Day 2
Kuala Besut - Pulau Perhentian
Seawal pagi aku sudah bangun. Bukan sebab tak sabar nak ke Pulau Perhentian, tetapi sebab malam tu aku tidak dapat tidur nyenyak di Kem Sri Keluang tu. Mungkin tempat tu asing bagi aku yang membuatkan aku tidur-tidur ayam semalaman walaupun sebenarnya badan terlalu letih akibat perjalanan jauh.
Akhirnya dalam jam 5.45 pagi aku terus
bangkit dan bersihkan diri. Setelah siap
baru aku kejutkan kawan-kawan lain.
Terasa macam berada di asrama seperti zaman sekolah dulu. Cuma yang terasa kekurangannya bila plug point
kurang dan masing-masing berebut untuk charge handphone setelah
seharian di dalam bas. Terpaksalah kami
bergilir-gilir.
Jam 8.00 pagi baru kami keluar ke kantin Kem
Seri Keluang untuk menikmati sarapan bagi yang dibungkus oleh urusetia. Nasi Dagang dan Teh O Panas dah memadai untuk
pagi tu. Selepas sarapan kami balik ke
dorm untuk bersiap bagi perjalanan seterusnya menuju ke Jeti Kuala Besut.
Sebelum jam 10.00 pagi kami sudah berada di
jeti. Kami diberitahu yang bot kami akan
tiba jam 11.00 pagi. Jadi kami mengambil
kesempatan untuk membeli barang yang tak sempat kami beli seperti losyen
sunblock. Almaklumla, nak mandi lautkan.
Di situ juga terdapat pelbagai kedai cenderahati mengenai Pulau Perhentian yang
dijual dengan harga berpatutan. Maka
sempatlah kami menilik cenderahati yang kami hendak beli jika kami pulang
nanti. Dah puas menilik kami melepaskan
dahaga dengan pekena secawan Teh Tarik.
Tepat jam 11.00 bot tiba dan kami meneruskan
perjalanan kami. Dengan cuaca yang cerah
dan keadaan laut yang baik, bot kami bergerak dengan suasana yang agak baik
juga. Cuma biasalah, ada ketika bot akan bergoncang agak kuat bila terkena
hentakan ombak. Perjalanan kami
mengambil masa lebih kurang 30-40 minit.
Setibanya di jeti Perhentian Island Resort,
kami terpempan seketika dengan keindahan
pantai di situ. Dengan airnya
yang biru dan kelihatan kelibat ikan berenang-renang di dalam airnya yang
jernih dan pemandangan pasir pantainya yang putih. Segar mata memandang.
Pekerja dari resort telah menunggu di jeti
untuk mengambil beg kami dan dibawa ke resort menggunakan lori kecil. Sempatlah kami bergambar kenangan di jeti dan
kawasan berdekatan sementara berjalan
kaki menuju ke resort.
Tiba di resort peserta bengkel dikehendaki
mengambil kunci bilik dan boleh terus ke bilik atau makan tengahari dahulu
memandangkan hidangan pon telah disiapkan.
Alhamdulillah, perkenalan singkat dengan peserta dari PERHILITAN bernama
Zuraida Malek dari mula perjalanan kami pada hari pertama hingga hari kedua
menjadikan kami sebilik. Berjodoh betul
orang tua-tua kata. Setelah sepakat dengan teman sebilik, kami makan tengah
hari dahulu dan kemudiannya baru berehat di dalam bilik sambil menunggu kelas
yang akan bermula jam 2.30 petang.
2.30 petang kelas pun bermula. Aku agak teruja dengan bengkel kali ini. Boleh dijadikan bahan atau sumber inspirasi
untuk menulis blog. Mana tau selepas ini
aku akan pergi lebih jauh dengan menulis artikel di surat khabar pula. Ini semua takdir tuhan.
Kelas pertama adalah bimbingan Encik Zamri
bin Mohamad dari Akademi Penulis.
Sepanjang 2 hari kami akan bersama dengannya untuk mengasah bakat
menulis kami. Kami telah diberi tugasan
dari awal lagi semasa di Kuala Gandah dan semua maklumat dikumpul dan dibawa ke
hari kedua. Secara tak langsung pada
hari itu, kami diberikan tugasan pada hari berkenaan sebagai orang media dan
dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk tugasan seterusnya ketika lawatan
mengelilingi pulau dan aktiviti snorkeling pada petang itu. Kumpulan ini akan
dibahagikan kepada jurufoto dan wartawan.
Aku ni apa yer? Dua-dua pun boleh.
