Khamis, 10 November 2011

Syukur Dapat Tunaikan Ibadah Korban Untuk Anak-anak

Posted by Emmymazli at 3:23 PTG
Alhamdulillah.... akhirnya tertunai hajat aku dan hubby untuk mengerjakan ibadah korban untuk anak-anak dengan hasil dari jualan lemang pada raya haji tahun ini.  Syukur sesangat!!
Lupa nak bagi tau yang aku sekeluarga buat korban pada hari kedua Raya Haji sebab terlalu ramai yang buat korban pada raya pertama... kira oklah kan.... Kalini... projek korban kami buat di rumah nenek kami Makwek di Paya Dalam.  Lembu yang kami korbankan ini adalah hasil pencarian bapa saudara aku Waknang!!  Seperti yang korang tahu.. kalau kita korbankan lembu memerlukan 7 bahagian... so aku sharing dengan adik dan sepupu aku belah Melaka di mana aku sendiri untuk anak-anak aku 3 bahagian, adik aku Angah untuk anaknya 1 bahagian, Shahrul untuk anaknya 1 bahagian, bibik aku Bik Limah untuk adik Nizam 1 bahagian dan Waknang sendiri untuk anaknya Fatin 1 bahagian.  

Apa yang aku perasan.... muai betul dapat lembu yang Waknang uruskan ni sebab dapat daging yang agak banyak.  Aku difahamkan yang untuk sedekah jer dapat buat 93 bungkus di mana setiap bungkusan tu 1 kg.  Itu belum lagi termasuk 1/3 bahagian untuk orang rumah dan juga daging yang telah sedia diambil untuk dimasak.  Memang gemuk dan besar lembu yang kami korbankan ini.  Alhamdulillah sangat bila semua merasa.  Tetapi tulaa..... masa sesi menyembelih lembu tu kami tak dapat tengok sebab penjual lembu tu telah uruskan semua seawal subuh untuk sembelih dan melapah.  So bila tiba kat kami hanya tinggal untuk bahagi-bahagikan sahaja.  Memang agak senanglah kerjanya. So.. yang geng-geng lelaki ni tinggal untuk potong daging dan yang perempuan kat rumah tu prepare untuk memasak untuk isi rumah dan juga kenduri tahlil pada petang selepas asar.... ada sedikit kenduri tahlil untuk arwah atuk aku sebenarnya.  Dapatlah hidangkan lauk pauk dari hasil daging korban disamping dapat mengumpulkan saudara mara. Seronok sangat!!

Ramai juga keluarga Seremban balik memeriahkan rumah Makwek.... seronok tengok Makwek happy bila anak cucu semua balik.  Makan pun sedap-sedap... Asam pedas tetel... Sup Gear Box+tulang, Sambal Goreng Jawa dan Nasi Beriani!! Perghhhh!!! Terangkat beb!!!! Mostly mama aku yang masak dan kami yang lain-lain ni prepare bahan masak.  Memang terbaik dari ladang la masakan mama aku nih!!!

Anyway aku nak ucapkan terima kasih kepada semua saudara mara aku yang menjayakan projek korban kami nih dan juga semua keluarga Seremban dan Puchong yang dapat balik ke kampung memeriahkan rumah Makwek nih.  Seronok sangat bila tertunai impian kami.  Tahun depan turn orang Seremban pula buat korban dan kami orang Melaka pula datang!! Yeayyyy!!!

Jom layan gambo masa Raya Haji di raya pertama dan masa sesi menguruskan daging korban ni di raya kedua... Jomm!!!
Di rumah nenek
En hubby melepak di hadapan rumah
Perasan lawa.. hahahah
Adik aku Boy
Sesi bermain game... hahahhaha
Masa daging baru-baru sampai
Sebahagian dari tulang dan isi lembu
Anak-anak aku pun nak menempel bergambar dengan daging lembu
Sesi menimbang dan membahagi daging
Tekun memotong daging
Projek mengerjakan tulang untuk dimasak dan dibahagi-bahagikan
Adik ipar dan biras aku pun turut membantu
sesi mengerjakan tetel untuk asam pedas
Baik punye projek... tak tau apa yang hubby aku dan ipar aku Zahri dah potong dan masukkan dalam asam pedas tu.. kalau tau confirm tak makan.. hahahahha
Adik ipar dan biras aku mengerjakan kepala lembu pula... perghhh
Daging yang dah dibungkus dan diprepare untuk dibahagikan
Asam pedas tetel dan +++... hahahah!! Terbaik!!!
Loghat bapa saudara aku nih... kunun dia la yang masak!! hahahah
Gaya mau ada haa...
Layan nasi empet dan sup gear box.. perghhhh!!! Terbaik!!!
Cousin aku Zira layan gear box untuk pertama kali.  Ni layan gear box jenis hard core punya... hahhahahaha
Selamat gear box!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...