Isnin, 3 Mac 2014

MARI BELAJAR TRENGKAS - Pengenalan Tentang Trengkas

Posted by Emmymazli at 1:00 PTG
Salam semua....

Emmy amat berbesar hati untuk share ilmu dengan semua pembaca blog ni apa yang Emmy sempat belajar dulu di sekolah dan politeknik sebagai seorang setiausaha. Bukan komputer yer... or belajar menaip... tapiiiiii.... subjek TRENGKAS la. Emmy percaya..... ramai di kalangan setiausaha sekarang dah merasa amat senang dengan penggunaan teknologi terkini dari menggunakan trengkas ni.   Sebenarnya banyak manfaatnya.... so.... lets learn dari tutorial Emmy ni ok!! Step by step yer….  emmy takkan bagi semua sekali gus tau.... So kita tengok dulu apa pengenalannya....

PENGENALAN

Hampir semua bahasa di dunia terdapat di dalan 2 bentuk iaitu LISAN dan TULISAN.  Kedua-dua bentuk ini boleh ditukar dari satu bentuk kepada bentuk yang lain ititu LISAN   boleh bertukar kepada tulisan dan tulisan pula boleh bertukar kepada lisan.  Bahasa lisan boleh didengar dan tidak dapat dilihat manakala Bahasa Tulisan pula boleh dilihat dan tidak boleh didengar.  Lisan meninggalkan sedikit kesan dan sangat mudah lupat daripada ingatan atau mudai dilupai tetapi Tulisan meninggalkan kesan yang berkekalan dan boleh dirujuk kembali jika terlupa.

Bahasa Lisan dituturkan dan Bahasa Tulisan dicatatkan.  Oleh kerana Bahasa Lisan mudah dilupai, hal-hal penting catatkan ke Bahasa Tulisan agar ia menjadi bahan rujukan untuk dibaca semula pada masa kemudian.

TULISAN MENGEKALKAN INGATAN

Dalam Bahasa Malaysia terdapat dua jenis tulisan bagi merekodkan apa yang dituturkan iaiaut Tulisan Rumi dan Tulisan Jawi.  Bunyi /b/ dalam tulisan rumi dan ب tulisan jawi.  Jadi dalam Bahasa Malaysia, kita tulis ‘huruf’ bagi melambangkan ‘bunyi suara’ atau ‘fonem’ (lisan).  Bungi ‘batu’ dilambangkan dengan huruf-huruf abjad rumi b, a, t dan u dan huruf-hurud abjad dalam jawi ب, ا, ت dan و.

Ada orang bercakap atau bertutur perlahan, ada yang bertutur agak cepat dan tidak kurang pula yang bercakap laju.  Jikalau perlahan, kita boleh menggunakan huruf-huruf bajad rumi atau jawi bagi merekodkan bunyi suara (lisan) yang dituturkan.  Jikalau agak cepat pun, kita boleh juga catatkan tetapi mungkin dalam bentuk huruf-huruf abjad rumi atau jawi yang dituliskan tidak begitu baik dan kita akan berasa susah sedikit untuk membacanya kembali.  Jikalau laju sangat, mustahil semua  bunyi atau perkataan yang dipertuturkan dapat direkodkan kerana huruf-huruf rumi atau jawi berbentuk ganjil dan susah dituliskan secara pantas.  Abjad- bjad rumi dan jawi tidak boleh dijadikan alat bagi ‘menulis cepat’ kerana huruf-hurufnya mempunyai banyak garisan.  Supaya kita dapat menulis dengan agak cepat, Treng menggunakan GURISAN (tidak huruf) bagi melambangkan ‘bunyi’ atau ‘fonem’.

Dalam tulisan rumi terdapat 26 abjad an abjad-bjad ini terbahagi kepada VOKAL dan KONSONAN.  Vokal membolehkan apa yang dipertuturkan berbunyi dan konsonan adalah bentuk-bentuk bunyi.  Contohnya /m/:  bibir rapat manakala /n/ pula: dengan bibir terbuka dan hujung lidah terkena pangkal gigi sebelah atas.

