Khamis, 6 Mac 2014

Trengkas Tutorial: Part 13

Posted by Emmymazli at 3:11 PTG
Bulatan 's' Dan Bulatan 'z' - Di Akhir Perkataan

Bulatan 's' di akhir perkataan digunakan apabila 's' mengakhiri perkataan itu tanpa vokal atau 's' mati di akhir perkataan:

1. Bulatan 's' ditulis mengikut lawan pusingan jam bila ia terdapat sesudah gurisan lurus:
2.  Bulatan 's' ditulis di sebelah dalam gurisan melengkung bila ia terdapat sesudah gurisan melengkung:
3.  Bulatan 'z' - Peraturan menulis bulatan 'z' adalah sama dengan peraturan menulis bulatan 's'
Latihan 13.1.
Latihan 13.2.
Ringkasan
Rangkai Kata
Ringkasan
Rangkai Kata
Latihan 13.3.

Transkripsi 

Latihan 13.1.
Encik Kudus bin Musa mempunyai duah buah kebun nanas.  Pada asasnya di musim panas dalam bulan Ogos buah-buah nanas manis tetapi jika tidak panas masam.  Untuk senang memetiknya nanti dan juga tidak menjadi mangsa kepada tikus-tikus, tunas-tunas nanas ditanam di atas batas.  Nanas yang masak dikupas dan dimasukkan ke dalam tin.

Abas bin Aziz datang dengan bas untuk membantu Encik Kudus mengupas nanas.  Abas bin Aziz pantas dan tangkas mengupas nanas.  Jasanya disanjung oleh Encik Kudus.  Pada petang Khamis, dengan tidak semena-mena, kuku Abas telah putus.  Ia menangis dna teman-temannya menjadi cemas.

Latihan 13.2.
Pagi tadi sedang saya menyusun dan mengemas buku-buku saya, Abas bin Aziz telah datang.  Mukanya masam dan ia tidak senyum macam biasa sebab kukunya telah putus pada masa ia mengupas nanas.  Oleh sebab itu dia datang ke desa untuk cuti.  Jika senang nanti ia akan membantu Encik Kudus macam biasa.  Tetapi untuk masa ini dan pada masa akan datang nanan-nanas yang masak mesti juga dikupas.  Jika tidak, nanas-nanas yang masak itu akan busuk.  Dengan sebab itu Abas menggesa saya menggantikannya membantu Encik Kudus mengupas nanas.  Saya mesti ingat-ingat pada masa mengupas nanas nanti sebab saya tidak ingin jadi macam Abas.

Latihan 13.3.
Sejak kita bebas, Malaysia di dalam keadaan aman sentosa saja.  Bangsa-bangsa yang ada di Malaysia dapat disatupadukan dengan satu bahasa Melayu.  Bahasa Melayu yang kini dinamakan Bahasa Malaysia dimana-mana.  Jika kita biasa menggunakan Bahasa Malaysia, mutu bahasa Malaysia kita tentu akan maju dan tinggi.  Dengan itu juga, bangsa-bangsa di sini dapat disatupadukan dengan pantas dan Bangsa Malaysia akan maju dan disanjung tinggi.  Bahasa menunjukkan bangsa.

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...