Isnin, 30 Julai 2012

Video Sepetang Bersama Siti Nurhaliza (playlist)

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:21 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Video ni aku ambil dari youtube PutarPutarTv dan aku compilekan dia... Saper yang tak dapat nak tengok boleh la tengok yer.... layanzzz!!!


Perhatikan aku di minit 3.03.  Tetiba tersentil aku tengah bergambo dengan Dato' Siti Nurhaliza.  Hahahha!

Ni lagi satu ada tersentil aku bergambo dengan Dato' Siti Nurhaliza di position lain di minit 2.57.  Heheheh

Selasa, 24 Julai 2012

Resepi Bubur Lambuk

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:16 PTG
Reactions: 
2 comments Links to this post
Salam....


Selamat berpuasa semua....


Today aku nak share resepi bubur lambuk yang simple tapi sedap macam korang makan yang Bubur Lambuk Kg. Baru punya.... aku try & error je sebelum ni setelah merujuk resepi kawan-kawan dari internet... tapi ikut cara dan selera masing-masing laa.... kebetulan semalam aku baru jer buat dan ada kawan bertanya pula resepi tu... so harini aku nak sharelah resepi aku yer...

Bahan-Bahan:
2 cawan beras (basuh dan toskan)

½ biji kelapa, gunakan santan pekat (guna santan kotak pon boleh.  Kalau untuk 2 cawan beras gunakan ½ kotak) ½ kg daging cincang (lebih pun takper kalau suka. Then pakai daging paket Ramli pun boleh)

5 s/b minyak masak
1-2 biji ubi kentang (potong kecil-kecil)
Garam
Air
Bahan tumbuk/blender
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Rempah tumis
1-2 batang kulit kayu manis 3-5 kuntum bunga cengkih 2-3 kuntum bunga lawang 3-4 biji buah pelaga
1 inci halia (ketuk sedikit sahaja)
Bahan rempah
1 ½ s/b serbuk rempah kurma/rempah sup
¼  s/k lada putih
¼   s/k lada sulah
½  s/k lada hitam
½ s/k halba campur

Bahan hiasan

3 tangkai daun sup yang dicincang
2 tangkai daun bawang yang dicincang
Bawang goreng

Cara:

1. Panaskan minyak masukkan rempah tumis dahulu dan kemudian bahan tumbuk sehingga wangi dan garing kekuningan.
2. Masukkan bahan rempah dan daging. Masukkan sedikit air supaya tidak terlalu kering. Masukkan ½ sudu paste ayam. Biarkan sehingga naik minyak. 
3. Masukkan beras, kentang dan air. Biarkan sehingga beras hancur dan daging lembut.
4. Bila dah beras nampak pecah, masukkan santan, dan rasakan garam. 
5. Bila sudah masak, masukkan udang yang telah dibuang kulit dan tunggu 3 minit kemudian hidangkan dengan bahan hiasan 


p/s:  kalau masukkan udang dari awal nanti jadi tak sedap pula.  Tak caya cuba laaa… hehehehe.  Lagi satu aku suka masukkan daun sup yang di cincang sekali dalam periuk bubur tu sebelum tutup api.  Aku rasa bubur lebih wangi dan tahan lama kalau disimpan.  

Selamat mencuba.

Selasa, 3 Julai 2012

Grading Anak Aku (Hijau)

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 4:11 PTG
Reactions: 
1 comments Links to this post
30 Jun 2012 - Dewan SJK (C) Dengkil

Malam Sabtu yang lepas... anak-anak aku telah hadir sesi grading taekwondo dari tali pinggang kuning 2 ke tali pinggang hijau... sebelum ni ada juga grading dari tali pinggang kuning 1 ke kuning 2 tapi aku tak masukkan dalam entry blog ni sebab tak berkesempatan.... kalau tak silap aku diorang grading tu bulan April baru ni... Macam senang jer aku tengok budak-budak ni nak naik tali pinggang... tak sampai 2 bulan dah bleh grading.... aku dulu.. kalau nak grading macam terseksa plak sebab punya lah bapak susah....  tapi silatlah.... yang taekwondo plak macam senang jer aku tengok... chehhh.... Whatever laaa....

Akhirnya... malam tu... anak-anak si Hanum & Kimie berjaya untuk mendapatkan tali pinggang hijau semasa grading taekwondo baru-baru ni walaupun aku tengok pergerakan agak kelakar skit budak-budak ni.  Heheheh...  Janji lepas laaa....

Apa yang boleh aku cakap.... congrats to them kakak n adik laaa... malam tu lepas penat menunggu turn diorang... kami terus shoot balik Melaka sebab ada wedding anak Pak Ngah hubby aku.  Letih  betul weekend kitorang...

Oklah... Got to go....
 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...