Selasa, 4 Mac 2014

Tutorial Trengkas: Part 5

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:19 PTG
Reactions: 
Gurisan-gurisan Melintang

Keterangan:

1.  Gurisan-gurisan /k/ dan /g/ adalah lurus, gurisan-gurisan /m/, /n/, /ng/ dan/ny/ adalah melengkung.
2.  Gurisan-gurisan /k/, /m/, /n/,dan /ny/ ditulis nipis dan /g/, dan /ng/ gurisan-gurisan  ditulis tebal.

Tanda Vokal:  Sama seperti gurisan-gurisan ke bawah.  Bila vokal terdapat sebelum gurisan melintang, tanda vokal ditulis si SEBELAH ATAS gurisan melintang.
Bila vokal terdapat sesudah gurisan melintang, tanda vokal ditulis di SEBELAH BAWAH gurisan melintang.

Contoh:

Kedudukan:

1.  Kesemua gurisan adalah gurisan melintang
Vokal tempat pertama - /a/ dan /o/ - Gurisan ditulis ATAS garisan:
Vokal tempat kedua - /e/ taling dan /e/ pepet - Gurisan ditulis DI garisan :
Vokal tempat ketiga - /i/ dan /u/ - Gurisan ditulis DI garisan :
2.  Gurisan melintang yang diikuti oleh gurisan ke bawah:  Gurisan yang mengawal kedudukan:

Vokal tempat pertama - /a/ dan /o/ - Gurisan ke bawah ditulis ATAS garisan:
Vokal tempat kedua - /e/ taling dan /e/ pepet - Gurisan ke bawah ditulis DI garisan :
Vokal tempat ketiga - /i/ dan /u/ - Gurisan ke bawah ditulis MEMOTONG garisan :
Yang lain-lain:
Rangkai Kata:

Latihan 5.1.
Latihan 5.2.
Transkripsi


Latihan 5.1.

1.  Mana tangki minyak Abang Majid?
2.  Pada minggu ini pokok-pokok buah-buahan, jagung, kacang dan juga koko telah dapat ditanam di Kajang.
3.  Adam kenyang dijamu Abu dengan buah-buah ciku dan duku.
4.  Kami ingat pemuda gemuk tetapi kacak itu demam.


Latihan 5.2.

Tiap-tiap pagi Afam baca buku.  Adam tiada jemu-jemu baca buku pagi-pagi.  Buku-buku Adam itu ada di meja Adam.  Tiap-tiap petang Adam jaga kuda dan kambing.  Adam ada juga jaga itik tiap-tiap petang.  Pada tiap-tiap pagi emak dan bapa Adam jaga binatang-binatang itu.

Ringkasan
Latihan 5.3.
Latihan 5.4.
Transkripsi


Latihan 5.3.

1.  Dalam minggu ini Encik Abu dan Cik Anita datang lagi.
2.  Pada umum anak-anak Melayu di kampung dan di kota ingat kepada tanggungjawab.
3.  Encik Najib cuti pada 7 Januari nanti.
4.  Pemuda yang datang tadi telah kena tangkap.
5.  Encik Mujib memang maklum pemuda dan pemudi di kampung ada di kota.


Latihan 5.4.

Bapa Adam memang maju.  Encik Majid telah datang dengan emak Adam pada 31 Januari 1971.  Pagi-pagi lagi Adam baca buku.  Adam memang ingat kepada tanggungjawab.  Encik Majid juga memang maklum dan ingat kepada tanggungjawab.

3 comments:

Shafika Rahim on 6 April 2016 6:49 PTG berkata...

Interview lagi 2 minggu...kena belajar ni semua??😭😭😭

Emmy Farhany Ahmad on 7 April 2016 2:34 PTG berkata...

Good luck dear

Emmy Farhany Ahmad on 7 April 2016 2:35 PTG berkata...

Good luck dear

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...