11-13 November 2011 - Hotel Grand Continental, Terengganu
Salam semua....
Harini aku nak melaporkan pasal aku pergi kursus setiausaha baru-baru ini. Hmm... apa yang nak distorykan ekk... ??
Anyway... aku nak mulakan dulu dengan ketidak puas hatian aku pasal pergi kursus ini. But ketidak puas hatian aku bukan pada urusetia PSM yang menganjurkan kursus ni tapi dengan boss aku. Aku tak kisahlah kalau PSM kata kursus ini wajib untuk aku hadir tapi kalau boss bagi alasan yang kukuh, takkan PSM skit pun tak consider untuk dapat pelepasankan??? Aku tengok ramai PA dari NRE ni tak pergi pun. Event dari jabatan lain pun gitu.. takder pun hantar wakil. Sebenornya gini... aku takder masalah untuk attend kursus ni tapi aku amat kecik hati giler bila boss aku suruh pergi kursus PA ni di mana pada masa yang sama tarikh yang kursus PA ni diadakan jatuh pada tarikh yang sama JBK buat retreat dan family gathering di Suria Cherating, Terengganu. Yang aku bengang betul... tanpa bertanya personally pada aku.. samada aku dah cukup pergi kursus ke... emmy nak tak pergi kursus ni ke... or paling koman pun bagi la aku choice nak pergi Cherating or Terengganu ke (dah sah-sah lah aku pilih Cheratingkan...). Ni tidak.. terus bagi arahan suruh pergi kursus melalui pegawai lain pulak tu.... Alasan dia sebab dia tengok nama PA KSU dan TKSU tersenarai dan kursus ni menjadi wajib... menggelupur betul!!! Kesian la kat anak-anak aku yang aku dah bagitau awal-awal nak ke Cherating dan anak-anak aku excited nak berjalan but at the last tak jadi pula. Pastu dah la paksa... skit pun tak fikir aku ni kecik hati ke bila semua staff kat JBK tu dibawa berjalan... tinggal aku tersentil disuruh pergi kursus. Huhuhu.... mencik betul. Macamlah aku hadap sangatkan!!!! Sampai tahapkan.... aku punya geram... aku mendoakan yang orang-orang yang gi event ini akan rasa bosan dan takkan best pergi ke sana. Dan aku mendengar khabar berita pun begitu juga... padan muka...!!!!!
So... aku dengan berat hatinya pergilah jugak kursus ni. Hmmm.... disebabkan mood nak gi kursus tu takder.... baju-baju aku nak pergi kursus ni pun aku siapkan pada pagi yang sama aku nak bertolak ke Terengganu. Punyalah tension. Kalau ikut hati.. malas aku nak pergi. Gi la lantak.. walau nama dah bagikan.... tapi hubby aku pujuk suruh pegi jugak.... jangan!!! SYMP katanya..!! Maka aku pergi dengan berbagai perasaanlah...!!
Perjalanan nak ke Terengganu ni punyalah lama.... huhuhu... 7 jam tu naik bas JMG... berakar bontot aku tau. Nasib baik aku bantai tido jer bila lepas Temerloh sebab takut mabuk dalam bas. Hilanglah kemachoan aku nantikan.. hehehhe. Yang penting... lepas gian aku dapat makan ikan patin tempoyak kat R&R Temerloh tu masa dalam perjalanan nak pergi. Sekali 2 kelar ikan aku bedal!! Perghhh... ngencessss!!
