Khamis, 6 Mac 2014

Tutorial Trengkas: Part 15

Posted by Emmymazli at 4:25 PTG
Awalan 'se'; 's+s' Di Akhir Perkataan; Ringkasan: Mahasiswa dll kata depan 'si'

1.  Awalan 'se'

Untuk melambangkan awalan 'se' bulatan 's' digunakan.  Ia disambung kepada gurisan kata dasarnya.  Cara menulisnya adalah sama seperti menulis bulatan 's' di awal perkataan (Lihat Part 11)
Ringkasan:
Untuk melambangkan awalan 'se', gurisan 's' yang kecil bentuknya digunakan juga iaitu apabila bulatan 's' tidak dapat digunakan kerana ia tidak sesuai ditulis.

*untuk tujukan

2.  Awalan 'se' pada bulatan 's' di awal perkataan:
Bulatan besar digunakan bagi melambangkan awalan 'se' pada bulan 's' di awal perkataan.
3.  's' bertemu 's' di akhir perkataan:
Bulatan besar digunakan bagi melambangkan 's+s' di akhir perkataan.
Ringkasan:
4.  Kata depan 's'
Untuk melambangkan kata depan 's', gurisan 's' yang kecil bentuknya (sebagai ʾ ) digunakan. Ia tidak disambungkan kepada kata dasarnya.
Rangkai Kata:
Latihan 15.1.

Transkripsi:

Latihan 15.1.
Semasa kita tidak bebas Malaysia tidak begitu maju khususnya desa-desa dan kampung-kampung kita.  Kini tidak lagi begitu.  Anak-anak desa khususnya di desa-desa di pedalaman mempunyai semangat kebangsaan yang sejati.  Sebanyak sepuluh buah kebun kepunyaan anak-anak desa dimajukan oleh Kesatuan Pekebun-pekebun Se-Malaysia setiap tahun.  Semiskin-miskin anak-anak kampung, anak-anak kampung itu setidak-tidaknya mempunyai sebuah pondok dan sebidang kebun yang kosong.  Jika kebun itu diusahakan setidak-tidaknya anak-anak desa itu akan dapat makan.

Di zaman ini sememangkan kita bantu-membantu sesama kita.  Setahu saya banyak anak-anak muda kampung menjadi mahasiswa dan mahasiswi di pusat-pusat pengajian tinggi.  Si Abas telah mendapat biasiswa dalam pengajian seni bina.  Dengan itu sepatutnya kampung-kampung dan desa-desa kita akan maju.  Untuk itu juga pendapat-pendapat usang, desas-desus dan yang seumpamanya mesti kita kikis.















0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...