Jom baca artikel yang kami buat hasil dari bengkel yang kami sertai.
Oleh kumpulan SUARA ALAM: Emmy Farhany, Zuraida, Mahfuzah, Asmar, Ahmad Imran, Izwan
Oleh kumpulan SUARA ALAM: Emmy Farhany, Zuraida, Mahfuzah, Asmar, Ahmad Imran, Izwan
BIODIVERSITI MARIN
MENGUBAH LANDSKAP KEHIDUPAN NELAYAN
MENGUBAH LANDSKAP KEHIDUPAN NELAYAN
Puan Siti
Kartini binti A. Ghani, 59 tidak pernah menyangka Kuih Kacang Sepat yang diperturunkan dari
generasi keluarganya telah menjadi cukup popular di kalangan penduduk dan
pelancong yang datang ke Pulau Perhentian Kecil. Kuih Kacang Sepat adalah kuih tradisi yang cukup sinonim
dijadikan salah satu produk tempatan yang menjana ekonomi penduduk tempatan.
Produk tempatan ini telah diusahakan oleh Persatuan Wanita Pulau Perhentian dan menjadi salah satu identiti pelancongan pulau ini. Para pelancong turut diberi peluang untuk mencuba sendiri menyediakan kuih tersebut dan secara tak langsung ia dapat membuka peluang menjana pendapatan bagi golongan wanita itu sendiri selain dapat disalurkan kepada persatuan.
Produk tempatan ini telah diusahakan oleh Persatuan Wanita Pulau Perhentian dan menjadi salah satu identiti pelancongan pulau ini. Para pelancong turut diberi peluang untuk mencuba sendiri menyediakan kuih tersebut dan secara tak langsung ia dapat membuka peluang menjana pendapatan bagi golongan wanita itu sendiri selain dapat disalurkan kepada persatuan.
Pulau
Perhentian merupakan salah satu pulau yang diiktiraf sebagai pulau yang kelima
tercantik di Asia dari segi biodiversiti marin.
Terumbu karang di pulau ini dianggarkan bernilai RM2.6 juta
keseluruhannya menjadikan ia sebagai satu daya tarikan utama pelancong dari
seluruh dunia. Pulau Perhentian yang
terletak di Timur Laut Malaysia mempunyai keluasan 1392.15 hektar dihuni oleh
2300 orang penduduk yang kesemuanya berbangsa Melayu.
Pulau Perhentian ini dapat menarik 3000 orang pelancong dalam sehari dan dianggarkan purata bagi perbelanjaan mereka sehari adalah sebanyak RM1500.00. Perbelanjaan inilah mampu menyumbangkan kepada sumber pendapatan utama penduduk Pulau Perhentian.
Pada
asalnya penduduk Pulau Perhentian bergantung hidup kepada sumber tangkapan ikan
sebagai nelayan. Namun, tahun berganti
tahun setelah pulau ini menjadi tarikan pelancongan di Malaysia, kehidupan
mereka mula berubah dan menjadikan ekopelancongan sebagai sumber sara hidup mereka.
Atas
usaha Jabatan Taman Laut Malaysia, golongan muda terutamanya telah diberi
peluang untuk menjana pendapatan mereka dengan memberi latihan serta membiayai
kos mendapatkan lesen membawa bot. Adanya
peluang ini, mereka menjadikan bot persendirian sebagai satu perkhidmatan teksi
air atau “Water Taxi” disekitar pulau ini.
Teksi ini juga merupakan pengangkutan utama pergi dan balik dari tanah
besar Kuala Besut, Terengganu ke Pulau Perhentian. Perkhidmatan mereka ini juga sangat
diperlukan oleh resort-resort sekitar Pulau Perhentian bagi aktiviti-aktiviti
air setiap hari.
Pulau
Perhentian memiliki 56 resort yang berdaftar di bawah Jabatan Taman Laut
Malaysia. Dengan adanya resort-resort
ini, secara tidak langsung menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan. Pakej pelancongan yang
disediakan oleh pihak resort dapat disalurkan kepada penduduk tempatan itu
sendiri dalam aktiviti seperti snorkeling, scuba diving, jungle tracking, island hopping, program memancing dan mencadat sotong.
Jika
pelancong enggan menggunakan pakej pelancongan yang disediakan oleh resort
ketika berkunjung di sini, pelancong juga boleh menggunakan pakej pelancongan
persendirian yang ditawarkan oleh penduduk setempat dengan harga yang
berpatutan dan lebih murah. Ini juga menggalakkan
aktiviti perniagaan di kalangan penduduk pulau selain dari pakej pelancongan
persendirian yang disediakan. Antaranya, perniagaan secara kecil-kecilan seperti gerai makanan,
kedai cenderamata, kedai runcit dan juga produk tempatan.
Pada
asasnya, mencintai alam marin dapat membantu kelestarian biodiversiti marin supaya menjadi satu titik
permulaan yang penting dalam diri generasi sekarang agar generasi masa hadapan berpeluang
menikmati keindahan alam marin dan seterusnya mengekalkan sumber pendapatan
pelancongan yang menjadi tonggak kepada penduduk Pulau Perhentian.
4 comments:
Best... hebat sekali Emmy....
Tq kak miera.... atas usaha semua ni....
kemah keming.......jarang anak melayu pandai cari maklumat mcm ni..heheheheh
Terima kasih.... kita cuba buat artikel yang luar dari kotak pemikiran yg menjadi kebiasaan. Heheheheh
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!