-jalan melawat Masjid Kristal.  Peruntukan 1 jam suruh melawat situ pun jadi setengah jam jer.  Boring!! Apalah sangat nak di tengok pun kan..... dalam keadaan hujan renyai-renyai lak tuh!!  So layan bergambo jer laaa.  So kitorang balik ke hotel dan berehat awal sikit.  Masuk kelas pun awal skit dan time habis kelas tu di drag lambat skit sebab nak cover masa yang dah digunakan untuk shopping kat Pasar Payang petang tu.  Malam tu.. tak kuase pula aku ngan Umie nak gi ngeteh dah.... ngantuk dan sakit kaki beb sebab meronggeng petang tu.  Hmmm...
Bergambar morning-morning
Masa sesi menyanyi
Time berlakon.. aku jadi tukang karut
Lawan hakka... beria aku mengetuk fail tu jadi gendang
Poyonyer... hahahah... kunun-kunun kotak fail tu kompang lah...

At Masjid Kristal

Possing dengan keindahan Masjid Kristal
Possing dengan akak-akak PA yang senior
Pemandangan di sekeliling Masjid Kristal
Hari ketiga kursus dan merupakan hari terakhir... aku dan Umi dapat breakfast sedap skit bila kak Mellesa, PA dari Bahagian Sumber Air & Hidrologi bawak makan tempat best pagi tu.  Pepagi dah kena nasi kerabu.  Pedas tapi sedap dan terangkat.  Hehehehe.  Masuk jer kelas dan kebetulan ada kelas grooming... hmmm... aku as penghuluwati kena la make upkan orang dengan menjadi pembantu kepada puan fassy kita tu.  At last... aku yang lelebih make up orang.  Hahahah.  Siap bulu mata aku letak!!  Over tau!!!  Kesian pulak aku tengok si Jiji (girl yang aku make upkan tu) sebab tak biase pakai bulu mata yang boleh tadah hujan tu... hahahah... tapi comel tau!!!

Sesi grooming
Jiji jadi testimoni aku.. hehehhe.. time ni tengah pakaikan bulu mata
Comel tak Jiji?
Habis je kelas... maka majlis penutup seperti biasa ada ucapan dari Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.  Dan seperti yang aku jangka... sebagai penghuluwati... mesti aku kena bagi ucapan mewakili peserta haritu.  Tapi aku diberitahu pun last minit.  Hmmm... nasib baik aku dah prepare speech awal.  Taklah gugup sangat.  Memang dah tau dah... aku mesti terkena punya. Tapi yang bestnya... rezeki pada hari itu... aku as penghuluwati dapat cenderahati dari puan fassy di samping ada rakan-rakan lain yang dapat cenderahati untuk "PA paling Vouge", "Pelakon Terbaik" dan "Anugerah Kepimpinan".  Siapa yang sambut birthday pada bulan November pun dapat hadiah.  Best tu!!!
Kena berucap... huhuhu
Berucap sambil jeling tengok teks.. hahahaha
Dapat cenderahati as Penghuluwati
Antara yang dapat hadiah birthday
Gambar PA-PA sebelum balik....
Habis jer majlis penutup... kitorang ni bergegas balik ke bilik untuk check out.  Huhuhu.. rushing dulu... dah check out baru boleh makan tengahari.  Settle jer... kami terus bertolak balik tapi sebelum tu... sempat minta driver bas singgah kat Kampung Losong untuk kitorang beli keropok lekor.  Anyway... kitorang ni taklah beria sangat nak beli keropok lekor bebanyak kat Kampung Losong tu sebab before tu kitorang memang dah order dengan driver bas nak beli keropok lekor di kedai yang famous kat Seberang Takir.  Perghh... 1 bas bau keropok lekor... pening oooo...!!!

Perjalanan balik kitorang hampir 8 jam juga.... huhuh... letih laa... jam 10 malam baru sampai Putrajaya.  Pada mula-mula perjalanan boleh lagi berkaraoke.... tido-tido ayam jap... pastu sambung karaoke balik.  Tapi bila lepas Bentong jer... aku jadi kemabukan sampai la Putrajaya ni.  Perghh... puas aku cover dari nak muntah.  Muka brutal tapi mabuk... hahahhaha!!!!

Anyway.... seronok juga kursus kalini.  Walaupun pada mulanya naik menyampah pun ada time nak pergi kursus ni.  Thanks kepada PA-PA yang sudi menjadi teman bicara semasa kita kursus.  Seronok ngan korang!!!!  Love u all!!!
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...