13 Mac 2014 - Pulau Perhentian, Terengganu
Day 4
Pulau Perhentian-Kuala Besut-Putrajaya
Masa
untuk pulang. Seawal pagi telah berkemas untuk memastikan aku dan teman
sebilik tidak lewat untuk check out. Kami diminta supaya jam 9.00 pagi
semua perserta dan urusetia telah berada di lobby hotel untuk memulangkan kunci
bilik dan juga peralatan snorkling yang di ambil sehari sebelum tu.
Seperti
biasa selesai urusan bagasi dan barang-barang kami yang akan dibawa oleh pihak
resort, aku dan beberapa orang teman terus menghala ke jeti. Sempat juga
kami bergambar berpemandangan laut nan indah untuk kenangan terakhir kami
sebelum pulang.
Dikesempatan
itu juga, program Rakan Alam Sekitar juga sempat merakam gambar kenangan kami
semua sebelum masing-masing menaiki bot. Terpapar wajah kepuasan
masing-masing setelah 2 hari berada di sini. Walau waktu yang diberikan
itu singkat, tapi bagi aku ia cukup bermakna.
Perjalanan
pulang menaiki bot ke Kuala Besut kali ini agak mencabar. Kalau ketika
kami datang keadaan laut agak tenang dan cuaca agak baik, kalini ini bila kami
pulang seakan menangisi pemergian kami. Cuaca mendung dan laut bergelora.
Pemandu bot tidak boleh memandu dengan laju kerana bimbang bot akan
terbalik. Walaupun bot tidak laju, boleh dikatakan separuh dari penumpang
bot terkena tempias air laut dan kebasahan seolah-olah di siram air. Aku
dan beberapa teman lain agak bernasib baik kerana kami di posisi bot yang agak
kurang kena tempias air. Walaubagaimanapun, kami tetap basah apabila
sekali-sekala percikan air laut itu agak kuat. Kebetulan pula apabila bot
sudah tidak jauh dari jeti Kuala Besut, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.
Nasib baik aku ada membawa beg plastik hitam yang aku buat alas punggung aku
supaya tidak basah bila duduk di kerusi bot. Boleh juga digunakan untuk
menutupi 2-3 orang penumpang bot terutamanya yang duduk di hadapan sekali
dari kena tempias hujan. Selain itu dapat juga menutup beg-beg agar tidak
basah.
Yang
peliknya, tiba sahaja di jeti hujan terus berhenti. Beberapa peserta
bengkel ini didapati basah kuyup terutamanya mereka-mereka yang menaiki bot
pertama. Aku dan beberapa teman lain naik bot kedua. Terpaksalah
masing-masing menukar pakaian sebelum menaiki bas. Aku juga kebasahan
tapi tidaklah sehingga kuyup. Cuma basah disebelah bahagian tetapi masih
boleh lagi bereaksi seperti biasa.
Bila dah tiba di jeti, mula la masing-masing menyerbu kedai
cenderahati di situ untuk ingatan insan tersayang dan juga sahabat terdekat.
Bukan senang dapat jalan jauh-jauh jadi inilah peluangnya. Dapat
juga aku capai sebarang dua key chain dan tshirt untuk
keluarga aku. Kalau nak beli cenderahati dari Pulau Perhentian, harga
barang di jeti lagi murah berbanding di pulau. Boleh jadi sekali ganda.
Tetapi lihat juga pada keadaan. Apa-apa pun yang penting kena
survey dulu.
Bas meneruskan perjalanan. Target utama bila sudah berada di
Terengganu ialah shopping keropok lekor. Harapan aku dapatlah merasa lagi
makan keropok lekor Kelulut 008 tapi nampaknya hampa kerana laluan bas tidak
lalu di situ. Ada seorang rakan telah merekemen untuk
beli di Merang.
Tiba di kedai keropok lekor di Merang, masing-masing mula
memborong keropok lekor berplastik-plastik terutamanya aku. Banyak sangat
yang perlu diagihkan bila tiba di Putrajaya nanti. Sempat juga kami
meninjau kerja-kerja memproses keropok lekor yang dijual di situ. Sangat
menarik!!
Perjalanan diteruskan. Masih lagi di kawasan Merang, bas
menyinggah untuk peserta makan tenghari dan solat zohor. Setelah
dipastikan semuanya sudah berada di bas, baru perjalanan diteruskan.
Apa yang boleh aku katakan. Terasa perjalanan balik
ini terlalu jauh. Entah berapa kali aku pejam celik dan bas
berhenti beberapa kali pun aku tak pasti tapi masih tak sampai-sampai rasanya.
Badan dah rasa semakin lemau. Aku sendiri dah tak dapat menahan
rasa hendak termuntah yang aku kawal dari awal kerana mabuk darat sepanjang
perjalanan.
Lebih kurang jam 10.40 malam baru kami tiba di NRE. Lega
sangat rasa. Sejuk mata memandang bila lihat anak dan suami menunggu aku.
Lagi tak sabar nak sampai di rumah bila teringat katil dan bantal.
Alangkah baiknya dapat baring atas katil sendiri. Hehehehe.
Apa
pun, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur program Rakan Alam
Sekitar yang memberi kami peluang mengikuti bengkel ini dan seterusnya dapat
menjalankan aktiviti yang bermanfaat buat semua. Kalau ada lagi di masa
akan datang jangan lupa daku yer.... Hehehehe.
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!