VOKAL BUNYI
Fonem
Abjad


/a/
a
-
abang, padi, kita
/e/
e taling
-
elok, meja, beza
/ə/
e pepet
-
emak, kedai, peta
/i/
i
-
ibu, tiba, padi
/o/
o
-
otak, tolong, biro
/u/
u
-
ulat, tulis, pasu
Dalam tulisan tumi dan jawi, huruf melambangkan bunyi.  Dalam Trengkas GURISAN melambangkan bunyi.  Gurisan-gurisan ini diperolehi daripada bulan di bawah ini:
 
Dalam Trengkas Sistem Pitman 2000, gurisan-gurisan ditulis berpandukan GARISAN.  Gurisan-gurisan ditulis pada 3 kedudukan iaitu:
Gurisan yang ditulis adalah bagi bunyi AWAL perkataan.  Ini kita katakan PENGAWAL PERKATAAN-PERKATAAN.  Tiap-tiap gurisan pula terbahagi kepada tiga tempat iaitu:
Tiap-tiap gurisan ditulis dengan tiga saiz iaitu:
1.Biasa          2.Separuh ukuran gurisan          3.Cecah

Contohnya:  
Panjang tiap-tiap gurisan ukuran biasa ialah kira-kira 0.5 cm

PERINGATAN PENTING -Panduan untuk mentraskrip/membaca balik

KEBOLEHAN MEMBACA BALIK ATAU MENTRANSKRIP ADALAH PERKARA YANG PENTING DALAM TRENGKAS.  Anda hendaklah boleh membaca balik atau mentranskrip apa yang anda tuliskan dalam trengkas tidak kira tulisan trengkas anda betul atau salah.  Anda bertanggungjawab membaca betul pada tiap-tiap kali.

Tatkala membaca balik atau mentranskrip tentukan:
1.  Perkataannya  betul perkataan Bahasa Melayu atau perkataan bahasa asing yang telah menjadi perkataan Bahasa Melayu.  Contoh: petang bukan peting, petung, putung, putang dan lain-lain.
2.Ayatnya betul mengikut jalan Bahasa Melayu. 
Contoh:  Pada pendapat saya .......... bukan:  Pada dapa saya........ Pada pendapatan saya......... Dia mengucapkan terima kasih........ bukan: Dia berucap terima kasih. 
3.  Ayatnya memberi makna yang munasabah:  Contoh:  Permainan bola sepak akan diadakan di Stadium Merdeka....... bukan Permainan bola sepak akan diadakan di Stadium Negara..... Kos bangunan itu ialah RM5 juta, bukan: Kos Bangunan itu ialah RM5 ribu.

Peringatan:  TULISAN ADALAH UNTUK MENGEKALKAN INGATAN

Nota:
Hakcipta Ismail Mat Kasat
Gurisan Edisi Baru- Siti Hawa Sabdin

33 comments:

Azam Ahmed on 24 November 2015 pada 4:39 PTG berkata...

Saya masih belum faham bagaimana tulisan Trengkas berfungsi. Mungkin perlu info lebih lanjut. Terima kasih atas perkongsian yang sangat menarik.

carrie on 28 Februari 2019 pada 5:59 PG berkata...

Bole tanya di mana bole beli kamu trengkas/shorthand?

Unknown on 4 Julai 2019 pada 10:25 PTG berkata...

Kt kedai buku popular ade

isyraf on 17 Mac 2020 pada 5:58 PTG berkata...

saya merupakan pelajar diploma sains kesetiausahaan. dan sudah setahun sya belajar gurisan trengkas. alhamdulillah. kalau faham seronok sangat belajar gurisan ni. dia lbh senang daripada shorthand.

Tanpa Nama berkata...

Salute£√>

Unknown on 8 Julai 2020 pada 12:53 PTG berkata...

Saya nk tnya,buku dia bertajuk apa ya

Wak Lat on 18 Disember 2020 pada 8:17 PTG berkata...

terimaksih atas maklumat bagus ni., skrg org dh x pakai shorthandd camni., teknologi dh maju ;p

Nur Ai Ling on 26 Januari 2021 pada 11:55 PG berkata...

Buku trengkas mcm tu sy masih simpan dan ada 2 versi.. smpai ke hari ini sy always buat latihan sbb kdg2 lupa.. dulu guna utk praktis tulia dairi atau salin pesanan bos.. skang guna utk kerja .. kalau nak salinan ada ja pd sy..

Unknown on 20 Februari 2021 pada 9:23 PG berkata...

Zaman dahulu ada kursus menaip dan trengkas. Jadi saya nak hantar anak saya. Sekarang siapa tahu di mana saya boleh hantar anak untuk Kelas Menaip dan trengkas ini

Unknown on 1 Mac 2021 pada 11:30 PG berkata...

Saya tahu tulis trengkas juga, tapi jenis Gregg. Saya tak pandai jenis Pitman, tapi sy ada bukunya, iaitu Trengkas Bahasa Malaysia oleh Fatimah Carey terbitan ITM Shah Alam.

Hidayah A. on 24 Mac 2021 pada 8:37 PTG berkata...

boleh saya minta utk di buat rujukan? klu cik bg kebenaran,
email saya awanbiru953@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Boleh emailkan pd sy salinan utk tulisan trengkas? leng.coway@gmail.com

Unknown on 19 Julai 2021 pada 8:23 PG berkata...

