Jumaat, 27 Jun 2014

Pulang Ke Pangkuan Mak

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:10 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Akhirnya dapat juga pulang ke kampung melihat keadaan mak di hospital.  Kami sampai jam 7.30  malam… Sedihnya…. Ahli keluarga mak dah menunggu dan memandang kami seolah-olah marah pada kami kerana tak balik dari awal jenguk mak… Malas aku nak fikir cakap dan prasangka orang.  Diorang ingat kami ni suka-suka tak nak balik.  Jenis aku dan suami takkan cerita hal kesusahan kami dengan orang apatah lagi minta duit diorang.  Apa pon…. Yang penting aku dapat tengok mak. 

Sedih lihat keadaan mak… Dihari lahir mak.. Berderet mesin ubat yang memantau dan merawat mak sebagai hadiah… Naik takut aku tengok… Aku tau mak sedih kami tak balik dari awal masa dia mengadu sakit.  Sebelum tu… hubby dah bagi tau mak… kalau mak nak rehat dan rasa tak sihat… ajaklah Pakcik datang Cyberjaya… boleh jumpa cucu kalau betul-betul rindu dan juga aku sendiri boleh tengok-tengokkan mak.  Kalau perlu mak ke hospital dan ditahan wad… kalau di Putrajaya kami senang nak uruskan… Tapi susah nak fahamkan mak.  Mak selalu dengan egonya sendiri.  Kadang aku sendiri sebagai menantu dia selama 13 tahun pon tak faham dengan mak ni.  Bukan dia takde duit nak datang rumah aku… dah tentulah kami satu-satunya anak dia… apalah salah dia datang melawat kami bila dia rindu pada cucu.  Bukannya kami tak bagitau dia kami susah dari segi kewangan.  Tapi mak tak nak faham sebab katanya kami dua-dua kerja.  Hmmm….  Sementelah alasan mak kununnya mak tak nak susahkan anak-anak.  Tapi mak lupa kami bertanggung jawab di atas mak.  Walau tak berduit… aku dan hubby masih mampu jaga emak.  Entahlahhh… bingung.  Mak sendiri tak nak faham anaknya… takkan kami terus-terusan nak bagitau kami tak punya ongkos untuk balik selalu.  Aku tau mak kecik hati kami tak balik… tapi tak bermakna kami tak bagitau mak sebab-sebabnya supaya mak mengerti keadaan kami… tapi mak tak nak faham… Tanpa mak sedar mak mengadu domba dengan saudara mara tentang kami.  Hakikatnya… aduan mak telah disalah tafsirkan oleh mereka.  

Sekarang bila mak dah terkulai di katil hospital… semua seolah-olah menyalahkan kami sekeluarga… tak nak cuti pasal mak sakit… tak nak balik pasal mak sakit… tak kesian ke kat mak…??? What the fish!!  Pakcik terutamanya…. Terus-terusan brain wash anak-anak aku tentang kedegilan kami tak balik kampung sebelum tu…. Padahal aku dan hubby dah ceritakan masalah kami… bukan takat kewangan… anak-anak aku nak periksa terutamanya Hanum yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini… setiap minggu ada kelas tambahan dan juga kem yang dianjurkan oleh pihak sekolah.  Bukan aku suka-suka tak nak balik… Kimie dan Hanum terus menangis…. Apatalah bila melihat keadaan neneknya… lagu sayu hati anak-anak aku seolah-olah dosa diorang menyebabkan nenek sakit kerana rindu mereka… Hmmmm…. Sabarlah anak-anak. 

Walaupun hanya dapat melihat mak layu di katil hospital… sekurang-kurangnya lega dah dapat melihat mak.  Kita nantikan keadaan mak esok.

Khamis, 26 Jun 2014

Mak Kena Serangan Jantung

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:09 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Ya Allah… bagai dipanar halilintar bila mendapat berita mak mertuaku kena serangan jantung.  Rasa penat… letih… sedih… nasib malang menimpa-nimpa…. Apa yang perlu aku buat aku sendiri buntu…. Dalam keadaan mak sakit… aku tak dapat balik secepat mungkin… kereta aku masih dibengkel kerana kejadian langgar motor sebelum ini.  Dengan aku takder duit nak balik… setakat belanja harian memanglah ada… tapi untuk balik kampung aku totally out of budget sebab banyak perkara yang aku terpaksa uruskan…  Setiap kali balik kampung… bukan sikit-sikit duit akan keluar…. Ya Allah… satu-satu dugaan yang aku alami tahun ini.   Kenapa aku dan keluarga aku yang kau duga Ya Allah….

Sepatutnya mak akan sambut hari lahir dia pada 27 Jun ni tapi mak telah sambut hari jadinya di hospital.  Pada awalnya, aku difahamkan oleh pakcik (gelaran bagi pak mertua aku) yang badan mak bengkak-bengkak.  Akibat tak tahan tengok keadaan mak… pakcik gagahkan hantar mak ke hospital walaupun pada awalnya mak sendiri tak nak.  Bila hantar ke hospital… doktor sahkan mak mengalami masalah jantung dan perlu ditahan di dalam wad CCU.  Malam tu… semasa mak baru dimasukkan ke CCU.. mak tiba-tiba mengalami pendarahan dari dalam perut membuatkan mak muntah-muntah darah.  Keadaan mak tiba-tiba kritikal.  Doktorkan maklumkan kepada parents aku yang kebetulan melawat mak bagi pihak kami yang tidak dapat rushing balik malam tu yang mak kena serangan jantung dan pendarahan dalam perut serta memerlukan perhatian yang rapi dari pihak hospital setiap masa. 