Heheheheh!
4.30 petang kami dikehendaki berada di
jeti. Bot dari Jabatan Taman Laut
Malaysia dan 2 teksi air telah menunggu kami untuk tugasan dan aktiviti
seterusnya. Sangat-sangat teruja kami
dibuatnya.
Sebelum kami beredar dari jeti, kelihatan
seekor penyu belimbing sedang berenang dipermukaan air. Terasa beruntung dapat melihat penyu itu
dengan mata sendiri dan berkedekatan dengan kita.
Destinasi pertama, kami dibawa ke kawasan Long Beach. Sekadar memerhati dari jauh dengan tidak menyinggah di kawasan berkenaan, pemandu bot memaklumkan Long Beach ini merupakan tempat untuk pelancong terutamanya pelancong asing berparti dan beristirehat di waktu malam. Di situ terdapat beberapa resort persendirian untuk pelancong yang memerlukan tempat beristirehat secara peribadi.
Seterusnya kami di bawa ke Pulau Perhentian Kecil di Kampung Pulau Perhentian di mana penduduk asal pulau ini tinggal. Di sini terdapat masjid, hospital, balai polis, gerai makan, kedai runcit, stesen teksi air dan juga pusat komuniti Persatuan Wanita Pulau Perhentian.
Destinasi pertama, kami dibawa ke kawasan Long Beach. Sekadar memerhati dari jauh dengan tidak menyinggah di kawasan berkenaan, pemandu bot memaklumkan Long Beach ini merupakan tempat untuk pelancong terutamanya pelancong asing berparti dan beristirehat di waktu malam. Di situ terdapat beberapa resort persendirian untuk pelancong yang memerlukan tempat beristirehat secara peribadi.
Seterusnya kami di bawa ke Pulau Perhentian Kecil di Kampung Pulau Perhentian di mana penduduk asal pulau ini tinggal. Di sini terdapat masjid, hospital, balai polis, gerai makan, kedai runcit, stesen teksi air dan juga pusat komuniti Persatuan Wanita Pulau Perhentian.
Apa yang menjadi tarikan di sini ialah Persatuan Wanita Pulau
Perhentian yang mempunyai 30 orang ahli diketuai Puan Siti Kartini binti A.
Ghani telah memperkenalkan kuih resepi turun temurun yang menjadi ikon kepada
pulau ini. Kuih tersebut dinamakan
Kacang Sepat. Kuih ini dijual di kampung
berkenaan dan juga dipasarkan secara sejuk beku kepada resort-resort
berhampiran. Selain kuih Kacang Sepat
ini, beberapa jenis kuih lain seperti donut, karipap dan lain-lain lagi juga ada
dijual disitu dan dijual sejuk beku. Difahamkan
di persatuan ini, seramai 10 orang ahli aktif yang menjalankan kerja-kerja
membuat kuih sebanyak 10-15 kg tepung sehari yang ditubuhkan sejak 2 tahun lalu atas
usahasama Jabatan Taman Laut Malaysia dan penduduk wanita pulau ini.
Selain menjual kuih, persatuan itu juga menerima tugasan
mengajar pelancong asing yang berminat untuk mempelajari cara membuat kuih
Kacang Sepat. Setiap seorang dicaj RM15
dan ini merupakan salah satu sumber pendapatan sampingan bagi mereka. Idea bernas mengajar pelancong asing ini
diberikan oleh Miss Sally dari Ecoteer.
Pihak kami juga telah menemuramah Ketua Pusat Taman Laut Pulau Perhentian iaitu Encik Wan Nor Azli bin Wan Yusoff mengenai Pulau Perhentian ini. Rata-ratanya, penduduk di sini terutamanya golongan muda atau anak-anak tempatan diberi peluang dengan diberikan latihan dan memiliki lesen membawa bot yang kosnya dibiayai Jabatan Taman Laut Malaysia. Dengan adanya lesen membawa bot ini, penduduk boleh menjana pendapatan mereka dengan menjadikan bot persendirian sebagai satu perkhidmatan teksi air disekitar pulau ini yang juga merupakan pengangkutan utama pergi dan balik dari Kuala Besut, Terengganu ke Pulau Perhentian. Perkhidmatan mereka juga sangat diperlukan oleh resort-resort sekitar Pulau Perhentian bagi melakukan aktiviti-aktiviti air.
