Rabu, 5 Mac 2014

Tutorial Trengkas: Part 8

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:05 PTG
Reactions: 
Awalan 'me,mem, men, meng, meny' dan 'ke Sebgai Kata Depan (Sendi Nama) Dan Awalan; Awalan 'dike'

Tanda kecil '͡   ' ditulis di awal gurisan kata dasar bagi melambangkan awalan 'me,mem, men, meng, meny'.

Latihan 8.1.
'Ke' - Sebagai Kata Depan (Sendi Nama)
       - Sebagai Awalan

Tanda kecil 'ˉ' ditulis pada awal gurisan kata dasar (disambungkan, jika boleh) bagi melambangkan 'ke' sebgai kata depan (sendi nama) dan 'ke' sebagai awalan.

'Ke' sebagai kata depan:

Sebagai Awalan:
Latihan 8.2.
Awalan 'dike'

Tanda kecil '˻' ditulis pada awal gurisan kata dasar (disambungkan, jika boleh) bagi melambangkan awalan 'dike'.

Latihan 8.3.

Transkripsi:

Latihan 8.1.
Pagi tadi bapa Adnan menanam pokok-pokok bunga di tamannya.  Bapa Adnan ingin menjadikan tamannya itu taman yang cantik.  Bapa Adnan ingin membanyakkan lagi kebun-kebunnya.  Kini pun bapa Adnan mempunya dua  buah kebun.  Kini bapa Adnan mendapat dua buah taman bunga.  Di dalam taman-tamannya ini bapa Adnan menanam pokok-pokok bunga.  Pagi-pagi dan petang-petang bapa Adnan datang menjaga tanam-tanaman di dalam kebun-kebunnya itu.  Babi-babi kadang datang memakan tanam-tanamannya.  Pendapatannya memang mencukupi bagi anak-anaknya jika babi-babi tiada datang menggangku tanam-tanamannya. itu.

Latihan 8.2.
Tiap-tiap pagi bapa Adnan ke kebunnya.  Di kebunnya itu bapa Adnan menanti kedatangan emak Adnan.  Di dalam kebunnya itu kedapatan banyak tanam-tanaman.  Bapa Adnan banyak menggunakan baja bagi menanam pokok-pokok  buah-buahan dan bunga-bunga.  Jika tiada baja kebun-kebunnya itu tiada akan maju.  

Emak Adnan ke tepian mandi tiap-tiap pagi tetapi Adnan tiada ke mana-mana tiap-tiap pagi.  Adnan membaca  buku-bukunya tiap-tiap pagi.  Kebanyakan buku-bukunya itu buku-buku moden dan ada juga buku-buku agama.  Adnan telah mendapat pujian di dalam pengajiannya.  Memang menjadi kenyataan ketekunan mendatangkan kemajuan.

Latihan 8.3.
1.  Pada pagi tadi Adam talah diketemukan dengan abangnya.
2. Cadangan yang dikemukannya itu telah diketepikan.

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...