Aku bingung…. Mana nak cari duit nak balik kampung… dengan keadaan kereta yang masih di bengkel…. Pomen janjikan pada aku yang kereta akan siap minggu tu dari awal tapi masa dapat berita tentang kesihatan mak … kereta masih tak siap-siap juga.  Patutnya minggu sebelum tu aku balik jenguk mak… tapi dek kerana eksiden tu… dan juga kerana dek duit dah ke arah lain terpaksa aku senyap dari berura-ura untuk balik kampung.  Dah dekat 2 minggu…. Janji tinggal janji… terpaksa juga suami aku menengking kat pomen tu suruh siapkan kereta bila fikirkan keadaan mak. 


Apa pon… aku tunggu keputusan suami aku…. Tunggu kereta siap… aku bukan pulang seorang yang boleh naik bas sendiri-sendiri.  Aku kena balik sekeluarga…  Nak bincang dulu ngan mama and abah aku pasal nak balik kampung ni…. Harap mereka boleh bantu.  Aku takkan harap orang lain… Sedihnyaaa…. Mak tunggu kami balik yer….

Selasa, 24 Jun 2014

Dapat Tengok Giant Panda @ Zoo Negara

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 4:11 PTG
Reactions: 
1 comments Links to this post
23 Jun 2014 - Zoo Negara Malaysia

Yeay.... happy giler... rezeki kami semua sebagai warga NRE dapat berjimba bersama keluarga ke Zoo Negara untuk melawat haiwan yang menjadi tanda persahabatan Malaysia-China.  NRE menjadi kementerian yang bertanggungjawab untuk menguruskan segala hal mengenai Panda Fu Wa dan Feng Yi dari China yang akan ditempatkan di Zoo Negara dari mula hinggalah ke majlis perasmiannya nanti oleh PM.

Yang paling best tu... dahlah dapat tiket tengok panda free... masuk zoo pon free... dapat pelepasan time hari kerja pula tu sebab waktu melawat hanyalah pada hari bekerja sahaja.  Heheheh... Raya keling aku der... Apa lagi... aku tak lepaskan peluang bersama anak-anak dan keluarga untuk tengok panda tu.  Untuk side aku... bukan takat tiket free sebagai ahli kumpulan koir yang aku dapat... tiket bagi pihak jabatan aku pon aku dapat.  Malah ada lebihan tiket yang tak digunakan dari membazir pon aku offer kat adik beradik dan saudara mara serta kawan yang berminat nak pergi.  Tapi biasalah... kalau berjalan waktu hari kerja memang tak jadi apalah pada diorang melainkan jabatan di bawah NRE yang dilepaskan.  Macam adik aku dan suaminya yang dari JUPEM lepaslah sebab ini merupakan program di bawah NRE.  Apa pon... aku dah ajak... kalau diorang yang tak pergi tu bukan salah aku lah kan.... hehehehhe

Apa jer aku nak ceritakan kat sini ekk... hanya gambar jer boleh ceritakan aktiviti-aktiviti kami pada haritu... Selamat menjamu mata dengan gambar kami.... heheheheh!!
Aku di pintu masuk khas.  Kami tak boleh masuk ikut pintu depan.  Nanti kena bayar pula... heheheh 
Bersama anak-anak sebelum masuk ke dalam zoo.  Masih menunggu yang lain-lain tiba dan jalan sama-sama
Sakan mak-mak ni... on our way ke Giant Panda Convention Centre.  Kenderaan pon disediakan khas oleh pihak zoo kepada kami... tak payah penat-penat nak jalan kaki. 
Possing dulu sebelum masuk ke Giant Panda Convention Centre
Keterujaan anak-anak kami.. See their faces...
Bila ibu-ibu possing.... takmo kalah... heheheh
Hanum, Aku dan Angah
Kami possing sakan dulu di luar Giant Panda Convention Centre dengan patung dan replika panda yang menarik.  Happy giler ok!!
Suasasana dalam Giant Panda Convention Centre dan juga aksi-aksi kami bersama panda walau jauh.. huhuhu
Selesai melawat panda kami semua pergi jalan-jalan untuk meninjau haiwan-haiwan lain pula di zoo
Kami tak lepas peluang untuk menonton persembahan haiwan... layannnnn

Isnin, 23 Jun 2014

Adik @ Sepupuku Bertunang

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 10:44 PG
Reactions: 
0 comments Links to this post
21 Jun 2014 - Kampung Paya Meranti, Tiang Dua, Melaka

Congratsss di ucapkan kepada adik sepupuku yang juga adik aku (anak susuan ibuku) Siti Aishah yang telah melangsungkan pertunangan dengan Ezat baru-baru ni di rumah mama aku. Baru terasa meriah rumah ni bila ada majlis... Anyway... aku happy bila bertambah keluarga.  Yang penting, adik Eca aku ni manis betul di hari pertunangannya. Hehehehe....

Along doakan pertunangan korang berdua hingga ke jinjang pelamin... insyaallah....

Adalah sedikit gambo yang sempat aku snap dan juga orang lain snap dari camera aku nih.... layan je le yer....
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...