Dalam sibuk kami menemuramah penduduk dan orang-orang yang berkenaan, kami dimaklumkan satu kejadian buruk telah berlaku di pulau tersebut. Kebetulan pula kami ternampak orang ramai berkerumun dengan beberapa warga asing dan lelaki disitu berlari membawa pengusung yang ada orang terbaring di dalamnya. Setelah di risik, kejadian lemas telah berlaku dengan seorang mati dan dua lagi kritikal. Ceritanya selanjutnya aku ambil dari berita Bernama.
Ketua Bahagian
Syarikat Telekomunikasi Lemas Di Pulau Perhentian
BESUT, 13 Mac (Bernama) -- Ketua bahagian
sebuah syarikat perundingan telekomunikasi di ibu negara lemas ketika cuba
menyelamatkan seorang pelancong asing yang dipukul ombak besar di Pantai
Panjang Pulau Perhentian Besar Khamis.
Ketika kejadian, Kong Wai Yoong, 35, dari Bukit Templer, Jalan Tun Dr Ismail, Seremban, Negeri Sembilan sedang mandi di pantai berkenaan bersama-sama tujuh rakan. Ketua Polis daerah Besut Superintenden Kamaruddin Mohd Zakaria berkata mangsa dan rakannya tiba di pulau berkenaan petang semalam dan menginap di sebuah resort. Beliau berkata Kong turun ke pantai itu untuk mandi pada kira-kira 4 petang bersama-sama rakan lain dan ternampak pelancong berkenaan nyaris lemas dipukul ombak besar. "Mangsa cuba menyelamatkan pelancong berkenaan tetapi beliau terus dihanyutkan ombak ke tengah manakala dua rakannya, Snesh Verman, 29, dan Ivan George, 38, yang cuba untuk menyelamatkan mangsa, turut dihanyutkan ombak besar," katanya. Ketiga-tiga rakan berjaya dibawa ke pantai oleh orang ramai tetapi Kong meninggal dunia dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan manakala Snesh dan Ivan menerima rawatan awal di Klinik Pulau Perhentian sebelum dirujuk ke Hospital Besut. Mereka ke Pulau Perhentian untuk berehat dan dijangka pulang ke Kuala Lumpur Jumaat. -- BERNAMA |
Seterusnya kami di bawa ke Pusat Taman Laut Pulau Perhentian. Di sini Encik Wan Nor Azli memberikan sedikit penerangan tentang pusat tersebut dan seterusnya memberi kami peluang bersnorkeling dengan penerangan keselematan, bantuan dan iringan daripada pegawai dari pusat taman laut itu sendiri.
Pengalaman aku sendiri, walaupun telah
beberapa kali berpeluang bersnorkeling walaupun tidak pandai berenang, aku merasa
amat teruja dengan keadaan disekeliling pusat tersebut. Sebagai persediaan awal untuk memastikan ikan
berada di sekeliling aku, aku dan teman sebilik telah membeli roti semasa
berada di Kampung Pulau Perhentian. Jadi ketika kami snorkeling, kami telah
mengumpan ikan dengan roti tersebut dan ikan akan berada di sekeliling kami
dengan banyaknya. Saat inilah menjadi
kenangan manis buat kami semua dan aku sempat rakamkan momen di dalam air tersebut
untuk tatapan pembaca blog ini.
Terima kasih tak terhingga di ucapkan kepada
Encik Sabri yang juga kawan secara tidak langsung kerana tugas-tugas kami di
jabatan-jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Beliau banyak membantu kami terutamanya aku
yang tidak pandai berenang dengan membawa kami ke kawasan laut yang dasarnya menarik
untuk dilihat. Rasa sangat bertuah
merasa peluang sedemikian. Terima kasih
juga kerana menjadi jurugambar tidak rasmi kami semasa kami berada di dasar
laut.
Sebelum kami beredar pada jam 7.00 malam,
kami mengambil kesempatan merakam gambar ketika matahari turun dari arah
pantai. Sangat cantik dipandang.
Jam 8.00 malam kami dihidangkan dengan
hidangan malam yang enak. Seterusnya
kami meneruskan kelas penulisan bersama Encik Zamri dan mendengar taklimat daripada
Dato Abu Hasan, Pengarah
Bahagian Komunikasi Strategik Jabatan Alam Sekitar dan juga Encik Wan Nor Azli
bin Wan Yusoff, Ketua Pusat Taman Laut Pulau Perhentian mengenai Pulau
Perhentian itu sendiri dan hasil marin.
Dengan taklimat tersebut kami mula mengumpul point-point dan tajuk artikel
yang akan kami akan tulis kelak mengenai Pulau Perhentian. Sesuatu
yang menarik untuk ditulis.
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!