Ada beza trengkas dan short hand? Sem 1 belajar berpa huruf dan sem seterusnya berpa huruf?

Fad on 8 September 2021 pada 6:21 PTG berkata...

Assalamualaikum. Saya berminat. Bole emailkan kepada saya?
nurifadila9505@gmail.com

Student on 13 Oktober 2021 pada 12:17 PTG berkata...

Assalam saya nak juga mrnajmudin@gmail.com

Pariii on 24 November 2021 pada 10:43 PTG berkata...

Haiii... Can you plss email me... (parimaladewi0106@gmail.com)
I need your help to finish some trengkas work...

Unknown on 28 Disember 2021 pada 3:00 PTG berkata...

Assalam saya nak salinan. Boleh email ke yanazainal79@gmail.com

Nur Husna on 20 Januari 2022 pada 12:33 PG berkata...

Saya berminat. Boleh kongsi dengan saya juga?
Terima kasih 😊🌹

nurnushrohhusna@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Salam sy berminat dgn salinan tu. Boleh email kepada saya?
maryam.nasa23@gmail.com

KeyMtpg on 21 Februari 2022 pada 10:55 PG berkata...

Assala mualaikum saya berminat dgn salinan tersebut, boleh email kan pada saya juga? mkhakimi1989@gmail.com

Unknown on 23 Februari 2022 pada 10:20 PTG berkata...

Assalamualaikum, boleh saya dapatkan salinan tu ke? Emel saya nsyazapaat@gmail.com
Saya amat memerlukan nota trengkas tu, buku sy hilang .

m.sobri adam on 29 April 2022 pada 11:11 PG berkata...

Aslkum boleh emailkan salinan pada saya,sy berminat untuk belajar gurisan ni. cipanzcopainz@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Hai boleh saya dapatkan salinan tu?
Saya lantikan baru dalam setiausaha jadi belum ada pengetahuan tentang ini.. Sy berminat untuk belajar lebih lagi.. Boleh email saya rajianahm@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Assala mualaikum nak gregg punya trengkas, boleh email kan pada saya juga? Fizahihm@@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

macam mana saya nak dapatkan salinan buku trengkas utk semua modul. boleh emailkan saya tak. eddy_m1979@yahoo.com

nunnylarsen on 27 Mei 2023 pada 3:09 PTG berkata...

Saya adalah graduate ITM Diploma Sains Kesetiausahaan (course ni dah tak wujud di UiTM) dan subject Shorthand dan Trengkas (kami guna sistem Pitman) adalah degup nadi kami untuk graduate dalam course ini dengan jayanya. Takde bezanya antara Shorthand dan Trengkas; Shorhand untuk gurisan Bahasa Inggeris manakala Trengkas untuk gurisan dalam Bahasa Malaysia. Di ITM, dua dua subject ini menggunakan sistem Pitman. Kali terakhir saya menjadi juri untuk pertandingan shorthand, trengkas dan menaip, saya difahamkan hanya course di Politeknik yang masih mengajar subjek ini.

Tanpa Nama berkata...

Saya berminat .... Tolong email kn boleh.....
ainbalkis774@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Saya pernah belajar menaio & trangkes pitman tahun 81/82 di SMV Kuantan. Guru saya masa tu Cikgu Yunus. Mula2 memang lah payah tapi alhamdulillah akan jadi seronok. Dalam keputusan SPVM tahun 1982 saya dapat A dalam trengkas & B dalam menaip. Memang seronok belajar masa tu. Sekarang dah tak ingat. Tapi bila di tengok balik, baru terimbas kembali apa yang saya pelajari lebih daripada 30 tahun yang lalu.

Tanpa Nama berkata...

Jadi nye mmg awak dh mahir dalam course ni ? Sbb saya masih dalam sem 1 di politeknik ... Sedang mencari senior yg bole menjadi rujukan untuk course ni

Tanpa Nama berkata...

Boleh emailkan kepada saya ... Saya pun ambik course ni ... Masih dalam sem 1 di politeknik ... Ni email saya balqisintansyafiah@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Bole mohon diploma di politeknik

Syahida on 17 November 2023 pada 12:42 PG berkata...

Boleh emailkan pd sy nurqasih.asif@gmail.com. tq

Tanpa Nama berkata...

assalam puan .Ank saya sedang belajar Sain Kesetiausaahan.Saya sedang mencari Personal Tutor untuk anak saya dalam subject Trengkas & Shorthand.Dengan berbesar hati bolh ke Puan Whatsapp saya tentang hal ini. 012-740 4278 Pn Lisa.Harap Puan dapat hubungi saya .Terima asih banyak puan

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...