Sampai je kat Hotel Grand Continental.... jam dah pukul 7.30 malam. Sampai jer hotel terus gi makan. Kelas pulak start jam 9 malam. Punyalah pack masa tu!! Kalini aku sebilik dengan Umi Kalsum, PA dari Bahagian Pengurusan Maklumat. Fasilitator untuk kursus pula ialah Puan Alijah binti Mohd. Noor. Puan fassi ni sangatlah best dan havoc!!! Boleh dikatakan sepanjang kursus ni.. tiada ruang untuk aku ngantuk dan bosan. Tapi satu jer.... boleh pula aku dilantik jadi penghuluwati... perghhh!!! Lantiklah orang yang lebih senior. Ape ke aku??? Hmm.... aku so far takder masalah pun tapi yang aku menyampah tu... mesti apa-apa aku yang kena soal dulu. Lagi 1... dah sah-sahlah in the end of kursus tu aku akan kena beri ucapan bagi pihak peserta dan PA ni.... hmmmm... nyampah!! Nyampah bila kena beri ucapan sebab aku ni walaupun outspoken skit... tapi bila kena bercakap dihadapan orang ramai mesti gugup. One to one ok lagik. Huhuhuh!!!
|
Puan Fassy.. Puan Alijah Mohd. Noor |
|
Tekun dengar penerangan puan fassy pada malam pertama |
Malam pertama kat hotel tu... habis jer kelas boleh pula aku ngan Umi kelaparan. Hahah.... nasib baik ada Abang Karim driver NRE. Aku call dia dan tanya kalau diorang nak mengeteh mana-mana. Nasib aku ngan Umi baik... memang ada urusetia nak pergi ngeteh. So... pergilah makan chicken chop + keropok lekor dengan teh tarik memalam. Macam manalah aku tak montel.
|
At Masjid Kristal |
|
Possing dengan keindahan Masjid Kristal |
|
Possing dengan akak-akak PA yang senior |
|
Pemandangan di sekeliling Masjid Kristal |
Hari ketiga kursus dan merupakan hari terakhir... aku dan Umi dapat breakfast sedap skit bila kak Mellesa, PA dari Bahagian Sumber Air & Hidrologi bawak makan tempat best pagi tu. Pepagi dah kena nasi kerabu. Pedas tapi sedap dan terangkat. Hehehehe. Masuk jer kelas dan kebetulan ada kelas grooming... hmmm... aku as penghuluwati kena la make upkan orang dengan menjadi pembantu kepada puan fassy kita tu. At last... aku yang lelebih make up orang. Hahahah. Siap bulu mata aku letak!! Over tau!!! Kesian pulak aku tengok si Jiji (girl yang aku make upkan tu) sebab tak biase pakai bulu mata yang boleh tadah hujan tu... hahahah... tapi comel tau!!!
|
Sesi grooming |
|
Jiji jadi testimoni aku.. hehehhe.. time ni tengah pakaikan bulu mata |
|
Comel tak Jiji? |
Habis jer majlis penutup... kitorang ni bergegas balik ke bilik untuk check out. Huhuhu.. rushing dulu... dah check out baru boleh makan tengahari. Settle jer... kami terus bertolak balik tapi sebelum tu... sempat minta driver bas singgah kat Kampung Losong untuk kitorang beli keropok lekor. Anyway... kitorang ni taklah beria sangat nak beli keropok lekor bebanyak kat Kampung Losong tu sebab before tu kitorang memang dah order dengan driver bas nak beli keropok lekor di kedai yang famous kat Seberang Takir. Perghh... 1 bas bau keropok lekor... pening oooo...!!!
Perjalanan balik kitorang hampir 8 jam juga.... huhuh... letih laa... jam 10 malam baru sampai Putrajaya. Pada mula-mula perjalanan boleh lagi berkaraoke.... tido-tido ayam jap... pastu sambung karaoke balik. Tapi bila lepas Bentong jer... aku jadi kemabukan sampai la Putrajaya ni. Perghh... puas aku cover dari nak muntah. Muka brutal tapi mabuk... hahahhaha!!!!
Anyway.... seronok juga kursus kalini. Walaupun pada mulanya naik menyampah pun ada time nak pergi kursus ni. Thanks kepada PA-PA yang sudi menjadi teman bicara semasa kita kursus. Seronok ngan korang!!!! Love u all!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!