Selasa, 11 Mac 2014

Hanum: 1st Leg of the SPORTEXCEL –NSC-MILO-TM National Junior and Senior Taekwondo Circuit 2014

Posted by Emmymazli at 5:39 PTG
7-9 Mac 2014
The Arena, OCM Indoor Stadium, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur

Salam semua... harini just nak update pasal aktiviti anak dara aku si Hanum yang menyertai pertandingan taekwondo yang besar buat pertama kali last weekend...

Terus terang cakap.... aku bersyukur dan bangga dengan Hanum walaupun ini tournament besar dia yang pertama... she did very well walau tak ke semi final atau ke final.... senang cakap tak dapat sebarang pingat lah.... Walaupun aku tak meluahkan terang-terangan.... takkan nak marah bila dia kalah kan... lagi pon untuk first timer yang baru training sparring secara intensive tak sampai pon 6 bulan pon tapi dia dah buat yang terbaik.... sementelah pula... Hanum punya kategori ramai jika nak dibandingkan dengan yang lain....

Kalau korang tengok kat gambar di bawah ni.... dia kena lawan 4 game untuk ke final... Yang kesiannnya.... dah la first time masuk game besar.... lepas tu... dia juga peserta pertama yang kena lawan di Ring C tu... kiranya dia pembukaan la kan....  sampai sejuk la tangan si Hanum tahan nervess walau dah warm up bagai.... Anyway, 1st bout dia lawan berjaya dengan markah 28-14.  Lawannya pon sama tinggi dengan Hanum.... Bout ke 2 yang dia kena lawan tu pula memang sangat dekat dari yang pertama.... selang 1 bout jer... belum sempat habis penat dah kena lawan balik.... dah la opponent dia tu sedang segar bugar lagi... first game dia juga (bye).  Kiranya dia menang ke kalah ke game pada seterusnya kirannya confirm dah dapat gangsa la dalam tangan... advantage betul... Disebabkan kategori yang Hanum lawan ni Acara Female Cadet (12-14 tahun) Kategori Bantam (34-37 kg)... lawan Hanum kalini memang tinggi melampai....rasanya tingkatan 2 kot... sedangkan Hanum barulah darjah 6... tapi aku sebagai ibu cuba faham... walaupun penat.... walaupun opponent dia tinggi melampai dan segar bugar masa lawan dengan Hanum... walaupun pengalaman  Hanum kurang... Hanum telah cuba sebaik mungkin walau banyak kali cubaan dia menaikkan point tak menjadi.... Game kalini Hanum dan lawannya seri iaitu 7-7... tapi rezeki berpihak kepada pihak lawan dengan mata suddent death... takder rezeki Hanum tapi good job!!
Seharian kami stay di OCM tu selama 2  hari walaupun game  Hanum dah habis awal... aku bagi peluang pada anak-anak untuk support kengkawan dari Team Koryo... sempat la aku berniaga vitagen secara tak langsung sebab keadaan di situ yang sukar untuk mendapatkan tempat yang menjual makanan dan minuman... Laku la sekejapan dengan menjual 50 pek jer.... Alhamdulillah... rezeki....

Kebetulan haritu Atlet Taekwondo Negara yang juga dari Koryo Taekwondo Club iaitu Rozaimi Rozali yang berjaya ke Sukan Sea dan mendapat pingat gangsa pon ada sebab adik-adiknya bermain juga untuk kejohanan ini.... so, aku dan hubby paksa Hanum untuk bergambar dengan dia... bukan apa... bagi semangat skit kat dia.... setelah mendengar cerita dan pengalaman tentang Rozaimi dari ibunya sendiri.... patut dijadikan contoh untuk Hanum meraih kejayaan di masa akan datang.... insyaallah....
Anyway... untuk 2 hari pertandingan yang berlangsung baru-baru ni.... Koryo Taekwondo Club mendapat tempat pertama keseluruhannya.... Syukur sangat!!!  Moga meraih kejayaan seterusnya... Aminnnn!!!

Oklah... sekian dulu story harini.... jumpa next story.... Byeee.....

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...