Selasa, 1 November 2011

First Time Hanum & Kimie Grading Taekwondo

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 1:41 PTG
Reactions: 
Salam u allsss!!!
Kalini aku nak cerita pasal anak aku grading taekwondo pulak... hahaha.. macam tak caya jer.  Baru belajar beberapa kali dah nak gradingkan.  Tapi layankan jer laa. 
Hari Sabtu lepas, aku dan hubby telah hantar Hanum & Kimie ke Dengkil untuk sesi grading tu.  Sepatutnya,  venue asal adalah di Dewan Orang Ramai Pinggiran Putra.  Dekat sikit dengan rumah aku dan aku boleh gerak lambat skit memandangkan peserta kena berada di sana dalam jam 9.45 pagi.  But at the last aku mendapat call dari Ila dalam jam 9.20 pagi tu yang mengatakan venue telah ditukar ke Dewan Orang Ramai Dengkil pula sebab di Pinggiran Putra tu ada wedding ceremony.  Kebetulan masa Ila call tu aku memang dah nak keluar rumah... so aku terus gerak ke Dengkil jer laa.
Anak-anak aku dan Ila
Sampai jer kat sana... ramai ibu bapa confuse sebab pertukaran venue tu.  But nasib baik segalanya berjalan dengan lancar.  Nak buat camner kan.  Menda dah nak jadi... tak boleh nak salahkan penganjur juga.  Aku tengok anak-anak Ila si Harris dan Hazziq macam exited jer.  Tapi anak-anak aku rileks jer.   Haishhh... macam orang tak nak grading jer.  Terutamanya Hanum.  Training kat rumah pun aku tengok sekali jer. Tau-tau terus datang grading macam orang dah terer... hahahha.  Si anak Ila pulak aku dengar sampai tak lalu makan nak datang grading.  Huhuhu..... sabo jer la.

Masa time grading tu.... aku ngan Ila memang bantai tergelak tengok anak-anak kitorang ni.  Suara diorang bunyi "Hiyahh!!! Hiyahh!!! Hiyahh!!!" pada setiap gerakan tu ada tapi antara dengar ngan tak dengar.... Macam tak ikhlas jer... Senang kata lembik la.  Haparaaa!!! Hahahah!!!!!  Korang tengoklah sendiri video nih masa diorang tengah ujian tu.. hahahahah!!!!
Apa-apa pun... aku syukur anak-anak aku dah lepas tahap pertama dari tali pinggang kosong ke tali pinggang kuning 1.  Jadilahkan untuk permulaan.  Lepas ni dah boleh training untuk ujian tali pinggang kuning 2 pula.  Layankan jer!!! Moga berjaya anak-anak mama!!!!

Jom layan gambo anak-anak aku time grading taekwondo aritu...
 
 

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...